Wednesday, August 3, 2011

BILA SENA KEMBALI BERBUNGA - AMARUSZATI NOOR RAHIM

Afika mula rapat dengan Zek sejak beliau ketingalan  set melukisa di kelasnya dan mendapatkannya kembali dari Zek yang menyimpannya kerana beliau menduduki tempat duduk yang sama di kelas tetapi di sesi lain.

Mereka kemudiannya menjadi rapat dan Fika mula bersemangat untuk memperbaiki lukisannya dengan bantuan Zek.  Namun Zek akhirnya bertukar ke sekolah lain dan ini membuatkan Fika semakin mundur dalam pelajarannya dan akhirnya keputusan peperiksaannya  kurang memuaskan dan beliau berusaha untuk mengulanginya sekali lagi.



Zek menghadiahkan Fika sebentuk cincin dan sehelai selendang sutera sebelum perpisahan mereka dan di sepanjang perpisahan tersebut Zek kerap menulis surat kepada Fika dan didalamnya menyatakan kehampaan beliay kerana Fika tidak pernah membalas surat-suratnya


Fika yang merasa telah mengecewakan keluarganya telah mengulangi semula mengambil peperiksaan dan akhirnya berjaya ke pusat pengangian tinggi. Di sana beliau bertemu semula dengan Amir yang amat suka mengusik Fika semasa di zaman persekolahan. Di sini juga Amir tetap berkelakuan sama, namun tetap tidak diindahkan oleh Fika kerana hanya Zek dihatinya.


Dalam masa yang sama, Suraya atau semasa sekolah dipanggil dengan nama Su dan kini  nama gelarannya telah bertukar kepada Ay adalah merupakan pilihan ibu Zek untuk dijadikan sebagai menantu. Zek yang tahu perangai Ay menolak habis-habisan kehendak ibunya namun Zek tetap ditunangkan dengan Ay tanpa pengetahun Zek sendiri.

Ay yang terlihat Fika secara tidak sengaja dipejabat Zek telah meracuni ibu Zek dan Fika telah diserang oleh ibu Zek di pejabatnya dan barulah terbongkar yang selama ini ibu Zek yang menerima dan menyembunyikan surat-surat dari Fika tanpa pengetahuan Zek.

Dalam masa yang sama Amir masih juga memburu Fika dan juga Jaafar sepupu Fika sendiri telah meminang beliau namun ditolak oleh ibu Fika.

Situasi Fiak amat tertekan ketika itu bila mana bermacam-macam dugaan yang melanda dirinya namun akhirnya nasib tetap menyebelahi Fika bilamana Ay tertangkap basah dan ibu Zek tiada halangan untuk Zek berbaik-baik semula dengan Fika namun Fika tetap merasakan mereka ibarat enggang dengan pipit.
Fika menjalani latihan praktikal dan syarikat yang dipilih tanpa pengetahuannya adalah syarikat penerbitan kepunyaan Zek. Fika amat terkejut bila mana mengetahui Zek adalah yang empunya syarikat tersebut dan Zek yang sememangnya mengetahui akan kehadiran Fika telah berbesar hati menerimanya kerana akan bertemu semula dengan orang yang dicintai.