Sunday, May 27, 2012

YANG SEBENARNYA - AISYA SOFEA

Eddie menyintai sepupunya Nazirah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Chik namun ditolak dan akhirnya beliau membawa diri ke London.  Boleh dikatakan setiap hari Eddie berkomuniaksi (berchatting) dengan Dhiya iaitu adik kepada Kak Chik bagi mengetahui perkembangan Kak Chik.

Hari2 berlalu dan kekerapan mereka berchatting membuatkan Eddie mulai menyukai Dhiya.   Pak Long pula iaitu bapak kepada Eddie mempunyai syarikatnya sendiri  dan amat berharap agar Dhiya dapat bekerja dengan mereka.  Dhiya yang pada mula keberatan dengan tawaran tersebut kerana telah memulakan pekerjaan sebagai pembawa van sekolah namun akhirnya bersetuju setelah tidak dapat menolak permintaan dari Mak Longnya untuk bekerja di syarikat keluarga mereka...

Eddie juga telah kembali ke Malaysia tidak lama kemudian dan bekerja sebagai pengurus di syarikat bapanya..Rakan2 kesemuanya tidak mengetahui bahawa syarikat tersebut adalah syarikat Pak Long Dhiya dan Eddie adalah sepupunyaa...banyak tugas2 dan bil2 tertunggak yang telah  dapat Dhiya laksanakan dengan jayanya.  Namun ada  beberapa perkara yang membuatkan Dhiya merasa amat kecewa iaitu kesilapan yang dibuat oleh orang lain namun dirinya yang dituduh.   


Eddie pula tanpa belas kasihan telah memarahi Dhiya depan orangramai tanpa memikirkan perasaan Dghiya.. 2 kesilapan besar  dan juga kesilapan2 lain yang sememangnya bukan disebabkabn oleh Dhiya, namun Dhiya telah dipergunakan untuk kepentingan individu itu sendiri dan akhirnya Dhiya mengambil keputusan untuk berhenti dari syaruikat Pak Longnya.   Ini adalah  kerana beliau  tidak sanggup membiarkan bapanya menggantikannya  membawa van sekolah yang telah dimulainya sebelum ini kerana keadaan bapanya yang kerap tidak sihat.

Perasaan sayang seorang adik kepada abangnya telah bertukar kepada benci dan Dhiya enggan bertegur sapa dengan  Eddie... Pak Longnya perasan akan keadaan tersebut dan cuba untuk sedaya upaya menyatukan mereka agar dapat berbaik2 kembali.  

Syarikat Pak Long akan mengadakan rombongan  ke Pulau Pangkor dan Dhiya diajak sekali walaupun telah tidak lagi bekerja di Syarikat Pak Longnya.....puas Dhiya menolak..namun Sufini sepupunya yang juga kini telah bertugas di Syarikat Pak Long mereka  puas mendesaknya dan akhirnya beliau  tidak ada alasan bilamana Pak Longnya  sendiri yang mengajak...


Noryn yang selama ini memang ada hati dengan Eddie merasa tercabar kerana merasakan Dhiya akan merapas Eddie darinya dan bermacam2 perkara yang telah dilakukan untuk menampakkan kesalahan Dhiya sama ada di tempat kerja atau di luar..Namun akhirnya memang jodoh Dhiya bersama Eddie memang telah ditakdirkan bersama Abang Eddie dan sememangnya ikatan hati kami amat kuat walau tanpa kami lafazkan.

Monday, May 14, 2012

SUNGGUH AKU MENGERTI - AMISHA DANIA


BUKU DARI KARYASENI DIBELI SEMASA PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC - 27 APRIL 2012

Lili Julia, Zaira dan Atilia sama-sama seuniversiti.  Semasa cuti semester Julia ke asrama untuk berjumpa dengan Zaira kerana Zaira sememangnya jarang pulang ke kampung semasa cuti semester.  

Julia singgah di sana selepas beliau menghantar ibunya membuat rawatan susulan di PPAM.   Julia bergegas semula untuk kembali ke hospital pabila mendapat panggilan dari ibunya dan berjanji dengan Zaira akan mengambil Zaira  kemudian nantu untuk ke rumah Atilia kerana kelyarga Atilia akan mengadakan kenduri.   

Sesampainya di hospital, sana Julia tergesa2 berlari kerana hendak ke tandas..namun malang baginya bila beliau telah  tersalah memasuki tandas lelaki.  Tengku Effendi yang kebelutan berada di dalam tandas berkenaan telah menegurnya  dan membuatkan Julia benar-benar terkejut dan malu...dan terus berlari keluar tanpa melaksanakan hajatnya.

Sementara Atilia pula, mempunyai seorang abang iaitu Tengku Effendi yang baru pulang dari luar negara.  Ibunya membuat majlis kenduri bagi menyambut kepulangan abang kandungnya itu...

Sesampainya Julia di rumah Atilia pada petang tersebut, beliau telah benar-benar terkejut kerana abang Atilia adalah merupakan jejaka yang terserempak dengannya di tandas lelaki di PPAM petang tadi.  Tengku Effendi tanpa malu terus mentertawakan Julia dan menceritakan kisah pertemuannya dengan Julia petang tadi.. Julia begitu geram dan malu kepada semua namun Tengku Effendi tetap dengan selambanya.