“Nasihat Segar Agar Kita Sedar”
MAAF CAKAP
KITA TIDAK SIBUK TETAPI MENYIBUK
Karya En. Norden Mohamed
Buku dibeli semasa Pesta Buku di Medan MARA pada 16 Mei 2014
Karya
mengisahkan isu-isu semasa yang kerap terjadi dipersekitaran kita. Membahaskan perihal yang menyatakan “orang yang sentiasa komplin tak cukup masa
selalunya bukannya sibuk, tetapi
menyibuk”.
RUMUSANNYA:
1. Orang yang suka bercakap lebih dari yang
sepatutnya melambangkan seseorang yang gemar
menyukarkan perkara-perkara yang mudah. Ibarat hendak menyuap nasi
dengan mengangkat tanan kanan ke belakang tengkuk untuk menyuap ke mulut kiri sedangkan,
amatlah mudah jika kita terus menyuap nasi dari
pinggan terus ke mulut.
2.
Ianya juga sebagai contoh satu pembaziran
masa, tenaga dan mungkin juga dari segi kewangan jika ianya berkaitan. Sikap suka menyukarkan yang mudah itulah yang
mengheret kita dalam memperlahankan tindakan.
Akibatnya yang mudah jadi bersimpul, yang jernih menjadi keruh.
3.
Kadanga kala kita mahu orang lain berfikiran
seperti kita dan merasa marah bila ianya tidak berlaku kerana orang lain tidak
boleh menjadi diri kita. Kebiasaannya
perselisihan faham sebegini kerap terjadi di antara suami isteri, ibubapa serta sesama
di tempat kerja.
4. Double standard merupakan perangai yang tidak
kita sedari. Berasa diri sempurna, baik
dan bagus manakala orang lain dianggap sebaliknya. Kelemahan persepsi
juga berpunca dari kita yang tidak pandai melihat lebih dari satu
sudut (“To be in someone else’s shoes”.
5.
Hanya melihat dari sudut yang bertentangan kebiasaannya
akan menimbulkan salah tanggapan. Secara
peribadi, sikap ini tidaklah memberi masalah besar, namun jika ianya melibatkan
kumpulan, mungkin menjadi sebaliknya. Ditambah
pula dengan adanya kepentingan kumpulan, ianya
mungkin akan mengakibatkan berlakunya perdebatan, mengata, mengutuk yang
tidak akan berkesudahan.
6.
ANtara gejala yang biasa berlaku di
persekitaran kita adalah “Gangguan
Psikologi Sindrom Penafian”.
Sindrom penafian yang ekstrem menjadikan seseorang itu kerap berbohong
untuk melepaskan diri.
a) Menafikan kebenaran walaupun ianya benar
b) Menafikan
kebenaran walaupun dia tau apa yang dikataka adalah tidak benar
c) Mempunyai
persepsi tersendiri yang sesuai dengan dirinya dan menafikan kebenaran.
7. Kebiasaannya orang sebegini mempamerkan personaliti yang
elok. Namun dalam masa yang sama meletakkan kesemua kesalahan kepada orang
lain. Sekira ianya sebati dalam diri maka,
mereka telah terjerumus di dalam dunia pembohongan tegar dan akan hidup di
dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar.
8. Orang sebegini berasakan dia boleh hidup
dengan bebohong dan menyangka orang lain sentiasa mempercayainya. Ini adalah tidak mungkin kerana “You can fool all the people some of the time, and some
of the people
all the time,
but you cannot fool all the
people all the time” kata Abraham Lincoln. ,
Beberapa
prasa boleh kita lihat..
Antaranya…!!!!
Sila
lihat anda di kategori mana….!!! …J
i)
“small minds talk about
people”
ii)
“average minds talk about
issues”
iii)
“Big minds talk about
ideas”
Merupakan
kata-kata dari Eleanor Roosevelt iaitu isteri kepada Presiden Amerika ke 32
Franklin D.Roosevelt.
9. Amat malang bagi manusia yang Berminda Kecil ini kerana tipikal mereka
hanya melalui rutin yang sama. Hidup ibarat
dalam penjara dan kepompong minda yang boleh dikatakan beku. Boleh dikenali dengan cara pertuturan yang penuh
basa basi yang sudah basi serta mempunyai banyak masa menceritakan hal orang
lain.
10. Berminda Sederhana merupakan golongan yang suka bercakap
mengenai isu-isu semasa seperti isu nasional, serantau atau antarabangsa. Merasa keprihatinan mereka jauh lebih hebat dari mereka yang terlibat. Mereka simpati dan juga empati namun
malangnya kesemua yang mereka saksikan hanyalah melalui TV atau bacaan sambil
menggoyang kaki.
11. Golongan Berminda Besar
sukar ditemui kerana tidak ramai yang tampil bercakap mengenai idea. Hakikatnya golongan sebegini amatlah ramai
kerana kitalah orang itu namun, kita tidak sedar kerana fikiran kita telah dikaburi
oleh “herd mentality” (mentaliti ikut-ikutan). Kita menjadi silent
majoriti yang sepatutnya menjadi noisy
majority. Sekiranya kita
berani bersuara dan tidak malu bertempat, tentu banyak idea-idea yang boleh
kita lahirkan untuk mensejahterakan masyarakat dunia.
12. Ada
ketikanya kita pun dua kali lima seperti orang lain kerana kita tidak sedar
akan kelemahan sendiri. Asyik mencari
kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri. Kerap memandang ke luar tetapi tidak kepada
diri sendiri.
13. Berwacana atau “intellectual discourse”
diinspirasikan daripada amalan cendekiawan Islam. Ianya bukan perdebatan tetapi lebih kepada
mencari arah untuk mempertemukan minda.
Dimulai dengan hujah dan beberapa usul dan mencari kebaikan dari
hujah-hujah yang dibentangkan. Perlu ada
“ethics of
disagreement” iaitu perlu tertib untuk menghormati pendapat yang bertentangan.
14. Berwacana
perlukan kejujuran serta kesabaran untuk mendengar hujah orang lain. Perlu bertoleransi dan ada belas kasihan dalam penyampaian agar tiada yang berasa
terhina. Berhujah untuk membetulkan pandangan
dalam bentuk nasihat. Tiada konsep siapa
menang siapa salah dan tiada komunikasi satu arah. Berwacanalah dan bukan asik bertekak kerana kita
akan menjadi sakit jiwa kerana berburuk sangka merupakan sejenis penyakit hati.
Sekian
perkongsian saya pada kali ini.
Semoga
ianya dapat memberi sedikit pencerahan minda kepada semua rakan taulan.