Tuesday, September 20, 2011

ARISSA - MANERA MUHAMMAD

(buku dipinjam from library LPPKN)

Arissa merupakan anak yang ceria dan manja namun kematian ibunya membuatkan Arissa berubah laku.  Namun kehadiran syed Putra Mukhriz talah mengembalikan diri Arisa seperti dahulu.

Ricky teman sekelas Arissa juga begitu menyintai Arissa namun perangainya yang gila-gila membuatkan Arissan sering mengangap-nya hanya kawan biasa...namun bila mana Ricky tahu yang Arissa benar-benar serius dengan Putra, Ricky telah membawa diri ke luar negara kerana kecewa.

Ayah Arissa telah jatuh cinta dengan Suzanna iaitu ibu Jasmin.. Jasmin sama sekolah dengan Arissa dan sememangnya Jasmin iri hati dengan Arissa kerana Arissa diminati oleh ramai jejaka dna baik hati.

Suzanna mengamanahkan bapa Arissa menjaga Jasmin dan agar Jasmin dapat membiasakan diri dengan Zainal dna juga rumah Zainal...Jasmin sebaik melangkah masuk ke rumah Arissa sahaja begitu terpegun dengan kekayaan keluarga Arissa dan berasa sungguh sakit hati dengan apa yang Arissa dapat dan telah berazam untuk merampas segala  yang ada pada Arissa untuk menjadikannya sebagai haknya.  Walau hanya menumpang di rumah Arissa, Jasmin tetap angkuh dan kerap mencari pasal dengan Arissa dan tidak menghormati Mak Wa iaitu pembantu rumah berkenaan sedangkan Arissa tidak pernah mengasari Mak Wan dan Ayah Arissa telah menganggap Mak Wa sebagai kakaknya sendiri.

Akhirnya Ibu Jasmin berkahwin jua dengan bapa Arissa dan mereka sebenarnya mempunyai niat jahat ingin merampas segala kekayaan yang ada pada keluarga Arissa.  Sikap Suzanna danvasmin yang kasar juga membuat Arissa tertekan dan kerap berjauh hati kerana ayahnya seakan-akan berpihak kepada Jasmin dan Suzanna.. Arissa yang amat menyayangi bapanya terpaksa mengalah.

Jasmin juga telah jatuh hati dengan Putra iaitu kekasih Arissa dan semasa Arissa hendak melangsungkan perkahwinan beliau telah melonggarkan skry di kesemua tayar kereta Arissa bertujuan untuk mencelakakannya namun malang yang menimpa kerana Putra yang membawa kereta Arissa pada malam yang malang itu dan meningga.   Jasmin bagaikan hesteria menyalahkan Arissa dan menuduh Arisalah yang menyebabkan kematian orang yang dicintai...

Kekecewaan telah membawa Arissa menyambung belajar ke luar negara dan 3 tahun terakhir bapanya langsung tidak datang menjenguknya dan menghantar khabar berita.  Secara mengejut Arissa pulang ke tanahair dan amat terkejut bila mana mengetahui bahawa bapanya telah diperbodohkan oleh ibu tirinya dan jasmin..Syarikat hampir bangkrup kerana Suzanna banyak memasukkan hasil syariakt ke akaunnya dan ayah Arissa hampir hilanga ingatan kerana telah dibomohkan dan diberi makan yang kotor..Arissa berusaha keras memyembuhkan ayahnya dan akhirnya kesemua skandal Suzanna terbongkar dan ayah Arissa menceraikannya namun malang telah menimpa Suzanna bilamana selepas sahaja keluar dari rumah Arissea beliau telah terlibat dalam kemalangan dan mati..

Jasmin terus berdendam dengan Arissa dan bapanya kerana kematian ibunya  ...semasa majlis perkahwinan Arissa dan Ammer Adi Jasmin telah datang tanpa diundang dan dan membuat kacau.. Dan Arissa juga telah ditikam oleh jasmin memgakibatkan Arissa mati pada hari perkahwinan beliau..Jasmin yang begitu menyintai Ameer Adi merasa kecewa kerana baginya ini kedua kalinya Arissa merampas haknya iaitu Putra dan Ammer Adi..Jasmin akhirnya menjadi orang yang kurang suman akaibat dari perbuatannya sendiri dan akibat dari pengambilan alkohol yang terlalu banyak membuatkan sarafnya rosak..


JANJI KASIH - SRI DIAH

(buku dipinjam dari Library LPPKN)

Saliwati merupakan anak ke 2 kepada En Aminuddin dan Pn. Junaidah ..  Permasalahan demi permasalahan yang berlaku terhadap keluarga dan juga dirinya membuatkan Sali berasa amat tertekan  lebih2 lagi bila mana beliau ditangkap khalwat dengan pensyarahnya.

Keruntuhan rumahtangga ibu bapanya akibat dari sikap ibunya yang inginkan kebebasan dan lebih kemewahan dengan merasakan apa yang didapati bersama bapa Sali tidak memadai.  Kakak Sali berada jauh di Singapura dan adiknya di luar negara membuatkan Salilah yang merasai apa yang bergolak dalam kehidupan keluarganyaa.. Sali terpaksa membahagi masa duduk bersama ibu dan kadangkala bersama bapanya di rumah lain.

Masalah semakin rumit bila mana ibu Sali berkahwin baru dengan pemuda yang jauh lebih muda dari ibunya.  Keadaan Sali semakin tertekan bila mana ibunya kerana terlibat dalam perlanggaran yang mengakibatkan beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dan Sali juga menghadapi saat-saat ngeri bila mana bapa tirinya ingin mencabulnya semasa beliau kembali ke rumah ibunya untuk mengambil barang-barangnya.

Sali dan Zahim saling menyintai namun Zahim ditunangkan dan akhirnya berkahwin dengan Ayuni membuatkan Sali tambah kecewa...Namun akhirnya jodoh Sali dengan Zahir tetap ada bila mana Ayuni memohon agar Zahim berkahwin dengan Sali kerana beliau tahu bahawa beliau tidak akan hidup lama akibat dari penyakit asma dan buah pinggangnya dan juga kerana cintanya yang sangat mendalam terhadap Zahir, dan sememangnya  Ayuni pergi lebih dahulu tanpa sempat melahirkan anaknya bersama Zahim kerana sakitnya yang kronik..

Setelah persepakatan diambil maka akhirnya ayah Sali bernikah juga dengan ibu Zuraida  yang mana sebelum ini suami kepada Ibu Zuraida ada pemandu kepada ayah Sali...dan dalam masa yang sama Delly (setiausaha ayah Sali)...memang begitu menyukai En Aminuddin yang bertanggungjawab walaupun ianya  tanpa disedari oleh bosnya.   Lebih-lebih lagi bila mana tunang beliau ekrpa bersikap kasar dengannya dan En. Amin sentiasa membantu beliau.   Ibu Zuraida yang mengetahui perasaan Delly telah meminta agar En Aminuddin menikahi juga Delly.  Walaupun pada mulanya En. Amin agak keberatan namun akhirnya beliau bersetuju dan Zuraida  juga yang sedang bermadu kasih dengan Huzairi akhirnya bersatu jua akhirnya.