Tuesday, November 3, 2015

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA - ACIK LANA

DIBELI PADA 24 OKT 2014
SETEBAL 947 MUKASURAT

Melina seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa.  Merupakan anak orang berada dan suka berpoya-poya serta sering ponteng kuliah. Sikapnya telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya lebih-lebih lagi Melina telah pandai curi-curi keluar malam. 

Ayahnya Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman  membantu beliau mengawasi Melina. Lukman merupakan anak kepada kawan baik ayah Melina.  Buat masa ini Lukman membantu ayahnya menguasahakan ladang di kampung sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik agar beliau dapat membantu keluarganya.  


Awalnya Lukman amat terkejut bila Datuk Zakri menawarkan jawatan hanya sebagai pemandu dan pengawal peribadi kepada  Melina sedangkan beliau berkelulusan dari luar negara.  Namun setelah dijelaskan tujuan sebenar akhirnya Lukman bersetuju.  Setiap hari akan berlaku pertengkaran  di antara Melina dan Lukman dan cara hidup dan latar belakang mereka boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. 


Lukman yang sememangnya mempunyai paras yang boleh membuatkan gadis2 cair pada awalnya diingatkan teman lelaki baru Melina oleh rakan-rakannya.  Mereka sibuk menyuruh Melina memperkenalkan Lukman kepada mereka,

Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafasterakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman agar anak-anak mereka disatukan.   Atas dasar wasiat juga mereka akhirnya disatukan dalam satu ikatan yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. 


Hari ke hari, perasaan benci yang selama ini menguasai hati masing-masing bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah bahagia dikecapi, tanpa diduga badai mendatang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang mereka. 

SARA KIRANA - RAMLAH RASHID

buku dibeli pada 21/11/2012

Maisara merupakan anak angkat keluarga Zulfakar dan Zahrin. Ibu mereka mengambil Sara kerana kematian adik perempuan mereka bilamana Sara dijual oleh ibu tirinya dan ibu mereka membelinya memandangkan Sara seakan menyerupai anak gadisnya, maka ibu mereka telah mengambinya sebagai anak angkat.

Secara diam-daim Zahrin dan Sara sebenarnya saling menyukai antara satu sama lain. Memandangkan Zahrin masih belajar, maka ibu mereka telah menjodohkan Zulfakar dengan Sara.

Nak habiskan sebuah buku, baru nak tengok saya?” Zulfakar akhirnya merentap keasyikan Maisarah.

Maisarah tersentak, serta merta bangun lalu meletak novel yang dibacanya di atas meja kecil di sisi kerusi. Berkali-kali dia mengesat air mata yang masih berbaki di lopak matanya.

“Bila abang balik?”

“Mana nak sedar, kalau asyik sangat dengan buku cerita?” Zulfakar berdengus kasar, bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur.


“Maaflah, Sarah tak sengaja. Pagi tadi, abang kata, abang tak balik makan.” Maisarah menurut dari belakang, gayanya seperti benar-benar ketakuan.

“Habis? Tak masaklah? Awak nak saya makan buku cerita? Ingat saya lipas?” suara tidak menengking tetapi cukup menakutkan Maisarah.

“Dah, Sara dah masak. Cuma belum berhidang. Abang duduk dulu, Sara panaskan lauk.” Dia sudah menarik sebuah kerusi makan untuk Zulfakar duduk menunggu.

Zulfakar mengerling, Maisarah tergesa-gesa menghidupkan api dapur untuk memanaskan lauk-pauk. Nasi di dalam periuk nasi elektrik masih suam, hanya disendukkan ke dalam mangkuk dan diletakkannya di atas meja. Ikan yang sudah sedia digaram kunyitkan sejak pagi tadi, dicelup ke dalam kuali berminyak yang sudah dipanaskan. Zulfakar masih merakamkan pemandangan itu. Sesekali dia senyum sendiri apabila membandingkan isterinya dengan pelakun Osyin, sebuah drama Jepun yang ditayangkan di televisyen Malaysia satu masa dahulu.

Sama macam perempuan dari negara Jepun, kalut, setia melulu. Desis hati kecilnya selalu. Jeritan Maisarah yang terkena percikan minyak panas yang merembes keluar dari kuali menggoreng ikan, merentap lamunan Zulfakar.

Dia bingkas dari duduk lalu berkejar menghampiri Maisarah yang sedang membersihkan mukanya di sinki.“Kenapa?” suaranya tidak kasar, lebih kepada bimbang.


Maisarah diam, masih sibuk membasuh muka dengan air paip.Zulfakar berang apabila pertanyaannya tidak diperdulikan. Dia menarik bahu Maisarah untuk ditegakkan, kasar. Dia mahu melihat apa yang dialami isterinya.

“Kenapa?” suara meninggi, marah.“Kena percik minyak.” Rungut Maisarah perlahan, manja, namun ketakutan. Matanya masih belum boleh dibuka kerana tempat percikan begitu hampir dengan mata kirinya.

“Kena kat mana?” Zulfakar sibuk menggosok-gosok muka Maisarah untuk memastikan tempat percikan. Kelopak mata ditarik dengan dua jari untuk mengesan sama ada percikan itu mengena dalam mata.

“Kat sini.” Maisarah menunjuk di bawah matanya yang sudah memberi kesan berwarna merah dan sedikit membengkak.

“Hah! Hangus!” Maisarah kecuh apabila tiba-tiba teringat pada ikan yang digorengnya. Zulfakar ditolak kasar ke belakang, dia tergesa-gesa mengecilkan api dan membalikkan ikan dengan sudip bertangkai pendek. Air dari tangannya, menitis ke dalam minyak di dalam kuali. Minyak panas itu sekali lagi memercik, Zulfakar yang masih berdiri di belakangnya pantas menarik Maisarah, menjauh dari dapur. Dia memeluk Maisarah dalam beberapa saat sebelum dilepaskan apabila mendapati minyak panas sudah berhenti memercik.

“Inilah akibatnya bila kerja kelam kabut!” tegas Zulfakar meninggalkan dapur. Dia sudah benar-benar marah.

CINTAKU HANYA KAMU - JULIA JAZMINE



Chairil Aizad jatuh cinta dengan Ann pada pandangan pertama.  Asalnya Ann tidak melayan dan memberi peluang, namun usaha tanpa jemu Chairil membuatkan Ann juga akhirnya menyenangi Chairil.  Namun Ann yang masih belajar menolak untuk berkahwin awal begitu juga ajakan Chairil membawanya ke London menemui keluarganya juga ditolak oleh Ann.

Intan Suria memulakan tugas sebagai eksekutif di Syarikat Chairil Aizad selepas menjalani temuduga.  Ditanya pandangannya mengenai syarikat berkenaan,  Intan menyatakan kekagumannya dengan kemajuan syarikat anak muda tersebut.   Idea dan sumbangan Intan di syarikat  amat memberangsangkan.  Dengan adanya Intan syarikat semakin bertambah maju.  Sharina Hazlifa yang menjadi setiausaha setiausaha Chairil pula adalah merupakan rakan baik Intan.


Nasrun, Chairil dan Fahmi merupakan sabahat baik.  Fahmi telah berkahwin dengan Khaleeda manakala Nasrun pula adalah merupakan seorang yang kaki perempuan. Intan mempunyai seorang adik tiri iaitu Sheila.  Sheila tidak menyukai Intan dan kerap menyakiti hatinya, namun Intan tetap buat tidak endah akan sikap Sheila.  Sheila juga merupakan kenalan kepada Nasrun dan Chairil.   Sheila menggangap Nasrun kekasihnya walaupun Nasrun  hanya mengangapnya sebagai kawan biasa sebaliknya Nasrun menyukai Intan.


Ann kekasih Chairil telah mendapat kemalangan dan koma . Fikirannya runsing memikirkan hubungannya dengan Chairil. Keluarganya tidak pernah menyalahkan Chairil atas takdir yang menimpa anaknya.  Chairil akhirnya telah dipaksa kahwin dengan Intan bila mana keluarganya menyenangi Intan. Namun cinta Chairil yang menebal terhadap Ann membuatkan dia seakan memusuhi Intan.  Intan begitu tersiksa, namun dek kerana cintanya terhadap Chairl dia terpaksa memendamkan sahaja segala kedinginan Chairil dan berharap agar satu hari nanti Chairil akan berubah.


Bekas kekasih Intan iaitu Shahrizan kerap juga mengganggu Intan, namun tidak dilayannya. Shahrizan akhirnya mengambil keputusan dengan mengahwini gadis lain bila merasakan tiada lagi harapannya terhadap Intan.   Shahrizan dan isteri telah menjemput Intan dan suami makan malam bersama sebagai meraikan persahabatan mereka.  Namun sikap Chairil yang dingin adalah tidak memungkinkan Intan membawanya bersama.  Malang bagi Intan bila mana pada pertemuan berkenaan, isteri Shahrizan juga tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat.  



Chairil yang ternampak akan Intan bersama bekas kekasihnya telah naik berang dan menampar Intan setelah beliau sampai ke rumah dan memperkosa Intan kerana terlalu marah. Intan begitu kecewa dan akhirnya kesabarannya pupus.  Intan mengambil keputusan untuk berpisah dan berhenti kerja.


Intan ke Scotland mengunjungi Sheila yang melanjutkan pelajaran di sana. Chairil setelah mengetahui cerita sebenar berasa menyesal dan mencari Intan.   Nasrun mengetahui di mana Intan namun dek janjinya dengan Sheila dia hanya mendiamkan sahaja.  Lebih-lebih lagi bilamana mengetahui Intan telah mengandung  serasa Nasrun ingin menyampaikan berita tersebut kepada Chairil.


Ann akhirnya pulih dan keluarganya melarang beliau untuk rapat kembali dengan Chairil kerana beliau telah berkahwin. Pada awalnya Ann tidak dapat menerima hakikat, namun akhirnya beliau pasrah.  Akhirnya Ann berkahwin dengan Sulaiman iaitu abang kepada sahabatnya juga.