Tuesday, November 27, 2012

SISIPAN CINTA MENGHARUM - AIMA ARMIA

BUKU DARI LIBRARY LPPKN

Aliya kerap memerhati kereta Kia Sportage hitam yang lalu di hadapan rumahnya.   Ibunya yang terlihatkan perbuatan Aliya telah menegur bahawa menyatakan usahlah beliau berangankan pemuda mat salleh yang mengemudi kenderaan berkenaan kerana beranggapan orang tersebut tidak akan perasan akan diri Aliya.

Perkenalan antara Aliya dan Sam yang secara tidak sengaja telah merapatkan hubungan mereka.  Mereka akhirnya saling jatuh cinta namun banyak halangan-halangan yang terpaksa dilalui bagi merealisasikan hubungan mereka agar dapat hidup bersama.

Nurul yang juga sepupu Aliya sebenar telah juga jatuh hati pada Sam. Walhal dalam masa yang sama dia berpacaran dengan Kabeer pemuda Pakistan yang bapanya mempunyai perniagaan karpet di sini.   Setelah Kabeer gagal dikesan kerana pulang ke Pakistan tanpa memberitahunya dan   Nurul yang berasa terancam kerana mengandung telah manabur fitnah bahawa beliau mengandungkan anak Sam.  Ini memandangkan Sam juga telah balik mengejut ke negaranya ke negaranya kerana ibunya sakit.   Sam telah memaklumkan kepada Aliya keadaan namun Nurul yang telah terdesak telah mengambil kesempatan di atas ketiadaan Sam dengan membuat fitnah bahawa Samlah yang merosakannya.

Bapa Nurul naik berang dan ingin menurut Sam di London ...Aliya begitu kecewa namun tidak dapat berbuat apa-apa.  Akhirnya Nurul berkahwin juga dengan Sam di sana kerana diugut oleg bapa Nurul. Bapa Nurul kemudiannya  kembali ke tanah air namun Nurul terus tinggal di sana kerana tidak dibenarkan oleh ayahnya.  Aliya begitu kecewa namun pasrah dengan  apa yang telah terjadi.  Sam tetap menyatakan bahawa dirinya teranaiya dan ingin kembali kepada Aliya.  

Sam telah kembali ke Malaysia bagi menemui Aliya.  Pada masa tersebut Aliya ke JB kerana menjalani kursus.  Angah iaitu kakak Aliya yang berkahwin dengan bangsa asing telah merancang pernikahan Aliya dan Sam kerana beliau tahu yang Sam benar-benar menyintai Aliya dan tahu yang Sam sebenarnya telah teranaiya.  

Angah juga berkahwin tanpa restu keluarga telah tidak pulang-pulang ke kampungnya semenjak beliau berkahwin lari.  Suaminya iaitu Farid Chong merupakan seorang yang berjaya dalam kerjayanya begitu juga Angah.  Bapa mertua Angah  mempunyai harta yang banyak dan kebanyakannya telah dinamakan atas nama Angah kerana beliau berasa bersalah kerana Angah terpaksa berpisah dengan keluarganya kerana disebabkan perkahwinan mereka yang tidak direstui.

Tanpa Aliya menduga kakaknya yang  terlalu ingin melihat kebahagiaannya telah sanggup membuang perasaan takut terhadap ayah beliau.  Beliau meminta Pak  Deris datang ke JB bagi mewalikan  pernikahan Aliyah.  Selama ini semenjak beliau keluar dari rumah,  tidak pernah sekalipun beliau menghubungi keluarganya kerana tahu keluarganya amat marah dengannya. Namun demi Aliyah, beliau sanggup berkorban demi kepentingan adiknya.

Pak Deris akhirnya  bersetuju dengan perancangan Angah namun meminta Angah merahsiakannya dari ibu mereka kerana ibu mereka amat fobia dengan orang dari bangsa asing.  

Setelah selamat bernikah Sam telah kembali semula ke London bagi menyelesaikan urusannya dengan Nurul dan dalam masa yang sama juga ibunya sedang sakit tenat. Bapanya memahami situasi Sam dan Nurul dan bersetuju agar beliau bercerai.  Namun Nurul tidak mahu pulang ke Malaysia kerana malu. Nurul pula begitu marah kerana menjangkaka Sam akan berubah hati dan sayang kepadanya dan mula mencari akal untuk Sam agar terus tinggal di sana.

Dengan berat hati Aliyah terpaksa sekali lagi melepaskan  Sam bila Sam berjanji akan segera kembali ke Malaysia setelah semua urusannya selesai.  Namun malang terus menimpa Aliya bila mana Sam tidak kunjung-kunjung pulang.   Aliyah yang telah mengandung ketika itu begitu resah memikirkan permasalahannya. Akhirnya ayahnya telah mengambil keputusan untuk ke London bagi menjejaki menantunya.  Dengan isterinya beliau telah berbohong menyatakan bahawa beliau perlu ke sana atas urusan tugas.  

Setelah seminggu tanpa khabar dan masuk ke hari hari seterusnya, Aliyah merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap bapanya. liyah menerima sampul putih dari luar negara namun yang ada hanyalah kasert.  Selepas mendengarinya Aliyah terus menghubungi Abang Lokman dan seterusnya mereka ke balai polis kerana tahu ada sesuatu yang berlaku di sana.  Aliyah juga memperdengarkan  isi kaset tersebut kepada Pak Longnya yang mana akhirnya baru  Pak Long baru mengetahui bahawa kesemua angkara yang berlaku adalah disebabkan oleh perbuatan anaknya sediri iaitu Nurul.  

Manakala  Farid Chong pula menghubungi iparnya yang menuntut di sana bagi membantu mencari ayah mertuanya.  manakala Abang Lokman menghubungi New Strats Times dan Kedutaan kita di London bagi membantunya.  Akhirnya mereka mendapati Pak Deris berada di hospital kerana kemalangan manakala Sam masih tidak dapat ditemui.

Farid Chong dengan bermurah hati telah ke London bagi membawa ayah mertuanya pulang.  Ibu Aliyah yang telah mengetahui duduk perkara sebenarnya begitu terharu di atas pengorbanan Farid dan kemudiannya beliau dapat menerima kehadiran Faid Chong di dalam keluarganya.   Begitu banyak jasa-jasa Farid terhadap kelaurganyaa.



Monday, November 26, 2012

RINDU DI 3 PERSIMPANGAN - NURAINI ABDULLAH


Pinjam dari PNM

Rini berkawan rapat dengan Alang yang sekampung dengannya.  Keluarga mereka memang maklum akan keakraban mereka namun sejak Alang bertugas ke luar dari daerah mereka, Alang terus menyepikan diri selama beberapa tahun.  Rini begitu hiba  dan tidak diketahui mengapa Alang berbuat sedemikian.

Rini yang sedang menanti keputusan peperiksaan telah mendapat jawapan agar melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan.   Suatu hari, tanpa disangka-sangka semasa Rini dalam perjalanan dan  kebetulan waktu itu bas yang dinaikinya mempunyai masalah, Rini telah keluar dari bas dan berada di persekitaran bas berkenaan.  Tanpa disangka Rini telah ternampak Alang  yang juga pada ketika itu berada berhampiran dengan tempat kejadian.  

Rini memanggil-manggil dan mengejar Alang, namun sungguh mengecewakan kerana Alang yang juga melihat Rini  ketika itu terus menghilangkan diri.  Rini begitu sedih namun masih tercari-cari jawapan atas keengganan Alang menemuinya dan juga mengapa beliau terus menyepi setelah keluar dari kampung.

Suatu hari semasa Rini berada di kampung, Agus iaitu rakan baik mereka secara tidak sengaja telah terjumpa Rini dan seterusnya barulah Rini mengetahui bahawa angkara keretakan perhubugannya dengan Alang adalah disebabkan oleh Suinai.   Suinai yang dipertanggungjawabkan oleh Alang menyampaikan surat sebelum Alang meninggalkan kampung halamannya kerana memasuki tentera sebenarnya telah tidak amanah.  Beliau telah membuka dan   membaca surat tersebut.  Selanjutnya Suinai  juga telah mereka-mereka cerita bahawa Rini tidak menyukai Alang dan Alang hanya bertepuk sebelah tangan.   

Alang tanpa usul periksa terus mempercayai apa yang ditulis Suinai.  Atas rasa kekecewaan dan juga desakan keluarga, akhirnya Alang dan Suinai ditunangkan.  Alang yang menyangka Rini mempermain-mainkannya telah tanpa bantahan bersetuju dengan pilihan keluarganya.

Namun akhirnya perkara sebenar terbongkar jua bila mana Agus menceritakan kepada Alang bahawa Rini tidak pernah menerima surat yang dikirim oleh Alang melalui Suinai.  Dan Suinai jugalah yang sebenarnya yang menulis balasan surat Alang tersebut  dengan  mengatakan bahawa Alang hanya bertepuk sebelah tangan. Walhal, Rini sebenarnya yang ternanti-nanti khabar dari Alang yang tidak kunjung tiba.  Rini juga berasa kecewa kerana Alang tidak ada menulis apa-apa surat pun kepadanya dan sering tertanya apakah yang menyebabkan Alang terus-terusan menyepi. 

Setelah terbongkarnya duduk perkara yang sebenar,  pertengkaran telah terjadi di antara Suinai dan Alang.   Alang akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Suinai.
Rini berasa amat  bersalah kerana  angkaranyalah Alang dan Suinai terputus.  Namun Alang tetap dengan pendiriannya kerana sememangnya beliau tidak menyintai Suinai.  Alang juga berasa kesal kerana tidak menyiasat perkara tersebut sebelum apa-apa tindakan diambil.

Sebelum Rini mendapat jawapan untuk meneruskan pelajarannya, Rini telah berkenalan dengan Azman, iaitu seorang guru dari Semenanjung.  Ketika itu Rini yang sedang termenung di pinggiran pantai telah disapa oleh Azman yang setiap hari melihat Rini.  Perkenalan mereka berlanjutan beberapa tahun sehingga mereka ingin bertunang.  Namun musibah sekali lagi melanda diri Rini pabila malam sebelum mereka bertunang Azman telah ditangkap basah dengan Cikgu Sakinah.  

Cikgu Sakinah yang sudah agak berumur sebenarnya berdendam dengan orang Semenanjng.   Beliau pernah putus tunang dan kehidupan beliau sebenarnya adalah agak sosial.  Azman yang begitu lurus kerap meminta bantuan Sakinah memandangkan keluarganya jauh dan Azman sama sekali tidak menyangka bahawa Cikgu Sakinah mempunyai perasan terhadap beliau.  

Sementelaah Cikgu Sakinah pula pandai menunjukkan keprihatinanya ingin membantu Azman sebaik mungkin.  Azman kerap keluar masuk rumah ke Sakinah kerana Sakinah telah bermurah hati untuk membantu Azman menyiapkan barangan hantaran pertunangan beliau dan Rini.  Walau kebanyakan barangan telah disediakan oleh keluarga Angkat Azman namun Sakinah yang ringan tulang telah dengan rela menolong Azman menambah serta menggubah beberapa hantaran lagi.

Pada malam kejadian, Sakinah telah menelefon Azman menyatakan dia kurang sihat dan meminta Azman kerumahnya.  Azman yang tidak pernah mengesyaki apa-apa muslihat dari Sakinah terus melulu ke rumah beliau.  Namun, Sakinah yang telah begitu teliti memasang jerat telah memanggil orang-orang dari jabatan Agama agar menangkap mereka.  Semasa Azman di rumah Sakinah, Sakinah dengan sengaja mengenakan pakaian tidur yang nipis dan menunggu Azman dibiliknya ..bila Azman mendengar rintihan kesakitan suara Sakinah, tanpa membuang masa beliau terus meluru ke bilik Sakinah, namun Sakinah terus merangkul dan memeluknya dan enggan melepaskannya.  Pada saat itu juga orang-orang dari jabatan agama telah menangkap mereka dan akhirnya majlis pertunangan Rini dan juga Azman terpaksa dibatalkan.

Di kolej, Rini juga mempunyai peminat iaitu Jimi.  Walau Rini menolak Jimi untuk menjadi pasangan kekasih namun  Jimi tetap menjalinkan persahabatan dengan Rini.   Jimi kerap memberi semangat kepada Rini berkenaan kesnya dengan Alang dan pabila masalah Rini dengan Azman juga melanda, Jimi tetap memberi perangsang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.  

Semasa Rini kecewea dengan Alang tempohari,  Jimilah penghibur hatinya, Jimi juga membawa Rini ke kampung beliau kerana Rini ingin benar belajar  menganyam mengkuang.  Kluarga Jimi juga begitu senang dengan  kehadiran Rini dan Rini juga amat mudah menyesuaikan diri dalam keluarga Jimi.  Ibu Jimi pula  menyatakan bahawa Rini begitu pantas belajar menganyam mengkuang tersebut.

Namun nasib juga kurang menyebelahi Rini bila mana Jimi yang disayanginya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana terkena barah otak.  Jimi yang telah memeluk Islam 3 hari sebelum meninggal telah disempurnakan oleh pihak  Majlis di sana.   Keluarga Jimi merupakan keluarga yang terbuka kerana seorang dari kakaknya juga telah memeluk Islam.

Manakala Rini pula yang sudah berjinak-jinak dengan agama Islam juga telah memeluk Islam.  Namun kemasukannya masih dirahsiakan dari keluarganya.  Rini tidak mahu keluarganya kecewa dengan keputusan beliau.  Ini kerana semasa kakaknya iaitu Rani memeluk Agama Islam, seluruh keluarganya mengamuk terutama sekali ayahnya.

Rini telah meminta untuk ditempatkan jauh ke Semenanjung semasa bertugas nanti.  Beliau akhirnya berjaya mendapat tempat untuk mengajar di Kelantan.  Setelah pemergiannya nanti, Rini meminta Rani menyampaikan berita yang mana beliau telah bertukar agama kepada keluarganya.   Ini kerana beliau bimbang keluarganya tidak dapat menerimanya sekiranya beliau berterus terang.

Sekali lagi Agus menyampaikan salam dari Alang dan menyerahkan sepucuk surat dari Alang sebelum Rini berlepas ke Semenanjung.  Alang tetap dengan keputusannya berpisah dengan Suinai dan menyatakan bahawa beliau tetap menyintai Rini sampai bila-bila.   

Sebelum meninggalkan daerah tumpah darahnya Rini atau nama islamnya Nurul Atiqah ke pusara Jimi iaitu Rizuan buat kali terakhir sambil menghadiahkan fatihah.

Selamat tinggal segalanya kata hati Rini dan sekiranya ada jodoh mereka akan bertemu kembali.