Thursday, December 26, 2013

LUV U MR. ARROGANT


Zarra terpaksa bertunang dengan Irham kerana beliau tidak mampu membayar hutang yang dijanjikannya dan dua minggu selepas bertunang mereka bernikah.

Irham lebih rela bertunang dengan Zarra daripada bersama Sherry yang menjadi pilihan mamanya.  Beliau tidak menyenangi Sherry namun terpaksa melayannya kerana keluarga beliau banyak bergantung kepada keluarga Sherry atas urusan business.

Mama Irham serta kakaknya amat tidak menyukai Zarra kerana menganggap Zarra kolot dan juga kampung serta tidak setaraf dengan mereka. Zarra kerap berendam airmata atas sikap ibu mertua dan kakak iparnya namun  tidak pernah mau mengadu dan berkata benar denga Irham apa yang telah mereka lakukan terhadapnya di belakang Irham dan juga bapak mertuanya.

Di pejabat Zarra digilai oleh  seorang programmer yang benar2 menyintainya.   Zarra hanya melayan beliau hanya sebagai teman sepejabat sahaja.  Beliau juga berdendam dengan Zarra bila mana melihat Zarra mesra dengan Hardy iaitu sepupu Irham yang sepejabat dengan Zarra kerana menyangkakan Zarra curang dibelakang suaminya dan senggup melayani lelaki lain.

Suatu hari beliau telah menunggu Zarra di tangga kecemasan dan menggugut  sehinggakan Zarra terjatuh dari tangga.  Beliau kemudian terus menghilangkan diri dan terus tidak datang bekerja kerana ketakutan menggangap beliau telah membunuh Zarra. 

Irham menyelidiki sendiri punca Zarra terjatuh dari tangga dan beliau ke rumah ............ bagi memberi amaran tidak lagi mengganggu Zarra lagi.

Nasib Zarra bertambah malang bila mana ibu mertuanya tidak memberinya makan semasa beliau sakit.  Akhirnya Irham yang bersimpati dengan Zarra membawa beliau pulang ke kampung untuk berurut agar kakinya cepat sembuh.   Sementara Zarra di kampung, Sherry mengambil peluang menggoda Irham namun tetap tidak dilayan.  

Atas rasa tanggungjawab agar Irham tidak menjadi anak derhaka, Zarra mengizinkan Irham berkahwin dengan Sherry agar ibu mertuanya tidak membencinya.. 

Namun malang bagi Zarra bila Sherry menolak beliau jatuh ke dalam kolam semasa majlis pertunangan antara Sherry dan Irham.

Semasa akan diadakan majlis pernikahan, bapa Irham telah mendapat khabar dari doktor peribadi keluarga mereka bahawa sebenarnya bahawa isteri beliau hanya berpura-pura sakit dan mahu Irham mengikut cakapnya agar berkahwin dengan Sherry.  

Bapa Irham telah mencadangkan agar Irham lari bersama Zarra.   Akibat dari kejadian tersebut Sherry begitu marah dan telah menolak ibu Irham hingga terjatuh dan mengakibatkan ibu Irham mendapat strok.

Zarra dengan rendah hati telah bersetuju menjaga ibu Irham namun ibu Irham tetap dengan sikap bencinya terhadap Zarra.  Zarra akhirnya terpaksa berjanji sekiranya ibu Irham boleh berjalan semula beliau akan keluar dari trumah tersebut dan meninggalkan Irham dan mengizinkan Irham berkahwin dengan Sherry.

Namun akhirnya ibu Irham mendapat tahu sikap Sherry yang sebenarnya dan akhirmya beliau menyesal.  Zarra dipanggil semula pulang ke rumah bila mana  ibu mertuanya sakit kerana rindukan Zarra.  Zarra dan Irham akhirnya dapat hidup bersama dan bahagia manakala Sherry dipenjara kerana dituduh menjadi pengedar dadah Ini disebabkan kekasihnya yang amat berdendam dengan beliau  yang bersikap sombong dan bongkak .  Beliau menerangkap Sherry dengan meletakkan stok dadah di dalam butik Sherry yang akhirnya mengakibatkan Sherry meringkuk dalam penjara.