Monday, February 28, 2011

STEFA ISLE - H.M. TUAH ISKANDAR

Buku dibeli pada 13/02/2004.
Aku mengulang membacanya untuk dimuatkan ringkasan di dalam blog ini sebab dah lupa kisah penyudahnya.

Lia merupakan anak bongsu keluarga En.Dilah.  Kerana kurang bijak seperti adik-beradiknya yang lain maka Lia kerap disindir dan dimarahi oleh ibubapanya.  Situasi ini membuatkan Lia merajuk dan membawa hati ke London.  Namun nasib tidak menyebelahi beliau bila mana dugaan demi dugaan datang menimpa.

Dengan kelulusan yang tidak seberapa dan pengetahun yang cetek tentang pembelajaran di London, Lia ingin mendaftar di Kolej namun beliau telah tertipu.  Beliau juga telah menyerahkan kesemua wang yang dibawanya dan pihak kolej berkenaan telah menelefon bapa Lia  agar memasukkan lebih dari RM33K sebagai permulaan Lia untuk belajar.

Pertemuaan tidak dijangka ketika Lia hendak dirompak dan akhirnya pengsan di sekitar kolej tersebut telah mempertemukan Lia dengan Darlina dan juga rakan2 dari Malaysia yang lain.  Setelah mengetahui Lia berdaftar di kolej tersebut, mereka telah menyiasat dan mendapati kolej tersebut adalah  kolej hantu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.  Mereka sedaya upaya berusaha untuk membantu Lia namun Lia tetap berkeras untuk meneruskan pembelajarannya.  Namun malang terus menimpa bila mana kolej tersebut benar2 disita oleh kerajaan.

Usaha keras Darlina bagi menempatkan Lia di kolej yang diiktiraf amatlah dihargai.   Roylizam teman sepersekolahan Lia pula menurut Lia ke London bila diberitahu oleh ayahnya bahawa Lia membawa diri ke sana.. Roy dapat mencari kolej di mana Lia belajar namun tanpa diduga beliau telah dipukul oleh orang2 Branson yang memikirkan Roy juga merupakan kuncu2 yang menyelamatkan Lia tempohari, namun kecekapan rakan2 Darlina menyebabkan Roy terselamat dan akhirnya dapat berjumpa Lia.

Lia akhirnya kembali ke Malaysia kedua ibubapanya telah tidak lagi memarahi beliau dan merasa kesal di atas apa yang terjadi.  Perubahan pada diri Lia yang bertudung juga membuatkan keluarganya merasa terkejut..namun Lia mengakui kesilapannya.  Keluarga Lia ingin mengadakan solat hajat dan tahlil bagi menyambut kepulangan Lia dengan minta majlis tersebut diketuai oleh ayah Roy. 

Thursday, February 24, 2011

KONFLIK TERAKHIR - NORZAILINA NORDIN


Buku ini dibeli pada 19 Disember 2009.  Walaupun cetakannya adalah pada tahun 2004 namun aku baru membelinya dan baru kini habis membacanya kerana aku kerap membeli banyak2 sekaligus dan membaca bila ada kelapangan.

Ringkasan cerita ini ialah:
Junita pernah terserempak dengan Farid ketika ingin membeli tali leher untuk ayah Najwa (anak saudara Junita).  Farid pula menyangka Wawa adalah anak Junita.

Secara kebetulan  Junita baru hendak memulakan kerja di Pesona ID yang mana Farid juga bekerja di tempat yang sama.  Sedari awal Farid telah jatuh hati apda Junita namun memandangkan pada jangkaannya Junita telah berkahwin maka Farid hanya memendam rasa.

Dalam waktu yang sama Nik Anura yang menjadi gandingan Farid merasa tercabar dengan kehadiran Junita dan menggangap Junita ingin merampas Farid darinya.

1st projek Farid menyerahkan Junita menyiapkan projek kondo di Tingkat 20...yang sebenarnya kondo tersebut adalah rumah Farid sendiri.  Hasil kerja serta konsep yang Junita  ketengahkan amat membanggakan Farid. Nik Amura pula berasa marah serta tercabar kerna menganggap Farid akan menjadi miliknya dan sepatutnya kondo tersebut diserahkan kepadanya untuk dilaksanakan persiapannya.

Bagi memperluaskan Pesona ID maka cawangannya akan dibuka di Sydney. Farid dan Nikky diminta untuk menjalankan tugas2 di sana.  Farid terpaksa menolak kerana tidak sanggup berjauhan dengan Junita..namun akhirnya kerana perselisihan beliau dnegan Junita maka Farid akhirnya mengambil keputusan untuk menerima jawatan tersebut. 

Selepas pemergian Farid dan Nikky Junita pula berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran ke London.  Farid pula selepas mengetahui ketiadaan Junita di pesona ID dan telah mengetahui segala salah paham beliau dengan Junita adalah angkara Nikky maka beliau telah meletakkan jawatannya di Sydney dan berpindah ke London serta mencari kerja serta sentiasa berada dekat dengan Junita.
Nikky tetap tidak berputus asa dan berbagai cara dicuba namun hati Farid memang tiada padanya. 

Pergolakan hebat berlaku di antara Junita dan Farid bila mana Farid menjalankan tugas2 baru yang dikongsi bersama Nikky di mana di situ beliau telah tersilap langkah kerana kasihan kepada Zaiton.  Zaiton yang mempunyai 3 org cahayamata dan suaminya pula kurang mengindahkan beliau serta anak2 kerana terlalu asyik dengan hobinya yang tersendiri.  Saat paling genting adalah selepas kematian suami Zaiton yang mana Zaiton mula berusaha memikat Farid kerana dirasakan Farid mempunyai keserasian dengannya dan Farid juga rajin melayan anak2nya.

Junita juga berasa tercabar hingga sanggup mengatakan pada Zaiton yang beliau adalah isteri Farid.  Zaiton tetap tidak berputus asa dan yang paling membuatkan Junita hilang pertimbangan kerana Zaiton juga dapat menerangkan secara terperinci thema serta apa jenis cadar katil di bilik tidur Farid yang semenangnya Junita yang melakukan segala dekorasi dan pemilihan di rumah Farid tersebut. Zaiton juga tidak habis2 merendahkan Junita kerana menganggap dia telah berjaya menawan hati Farid..namun Farid tetap memilih Junita dan mengganggap kelalaiannya melayan Zaiton adalah satu kesilapan besar.

Mereka berdua akhirnya diijabkabulkan setelah kata sepakat dibuat...dan setelah beberapa hari tidak dapat menghubungi Farid, Zaiton telah meredah rumah Farid dan berasa begitu terkejut pabila Junita yang membuka pintu rumah tersebut dan ingin membuat aduan tentang mereka ..namun akhirnya beliau sendiri yang terkejut besar bila mana mengatahui bahawa Farid dan Junita memang benar2 suami isteri.