Wednesday, July 27, 2011

CINTA SEINDAH MADAH - PUTERI ANDALAS

Asnawi merupakan cinta pertama Sharina...sehinggakan selepas keputusan SPM dan Rin berjaya ke U di Malaysia, namun kerana cintakan terhadap Asnawi sanggup dia membohongi keluarganya dengan menyatakan kegagalannya memasuki mana2 institusi pengajian tingggi dan harapan yanga dalah adalah menyambung pelajarannya di luar negara.

Walau tanpa restu akhirnya Rin berkahwin jua dan terus di bawa ke luar negara oleh Asnawio dengan janji akanmenyambung pelajarannya dan dibiayai oleh suami.   Namun panas tidak sampai ke petang bilamana Asnawi sebenarnya adalah baran orgnya dan kerapa memukul Rin dan bila mana sudah tidak tertahan Rin akhirmya meminta bantuan dari pihak kedutaan bagi membantunya.   Akhirnya Rin dan Asnawi bercerai dan Rin membawa Atim pulang ke Malaysia.

di Malaysia Rin mengambil bidang jururawat walau pada awalnya ingin menajdi seorang doktor.  Keluarga cuba untuk mencarikan jodohnya dengan kenalan yang merka kenal baik namun Rin seakan2 serik untuk bercinta lagi.

Secara tidak sengaja pertemuan Atim dan Rashlan menyebabkan kedua2 ibubapa mereka menjadi rapat.   Reshidi yang sedang dalam proses perceraian mula jatuh hati pada Rin dan begitu sebaliknya, namun Hanie yang sebelum ini dialah yang ingin bercerai deangan reshidi rasa tercabar denagn kehadiran Rin.  Hanie cuba berbaik semula dengan Reshidi bila mana kekasih hatinya tertangkap basah bersama sahabat baiknya sendiri  dan Hanie sedaya upaya ingin mengambil hati reshidi, namun Reshidi yang telah banyak kali memberi opeluang kepada Hanie dapat melihat yang Marhanie adalah seorang yang telah tidak boleh dibentuk lagi . 

Ibu mertua Reshidi juga berasa bersalah kerana selama ini hanya memaksa Reshidi menurut kehendaknya, dan akhirnya beliau sendiri dapat menilai kebaikan Reshidi dan walaupun Hanie adalah anak kandung beliau namun sikap Hanie yang keterlaluan membuatkan ibu mertua Reshidi tidak mahu lagi menyiksa menantunya..Beliau akhirnyabersetuju jika Reshidi memilih Rin sebagai isteri kerana Lan amat menyayanyi Rin dan begitu juga sebaliknya yang mana Rin terlalu syangkan Lan dan telah menganggap lan sebagai anaknya sendiri.