Wednesday, June 26, 2013

TEDUHAN KASIH - MARISSA

Iffah diceraikan oleh Ryzal semasa beliau sedang hamil. Sahabat baik beliau sendiri yang merampas suaminya. 

Ryzal menyatakan benar2 bahagia bersama Ayu iaitu perasaan yang tidak pernah dirasakan semasa bersama Iffah.  Ayu secara terus terang juga menyatakan bahawa mereka telah terlanjur dan tidak boleh berpisah.  Hancur luluh hati Iffah dengan perkhabaran tersebut manakala ibu mertuanya yang sememangnya tidak menyukai  dirinya telah menghalau Iffah keluar dari rumah Ryzal.

Iffah begitu kecewa dan terpaksa pulang ke rumah ibu tirinya yang sememangnya membencinya.   Namun disebabkan tiada tempat untuk pergi, dengan berat hati terpaksa juga  ke sana demi menumpang teduh.


Iffah diibaratkan sebagai orang gaji di rumah ibu tirinya. Walau telah sarat mengandung, namun  terpaksa jua membuat kesemua kerja2 rumah disamping menjaga anak Kak Longnya.  


Kak Long dan ibu tirinya begitu garang dan amat membenci Iffah kerana menganggap Iffah sebagai beban kepada mereka.  Mereka juga mendendami Iffah kerana beranggapan Ibu Iffah telah merampas suaminya.

Iffah telah hampir saat2 melahirkan, namun ibu tiri serta Kak Longnya pergi bercuti ke Langkawi.  Walau puas Iffah merayu  mereka pergi selepas dia bersalin, namun Iffah tetap ditinggal sendirian.  

Iffah meminta bantuan ibu mertuanya namun pada masa tersebut merupakan hari  perkahwinan Ryzal dan Ayu dan ibu mertuanya tidak mengindahkan rayuan Iffah.

Iffah terpaksa bersendirian keluar dari rumah dan menunggu kenderaan.  Semasa menunggu dan sedang dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat, Ehsan yang kebetulan sedang lalu berhampiran tempat tersebut telah terlihatkan Iffah di perhentian bas.  Beliau  memberikan bantuan untuk membawa Iffah ke hospital.  

Maka dengan ini bermulalah episod di mana Ehsan yang diingatkan suami Iffah telah diminta oleh jururawat agar bersama-sama Iffah memberinya semangat semasa melahirkan.  

Walau dalam keadaan serba salah namun Ehsan akhirnya masuk juga ke labour room di mana Iffah ditempatkan.   Tanpa sengaja  Ehsan telah menghulurkan tangannya untuk memberi kekuatan semasa  Iffah sedang bertaruh berjuang hendak melahirkan. 

Seterusnya Ehsan  jatuh kasih kepada anak Iffah dan menganggap anak Iffah adalah anaknya. Iffah juga bersetuju menamakan anaknya Adam seperti yang dicadangkan Ehsan.  Ehsan juga berbesar  hati membantu menanam uri Adam dan seterusnya mendaftarkan nama Adam untuk mendapatkan sijil kelahiran pabila diminta  tolong oleh Iffah.

Semasa Iffah dibenarkan keluar dari hospital,  beliau merasa benar2 susah hati kerana ibu tiri dan Kak Longnya masih belum pulang dari bercuti.  Ehsan yang berada bersama ketika doktor memberitahu hal tersebut  telah mempelawa Iffah ke rumah beliau  namun Iffah keberatan.  Lantas Ehsan menyewakan hotel berdekatan dengan rumahnya  untuk Iffah tinggal buat sementara. 

Namun Ehsan tidak senang hati kerana meninggalkan  Adam dan Iffah di sana dan setelah puas dipujuk akhinya Iffah bersetuju berpantang di rumah Ehsan di mana beliau mempunyai pembantu iaitu Makcik Hanim.

Iffah agak kurang senang bilamana Ehsan mengenalkan beliau  kepada Makcik Hanim namun hanya dapat mendiamkan diri.  Makcik Hanim menyangka Iffah juga merupakan perempun2 yang selalu dibawa pulang oleh Ehsan dan kurang menyenanginya.

Namun pembawakan diri Iffah yang lembut dan menghormati orang lain akhirnya membuatkan Makcik Hanim menyenangi dan menyayanginya.  Makcik Hanim kerap memberi nasihat kepada  Iffah dan juga Ehsan agar mereka segera bernikah.

Ibu tiri serta Kak Long memarahi Iffah kerana tidak balik2 ke rumah.  Mereka marah kerana mereka perlukan Iffah untuk membuat kerja2 rumah serta menjaga anak Kak Longnya tanpa ada peasaan kasihan yang mana Iffah masih dalam pantang.  Ehsan melarang Iffah balik ke pangkuan keluarga ibu tirinya selagi Iffah belum habis berpantang dan seterusnya mengajak Iffah terus tinggal bersama-samanya kerana beliau amat menyayangi Adam serta menganggap adam adalah sebagai anaknya sendiri.

Sehabis pantang Iffah kembali  juga ke pangkuan keluarga ibu tirinya namun tanpa perasaan kasihan mereka mengerahkan Iffah melakukan banyak kerja rumah dan amat marah bila Iffah ada masa2 tertentu Iffah perlu memberikan perhatian kepada anaknya Adam.    

Iffah begitu kecewa dan yang  membuatkan Iffah berasa amat marah kerana anaknya juga telah dicaci dan dimaki sebagai anak haram.  Ehsan sentiasa mengambil tahu perkembangan Iffah dan Adam. Akhirnya kerana tidak tahan dengan kerenah keluarga tirinya maka akhirnya Iffah bersetuju untuk balik semula ke rumah Ehsan. 

Keluarga tiri beliau amat marah bila mana sekembalinya mereka dari keluar makan malam  Iffah telah tiada.  Ehsan yang menjawab panggilan bagi   bagi pihak Iffah telah menyatakan bahawa Iffah adalah di bawah tanggungjawab nya dan mereka tidak berhak menggangu Iffah dan menyatakan Adam adalah anaknya.

Ayu dan Kak Long merupakan kawan karib dan sering mencari kesalahan Iffah .  Mereka ingin Iffah hidup susah dan menderita selamanya.  Numun Iffah bernasib baik kerana berjumpa Ehsan yang begitu menyayangi Adam dan dirinya.   Tambah menyakitkan hati mereka bila mana akhirnya mereka mendapat berita bahawa Iffah dan Ehsan akan berkahwin.

Ayu yang hadir di majlis perkahwinan mereka amat marah dan menyatakan bahawa perkahwinan Iffah tidak akan bertahan lama.   Iffah yang telah berani menjawab segala caci maki dari keluarga tirinya dan juga Ayu akhirnya membuatkan Ayu bertambah sakit hati kepada beliau.   

Ayu meneruskan agendanya.   Beliau memujuk Iffah kembali kepada Ryzal dan menyatakan bahawa Adam adalah anak Iffah dan Ryzal dan beliau bersetuju mengundur diri.  Walhal dalam masa yang sama beliau sehabis usaha ingin menggoda Ehsan.  Iffah telah dipujuk oleh Ayu agar berjumpa dengan Ryzal kerana mengikutnya Ryzal amat menyesal dan ingin sekali berjumpa Iffah.   

Semasa Iffah bertemu Ryzal, Ayu telajh menabur fitnah bahawa Iffah berlaku curang di belakang Ehsan,  namun Ehsan yang telah mengetahui tujuan Iffah akhirnya menghalau Ayu dari rumahnya kerana tahu bahawa Ayu adalah merupakan ular yang berbisa.

Ayu tidak putus ada dan meminta Iffah berjumpanya di taman.   Beliau merayu Iffah melepaskan Ehsan kepadanya kerana beliau amat menyintai Ehsan..Namun Iffah yang telah mengetahui niat jahat Ayu tidak ingin pisang berbuah dua kali. 

Ayu begitu marah dan dalam masa yang sama rumahtangga Ayu dan Ryzal bergolak hebat.  Mereka kerap bergaduh kerana Ayu mencaci cerca Ryzal dengan menyatakan dia merebut Ryzal dari Iffah namun akhirnya Iffah mendapat yang lebih bagus dari beliau... Ryzal berasa tersinggung dengan kata-kata Ayu sedangkan beliau amat sayangkan Ayu.

Ryzal meninggal akibat kemalangan semasa keluar ke sana sini mencari Ayu.   Ayu akhirnya menjadi gila kerana dendamnya yang makin kuat terhadap Iffah dan sakit hati kerana Iffah mendapat yang lebih baik darinya.   Ibu Rizal amat marah bila mengetahui sikap ayu yang sebenarnya.  

Ibu tiri Iffah pulak terpaksa dipotong kedua dua belah kakinya kerana sakit dan Kak Longnya pula dalam proses perceraian bila mana suaminya sebenarnya telah 3 tahun berkahwin lain.

Iffah telah diundang untuk ke majlis hari jadi anak Kak Longnya.  Walau keberatan Iffah akhirnya datang juga bersama Adam dan Ehsan.  Keluarga ibu tirinya tetap mencaci maki Iffah dan Adam di hadapan Ehsan.  Ehsan begitu marah bila mana Adam menjadi mangsa dan terus mengajak Iffah pulang.   

Kak Longnya diturunkan pangkat kerana sikap biadapnya terhadap Adam.  Puasa Kak Long merayu kepada Iffah agar memujuk Ehsan namun Iffah tidak boleh berbuat apa-apa bila mana ianya melibatkan Adam kerana Ehsan sememangnya amat pantang jika soal anaknya dipertikaikan.

Keluarga ibu tiri Iffah ditimpa malang.   Iffah yang amat bersimpati dengan keluarga ibunya telah menjenguk mereka namun tetap dihalau sebagai kucing kurap.  Ehsan amat marah dan tidak membenarkan Iffah mendekati keluarganya semula.

Iffah kemudianaya mengandungkan anak Ehsan.  Walau pada mulanya beliau mengalami masalah dan doktor menyuruh beliau mengugurkan kandungannya, namun atas usaha Makcik Hanim yang mengajak Iffah berubat kampung akhirnya kandungan Iffah dapat diselamatkan. 

Iffah selamat melahirkan anak kembar dan kehidupan mereka amat bahagia dengan kehadiran orang baru.