Sunday, December 4, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA

buku dibeli pada 5/12/2011.

ringkasannya tunggu akak habis baca yaaa

CINTA SEGI LIMA - DR HM TUAH ISKANDAR

BUKU DIBELI PD 24/2/2011

Saturday, December 3, 2011

MASIH SETIA - AISYA SOFEA

NOVEL DIBELI PADA 17/6/2011

HARGA SEBUAH CINTA - HANI FAZUHA


buku dibeli pada 20/7/2011

Ibu Fea bekerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga Arman dan yang mana setelah lama rapat dengan Fea, mereka kedua2nya saling menyintai.  Ibu Arman tidak merestui perhubungan mereka dan telah menghalau Fea serta ibunya dari rumah mereka.

Ibu Fea yang telah tidak mempunyai saudara telah menumpang di rumah sahabatnya yang sememangnya tinggal berseorangan, dan bila mana sahabatnya tersebut telah meninggal, ibu Fea tetap tinggal di rumah sahabatnya kerana mereka tiada tempat lain untuk pergi.

Fea menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur sambil membuat kerja sambilan.   Di masa yang sama Fea juga rapat dengan Zura dan keluarga Zura telah menganggap Fea seperti keluarganya sendiri.

Ikmal sepupu Zura dalam diam menyukai Fea.  Namun Fea kuranga menyenanginya kerana Ikmal adalah kekasih Nisa.  Zafir abang Zura juga menyukai Fea dan ini membuatkan Fea semakin tidak senang jika berada di rumah Zura.  Fea berkerja sepejabat dengan Ikmalo dan beliau kerap diserang oleh Nisha kerana menganggap Fea menggangu keksihnya...

Tanda diduga teman yang rapat dengan Zura dan orang yang membaawa Zura sedar akan kelakuannya yang kurang elok sebenarnay adalah Arman iaitu orang yang paling Fea kasihi. 

Fea telah dipindahkan bertugas di syarikat lain, yang mana syarikat tersebut juga adalah di bawah kepunyaan Zafir dan tanpa diduga ketua Fea adalah Arman.  Arman kerap menagih semula kasih fea namun pabila mengingatkan kata2 penghinaan dari ibu Arman fea seboleh mungkin ingin menjauhkan diri dari Arman walau hatinya tidak merelakan di samping ingin menjaga hati Zura yang begitu menyintai Arman.

Fea akhirnya berkahwin denga Zafir walau tiada perasaan cinta.  Pelbagai syarat dikenakan kepada Zafir namun Zafir dengan tenang menunaikan kesemua permintaan Fea.  Fea juag mengandaikan perkahwinan mereka adalah kerana Zafir ingin menyelamatkan adiknya yang begitu menyintai Arman yang mana pastinya adiknya akan kecewa jika Arman kembali kepada Fea.