Wednesday, July 7, 2010

BUKU-BUKUKU

\
ini adalah sebahagian daripada bahan bacaannku.. dari awal aku nak membuat summary bagi setiap bacaanku namun tertangguh dan bila kini bilangannya telah bertambah banyak, aku tak taulah bila aku  boleh  buat semua ini.. tak pa lah pelan2lah yaaa...

Tuesday, July 6, 2010

DEMI CINTA -

Syafika Izwani adalah anak tunggal Datuk Haris.  Ibunya meninggal semasa melahirkan beliau.  Datuk Rosli adik angkat kepada Datuk Haris merupakan seorang yang kaki judi dan suka menghabiskan harta ayah Datuk Haris.  Dengan demikian beliau telah digugurkan dari menerima harta pusaka sepeninggalan ayah Datuk Haris.  Namun Datuk Rosli serta keluarganya bijak mengatur rancangan dan membuatkan Datuh Haris mempercayai mereka sekeluarga sehinggakan sanggup menamakan kesemua harta beliau kepada Johan iaitu anak DatukRosli yang diharap dapat menjaga Wani dan mengahwini beliau suatu hari nanti.

Setelah Datuk Haris meninggal belang mereka terlihat dengan jelasnya.  Wani kerap dihalau untuk keluar dari rumah tersebut.  Kereta Wani juga dirampas.  Namun pabila mereka sedar kembali yang mereka hanya boleh memperolehi harta tersebut setelah berkahwin dgn Wani dan mempunyai anak..maka mereka cuba berbaik semula dengan Wani & ingin menyegerakan perkahwinan antara Wani & Johan. Namun Wani berusaha mencari jalan untuk tidak mengahwini Johan. 

Wani mengahwini izudin walau baru 2 kali bertembung. Izudin juga walau baru berjumpa Wani merasakan ada chemestry di antara mereka.  Mereka bernikah dgn bantuan Khairul iaitu peguam keluarga Wani.

Keesokan merupakan hari pernikahan Wani & Johan,  Wani terpaksa pulang ke rumah utk menyatakan kebenaran namun malang menimpa pabila ibu Johan terjumpa surat nikah di dalam beg tangan Wani.  Johan mengamuk dan ingin membunuh Wani namun Khairul yang memang bersedia dgn kemungkinan2 tersebut pantas menarik Wani & membawanya lari.   Johan terus mengejar kereta Khairul & mengakibatkan Khairul kemalangan dan keretanya terbakar.  Sebelum itu Wani telah diarahkan oleh Khairul utk keluar dari kereta tersebut & Wani yang cedera telah mengalami hilang ingatan semasa kejadian tersebut.

Izudin mencari Wani & gusar akan kehilangan beliau & akhirnya dapat dikesan beliau di hospital.  Izudin dan ibunya terpaksa berbohong dgn Wani bagi memulihkan ingatan Wani namun keluarga Johan tetap menjalankan operasi jahat mereka sehingga Wani & Izudin bercerai.  Anak mereka juga dikatakan meninggal & itu membuatkan Wani mengambil keputusan utk berhijrah ke negeri lain.

Akhirnya kenyataan menyebelahi beliau di mana akhirnya mereka mengetahui kesemua itu adalah angkara Johan & keluarganya.  Ibu Johan sebelum meninggal telah menceritakan kesemuanya dan menyatakan anak Wani masih hidup & diserahkan di rumah anak2 yatim. 

Walau bagaimanapun Wani berasa bersyukur kerana anaknya dijaga dgn baik oleh Suhaila & Kamal.  Anak tersebut juga merupakan anak yang baik kerana keluarga angkat beliau juga merupakan keluarga yg bertanggungjawab.  Wani & Izudin mempunyai 2 anak lahi selepas mereka berkahwin semula.