Sunday, June 13, 2010

HATI YANG LUKA - NORHAYATI IBRAHIM


















Widad memutuskan pertunangannya dgn Raof kerana Raof sering menghina beliau dan sering menggangap beliau tidak setaraf  disebabkan Widad hanya merupakan anak bekas pemandu ayah Raof.  Hubungan Widad dengan Datuk Abdullah iaitu ayah Raof dan Datin Mala ibu Raof amat baik.  Begitu juga dengan ibubapa Widad begitu rapat dgn ibubapa Raof.  Mereka hormat antara satu sama lain dan ibu Raof sememangnya ingin Widad menjadi menantunya.

Widad mengikuti abangnya ke luar negara bagi melanjutkan  pelajaran dan setelah mendapat Master beliau kembali semula ke Malaysia.  Beliau akhirnya bekerja sebagai PA kepada Datuk Abdullah.

Raof berkawan rapat dgn Mimi yang tinggal selang beberapa rumah dari rumah Raof.  Ibu Raof kurang menyenangi Mini dan ibunya yang sering memperlekehkan orang lain dan garang.  Mimi merupakan model sambilan dan Raof kerap dijadikan orang suruhannya  untukmembawanya ke sana ke mari.

Raof akhirnya  tidak tahan dengan sikap Mimi  & mengambil keputusan untuk berpisah namun Mini & ibunya telah menyaman raof kerana mendakwa raof telah mengasari & mencederakannya.  Bagi menyelamatkan Raof, Widad bersetuju untuk bernikah dgn Raof dengan beberapa syarat.   Widad bersetuju kerana memikirkan banyak dia & keluaraga terhutang budi dgn keluarag Raof.

Raof kerap bercakap kasar dgn Widad walau telah lama berkahwin.  Ini disebabkan dari kecil  Raof telah menggangap Widad adalah anak orang gajinya dan pemandunya dan sedari kecil Widad telah dibuli oleh Raof dgn menyuruh beliau membuat kerja2 sekolah beliau dan lain2.  Keadaan ini terbawa2 hingga beliau dewasa dan berkahwin. 

Sehinggakan Widad mengandung pun Raof menjadi marah dan menggangap Widad sengaja menjerat Raof dgn adanya anak tersebut. Widad juga terpaksa memandu sendirian ke hospital setelah beliau jatuh dan keguguran.   3 jam setelah lepas beliau sedar dari pengsan & menelefon Raof namun Raof menyuruh Widad pergi sendirian ke hospital.  Namun sebagai seorang isteri yang baik Widad tidak pernah menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapapun hal ini.

Setelah kes Raof & Mimi selesai,  maka terurailah ikatan mereka sebagai suami isteri seperti yang termaktub dalam perjanjian di antara mereka.   Widad memohon bercuti dari Dato' Abdullah bagi menenangkan fikiran.  Raof mula menyesali apa yang berlaku dan pertama kali keluarag mereka melihat Raof seperti oang hilag akal meratapi kehilangan Widad.   Hakikatnay Raof amat menyayangi Widad namun ego seorang lelaki membuatkan beliau tidak mahu menunjukan kelemahan dirinya.

 Akhirnya Widad dan Raof  dapat hidup dgn aman damai kerana sememangnya mereka memang menyayangi satu sama lain dan Raof telah beransur2 berubah sikap  dan tidak lagi terlalu ego dan sombong dgn kedudukannya.  

Tuesday, June 8, 2010

KETIKA TULIP BERBUNGA - FARA DARLISH


Setiap pasangan mengharapkan pasangan memahami jiwa & sentiasa ikhlas menempuh kehidupan.  Akan lebih bahagia jika memahami apa kehendak perasaan  kita waktu itu.  Lantaran kerana itu mereka terlalu mengharap akan bertemu dgn pasangan yg serasi dan amat memahami.

Kadang kala penderitaan dtg tanpa dijemput.  Ada ketikanya gelora kehidupan yg menyedihkan wujud kerana ada insan yg alpa bahawa manusia serba lemah.  Ada ketikanya bertindak sesuka hati.

Sikap Intan yg suka berleter & kerap membuatkan suaminya terasa hati & naik angin.  Walaupun Zahir Intan berkahwin atas kehendak keluarga namun mereka pernah berasa bahagia hidup bersama dan punyai 2 org cahayamata.   Keadaan ini berlaku setelah mereka punya 2 org anak.  Rumahtangga mereka terus dilanda gelombang & semakin parah.

Zahir tlh bertemu kembali dgn kekasih lamanya iaitu Linda dan menjalinkan hubungan terlarang.  Linda adalah isteri kepada Izzudin seorang yg kaya raya.  Linda meninggalkan Zahir dahulu kerana suaminya kini adalah lebih kaya.. namun mereka tiada rezeki utk dikurniakan zuriat.

Zahir & Linda semakin hanyut.. kdg kala berhari2 Zahir tak balik ke rumah... mereka sering ke kelab2 dan ke tempat2 lain... Zahir juga menjadi seorg yg panas baran dan begitu kasar dgn isterinya.. kerap Intan dilempang dan dipukul dgn penyapu.   Peti ais di rumah mereka juga pernah tumbang ditolak oleh Zahir.  Intan turut rasa menyesal mengahwini Zahir dan kerap menyalahkan keluaragnya di atas perkahwinan yang mereka aturkan.

Intan mengambil keputusan utk bekerja semula dan niat belau diperlekehkan oleh Zahir yg mengatakan Intan teah tua dan punya anak &  tidak akan ada org yg ingin mengambil Intan bekerja semual.   Nasib Intan agak baik bila mana opis lama beliau sudi mengambil beliau semua disebabkan rekod lama beliau yg baik.

Di pejabat Intan berkenalan dgn Razif yg juga punya maslah rumahtangga... hubungan mereka lama2 menjadi sangat intim.. gossip dari rakan taulan dan sindiran2 tidak mereka hiraukan.... Intan mengambil keputusan utk bercerai dgn Zahir.. namun Zahir tetap tidak mahu melepaskan Intan dan begitu puas bila mana dapat melihat Intan tersiksa.  Pergaduhan mereka suami isteri kerap menjadi perhatian jiran2 namun mereka takut utk masuk campur.

Razif seorg yg begitu prihatin, mengambil berat dan pandai mengambil hati Intan.  Razif juga bimbang hubungannya dgn Intan diketahui oleh Rahayu isterinya & yg pastinya akan terjadi perang yang dasyat.  Begitun juga dgn Intan...pasti Zahir akan mengamuk sakan walaupun Zahir juga berkelakuan sedemikian, malah lebih teruk dari Intan sebenarnya.

Tugasan harian Razif makin merudum disebabkan masalah peribadinya dgn isterinya dan juga tambah kalut dgn kehadiran Intan.  Memang Razif begitu mengambil berat tentang Intan namun dlm masa yg sama Razif inginkan Intan berbaik2 semula dgn suaminya dan beliau juga tahu yang mereka tidak mungkin dapat bersama kerana masing2 telah mempunyai keluarga dan Razif tidak mahu dituduh sebagai peruntuh rumahtangga org lain.

Razif akhirnya diberhentikan kerja kerana keadaan ekonomi syarikat yg akak teruk & juga kerana prestasi kerjanya yg sungguh menurun.   Razif pohon mengundur diri dari Intan & berharap Intan akan berbahagia bersama suaminya... Akhirnya doa2 Razif dan Intan termakbul juga bila mana suami Intan berubah..begitu juga dgn Intan... Intan sungguh berterima kasih dgn Razif yg telah memberi semangat kpdnya untuk berubah.  Namun Intan agak kecewa kerana tidak dapat menemui Razid lagi. 

Daniel kawan baik Intan & Razif bertandang ke rumah Intan pd satu hati.. sebenarnya Daniel juga adalah sahabat kpd Zahir iaitu suami Intan.  Daniel menghulurkan surat terakhir dari Razif yg sebenarnya menghidapi penyakit kanser otak.  Perceraian Razif dgn Rahayu juga tidak dikhabarkan kpd Intan bagi mengelakkan Intan rasa bersalah.  Penyakit Razif juga tiada siapa yg tahu kecuali Daniael.. Intan sungguh kecewa & sedih namun semangat Razif dan kata2 nasihatnya akan kekal dlm ingatan Intan walau Razif telah pergi buat selama2nya.