Wednesday, June 26, 2013

TEDUHAN KASIH - MARISSA

Iffah diceraikan oleh Ryzal semasa beliau sedang hamil. Sahabat baik beliau sendiri yang merampas suaminya. 

Ryzal menyatakan benar2 bahagia bersama Ayu iaitu perasaan yang tidak pernah dirasakan semasa bersama Iffah.  Ayu secara terus terang juga menyatakan bahawa mereka telah terlanjur dan tidak boleh berpisah.  Hancur luluh hati Iffah dengan perkhabaran tersebut manakala ibu mertuanya yang sememangnya tidak menyukai  dirinya telah menghalau Iffah keluar dari rumah Ryzal.

Iffah begitu kecewa dan terpaksa pulang ke rumah ibu tirinya yang sememangnya membencinya.   Namun disebabkan tiada tempat untuk pergi, dengan berat hati terpaksa juga  ke sana demi menumpang teduh.


Iffah diibaratkan sebagai orang gaji di rumah ibu tirinya. Walau telah sarat mengandung, namun  terpaksa jua membuat kesemua kerja2 rumah disamping menjaga anak Kak Longnya.  


Kak Long dan ibu tirinya begitu garang dan amat membenci Iffah kerana menganggap Iffah sebagai beban kepada mereka.  Mereka juga mendendami Iffah kerana beranggapan Ibu Iffah telah merampas suaminya.

Iffah telah hampir saat2 melahirkan, namun ibu tiri serta Kak Longnya pergi bercuti ke Langkawi.  Walau puas Iffah merayu  mereka pergi selepas dia bersalin, namun Iffah tetap ditinggal sendirian.  

Iffah meminta bantuan ibu mertuanya namun pada masa tersebut merupakan hari  perkahwinan Ryzal dan Ayu dan ibu mertuanya tidak mengindahkan rayuan Iffah.

Iffah terpaksa bersendirian keluar dari rumah dan menunggu kenderaan.  Semasa menunggu dan sedang dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat, Ehsan yang kebetulan sedang lalu berhampiran tempat tersebut telah terlihatkan Iffah di perhentian bas.  Beliau  memberikan bantuan untuk membawa Iffah ke hospital.  

Maka dengan ini bermulalah episod di mana Ehsan yang diingatkan suami Iffah telah diminta oleh jururawat agar bersama-sama Iffah memberinya semangat semasa melahirkan.  

Walau dalam keadaan serba salah namun Ehsan akhirnya masuk juga ke labour room di mana Iffah ditempatkan.   Tanpa sengaja  Ehsan telah menghulurkan tangannya untuk memberi kekuatan semasa  Iffah sedang bertaruh berjuang hendak melahirkan. 

Seterusnya Ehsan  jatuh kasih kepada anak Iffah dan menganggap anak Iffah adalah anaknya. Iffah juga bersetuju menamakan anaknya Adam seperti yang dicadangkan Ehsan.  Ehsan juga berbesar  hati membantu menanam uri Adam dan seterusnya mendaftarkan nama Adam untuk mendapatkan sijil kelahiran pabila diminta  tolong oleh Iffah.

Semasa Iffah dibenarkan keluar dari hospital,  beliau merasa benar2 susah hati kerana ibu tiri dan Kak Longnya masih belum pulang dari bercuti.  Ehsan yang berada bersama ketika doktor memberitahu hal tersebut  telah mempelawa Iffah ke rumah beliau  namun Iffah keberatan.  Lantas Ehsan menyewakan hotel berdekatan dengan rumahnya  untuk Iffah tinggal buat sementara. 

Namun Ehsan tidak senang hati kerana meninggalkan  Adam dan Iffah di sana dan setelah puas dipujuk akhinya Iffah bersetuju berpantang di rumah Ehsan di mana beliau mempunyai pembantu iaitu Makcik Hanim.

Iffah agak kurang senang bilamana Ehsan mengenalkan beliau  kepada Makcik Hanim namun hanya dapat mendiamkan diri.  Makcik Hanim menyangka Iffah juga merupakan perempun2 yang selalu dibawa pulang oleh Ehsan dan kurang menyenanginya.

Namun pembawakan diri Iffah yang lembut dan menghormati orang lain akhirnya membuatkan Makcik Hanim menyenangi dan menyayanginya.  Makcik Hanim kerap memberi nasihat kepada  Iffah dan juga Ehsan agar mereka segera bernikah.

Ibu tiri serta Kak Long memarahi Iffah kerana tidak balik2 ke rumah.  Mereka marah kerana mereka perlukan Iffah untuk membuat kerja2 rumah serta menjaga anak Kak Longnya tanpa ada peasaan kasihan yang mana Iffah masih dalam pantang.  Ehsan melarang Iffah balik ke pangkuan keluarga ibu tirinya selagi Iffah belum habis berpantang dan seterusnya mengajak Iffah terus tinggal bersama-samanya kerana beliau amat menyayangi Adam serta menganggap adam adalah sebagai anaknya sendiri.

Sehabis pantang Iffah kembali  juga ke pangkuan keluarga ibu tirinya namun tanpa perasaan kasihan mereka mengerahkan Iffah melakukan banyak kerja rumah dan amat marah bila Iffah ada masa2 tertentu Iffah perlu memberikan perhatian kepada anaknya Adam.    

Iffah begitu kecewa dan yang  membuatkan Iffah berasa amat marah kerana anaknya juga telah dicaci dan dimaki sebagai anak haram.  Ehsan sentiasa mengambil tahu perkembangan Iffah dan Adam. Akhirnya kerana tidak tahan dengan kerenah keluarga tirinya maka akhirnya Iffah bersetuju untuk balik semula ke rumah Ehsan. 

Keluarga tiri beliau amat marah bila mana sekembalinya mereka dari keluar makan malam  Iffah telah tiada.  Ehsan yang menjawab panggilan bagi   bagi pihak Iffah telah menyatakan bahawa Iffah adalah di bawah tanggungjawab nya dan mereka tidak berhak menggangu Iffah dan menyatakan Adam adalah anaknya.

Ayu dan Kak Long merupakan kawan karib dan sering mencari kesalahan Iffah .  Mereka ingin Iffah hidup susah dan menderita selamanya.  Numun Iffah bernasib baik kerana berjumpa Ehsan yang begitu menyayangi Adam dan dirinya.   Tambah menyakitkan hati mereka bila mana akhirnya mereka mendapat berita bahawa Iffah dan Ehsan akan berkahwin.

Ayu yang hadir di majlis perkahwinan mereka amat marah dan menyatakan bahawa perkahwinan Iffah tidak akan bertahan lama.   Iffah yang telah berani menjawab segala caci maki dari keluarga tirinya dan juga Ayu akhirnya membuatkan Ayu bertambah sakit hati kepada beliau.   

Ayu meneruskan agendanya.   Beliau memujuk Iffah kembali kepada Ryzal dan menyatakan bahawa Adam adalah anak Iffah dan Ryzal dan beliau bersetuju mengundur diri.  Walhal dalam masa yang sama beliau sehabis usaha ingin menggoda Ehsan.  Iffah telah dipujuk oleh Ayu agar berjumpa dengan Ryzal kerana mengikutnya Ryzal amat menyesal dan ingin sekali berjumpa Iffah.   

Semasa Iffah bertemu Ryzal, Ayu telajh menabur fitnah bahawa Iffah berlaku curang di belakang Ehsan,  namun Ehsan yang telah mengetahui tujuan Iffah akhirnya menghalau Ayu dari rumahnya kerana tahu bahawa Ayu adalah merupakan ular yang berbisa.

Ayu tidak putus ada dan meminta Iffah berjumpanya di taman.   Beliau merayu Iffah melepaskan Ehsan kepadanya kerana beliau amat menyintai Ehsan..Namun Iffah yang telah mengetahui niat jahat Ayu tidak ingin pisang berbuah dua kali. 

Ayu begitu marah dan dalam masa yang sama rumahtangga Ayu dan Ryzal bergolak hebat.  Mereka kerap bergaduh kerana Ayu mencaci cerca Ryzal dengan menyatakan dia merebut Ryzal dari Iffah namun akhirnya Iffah mendapat yang lebih bagus dari beliau... Ryzal berasa tersinggung dengan kata-kata Ayu sedangkan beliau amat sayangkan Ayu.

Ryzal meninggal akibat kemalangan semasa keluar ke sana sini mencari Ayu.   Ayu akhirnya menjadi gila kerana dendamnya yang makin kuat terhadap Iffah dan sakit hati kerana Iffah mendapat yang lebih baik darinya.   Ibu Rizal amat marah bila mengetahui sikap ayu yang sebenarnya.  

Ibu tiri Iffah pulak terpaksa dipotong kedua dua belah kakinya kerana sakit dan Kak Longnya pula dalam proses perceraian bila mana suaminya sebenarnya telah 3 tahun berkahwin lain.

Iffah telah diundang untuk ke majlis hari jadi anak Kak Longnya.  Walau keberatan Iffah akhirnya datang juga bersama Adam dan Ehsan.  Keluarga ibu tirinya tetap mencaci maki Iffah dan Adam di hadapan Ehsan.  Ehsan begitu marah bila mana Adam menjadi mangsa dan terus mengajak Iffah pulang.   

Kak Longnya diturunkan pangkat kerana sikap biadapnya terhadap Adam.  Puasa Kak Long merayu kepada Iffah agar memujuk Ehsan namun Iffah tidak boleh berbuat apa-apa bila mana ianya melibatkan Adam kerana Ehsan sememangnya amat pantang jika soal anaknya dipertikaikan.

Keluarga ibu tiri Iffah ditimpa malang.   Iffah yang amat bersimpati dengan keluarga ibunya telah menjenguk mereka namun tetap dihalau sebagai kucing kurap.  Ehsan amat marah dan tidak membenarkan Iffah mendekati keluarganya semula.

Iffah kemudianaya mengandungkan anak Ehsan.  Walau pada mulanya beliau mengalami masalah dan doktor menyuruh beliau mengugurkan kandungannya, namun atas usaha Makcik Hanim yang mengajak Iffah berubat kampung akhirnya kandungan Iffah dapat diselamatkan. 

Iffah selamat melahirkan anak kembar dan kehidupan mereka amat bahagia dengan kehadiran orang baru.


Monday, February 4, 2013

MEMORI RINDU - RAMLAH RASHID


Malisa, Fauzi, Razman dan Julia adalah merupakan sahabat yang rapat semasa di kolej.  Namun Malisa lebih rapat dengan Fauzi  berbanding dua orang sahabatnya yang lain.  

Ayah Malisa En. Ariffin juga mengenali  rakan-rakan anaknya dan di antara ketiga-tiga mereka En. Ariffin merasakan Fauzi begitu istimewa dan setiap kali memadang beliau seakan beliau mengingati seseorang, namun tidak diketahui siapa.  Kekosongan jiwa Ariffin serasa terisi bilamana anaknya memperkenalkan beliau dengan  Fauzi. Kenapa?  Namun tidak pernah ditemui jawapannya.

Malisa merupakan anak manja dan tidak serius dalam pelajarannya.  Minatnya adalah menjadi pereka fesyen dan beliau mengambil jurusan  yang dikutinya kini hanyalah kerana dipaksa oleh keluarganya.   Ini disebabkan keluarganya tidak mempunyai anak lain dan nantinya Malisalah yang akan mengambil alih perniagaan keluarga mereka dan perlu mempelajari selok belok perniagaan terlebih awal.  Dengan tanpa minat, Malisa terpaksa kerap diberi motivasi dan  Fauzilah yang menjadi tonggak untuk menasihati Malisa.

Jalaluddin iaitu bapa kepada ibu Fauzi sekembalinya dari luar negara telah memulakan tugas di pejabat Ariffin.  Jalal mempunyai misi yang tersendiri bekerja di syarikat Ariffin.  Semenjak kehadirannya di pejabat tersebut perbagai masalah yang timbul dan  hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya.

Ariffin merupakan seorang yang penyayang dan prihatin, namun tiada siapa yang tahu kegalauan dihatinya.   Beliau mempunyai sejarah silam yang sungguh menyakitkan.   Ugutan Salmi agar beliau merupakan terus Latipah iaitu gadis yang telah dijanji untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya begitu menyeksakan Ariffin.    Sehingga kini Arrifin tidak tau di mana akan dicari Latipan dan anaknya.

Namun kehadiran Fauzi seakan membawa sinar baru dalam hidupnya.  Walau tiada pertalian, namun beliau telah memberi sepenuh kepercayaan agar Fauzi dapat menerajui syarikatnya pabila beliau telah tiada kelak. Beliau merasakan menyerahkan syarikat kepada Fauzi seakan menyerahkan syarikat kepada warisnya sendiri.   Ini memandangkan beliau tidak mempunyai anak lelaki, dan Malisa pula tidak menujukkan minat terhadap bidang tugas yang telah dipelopori oleh bapanya sekian lama.  

Fauzi telah diambil menggantikan akauntan di syarikat Ariffin setelah akauntannya menghilang tanpa berita.   Walau keputusan ujian belum diketahui namun Arrifin telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Fauzi untuk mengendalikan kewangan di syarikat beliau.

Tanpa diduga,  Ariffin dan Salmi telah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal.  Malisa bagaikan burung kepatahan sayap namun Fauzi yang berasa bertanggungjawab terhadap Malisa telah memberi semangat dan kekuatan kepada Malisa untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya duduk di kerusi di Arifin Holding.  Malisa terpaksa menjejakkan kaki ke Ariffin Holding sebagai pengganti bapanya sebelum Ahli Lembaga Syarikat memutuskan siapakah yang layak untuk memegang jawatan tersebut.

Jalal begitu terkejut bila mengetahui Malisa ke pejabat.  Hatinya tambah panas bila mana melihat kemesraan Fauzi dan Malisa.  Walau setiap kali memandang Fauzi beliau seakan memandang seseorang, namun tetap tidak dapat dibayangkan siapakah bayangan yang dimaksudkan.

Sebenarnya Fauzi begitu bimbang bila mana pencarian Ariffin terhadap anak sulungnya belum tercapai.  Sebelum kemalangan Ariffin pernah menceritakan tentang keinginannya mencari anaknya yang hilang tanpa pengetahuan keluarganya yang lain.  Dan kini Fauzi merasakan bahawa tanggungjawab pencarian tersebut tergantung atas dirinya kerana Ariffin hanya menceritakan perkara ini kepada dirinya.   Fauzi juga bimbang dengan sikap Malisa yang tidak langsung berminat dalam perniagaannya.

Jalal yang sebenarnya merupakan seorang pesakit jiwa dan sedang  mendapatkan di hospital.  Beliau mengalami tekanan akibat dari kematian bapanya diikuti oleh ibunya dan seterusnya adiknya Latipah.  Jalal  telah menghidapi penyakit tersebut semasa berada di luar negara lagi dan  sedang  menjalani dalam rawatan pakar di sana.  Namun, beliau telah menghilangkan diri dan balik ke Malaysia.   

Jalal kembali pulang ke tanah air kerana menganggap masih ada hutang yang perlu diselesaikan oleh keluarag Ariffin.  Baginya bapanya mati kerana meminum racun akibat malu kerana anaknya bunting sebelum berkahwin, manakala ibunya pula bunuh diri dengan terjun dari jeram.


Kesunyian Malisa telah diambil kesempatan oleh Jalal.  Malisa yang menggangap Jalal begitu perihatin dan berasa selamat bila disayangi dan dimanjai oleh Jalal dan akhirnya mereka berkahwin.  Fauzi begitu kecewa kerana Malisa tidak berfikir panjang dan Malisa juga sanggup menyerahkan tunggak syarikat kepada Jalal bagi menjalankannya.   

yang 


Tuesday, January 29, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA - FATIN NABILA

Ersalina berkahwin dengan Zain atas kehendak keluarga mereka.  Ibu Zain yang pertama kali melihat Ersalina berkenan dengan kesopanan beliau dan mahukan Ersalina berkahwin dengan anaknya kerana Sofia iaitu tunangan Zain telah meninggalkannya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Ibu Zain sememangnya tidak menyenangi Sofea telah membuat berbagai cara agar Zain menolak Sofia, namun cinta Zain yang mendalam membuatkan ibunya terpaksa menuruti kehendak beliau.  Namun cabaran demi cabaran yang diterima Sofea dari ibu Zain membuatnya lari di saat2 akhir perkahwinan mereka.  

Memandangkan semua jemputan telah diedar maka ibu Zain terpaksa mencari pengganti pengantin perempuan.  Zain yang berasa bersalah kerana tindakan Sofea telah tidak sanggup untuk melukai ibunya lagi dan bersetuju dengan cadangan ibunya.  Ibu Zain iaitu Datin Adibah yang secara tidak sengaja terlihatkan Ersalina semasa mengunjungi rumah beliau  bersepakat dengan  ibu Ersalina untuk menyatukan mereka.  Datin Adibah memohon Haliza iaitu ibu Ersalina membantu membersihkan nama keluarga mereka kerana pelbagai perkara akan timbul sekiranya perkahwinan Zain dibatalkan.  Manakala Haliza pula mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau hendak mengahwinkan Ersalina segera.  Kehendak Datin Adibah merupakan rahmat bagi beliau dan keluarganya juga.


 Walaupun berkahwin tanpa cinta namun Ersalina dan Zain berusaha untuk menjaga rumahtangga mereka sebaik mungkin.  Sebenarnya ada insiden sehari sebelum mereka berkahwin di mana Ersalina telah tertumpahkan ice-cream ke atas baju Zain dan mereka berdua sebenarnya terpegun dan terpesona antara satu sama lain sehingakan Zain serasa ingin membatalkan perkahwinannya kerana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ersalina. Nmaun perkahwinan tetap perlu dijalankan kerana tidak mau melukai hati ibunya.  Namun kedua2nya begitu terkejut semasa majlis membatal air sembahyang di mana orang yang begitu diharapkan rupa2nya adalah merupakan jodoh mereka.

Walau hampir sebulan perkahwinan mereka dan mereka belum lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sebenarnya namun sedikit demi sedikti perasaan itu hadir dalam diri mereka.  Dan mereka ingin merasmikan malam pertama mereka dengan mengadakan candle light dinner sebelum perasmian tersebut.  Namun malang melanda di mana Ersalina telah terjatuh akibat tersilap langkah semasa menuruni tangga semasa ingin menyambut tangan Zain.  Ersalina pengsan dan keguguran.  

Zain begitu marah kerana Ersalina dan keluarganya telah menipunya dan keluarganya.  Menjadiakn Zain sebagai pak sanggup kerana Ersalina telah hamil.  Akibat sakit hati Zain kerap menyakitkan hati Ersalina dengan pelbagai cara. Ersalina yang sedar akan kesilapan diri hanya bersabar dengan sikap Zain.  Beliau berusaha sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang terbaik kerana sememangnya beliau telah cintakan Zain sepenuh hati.  

Sebenarnya Ersalina juga  tidak menjangka yang beliau mengandung.  Ini disebabkan itulah  pertama  beliau melakukan kesilapan dalam dirinya.  Semuanya adalah rancangan ibunya untuk mengahwinkan beliau pabila mengetahui Ersalina mengandung.  Ibunya mendapat tahu beliau mengandung  semasa beliau pengsan ketika sedang berjogging.  Namun rahsia tersebut hanya ibunya dan Dr Surya sahaja yang tahu.

Kedinginan Zain berterusan dan ibunya menjangkakan Zain kecewa kerana Ersalina keguguran.  Ibu Zain mencadangkan mereka berbulan madu dan Zain tidak dapat mengelak untuk menerima kehendak ibunya.  Namun Zain tetap dengan sikapnya dan mereka masih belum berbaik setelah kembali dari berbulan madu.  

Namun sekembalinya dari berbulan madu mereka tidak dapat mengelak untuk balik ke rumah ibubapa Zain dan secara tidak terduga memandangkan mereka sebenarnya sememangnya begitu mencintai antara satu sama lain maka secara tidak terjangka mereka telah menjalani hubungan suami isteri.  

Keesokannya semasa Zain ingin ke tempat kerja Ersalina begitu berat untuk melepaskannya sehinggakan disindir oleh ibu mertuanya.  Zain berjanji akan pulang segera untuk membawa Ersalina pulang ke rumah mereka.  Namun malang tak berbau pabila Zain ditimpa kemalangan semasa hendak balik ke rumah. Beliau koma dan Ersalina setia menanti Zain sehinggakan kesihatannya tidak terjaga.  Hampir sebulan Zain koma dan tak semena2 pada satu hari Ersalina begitu tak bermaya dan pengsan dan doktor mengesahkan beliau hamil.

Hady begitu terkejut dan sebelumnya beliau telah dimaklumkan oleh Zain bahawa mereka belum lagi bersama bertanyakan secara direct anak siapakah yang dikandungknya.  Ini disebabkan Zain koma dan kemungkinan ianya adalah seperti kandungan Ersalina yang lepas iaitu anak kepada jantan lain.  Secara tidak sengaja Datin Adibah terdengar perbicaraan mereka dan telah mengamuk dan menghalau Ersalina.  Namun radang Datin Adibah membuatkan Ersalina terpaksa mengalah.

Setelah lebih sebulan Zain sedar dan dibawa pulang.  Namun Datin Adibah melarang Ersalina berjumpa dengannya, namun sekali sekala Zain pulang juga ke rumah mereka untuk bersama Ersalina.  Datin Adibah merancang agar Zain berkahawin dengan anak kawan baiknya dan mereka telah ke JB untuk berjumpa Puan Sri Muna iaitu rakan beliau.  Sebenarnya tanpa diketahui oleh Datin Adibah anak rakannya iaitu Eriza  adalah kaki clubbing dan kaki mabuk.  Beliau juga berani masuk ke bilik Zain sorang2 semasa Zain sedang tidur dibiliknya.

Beliau memaksa Zain mengikutnya ke Club namun ditolak, tetapi akhirnya Zain mengikut juga.  Disebabkan beliau mabuk maka Zain membawanya pulang ke hotel.  Rakan Datin Abibah begitu marah kerana menggangap Zain telah menodai anaknya dan memaksa Zain mengahwini Eriza.  Puan Sri Muna juga mengugut Datin Adibah bila mana tujuan mereka berjumpa sebanarnya adalah bagi menjodohkan anak mereka dan Puan Sri Muna ingin membawa perkara ini ke tengah kerana menggangap  Zain telah merosakannya anaknya.   

Zain begitu marah dan mereka bertegak untuk membuat report polis.  Akhirnya Datin Adibah mengaku kesilapannya akibat terlalu teruja ingin Zain berkahwin dengan wanita yang dianggap baik2 sehingga merosakkan masa depan anaknya sendiri.

Secara tidak diduga semasa di hotel berkenaan,  Datin Adibah telah ditegur oleh anak kepada arwah rakannya,  di samping beliau ada seorang wanita yang bertudung litup iaitu Ekin yang muda belia.  Ekin adalah ibu tiri kepada Haziq...pada malamnya semasa mereka sedang makan adik Haziq meminta Datin Adibah menemankanya mandi dan dengan demikian secara tidak sengaja membolehkan Zain berbual dengan Ekin.. 

Sebenarnya Ekin adalah masa silam Zain di mana mereka telah terlanjur dan Ekin hamil.. Namun Zain yang terlalu muda waktu itu telah tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya Ekin dan ibunya menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.  

Datin Adibah yang terdengar perbualan mereka begitu terkejut dan meminta Zain berterus terang.  Belaiu sesak nafas bila mengetahui perkara sebenarnya dan berasa insaf bila telah memperlakukan Ersalina sebelum sedemikian buruk ini.  Akhirnya beliau memohon maaf dari Haliza dengan apa yang telah beliau lakukan dan berharap Ersalina juga dapat memaafkannya namun beliau tetap menyimpan rahsia  masa lalu Zain dari pengetahuan Haliza dan juga Ersalina demi maruah keluarga mereka.





Tuesday, November 27, 2012

SISIPAN CINTA MENGHARUM - AIMA ARMIA

BUKU DARI LIBRARY LPPKN

Aliya kerap memerhati kereta Kia Sportage hitam yang lalu di hadapan rumahnya.   Ibunya yang terlihatkan perbuatan Aliya telah menegur bahawa menyatakan usahlah beliau berangankan pemuda mat salleh yang mengemudi kenderaan berkenaan kerana beranggapan orang tersebut tidak akan perasan akan diri Aliya.

Perkenalan antara Aliya dan Sam yang secara tidak sengaja telah merapatkan hubungan mereka.  Mereka akhirnya saling jatuh cinta namun banyak halangan-halangan yang terpaksa dilalui bagi merealisasikan hubungan mereka agar dapat hidup bersama.

Nurul yang juga sepupu Aliya sebenar telah juga jatuh hati pada Sam. Walhal dalam masa yang sama dia berpacaran dengan Kabeer pemuda Pakistan yang bapanya mempunyai perniagaan karpet di sini.   Setelah Kabeer gagal dikesan kerana pulang ke Pakistan tanpa memberitahunya dan   Nurul yang berasa terancam kerana mengandung telah manabur fitnah bahawa beliau mengandungkan anak Sam.  Ini memandangkan Sam juga telah balik mengejut ke negaranya ke negaranya kerana ibunya sakit.   Sam telah memaklumkan kepada Aliya keadaan namun Nurul yang telah terdesak telah mengambil kesempatan di atas ketiadaan Sam dengan membuat fitnah bahawa Samlah yang merosakannya.

Bapa Nurul naik berang dan ingin menurut Sam di London ...Aliya begitu kecewa namun tidak dapat berbuat apa-apa.  Akhirnya Nurul berkahwin juga dengan Sam di sana kerana diugut oleg bapa Nurul. Bapa Nurul kemudiannya  kembali ke tanah air namun Nurul terus tinggal di sana kerana tidak dibenarkan oleh ayahnya.  Aliya begitu kecewa namun pasrah dengan  apa yang telah terjadi.  Sam tetap menyatakan bahawa dirinya teranaiya dan ingin kembali kepada Aliya.  

Sam telah kembali ke Malaysia bagi menemui Aliya.  Pada masa tersebut Aliya ke JB kerana menjalani kursus.  Angah iaitu kakak Aliya yang berkahwin dengan bangsa asing telah merancang pernikahan Aliya dan Sam kerana beliau tahu yang Sam benar-benar menyintai Aliya dan tahu yang Sam sebenarnya telah teranaiya.  

Angah juga berkahwin tanpa restu keluarga telah tidak pulang-pulang ke kampungnya semenjak beliau berkahwin lari.  Suaminya iaitu Farid Chong merupakan seorang yang berjaya dalam kerjayanya begitu juga Angah.  Bapa mertua Angah  mempunyai harta yang banyak dan kebanyakannya telah dinamakan atas nama Angah kerana beliau berasa bersalah kerana Angah terpaksa berpisah dengan keluarganya kerana disebabkan perkahwinan mereka yang tidak direstui.

Tanpa Aliya menduga kakaknya yang  terlalu ingin melihat kebahagiaannya telah sanggup membuang perasaan takut terhadap ayah beliau.  Beliau meminta Pak  Deris datang ke JB bagi mewalikan  pernikahan Aliyah.  Selama ini semenjak beliau keluar dari rumah,  tidak pernah sekalipun beliau menghubungi keluarganya kerana tahu keluarganya amat marah dengannya. Namun demi Aliyah, beliau sanggup berkorban demi kepentingan adiknya.

Pak Deris akhirnya  bersetuju dengan perancangan Angah namun meminta Angah merahsiakannya dari ibu mereka kerana ibu mereka amat fobia dengan orang dari bangsa asing.  

Setelah selamat bernikah Sam telah kembali semula ke London bagi menyelesaikan urusannya dengan Nurul dan dalam masa yang sama juga ibunya sedang sakit tenat. Bapanya memahami situasi Sam dan Nurul dan bersetuju agar beliau bercerai.  Namun Nurul tidak mahu pulang ke Malaysia kerana malu. Nurul pula begitu marah kerana menjangkaka Sam akan berubah hati dan sayang kepadanya dan mula mencari akal untuk Sam agar terus tinggal di sana.

Dengan berat hati Aliyah terpaksa sekali lagi melepaskan  Sam bila Sam berjanji akan segera kembali ke Malaysia setelah semua urusannya selesai.  Namun malang terus menimpa Aliya bila mana Sam tidak kunjung-kunjung pulang.   Aliyah yang telah mengandung ketika itu begitu resah memikirkan permasalahannya. Akhirnya ayahnya telah mengambil keputusan untuk ke London bagi menjejaki menantunya.  Dengan isterinya beliau telah berbohong menyatakan bahawa beliau perlu ke sana atas urusan tugas.  

Setelah seminggu tanpa khabar dan masuk ke hari hari seterusnya, Aliyah merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap bapanya. liyah menerima sampul putih dari luar negara namun yang ada hanyalah kasert.  Selepas mendengarinya Aliyah terus menghubungi Abang Lokman dan seterusnya mereka ke balai polis kerana tahu ada sesuatu yang berlaku di sana.  Aliyah juga memperdengarkan  isi kaset tersebut kepada Pak Longnya yang mana akhirnya baru  Pak Long baru mengetahui bahawa kesemua angkara yang berlaku adalah disebabkan oleh perbuatan anaknya sediri iaitu Nurul.  

Manakala  Farid Chong pula menghubungi iparnya yang menuntut di sana bagi membantu mencari ayah mertuanya.  manakala Abang Lokman menghubungi New Strats Times dan Kedutaan kita di London bagi membantunya.  Akhirnya mereka mendapati Pak Deris berada di hospital kerana kemalangan manakala Sam masih tidak dapat ditemui.

Farid Chong dengan bermurah hati telah ke London bagi membawa ayah mertuanya pulang.  Ibu Aliyah yang telah mengetahui duduk perkara sebenarnya begitu terharu di atas pengorbanan Farid dan kemudiannya beliau dapat menerima kehadiran Faid Chong di dalam keluarganya.   Begitu banyak jasa-jasa Farid terhadap kelaurganyaa.



Monday, November 26, 2012

RINDU DI 3 PERSIMPANGAN - NURAINI ABDULLAH


Pinjam dari PNM

Rini berkawan rapat dengan Alang yang sekampung dengannya.  Keluarga mereka memang maklum akan keakraban mereka namun sejak Alang bertugas ke luar dari daerah mereka, Alang terus menyepikan diri selama beberapa tahun.  Rini begitu hiba  dan tidak diketahui mengapa Alang berbuat sedemikian.

Rini yang sedang menanti keputusan peperiksaan telah mendapat jawapan agar melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan.   Suatu hari, tanpa disangka-sangka semasa Rini dalam perjalanan dan  kebetulan waktu itu bas yang dinaikinya mempunyai masalah, Rini telah keluar dari bas dan berada di persekitaran bas berkenaan.  Tanpa disangka Rini telah ternampak Alang  yang juga pada ketika itu berada berhampiran dengan tempat kejadian.  

Rini memanggil-manggil dan mengejar Alang, namun sungguh mengecewakan kerana Alang yang juga melihat Rini  ketika itu terus menghilangkan diri.  Rini begitu sedih namun masih tercari-cari jawapan atas keengganan Alang menemuinya dan juga mengapa beliau terus menyepi setelah keluar dari kampung.

Suatu hari semasa Rini berada di kampung, Agus iaitu rakan baik mereka secara tidak sengaja telah terjumpa Rini dan seterusnya barulah Rini mengetahui bahawa angkara keretakan perhubugannya dengan Alang adalah disebabkan oleh Suinai.   Suinai yang dipertanggungjawabkan oleh Alang menyampaikan surat sebelum Alang meninggalkan kampung halamannya kerana memasuki tentera sebenarnya telah tidak amanah.  Beliau telah membuka dan   membaca surat tersebut.  Selanjutnya Suinai  juga telah mereka-mereka cerita bahawa Rini tidak menyukai Alang dan Alang hanya bertepuk sebelah tangan.   

Alang tanpa usul periksa terus mempercayai apa yang ditulis Suinai.  Atas rasa kekecewaan dan juga desakan keluarga, akhirnya Alang dan Suinai ditunangkan.  Alang yang menyangka Rini mempermain-mainkannya telah tanpa bantahan bersetuju dengan pilihan keluarganya.

Namun akhirnya perkara sebenar terbongkar jua bila mana Agus menceritakan kepada Alang bahawa Rini tidak pernah menerima surat yang dikirim oleh Alang melalui Suinai.  Dan Suinai jugalah yang sebenarnya yang menulis balasan surat Alang tersebut  dengan  mengatakan bahawa Alang hanya bertepuk sebelah tangan. Walhal, Rini sebenarnya yang ternanti-nanti khabar dari Alang yang tidak kunjung tiba.  Rini juga berasa kecewa kerana Alang tidak ada menulis apa-apa surat pun kepadanya dan sering tertanya apakah yang menyebabkan Alang terus-terusan menyepi. 

Setelah terbongkarnya duduk perkara yang sebenar,  pertengkaran telah terjadi di antara Suinai dan Alang.   Alang akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Suinai.
Rini berasa amat  bersalah kerana  angkaranyalah Alang dan Suinai terputus.  Namun Alang tetap dengan pendiriannya kerana sememangnya beliau tidak menyintai Suinai.  Alang juga berasa kesal kerana tidak menyiasat perkara tersebut sebelum apa-apa tindakan diambil.

Sebelum Rini mendapat jawapan untuk meneruskan pelajarannya, Rini telah berkenalan dengan Azman, iaitu seorang guru dari Semenanjung.  Ketika itu Rini yang sedang termenung di pinggiran pantai telah disapa oleh Azman yang setiap hari melihat Rini.  Perkenalan mereka berlanjutan beberapa tahun sehingga mereka ingin bertunang.  Namun musibah sekali lagi melanda diri Rini pabila malam sebelum mereka bertunang Azman telah ditangkap basah dengan Cikgu Sakinah.  

Cikgu Sakinah yang sudah agak berumur sebenarnya berdendam dengan orang Semenanjng.   Beliau pernah putus tunang dan kehidupan beliau sebenarnya adalah agak sosial.  Azman yang begitu lurus kerap meminta bantuan Sakinah memandangkan keluarganya jauh dan Azman sama sekali tidak menyangka bahawa Cikgu Sakinah mempunyai perasan terhadap beliau.  

Sementelaah Cikgu Sakinah pula pandai menunjukkan keprihatinanya ingin membantu Azman sebaik mungkin.  Azman kerap keluar masuk rumah ke Sakinah kerana Sakinah telah bermurah hati untuk membantu Azman menyiapkan barangan hantaran pertunangan beliau dan Rini.  Walau kebanyakan barangan telah disediakan oleh keluarga Angkat Azman namun Sakinah yang ringan tulang telah dengan rela menolong Azman menambah serta menggubah beberapa hantaran lagi.

Pada malam kejadian, Sakinah telah menelefon Azman menyatakan dia kurang sihat dan meminta Azman kerumahnya.  Azman yang tidak pernah mengesyaki apa-apa muslihat dari Sakinah terus melulu ke rumah beliau.  Namun, Sakinah yang telah begitu teliti memasang jerat telah memanggil orang-orang dari jabatan Agama agar menangkap mereka.  Semasa Azman di rumah Sakinah, Sakinah dengan sengaja mengenakan pakaian tidur yang nipis dan menunggu Azman dibiliknya ..bila Azman mendengar rintihan kesakitan suara Sakinah, tanpa membuang masa beliau terus meluru ke bilik Sakinah, namun Sakinah terus merangkul dan memeluknya dan enggan melepaskannya.  Pada saat itu juga orang-orang dari jabatan agama telah menangkap mereka dan akhirnya majlis pertunangan Rini dan juga Azman terpaksa dibatalkan.

Di kolej, Rini juga mempunyai peminat iaitu Jimi.  Walau Rini menolak Jimi untuk menjadi pasangan kekasih namun  Jimi tetap menjalinkan persahabatan dengan Rini.   Jimi kerap memberi semangat kepada Rini berkenaan kesnya dengan Alang dan pabila masalah Rini dengan Azman juga melanda, Jimi tetap memberi perangsang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.  

Semasa Rini kecewea dengan Alang tempohari,  Jimilah penghibur hatinya, Jimi juga membawa Rini ke kampung beliau kerana Rini ingin benar belajar  menganyam mengkuang.  Kluarga Jimi juga begitu senang dengan  kehadiran Rini dan Rini juga amat mudah menyesuaikan diri dalam keluarga Jimi.  Ibu Jimi pula  menyatakan bahawa Rini begitu pantas belajar menganyam mengkuang tersebut.

Namun nasib juga kurang menyebelahi Rini bila mana Jimi yang disayanginya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana terkena barah otak.  Jimi yang telah memeluk Islam 3 hari sebelum meninggal telah disempurnakan oleh pihak  Majlis di sana.   Keluarga Jimi merupakan keluarga yang terbuka kerana seorang dari kakaknya juga telah memeluk Islam.

Manakala Rini pula yang sudah berjinak-jinak dengan agama Islam juga telah memeluk Islam.  Namun kemasukannya masih dirahsiakan dari keluarganya.  Rini tidak mahu keluarganya kecewa dengan keputusan beliau.  Ini kerana semasa kakaknya iaitu Rani memeluk Agama Islam, seluruh keluarganya mengamuk terutama sekali ayahnya.

Rini telah meminta untuk ditempatkan jauh ke Semenanjung semasa bertugas nanti.  Beliau akhirnya berjaya mendapat tempat untuk mengajar di Kelantan.  Setelah pemergiannya nanti, Rini meminta Rani menyampaikan berita yang mana beliau telah bertukar agama kepada keluarganya.   Ini kerana beliau bimbang keluarganya tidak dapat menerimanya sekiranya beliau berterus terang.

Sekali lagi Agus menyampaikan salam dari Alang dan menyerahkan sepucuk surat dari Alang sebelum Rini berlepas ke Semenanjung.  Alang tetap dengan keputusannya berpisah dengan Suinai dan menyatakan bahawa beliau tetap menyintai Rini sampai bila-bila.   

Sebelum meninggalkan daerah tumpah darahnya Rini atau nama islamnya Nurul Atiqah ke pusara Jimi iaitu Rizuan buat kali terakhir sambil menghadiahkan fatihah.

Selamat tinggal segalanya kata hati Rini dan sekiranya ada jodoh mereka akan bertemu kembali.

Tuesday, August 7, 2012

BIARKAN INDAH BERLALU - RAMLAH RASHID


buku dibeli majlis semarak membawa di KPWKM 26/6/12

Indah tinggal dengan makciknya di bandar.  Namun malang nasibnya kerana telah diperkosa oleh sepupunya sendiri iaitu Azril anak kepada makciknya.  Setelah perbincangan dibuat keluarga makciknya tidak membenarkan Indah membuat report polis dan mereka akan mendiamkan perkara tersebut bagi mengelakkan malu.

Namun Indah yang berasa trauma telah tidak betah lagi tinggal di rumah makciknya dan akhirnya makcik dan pakciknya telah sepakat untuk menghantar Indah duduk di asrama.  Namun malang baginya bila Indah didapati mengandung dan keluarganya amat menyesali kerana membenarkan Indah tinggal di bandar.  Lebih2 lagi bila mana keluarga makciknya menyatakan bahawa Indah  sendiri yang ingan tinggal di asrama.  Indah telah  dirotan sebanyak 100 kali oleh bapanya walau telah dimaklumkan bahawa beliau dirogol.   Keluarga makciknya pula tidak membela Indah dan hanya mendiamkan diri sahaja.  Indah akhirnya dihalau keluar rumah.

Indah melahirkan puteri di kawasan semak.  Beliau diselamatkan oleh Nyang dan Tok Nyang.  Warga tua tersebut yang mengetahui keadaan Indah telah membela Indah sehingga sihat dan bila mana Indah ingin bekerja Puteri ditinggalkan bersama-sama mereka.  Mereka menjaga Puteri bagai minyak yang penuh dan semua penduduk di kampung tersebut amat menyenangi Puteri yang comel dan keletah.

Selepas meninggalkan Puteri, hampir empat tahun Indah tidak datang mengunjungi Puteri kerana mengganggap Puteri adalah anak yang tidak diingini.  Namun akhirnya Indah menerima hakikat bahawa Puteri adalah darah dagingnya.   Indah pulang ke kampung Nyang dan Puteri begitu gembira bila mana dikenalkan Indah adalah ibunya.  Beliau begitu teruja kerana selama ini rakan-rakan kerap memanggil mama namun beliau hanya ada Nyang dan Tok Nyang.  Indah berjanji selepas ini akan selalu melawat Puteri.

Danial bos Indah di pejabat memang meminati Indah, namun tidak dilayannya.  Suatu hari semasa Indah balik ke kampung meziarahi Puteri dan Nyang, Danial bertandang ke rumah Nyang.  Danial begitu terkejut bilamana mendapati Indah di sana, pabila mengetahui Puteri adalah anak Indah, maka bertambah sayang Danial kepada mereka kerana sememang Puteri begitu manja dengan Danial dan memanggilnya papa sedari awal sebelum Indah mengenali Danial.

Indah yang juga menyenangi Danial berasa kurang selesa dan menjauhkan diri dari Danial kerana merasa rendah diri bilamana Danial mengetahui Siapa Indah dan Puteri.  Namun Danial menegaskan bahawa beliau tidak pernah memandang rendah pada Indah dan masih berharap agar Indah dapat menerimanya apatah lagi Puteri yang sememangnya menyenanginya.  

Akibat dari rasa bersalah Azril berusaha untuk memperisteri- kan Indah namun ditolak...Indah yang telah merancang berkahwin dengan Danial merasa tertekan lebih-lebih lagi keluarganya mendesak agar beliau menerima Azril memandangkan Puteri adalah anak mereka.  Keluarga Azril juga sedaya mungkin ingin merebut Puteri kerana keadaan Azril selepas kemalangan yang tidak memungkinkan beliau berzuriat sekiranya berkahwin dengan mana-mana wanita.  Walau pada mulanya tidak dapat menerima Puteri kerana lahirnya sebagai anak luar nikah, namun ianya berubah selepas mengetahui keadaan Azril.   Puteri juga dipujuk agar tinggal dengan mereka namun anak bijak berkenaan enggan kerana menurutnya Nyang dan Tok Nyang akan sunyi sekiranya beliau tiada.  

Malang tidak berbau bila mana rumah Nyang dan Tok Nyang musnah dihempap pokok dan meyebabkan kedua-duanya meninggal.   Walau pada awalnyaa Kak Biah iaitu bidan kampung yang juga ibu angkat Puteri berkeras mengambilnya kerana Puteri telah didaftarkan atas namanya sebagai keluarga kerana pada masa tersebut Indah tidak bersuami... Namun persengketaan mereka tidak lama pabila akhirnya Kak Biah bersedia menyerahkan Puteri kepada Indah.  Namun masalah lain pula mendatang pabila keluarga Indah tetap berkeras dan memaksa Indah menerima Azril.  

Dengan berat hati akhirnya Indah terpaksa menurut kehendak keluarganya walau dalam terpaksa.  Danial pula terpaksa mengalah walau beliau tetap menyayangi Indah dan Puteri.   Semasa majlis pernikahan Indah, tanpa disangka Danial muncul kerana hari tersebut juga adalah merupakan hari lahir Puteri yang ke 3.  Danial telah berjanji menghadiahkan kek  yang mempunyai gambar princess kepadanya sebelumyaa...Danial begitu terkejut kerana tidak menyangka kedatangannya adalah bersamaan dengan majlis Indah, namun pabila ayah Indah berkeras menyuruhnya naik maka beliau dengan berat hati terpaksa menurut.  Puteri kegirangan dan tanpa berlengah terus meluru kepada Danial.   

Danial yang juga seorang yang begitu prihatian tidak mau membebankan situasi Indah telah melepaskan beliau menuruti kehendak keluarganya.  Beliau mau agar Indah tidak tertekan dengan pilihan yang terpaksa dibuat. Walaupun hatinya meronta-ronta meminta agar majlis tersebut dibatalkan.  Azril begitu terkejut dengan kahadiran Danial dan mengambil kesempatan menanyai Danial adakah kehadirannya atas makluman dari Indah.  Danial tetap menyatakan kehadirannya adalah secara kebetulann sahaja dan berharap agar setelah Azril dan Indah berkahwin beliau memohon agar hubungannya dengan Puteri tidak dipisahkan kerana beliau sememangnya menyangi Puteri sebelum megenali Indah lagi.

Azril sebenarnay telah membuat solat istikharah namun hanya melihat Puteri dan Nazirah.  Keinginnnya memperisterikan Indha adalah kerana simpati dan tanggungjawabnya.  Walau kedua ibubapanya begitu marah dan menggangap Danial adalah pemusnah majlis mereka pada malam itu namun Azril telah mempertahankan Danial dan menyatakan hanya dapat menggangap Indah sebagai adiknya kerana cintanya adalah apda Nazirah.  

Akhirnya cinta Indah dan Danial dapat bersatu dan Puteri begitu gembira kerana padanya papanya tidak akan bekerja jauh lagi kerana itulah alasan yang diberi Indah bila mana Puteri kerap menanya mengapa Danial telah lama tidak menjenguknya.



Wednesday, July 18, 2012

doktor cinta - dyadila

buku dipinjam dari library LPPKN

Pertemuan pertama Mazliana dan Tengku Iskandar bila mana secara tak sengaja kaki Tengku Iskandar terseliuh  akibat bermain bola sepak.  Azlin kakak Mazliana mempunyai klinik sendiri dan bilamana Mazliana enggan mengikuti Azlin keluar makan maka Mazliana ditinggalkan sebenatar duduk di bilik Azlin.   Sempat Maz beranggan2 menjadi doktor dengan memakai uniform doktor Azlin dan duduk di kerusi Azlin.  Secara tidak disangka2, Tengku Iskandar dan Zikri merempuh masuk tanpa menegtahui Mazliana bukanlah doktor yang sebenarnya.  Mereka ke sana kerana kaki Tengku Iskandar terseliuh kerana sememangnya Is tidak pernah  bermain bola sepak.

Sekali lagi mereka terserempak ialah semasa Maz ke pejabat Syamin dengan menyamar sebagai orang tua (ibu Syamin) dengan tujuan untuk mengenakan Syamin.  Tengku Iskandar dan Zikri yang kebetulan melalui tempat perjumpaan mereka tidak mengenali Maz, namun Maz yang perasan akan mereka terus gelabah bila mengetahui 2 orang yang dikelentongnya tempohari berada di depannya.

Syamin iaitu  rakan baik Maz sebenarnya adalah merupakan setiausaha kepada Tengku Iskandar.  Semua staff tau perangai Tengu Iskandar yang keras kepala dan tidak mesra dengan staffnya.    Is menjadi begitu akibat dari kecewa cinta dengan Julia Hana iaitu seorang modal popular.

Tengku Iskandar  seterusnya juga merasa tertekan bilamana diminta oleh bondanya untuk memperkenalkan teman wanitanya.  Jika  tidak beliau akan dijodohkan dengan Tasha.  Setelah berbincnagn dengan Zikri, mereka telah memilih Mazlina untk berlakun sebagai teman wanita Is.  Ini kerana telah 2 kali mereka terserempak dengan Maz yang sedang berlakun.  Walau pada mulanya Tengku Iskandar membantah, namun akhirnya bersetuju kerana tiada jalan lain.

Mazlina walau agak kasar dan selalu bercakap ikut sedap mulut sahaja namun bila berhadapan dengan keluarga Tengku Iskandar, beliau pandai membawa diri.  Beliau amat disenangi oleh keluarga Tengku Iskandar berbanding dengan Tasha yang manja dan terlalu sosial.  Tengku Iskandar sememangnya tidak mau mendekati perempaun setelah kecewa akibat perkahwinan tak jadinya dengan Julia Hana yang lebih mementingkan glamor.

Maz memusuhi Johan (tunangan kakaknya Azlin) sejak dari zaman kuliah lagi yang mana Johan adalah pensyarahnya.  Lebih2 lagi bilamana Maz terserempak dengan Johan yang sedang mesra bersama seorang perempuan menyebabkan Maz bertambah2 benci dan menggangap Johan tidak jujur dengan kakaknya.

Maz terpaksa bertunang dengan Iskandar bagi mengaburi mata keluarga berkenaan lakonan mereka. Sebenarnya telah dibuat surat perjanjian bahawa peruhubungan mereka ini ada tempoh masanya.   Dari sehari ke sehari keluarga Tengku Iskandar tambah menyenangi Maz.  Lebih2 lagi pabila keluarga Tengku Iskandar melihat beliau telah boleh tersenyum dan tidak muram seperti selalu akibat kecewa cinta.   Semasa keluarag Maz menunaikan fardhu haji Maz telah diajak duduk bersama mereka.   Walau berasa berat hati namun Maz tiada alasan untuk membantah bila mana kedua2 keluarga mereka telah bersetuju.

Tengku Iskandar juga sebenarnya suka dengan cara Maz yang bersahaja dan suka bertikam lidahnya..ada saja yang hendak digaduhkan bila mereka bersama..namun sikap mereka akan berubah bila dihadapan kelurga Tengku Iskandar.  

Tasha yang mulanya memusuhi Maz akhirnya menjadi sahabat Maz bila mana Maz telah menyelamatkan dirinya dari diperkosa  dan seterusnya sedikit sebanyak memberi nasihat kepada Tasha.   Julia Hana pula yang dikecewakan oleh kekasihnya telah kembali mencari Tengku Iskandar.  Tengku Iskandar merasa teruja tanpa mengetahui agenda sebenar di sebalik kepulangan Julia Hana kepangkuannya.  Terjadilah perebutan antara Hana dan Tasha terhadap Is.   Maz sebagai tunangannya walau sedikit geram namun tetap berpegang pada perjanjian mereka dan pergaduhan antara Hana dan Tasha cuba dileraikan.  Is memandang Maz menyelesaikan masalah kedua wanita tersebut dan Is tetap menyebelahi Hana kerana dibutakan oleh cinta.  Tasha akhirnya mengalah kerana merasakan Maz sebagai tunangan Is lebih berhak terhadap diri Is dan cuba menyingkirkan Hana dari hidup Is.

Ibu Tasha tetapi ingin membalas dendam dnegan Maz kerana menggangap Maz punca anaknya tidak dapat bersama Tengku Iskandar.  Beliau bersekongkol bersama Liyana iaitu adik Johan yang berdendam dengan Maz dengan cerita lama kerana menyangka Maz ada affair dengan kekasihnya sedangkan Maz hanya berkawan rapat sahaja dengan kekasih Liyana.  Akhirnya Maz tertangkap basah dengan.   Rentetan dari  peristiwa itu keluarga Maz amat  kecewa dan tanpa diduga ibubapanya  pula meninggal akibat kemalangan.

Mazlina begitu tertekan dan selepas keluarga Tengku iskandar mengetahui kisah mereka yang sebenarnya maka Maz telah menamatkan lakonan mereka.  Maz telah membawa diri keluar negara utk tinggal bersama kakaknya Mazlinda.   Beberapa tahun beliau di sana dan Tengku Iskandar akhirnya mengaku bahawa beliau juga menyukai/merindui Maz lebih2 lagi bila mengetahui Hana hanya mempermainknya.  Is mengetahui kesilapannya yang banyak terhadap Maz, dan Maz yang berasa sakit hari masih belum sembuh sepenuhnya kelukaan dihatinya.  Di luar negara Maz tinggal di rumah sewa Hadi iaitu  seornag pelukis yang amat dikenali.  Pertama kali Maz berjumpa Hadi adalah di galeri di KL dan tidak menyangka kakaknya menjadi jiran Hadi di luar negara dan duduk pula di rumah sewa Hadi di sana.  Hadi menceriakan sedikit diri Maz, dan kepulangan Maz  ke Malaysia memyebabkan Mak Long dan Pak Long serta keluarga mendesak  Maz mengahwini Hadi kerana sememangnya Hadi juga menyintai Maz.  

Maz kerapa menerima jambangan bunga bersama nota2 cinta dari doktor cinta, namun tidak mengetahui siapa empunya diri.  Dari luar negara sampai balik ke Malaysia beliau terus menerima bunga tersebut.  Tarikh perkahwinan Maz dan Hadi kian hampir, namun tidak nampak Maz gembira dengan majlis tersebut.  Hadi sedar akan hal tersebut.  Walau puas dikorek Maz tetap menyatakan kegembiraannya walau semua orang tahun situasi sebenarnya.   Akhirnya kasih Maz dan Tengku Iskandar bersatu semula bila Hadi sanggup berkorban untuk insan yang dicintainyaa.  Manakala Hadi pula memilih Syamin untuk menjadi teman hidupnya.  Syamin betul2 gembira kerana beliau adalah peminat setia Hadi nombor 1.  Dan Maz juga tau bahawa doktor cinta yang kerap menghantar jambangan bunga dan nota2 cinta itu adalah dari Tengku Iskandar sendiri.