Saturday, November 1, 2014

MEMBINA HATI BAHAGIA - DR HM TUAH ISKANDAR AL HAJ (ALAF 21)


BUKU DIBELI PADA 17 SEPTEMBER 2003
ANTARA KOLEKSI BACAAN SANTAI YANG SENANG DIBACA

Nota ringkas hasil pembacaan:

Gaya santainya memudahkan pemahaman serta tidak jemu membaca.  Memberi motivasi kepada insan-insan yang mudah merasa kecewa dan putus asa tanpa ingin bangkit meneruskan kegagalan lampau. 

Banyak mengisahkan rahsia hati atau disebut dari sudut rohani sebagai penyakit hati atau penyakit rohani.  Seterus- nya hati yang sering merasa sakit, kecewa, putus asa akan mengheret kita jauh dari merasai ketenangan yang mana kemuncak ketenangan adalah bahagia.  

Bahagia adalah perasaan senang, tenteram atau lepas dari segala yang menyusahkan.  Sedikit sebanyak diri dapat belajar menjadi lebih tolerate sesama sesiapa juga kerana kebanyakan ego menguasai diri menyebabkan kita sukar mengaku kalah walhal sebenarnya diri sendiri yang mempunyai banyak kekurangan.

Benar seperti dikata, dengan adanya unsur:
i)  sakinah (rasa damai dan tentera), 
ii) mawaddah (rasa cinta kasih dan cinta berahi) dan 
iii) rahmah (kasih sayang yang dapat dirasakan oleh seluruh keluarga) 
akan membuatkan kita berasa lebih tenang dan bahagia melayari kehidupan sehari-hari.

Terlalu banyak coretan-coretan sebagai panduan untuk dikongsi antaranya:
 
RINGKASAN BUKU BELIAU:
Emosi yang terganggu bakal membuahkan tindakan-tindakan bodoh lagi merugikan.   Sekali sahaja motivasi tercabut daripadanya, keseluruhan kesediaannya untuk bertindak dengan rasional,  bijak, adil, munasabah, pintar dan tepat boleh tersasar.   Motivasi adalah tradisi keilmuan semulajadi sejak turun temurun. Dan keikhlasan juga adalah amat penting dalam menyebarkan ilmu untuk dikongsi bersama orang lain.

Apakah Motivasi? 
ianya ialah satu rasa yang dimiliki oleh semua orang tetapi tiada siapa menyedarinya sehinggalah berlaku satu peristiwa yang memaksanya terkeluar.  Motivasi juga merupakan catalyst luar biasa yang dimiliki oleh orang-orang yang telah membuka atau menggunakannya.  Kiranya catalyst ini sentiasa terbuka, seseorang itu akan mendapat motivasi berpanjangan, membantu mendapat motivasi diri yang terbaik, sempurna dan munasabah mengikut kepercayaan masing-masing.

Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya.  Yang menyenangkan hati adalah keyakinan dan mencukupkan yang sedikit.  Hitunglah apa yang anda miliki,  jangan menghitung hal-hal yang anda tidak punyai.

Marah menyebabkan separuh keintelektuan  hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,  bodoh dan tidak rasional.  Biasakanlah bersikap jujur dan benar,  walaupun di hadapan anda, anda melihat bahaya.   Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tetapi bahagia.  Jauhilah sikap dan sifat pendusta,  walaupun anda lihat di hadapan anda bahagia,  sebab itu bukan bahagia tetapi celaka.

Carilah kesepakatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita yang entah bila akan berakhirnya.   Yakinlah daripada setiap  kejelekan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar.

Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.  Ianya hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.  Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami.  Jika cinta sudah tiada di hati anda,  tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda.  Sedang cinta adalah salah satu nikmat teragong ALLAH terhadap hamba-hambanya.

Kebahagiaan adalah satu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan.  Nawaitu yang ikhlas dari mula akan mencorakkan kebahagiaan yang berterusan kerana hidup kita memang singkat untuk kita sia-siakan hal-hal yang cukup remeh dan jauh dari tiket-tiket kecemerlangan.

Sunday, October 26, 2014

HATI KITA SATU - RANIA FIRDAUS

buku dibeli pada 10 Septembr 2014

Kuz Kusyairi menghabiskan pelajarannya di Korea Selatan. Semasa di sana beliau rapat dan bercinta dengan Misya namun hayat Misya tidak panjang bila beliau meninggal akibat dari kemalangan.  Hidup Kuz menjadi kosong dan tiada wanita lain yang berjaya mengisi kekosongan hatinya setelah Misya.

Sara mempunyai hati yang kering terhadap lelaki.  Ini disebabkan ayahnya meninggalkan ibunya semasa beliau dan kakaknya masih kecil, manakala kakaKnya pula diceraikan oleh suami dan hidup menderita sepanjang perkahwinannya.  Insiden tersebut membuatkan Sara tidak mempercayai lelaki.

Sara telah beberapa kali bertukar kerja dan terakhir beliau mendapat kerja di GJ Groups.  Pertemuan secara tak sengaja Sara dan Kuz adalah di hari pertama mereka masuk kerja.  Sara yang kelewatan bangun semasa hari pertama membuatkan beliau menjadi begitu kalut.  Akibat tergopoh gabah, tanpa disedari beliau menaiki lift yang juga dinaiki oleh Kuz.  Kuz telah menegur Sara sedangkan Sara nak tak nak saja melayan Kuz.  Kuz juga menyatakan bhawa hari tersebut adalah merupakan hari pertama beliau masuk kerja.  

Sara merasa semacam bila merasa Kuz memandangnya dari atas sampai bawah, akhirnya dengan teragak-agak Kuz menegur Sara bila dia merasakan yang Sara memakai baju terbalik.  Sara yang merasa malu telah meluru keluar bila lift sampai ke destinasi dan terus ke bilik air.  Memang benar apa yang dikatakan Kuz. Malunya Sara ketika itu tidak dapat dibendung.

Sara tinggal bersama Keisya dan Karmila.  Walau Mila sama pejabat dengan Sara namun Mila tidak pernah merasa senang dengan Sara.  Begitu juga dengan Keisya adiknya sendiri.  Namun Keisya tetap melayan Mila dengan baik walau Mila sentiasa berkasar dengan Keisya.

Sara dan Keisya telah ke Rumah Ammal Jannah iaitu rumah Agam kepunyaan keluarga Kuz.  Setelah sesi pembelajar bermula secara tidak diduga pada suatu hari Kuz telah balik ke rumah tersebut dan terkejut bila mana mendapati Sara lah yang menjadi tenaga pengajar di rumah berkenaan.

Semakin hari mereka semakin rapat walau Sara tetap enggan menerima lelaki dalam hidupnya kecuali atuk dan anak saudara leklakinya.  Manakala Kuz juga pintu hatinya masih tertutup setelah kematian Misya.   

Kuz telah mengambil cuti untuk menenangkan fikiran ke kampung. Tempat tujunya adalah di kampung Hadi iaitu kampung teman rapatnya.  Sementelah dari Kuz pun tidak pernah pergi ke mana-mana kampung sebelum ini.   Di sama beliau telah tinggal di homestay atas saranan Hadi.   Tanpa diduga rumah tersebut adalah rumah orang tua Sara.  Secara kebetulan Sara pulang ke kampung pada masa yang sama dan amat terkejut bila mendapati ada lelaki yang menempati biliknya.   

Pertelingkahan berlaku antara Sara dan kakaknya namun dapat diredakan oleh Tok Minya.  Sara pulang ke kampung bersama-sama Keisya kerana Keisya juga belum pernah ke kampung.  Namun disebabkan bapa Keisya yang tiba-tiba sakit maka Keisya telah kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa kereta kakak Sara yang sebelum ini dipinjamkan kepada Sara.  Sara bercadang menaiki bas sahaja namun disebabkan Kuz juga hendak pulang pada hari tersebut maka Kuz telah mepelawa Sara. Setelah didesak oleh keluarga akhirnya Sara bersetuju menumpang Kuz.

Luthfi telah lama menyukai Sara namun tidak pernah dilayan baik oleh Sara.  Luthfi tidak pernah mengambil hati akan kelalu Sara kerana sememangnya beliau amat maklum sebab musabab yang menyebabkan Sara berkeadaan demikian.  Luthfi sebenarnay sama pejabat dengan Sara namun Sara tidak pernah mengetahuinya. Begitu juga Kuz juga tidak mengetahui bahawa Hadi@Luthfi adalah sama sekampung dengan Sara.

Mila menyukai Kuz namun Kuz amat tidak menyukai Mila.  Beliau menganggap Mila perempuan murahan dna sememangnya Mila tidak tahu malu dan tanpa segan-segan menggoda Kuz.  Kehidupan Mila juga terlalu sosial berbeza dengan adiknya Keisya.

Setelah bekerja di Rumah Ammal jannah, batru Sara mengetahuii bahawa Kuz merupakan anak yang juga malang sepertinya.  Namun baginya beliu masih beruntung kerana masih mempunyai kakak dan Tokmi.  Sedangkan Kuz hanya tinggal sebatang kara.  Serba sedikit hal peribadi Kuz diketahui melalui anak-anak di Rumah Ammal Jannah berkenaan.

Puan Khairiah yang berkenan dengan diri Sara telah ingin menyatukan Sara dan Kuz.  Kuz menolak begitu juga Sara.  Masing-masing mempunyai sebab tersendiri tidak mahu rapat dengan yang berlainan jantina akibat dari luka-luka lama mereka.  

Sara telah didatangi maslah lain bila mana ayahnya telah kembali mencarinya dan kakaknya.  Sara begitu marah terhadapa ayahnya dan enggan memaafkan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya terhadap ibu mereka serta mereka adik beradik.   Puas Tokmi menasihati mereka namun kedua mereka tetap berkeras hati tidak mahu mengaku ayah mereka kembali.

Secara tidak sengaja suatu hari ayah Keisya telah datang ke rumahnya.  Beliau amat terkejut bila  mendapati yang menumpang menyewa di rumah beliau adalah Sara iaitu anaknya sendiri. Begitu juga dengan sara, maka terjadilah pertengkaran hebat antara mereka anak beranak.  Keisya yang binggung akhirnya  emmbawa diri ke Rumah Ammal Jannah dan setelah puas dipujuk beliau menceritakan kisahnya kepada bonda Khairiah.  Sarajuga telah berpidah keluar dari rumah Keisya  dan tidak ingin mengaku Keisya sebagai adiknya juga walau puas dipujuk.

Selagi Sara belum berkahwin ayahnya mempunyai hak mutlak ke atas Sara dan kakaknya.   Dengan demikian secara drastik Sara telah membuat keputusan untuk menerima peminangan dari keluarga Kuz memandangakn hanya jalan itu sajalah yang dia dapat untuk mengelakkan diri dari didekati oleh ayahnya kembali.  Kuz juga akhirnya terpaksa menuruti kehendak bonda Khairiah dan pakciknay kerana mereka tidak mahu Kuz terus dibayangi oleh kenangan bersama arwah Misya.

Mereka dinikahkan dan Sara mengambil keputusna berhenti kerana kerana tahu Mila juga bekerja di tempat yang sama.  Mila merupakan kakak tirinya iaitu anak kepada emak tiri beliau iaitu isteri ayahnya.  Mila yang tergila-gilakan Kuz setengah mati merasa terpukul bila mengetahu Kuz telah berkahwin, lebih-lebih lagi bila mengetahui Kuz berkahwin dengan Sara.  Api kemarahan- nya semakin meluap-luap dan beliau mengatur strategi untuk memerangkap Kuz.

Kuz yang mula berselisih paham dengan Sara setelah mengetahui sebab musabab mengapa Sara sanggup berkahwin dengannya.  Sara hanya ingin melepaskan diri dari bapanya.   Kuz mula mendapatkan kontek number Mila untuk melepaskan tension beliau di kelas menari rakan Mila.  Namun akhirnya Kuz mnerasakan bahawa beliau tidak lagi berminat untuk mneruskan aktiviti berkenaan.  Mila tetap tidak putus asa untuk menarik perhatian Kuz walau berbagai-bagai cara beliau lakukannya.

Suatu hari Mila telah mempelawa Kuz minum bersamanya dan tanpa Kuz sedari Mila telah memasukkan sesuatu agar Kuz tidak sedarklan diri.  Kuz telah dipapah ke kereta Mila.  Nasib menyebelahi Kuz kerana pakcik beserta pemandu beliau ternampak akan insiden yang mencurigakan itu.  Mereka mengikuti kereta yang membawa Kuz sehinggalah ke rumah kawan Mila.  

Dalam masa yang sama, Keisya yeng mendengar Mila membuat rancangan bersama temannya merasa  curiga  Mila  akan melakukan sesuartu terhadap Kuz.  Beliau dan bapanya telah menghubungi Mila memaklumkannya.   Walau dengan berat hati akhirnya Sara menuruti juga Keisya dan ayahnya ke rumah rakan Mila.  Setibanya di sana mereka terlihat keadaan  begitu riuh rendah.  Sebenarnay pakcik Kuz telah terebih dahulu menyeranah dan memarahi Mila atas apa yang telah dia lakukan terhadap Kuz sebelum Sara sampai.  Sekiranya mereka tidak nampak akan insiden berkenaan, sudah pasti Kuz telah masuk ke dalam jerat Mila pada malam tersebut.

Mila telah dipecat oleh Uncle Ghadaffi kerana perbuatannya dan Sara pula menyesal atas apa yang berlaku.  Sara dan Kuz akhirnya sedar akan kesilapan masing-masing dan merka berusaha menjadi pasangan yang saling memerlukan. 

Kakak Sara pulak mendapat jodoh dengan Zain yang juga baik hati. Selepas hati pernikahan beliau, ayah dan emak tiri mereka datang bersama Keisya.  Sara dan kakaknya tetap enggan menerima bapa nya kembali namun akhirnya setelah puas dipujuk serta diberikan kesedaran, mereka akhirnya akur dengan kehendak Illahi dan keluarga mereka kembali bersatu.  








SETELAH CINTA ITU PERGI - EAST DIANI


BUKU DIBELI 24 OKTOBER 2014

Marina dan Ikram telah 3 tahun melayari hidup berumahtangga. Kehidupan mereka diwarnai dengan kebahagiaan sehinggalah kedatangan Syirah yang menumpang tinggal di rumah mereka semasa beliau dalam pantang kerana  melahirkan anak sulungnya bersama Idlan (adik Ikram).

Kehidupannya Shira yang amat susah sementelah pula Idlan dipenjarakan akibat dadah telah dibawa pulang oleh Ikram ke rumahnya untuk sementara. Ikram telah membawa Syirah tinggal bersama tanpa berbincang dengan isterinya Marina terlebih dahulu.  Ini membuatkan Marina marah namun tidak berbuat apa-apa.

Syirah yang biasa hidup dalam kesempitan berasa amat teruja dengan kemewahan yang dimiliki oleh Ikram dan Marina.  Timbul niat jahat dihatinya untuk menjadi tuan di rumah berkenaan dan menginginkan Ikram sebagai suaminya kerana dilihat Ikram begitu mengambil berat akan diri Marina dan juga dirinya semasa tinggal bersama.  Syirah juga cemburukan kemesraan antara Marina dan Ikram.

Bermulalah rentetan yang melukan hati Marina bila mana Syirah mula membat onar dan mengadu domba akan kehidupan mereka suami isteri.  Syirah kerap mengadu kepada Ikram bahawa Marina memarahi dan memusuhinya dan memaksa Syirat membuat berbagai-bagai kerja rumah semasa beliau dalam pantang, walhal kesemua itu merupakan cerita karut semasa-mata yang ingin memancing belas kasihan dari Ikram.

Marina kerap dimarahi oleh Ikram dan peristiwa paling malang bila mana pada suatu hari ketika kereta Marina rosak, dan Muiz iaitu rakan sekerjanya telah menghantar Marina pulang.  Syirah yang mengendap dari dalam rumah telah menaikan api kemarahan Ikram dengam mengatakan bahawa Marina berlaku curang serta mempunyai jantan lain.  Puas Marina menerangkan  duduk perkara namun Ikram telah mengasari Marina sehinggalah berlaku pertengkaran hebat dan akhirnya Ikram melafazkan talak kepada Marina.

Syirah meneruskan niat jahatnya dengan menghubungi pegawai pencegah maksiat bahawa ada orang bersekedudukan di rumah Ikram.  Ikram dan Syirah telah ditangkap kahlwat dan apabila Syirah telah habis berpantang Ikram dan Syirah bernikah setelah Syirah membuat tuntutan fasah kepada Idlan.

Syirah banyak menghabiskan duit Ikram dan  boros.  Ikram mulai menyedari kesilapannya namun segalanya telah terlambat.  Ikram telah berpindah dari rumah asal kerana tidak lama lagi Idlan akan keluar dari penjara dan pasti mencari mereka.  Terjadi pergaduhan hebat antara Idlan dan Ikram.   Idlan enggan mendengar penjelasan Ikram kerana segala-galanya telah jelas diceritakan oleh ibu mereka.  

Syirah yang terkejut dan serba salah telah berbisik kepada Idlan bahawa beliau tidak menyintai Ikram namun hanya ingin merampas harta kekayaan Ikram sahaja.   Selepas mendapatkannya beliau akan meninggalkan Ikram dan ingin mengajak idram lari bersamanya.  Idlan hanya ketawa besar mendengarkan niat jahat Syirah  kerana beliau amat kenal siapa bekas isterinya itu.  Syirah seorang yang tamak dan busuk hati.  Ikram yang mendengar perbicaraan Syirah makin terbakar dibuatnya dan benar-benar menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Marina.

Ikram menceraikan Syirah dengan talak tiga.  Ini mengakibatkan Syirah semakin panas hati.  Beliau tidak akan melepaskan Ikram begitu sahaja.  Segala harta Ikram tetap ingin dimiliki.  Ugutan-demi ugutan dilakukan terhadap Ikram, namun Ikram tetap tidak gentar.  Harta sepencarian juga hendak dituntut walhal mereka hanya berkahwin hanya 4 bulan sahaja.  Bagi Ikram segala harta sepencarian adalah milik Marina kerana Marina lebih layak dan bersusah senang bersamanya membangunkan syarikatnya.  

Syirah tetap tidak putus asa sehinggkan sanggup hendak menjual anaknya sendiri sekiranya Ikram tidak menuruti kehendaknya.  Ikram yang tidak sanggup melihat anak saudaranya sendiri dijual oleh Syirah telah sanggup untuk membayar Syirah jumlah yang dikehendaki oleh Syirah.   Namun satu perjanjian telah ditandatangani yang mana Syirah tidak dibenarkan mengambil semula anaknya.  Syirah yang tamak tanpa melihat perjanjian tersebut terus menandatanagni surat perjanjian tersebut tanpa membacanya.  Akhirnya Syirah tewas dengan niat jahatnya dan akhirnya  terpaksa ditempatkan di wad pesakit jiwa kerana penyakit hatinya yang telah makin menjadi semakin kronik.

Ikram terus-terusan ingin menarik semula hati Marina namun Marina tetap bermain tarik tali.  Keluarga Marina melarang keras beliau kembali ke pangkuan Ikram setelah apa yang berlaku kepadanya.  Marina terpaksa berhenti  dari mengajar di pra sekolah bagi mencari kehidupan baru dan tidak mahu Ikram terus-terusan mencarinya.  

Marina mula bekerja di pejabat abangnya Farok apabila Farok terpaksa ditukarkan ke Utara.  Dengan kelulusan beliau, Marina layak mengantikan tugas tersebut.  Namun ketenangan tidak berpihak kepadanya bila mana Azhar iaitu anak saudara kepada pemilik syarikat berkenaan berniat jahat terhadap Marina.  Beliau yang semenangnya kaki perempuan sedaya upaya memikat Marina namun tidak dilayan oleh Marina.  Beliau mula menyebarkan fitnah terhadap Marina kepada Jihan agar Jihan memandang Marina sebagai wanita yang tidak baik.  


Secara tidak diduga Jihan yang pernah terserempak dengan Ikram dan  jatuh hati kepadanya merasa teruja pabila terlihat  Ikram di sekitar pejabatnya.  Menyangkakan Ikram datang untuk berjumpa dengannya dengan membawa sejambak bunga, Jihan berasa amat teruja dan terus merampas bunga tersebut.  Ikram ke pejabat Jihan  untuk berjumpa Marina.  Hasratnya adalah kerana ingin memohon maaf dan mengambil semula hati Marina.  Jihan tidak tahu bahawa Marina adalah bekas suami Marina.  


Jihan yang kegembiran menyatakan perasaannya kepada Azhar dan menerangakn bahawa Ikramlah jejaka yang pernah diceritakan kepada Azhar tempohari.  Adzhar yang  pernah ditumbuk oleh Ikram kerana  mengganggu Marina mengambil kad yang berada di jambangan dan menunjukkan kepadanya siapakah sebenarnya yang empunya jambangan bunga berkenaan. Jihan merasa malu dan bermulalah perang dingin antara Jihan dan Marina.  Dengan hasutan Adzhar, Jihan semakin memandang rendah kepada Marina kerana menggangap Marina seorang perempuan murahan.  Selebihnya beliau amat marah kerana mengetahui Ikram hendak memikat semula Marina.   

Setelah mengetahui dari mulut Marina bahawa mereka  telah bercerai,  hatinya berbunga kembali. Namun Marina akhirnya terpaksa menghantar notis kerja kerana tidak tahan akan sikap Jihan dan juga Adzhar kerana Azhar terus-terusan mengapi-apikan Jihan kerana Marina tidak melayannya.  Jihan juga terkejut pabila mengetahui Marina mengenali Muiz dan barulah dia mengetahui bahawa Muiz juga telah meninggal dunia.    Selepas dari mengetahui insiden berkenaan Jihan mula menyesali diri  dan ingin mencari anaknya.  

Dalam masa yang sama bapa Marina meninggal akibat kemalangan.  Marina tidak menghadirkan diri ke pejabat selama bebrapa hari.   Tanpa diduga Jihan telah ke rumahnya yang pada jangkaanya Jihan ingin  menyampaikan ucapan dukacitanya.   Namun jangkaan Marina adalah meleset kerana Jihan sebenarnya datang kerana menyesyaki Marina tahu di mana anaknya Danial.  Danial yang tiba-tiba muncul talah disapa dan dipeluk oleh Jihan.  Marina dan keluarga tertanya-tanya apa ikatan mereka yang akhirnya terjawab.  Jihan berkeras hendak mengambil Danial namun ditentang oleh Marina dan keluarga.  Namun Marina tidak mempunyai kuasa kerana Danial merupakan anak kandung Jihan.

Marina pernah rapat dengan Cikgu Muiz selepas bercerai dengan Ikram.  Cikgu Muiz berhasrat menjadikannya sebagai isteri namun jodoh tidak kesampaian bila mana Cikgu Muiz terlibat dalam kemalangan dan meningal dunia.  Muiz Danial iaitu anak Cikgu Muiz menjadi anak angkat Marina kerana sebelum meninggal Cikgu Muiz telah menitipkan anaknya kepada Marina sekiranya apa-apa berlaku kepadanya suatu hari nanti.  Ini kerana Muiz tiada mempunyai sesiapa kecuali Danial dan tahu tiada sesiapa yang akan menjaga Danial sekiranya beliau tiada.  Danial merupakan seorang anak yang cerdik dan pandai mengambil hati.  Marina dan keluarga amat senang dengannya.

Tanpa disangka Danial adalah anak Cikgu Muiz dan Jihan.  Jihan meninggalkan Cikgu Muiz bila beliau terpikat dengan orang lain.  Selama meninggalkan Muiz dan Danial tidak sekalipun Jihan menjenguk anaknya.  Danial enggan mengikuti ibunya namun dipaksa dan diangkat oleh Jihan yang akhirnya di bawa balik ke rumah Jihan.


Marina dan ibunya pindah ke kampung sebelah ayahnya dan terus menetap di sana.  Ikram yang ingin menambat hari Marina telah ke kampung Marina bagi tujuan tersebut.  Tanpa disangka beliau terserempak dengan Jihan di sana kerana Jihan juga telah memulakan bisness di situ dan antara tujuannya juga adalah untuk menjauhkan anaknya dari Marina.    Ikram yang telah mengetahui duduk perkara sebenarnya telah membuat perancangan bersama Danial.  Beliau telah sanggup menjaga Danial sepeninggalan Jihan untuk balik ke Kuala Lumpur.  Ikram ingin membawa Danial berjumpa Marina kerana dia tahu kedua-dua mereka saling merindui.  Jihan pula berasa berbesar hati kerana menyangka Ikram telah mula jatuh hati dengannya.   Selama Jihan di Kuala Lumpur, Danial begitu gembira kerana dapat bersama-sama Mama  Rina.  


Maria berkeras menolak Ikram membutkan Ikram mula putus asa.   Ikram ingin Marina terus bahagia dalam meneruskan kehidupannya dan sememangnya jodoh antara mereka telah tiada.  Ikram yang kecewa telah membawa Danial pulang ke Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama Jihan telah memberitahu keluaragnya bahawa Ikram adalah calon suaminya dan meminta Ikram berjumpa bapanya untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka.  Ikram terpaksa menyetujuinya kerana Jihan mengugut akan membunuh diri jika Ikram enggan berkahwin dengannya.  

Ayah Jihan tidak menyalahkan Ikram bila mengetahui duduk perkara sebenarnya.   Sememangnya beliau begitu arif dengan sikap Jihan yang suka memaksa sama seperti perkahwinannya dengan Muiz dahulu. Namun akhirnya Jihan  benar-benar sedar akan sikapnya dan mula berubah kerana anaknya Danial.  

Marina telah ditunangkan dengan Adam yang telah jatuh hati semasa terlihatkan Marina di kampung.  marian dengan berat hati terpaksa menerimanya kerana tidak mahu melukan hati ibunya.  Namun Adam akhirnya mengambil keputuan memutuskan talipertunangan mereka kerana tahu Marina terpaksa berbuiat demikian.  Ibunay begitu marah namun Adam dengan rnedah hati menyatakan itu adalah keputusan terbaik utnuk mereka.  

Bagi menaikkan kemarahan marina yang telah ingin berbaik-baik dengan Ikram, Jihan telah menunjukkan gambar Ikram memakai pakai dati butik pengantin dan Marina menyangka itu adalah pakaian perkahwinan mereka.  Marina berlari meninggalkan majlis yang dijemput oleh Ikram kerana merasa dirinya tertipu, namun akhirmya dapat dikejar oleh Ikram dan dimaklumkan duduk perkara.  Ikram yang sepetutnya melamar Marina semasa majlis terpaksa membatalkannya kerana salah anggap Marina.

Adam yang pada mulanya hanya menjadi penyelamat hubungan Marina dan Ikram akhirnya jatuh hati kepada Jihan dan mereka akhirnya bertemu jodoh.  Jodoh Ikram dan Marina masih ada dan mereka bernikah semula.  Danial begitu gembira bila mana Mama Rina dan Ikran kembali bersatu.  Beliau telah dapat menerima Jihan sebagai ibunya dan  bila cuti sekolah beliau akan tinggal bersama-sama Mama Rina ya pula.  Marina dan Ikram meneruskan kehidupan bahagia mereka bila mana Marina kemudiannya disahkan hamil dan melahirkan anak kembar.

Rumusan:
kadangkala manusia berhati hitam
sanggup menganiya walau keluarga sendiri
tidak merasa kesakitan insan lain
asalkan sendiri mengecapi apa saja kemahuan diri

Namun kesengsaraan yang dihadiahkan kepada insan-insan teranaiya
pasti suatu hari kan menerima padahnya
kerana TUHAN itu MAHA KAYA
mendengar rintihan umat nya
yang telah sekian lama
tersiksa dek insan-insan durjana

Musim panas pasti berlalu jua
Salju nyaman mengubat duka
setelah jauh perjalanan terpaksa dilalui jua
kebahagiaan akhirnya menyebelahi mereka

Hargailah insan yang menyayangimu sepenuh hati
kerana setelah cinta itu pergi
payah untuk kembali
walau ianya kembali
pasti tidak seperti dulu lagi

Setelah cinta itu pergi
baru akan kita rasai
betapa diri amat merindui
yang dulu tidak pernah kita hargai

Setelah cinta itu pergi
ianya tak akan kembali 
walau dirayu berbagai janji
hati yang pernah parah dilukai
pasti beringat apa yang terjadi
agar pisang tidak berbuah kedua kali

setelah cinta itu pergi
usah kau merayu lagi
telah ternokhtah di dalam diari
di kau bukan milik ku lagi

Wednesday, June 25, 2014


“Nasihat Segar Agar Kita Sedar”
MAAF CAKAP
KITA TIDAK SIBUK TETAPI MENYIBUK
Karya En. Norden Mohamed
Buku dibeli semasa Pesta Buku di Medan MARA pada 16 Mei 2014

Karya mengisahkan isu-isu semasa yang kerap terjadi dipersekitaran kita.  Membahaskan perihal yang menyatakan orang yang sentiasa komplin tak cukup masa selalunya bukannya sibuk,  tetapi menyibuk”.

RUMUSANNYA:
1.    Orang yang suka bercakap lebih dari yang sepatutnya melambangkan seseorang yang gemar  menyukarkan perkara-perkara yang mudah. Ibarat hendak menyuap nasi dengan mengangkat tanan kanan ke belakang tengkuk untuk menyuap ke mulut kiri sedangkan,  amatlah  mudah jika kita terus menyuap nasi dari pinggan terus ke mulut.

2.         Ianya juga sebagai contoh satu pembaziran masa, tenaga dan mungkin juga dari segi kewangan jika ianya berkaitan. Sikap suka menyukarkan yang mudah itulah yang mengheret kita dalam memperlahankan tindakan.   Akibatnya yang mudah jadi bersimpul, yang jernih menjadi keruh.

3.           Kadanga kala kita mahu orang lain berfikiran seperti kita dan merasa marah bila ianya tidak berlaku kerana orang lain tidak boleh menjadi diri kita.  Kebiasaannya perselisihan faham sebegini kerap terjadi     di antara suami isteri, ibubapa serta sesama di tempat kerja.

4.          Double standard merupakan perangai yang tidak kita sedari.  Berasa diri sempurna, baik dan bagus manakala orang lain dianggap sebaliknya.  Kelemahan  persepsi  juga berpunca  dari  kita yang tidak pandai melihat lebih dari satu sudut (“To be in someone else’s shoes”. 

5.           Hanya  melihat dari sudut yang bertentangan kebiasaannya akan menimbulkan salah tanggapan.  Secara peribadi, sikap ini tidaklah memberi masalah besar, namun jika ianya melibatkan kumpulan, mungkin menjadi sebaliknya.   Ditambah pula dengan adanya kepentingan kumpulan, ianya  mungkin akan mengakibatkan berlakunya perdebatan, mengata, mengutuk yang tidak akan berkesudahan.

6.           ANtara gejala yang biasa berlaku di persekitaran kita adalah “Gangguan Psikologi Sindrom Penafian”.  Sindrom penafian yang ekstrem menjadikan seseorang itu kerap berbohong untuk melepaskan diri.

a)    Menafikan kebenaran walaupun ianya benar
b)   Menafikan kebenaran walaupun dia tau apa yang dikataka adalah tidak benar
c)   Mempunyai persepsi tersendiri yang sesuai dengan dirinya dan       menafikan kebenaran.

7.        Kebiasaannya  orang sebegini mempamerkan personaliti yang elok. Namun dalam masa yang sama meletakkan kesemua kesalahan kepada orang lain.  Sekira ianya sebati dalam diri maka, mereka telah terjerumus di dalam dunia pembohongan tegar dan akan hidup di dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar.

8.      Orang sebegini berasakan dia boleh hidup dengan bebohong dan menyangka orang lain sentiasa mempercayainya.  Ini adalah tidak mungkin kerana “You can fool all the people some of the time, and  some  of  the  people  all  the  time,  but you cannot  fool all the people all the time” kata Abraham Lincoln.                                 ,
Beberapa prasa boleh kita lihat..
Antaranya…!!!!
Sila lihat anda di kategori mana….!!!    …J
i)            “small minds talk about people”
ii)           “average minds talk about issues”
iii)         “Big minds talk about ideas”              
Merupakan kata-kata dari Eleanor Roosevelt iaitu isteri kepada Presiden Amerika ke 32 Franklin D.Roosevelt.

9.          Amat malang bagi manusia yang Berminda Kecil ini kerana tipikal mereka hanya melalui rutin yang sama.  Hidup ibarat dalam penjara dan kepompong minda yang boleh dikatakan beku.  Boleh dikenali dengan cara pertuturan yang penuh basa basi yang sudah basi serta mempunyai banyak masa menceritakan hal orang lain. 

10.       Berminda Sederhana  merupakan golongan yang suka bercakap mengenai isu-isu semasa seperti isu nasional, serantau atau antarabangsa.   Merasa keprihatinan mereka jauh  lebih hebat dari mereka yang terlibat.  Mereka simpati dan juga empati namun malangnya kesemua yang mereka saksikan hanyalah melalui TV atau bacaan sambil menggoyang kaki.

11.       Golongan Berminda Besar sukar ditemui kerana tidak ramai yang tampil bercakap mengenai idea.  Hakikatnya golongan sebegini amatlah ramai kerana kitalah orang itu namun, kita tidak sedar kerana fikiran kita telah dikaburi oleh “herd mentality” (mentaliti ikut-ikutan).  Kita menjadi silent majoriti  yang sepatutnya menjadi noisy majority.  Sekiranya kita berani bersuara dan tidak malu bertempat, tentu banyak idea-idea yang boleh kita lahirkan untuk mensejahterakan masyarakat dunia.

12.       Ada ketikanya kita pun dua kali lima seperti orang lain kerana kita tidak sedar akan kelemahan sendiri.   Asyik mencari kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri.  Kerap memandang ke luar tetapi tidak kepada diri sendiri.

13.       Berwacana atau “intellectual discourse” diinspirasikan daripada amalan cendekiawan Islam.  Ianya bukan perdebatan tetapi lebih kepada mencari arah untuk mempertemukan minda.  Dimulai dengan hujah dan beberapa usul dan mencari kebaikan dari hujah-hujah yang dibentangkan.   Perlu ada “ethics of disagreement” iaitu perlu tertib untuk menghormati pendapat yang bertentangan. 

14.   Berwacana perlukan kejujuran serta kesabaran untuk mendengar hujah orang lain.  Perlu bertoleransi dan ada belas kasihan  dalam penyampaian agar tiada yang berasa terhina.  Berhujah untuk membetulkan pandangan dalam bentuk nasihat.  Tiada konsep siapa menang siapa salah dan tiada komunikasi satu arah.   Berwacanalah dan bukan asik bertekak kerana kita akan menjadi sakit jiwa kerana berburuk sangka merupakan sejenis penyakit hati.

Sekian perkongsian saya pada kali ini.
Semoga ianya dapat memberi sedikit pencerahan minda kepada semua rakan taulan.


Friday, May 2, 2014

AKU BUKAN MISTRESS - ACIK LANA


Mya tinggal bersama makciknya setelah kematian kedua ibubapa beliau. Musibah kerap menimpanya bila mana mana beliau kerap diseksa oleh makcik serta sepupu beliau. Insiden paling malang adalah apabila beliau dirogol oleh suami muda makciknya. Lebih malang lagi bila mana Mya pula yang dituduh kerap menggoda suami makciknya.

Mya akhirnya dijual oleh Murad (suami makcinya) bagi melangsaikan hutang-hutang beliaua. Namun akhirnya Mya dibeli oleh Mikal untuk dijadikan perempuan simpanannya.


Walau bagaimanapun Mya berasa amat bersyukur kerana menganggap Mika sebagai penyelamatnya. Jika tidak pasti beliau terus-terusan terpaksa melayan ramai orang di rumah-rumah pelacuran.


Ibu Mika terkejut bila mendapati ada wanita cantik di rumah anaknya. Mika terpaksa berbohong menyatakan Mya adalah pembantu rumah beliau. Walau berat hati untuk mempercyainya namun nasihat tetap diberikan kerana tak manis lelaki dan perempuan bukan muhrim tinggal bersama-sama. Mika akhirnya terpaksa meminta bantuan makcik cleaner di pejabat Adam iaitu kawan baiknya dan mengaku sebagai makcik Adam untuk tinggal sekali dengan mereka.


Adam telah lama ada hati dengan Mya dan kerap mencari peluang merampas Mya dari Mika. Mika pula sememangnya menyukai Mya namun tetap ego untuk menyatakannya. Mika kerap melayan Mya dengan tegas. Beliau juga seorang yang cepat naik angin. Namun Mya tetap dengan sikapnya tidak pernah mahu mengambil hati akan sikap Mika.


Secara diam-diam kedua-dua mereka sememangnya saling menyintai. Namun Mya dengan rasa rendah diri yang merasakan beliau tidak layak bersama-sama Mika manakala Mika pula mempunyai alasannya yang tersendiri.


Mya dirogol pula oleh Adam pada suatu malam iaitu ketika Mika dihantar balik dalam keadaan mabuk. Adam mengambil kesempatan memaksa Mya dan akhirnya mengasari Mya bilamana Mya berkeras menolaknya. Mika begitu marah dan akan membunuh siapa yang punya angkara bila tahu Mya dirogol lebih-lebih lagi bila melihat keadaan tubuh badan Mya yang lebam-lebam dan bengkak berdarah dimulutnya. Namun Mya tetap berdiam diri enggan menyatakan siapa pelakunya kerana pasti Mika tidak akan mempercayai kata-katanya.


Suzanna iaitu sepupu Mika sememangnya seorang wanita yang terlalu social dan beloiau dan Mika pernah terlanjur kerana masing-masing punyai kehidupan bebas sebelum ini. Suzanne kerap mengejar Mika dan masih menyinyai Muika namun Mika tidak sedetik puna da hati dengan Suanne. Suzanne telah ker rumah Mika dan amat terkejut bila mana Mya ada di situ dan menguggut Mya adar berkongsi Mika bersama dengannya kerana jika tidak rahsia mereka berdua akan diberitahu kepada Datin Adiba iaituibu Mika.


Mya amat tertekan namun Mika tetap dengan keputusannya menolak Suzanne dan mahu Mya tetap tinggal bersamanya. Mya dan Mika masing-masing suka merajuk bila mana ada yang tidak kena antara mereka. Semuanya adalah kerana sifat cemburu mereka secara diam-diam.


Mya telah keluar dari rumah Mika kerana diserang oleh ibu Mika dan juga Suzanne. Dalam masa yang sama juga kerana sikap cemburu Mika yang tidak mempercayai bahawa beliau tiada apa-apa hubungan dengan Syamil yang iaitu jejaka sekampungnya yang mana mereka dulu adalah pasangan kekasih.


Syamil yang telah menjadi tunangan Farhan iaitu rakan sekampung Mya. Farhan tinggal berhampiran rumah Mya di kampong dan hanya keluarga Farhan yang memahaminya dan Mya lebih selesa ke rumah Farhan biladinkampong. Syamil masikh menyintai Mya terus mengejar Mya denga apa cara sekalipun untuk mendapatkan semula.


Syamil telah ke rumah Mya/Mika semasa ingin mengambil Farhan pulang ke kampong. Mika yang kebetulan balik pada petang itu begiut marah bila tahu bahagian makanannya telah diberikan kepada Syamil. Lebih-lebih lagi bila tahu Syambiltelah berada di rumah mereka sejak tengaharri lagi hingga kepetang. Mika menyerang Mya dan menyatakan Mya macam-macam hingakan Mya merajuk ddan larin kerumah aNadya iaitu satu-satunya rakan baik yang beliuau ada di KL ini.


Setelah mengetahui cerita sebenar Mya dari Frahan, Mika telah memujuk Mya kembali dan terpaksa memohon bantuan pegawai dari pejabat agama agar menangkap basah beliau kerana Mya enggan berkahwin segera dengannya. Mika terdesak mengahwini Mya segera kerana Syamil telah menebus tanah makciknya yang tergadai di kampung dan sebagai balasan Mya perlu berkahwin dengan beliau. Berita ini diketahui Mika dari Farhan.


Walau berat hati Mya akhirnya menikah juga dengan Mika. Mya sebenarnya inginkan Mika mendapatkan restu dari keluaragnya terlebih dahulu. Namun keadaan terdesak memaksa mereka akhirnya menika juga. Mika mengajak Mya berbulan madu keluar Negara dan berjumpa Kak Longnya. Ya keberatan namun akhirnya bersetuju. Muzifa berasa gembira melihat perubahan Mika dan tahu Mya merupakan pilihan adiknya yang tepat kerana dapat dilihat Mika seolah-olah telah lupa akan luka pahit beliau di masa lalu.


Mika pernah terluka bilamana Lisa kekasihnya akhirnya berkahwin dengan papanya sendiri dan sekaligus menjadi ibu tirinya. Ini membuatkan Kak Longnya lari ke Australia kerana merajuk manakala Mika dan ibunya pula terus-terusan memusuhi bapanya. Namun Lisa tetap tidak berputus asa untuk menyatukan keluarga itu kembali kerana suaminya kerap sakit-sakit teruatamnay bila mengingatkan keluarganya. Lisa tetap berusaha walau beliau dimaki dan teruk dimarahi oleh Mika.


Datin Adiba dan Suzanne menyerang Mya dirumahnya dan Suzanne seccara kasar telah menolk Mya hingga terjatuh. Mya yang mengandung ketika itu telah mengalami pendarahan. Mika yang kebetulan sampai di rumah terus menjerit kuat dan mamarahi Suzanne. Perbalahan hebat terjadi di antara mereka dan Datin Adiba begitu kecewa dengan sikap Mika kerana menyangka anak yang dikandung Mya adalah anak di luar nikah.


Dalam masa yang sama juga Mika mengetahui bahawa Mya telah diperkosa oleh Adam iaitu sahabat baiknya sendiri. Sejak dari itu mereka berputus sahabat. Mika berasa lega bila Suzanne akhirnya kembali ke luar negara dan tinggal dan pastinya tidak akan menganggunya lagi.


Datuk Luthfi dan Lisa ke rumah Mika bagi menyelesaikan masalah mereka dan berhasrat mengambil anak yang bakal dilahirkan oleh Mya sebagai anak angkat bila mana mengetahui Mika berkeras mempertahankan kandungan Mya. Ianya bertujuan untuk menjaga nama keluarga. Namun bila mengetahui hubungan sebenar Mika dan Mya akhirnya mereka dapat menerima Mya bila melihat cara Mya melayan Mika yang baran dan cepat naik angin dengan begitu sabar. Pada pandangan mereka Mya merupakan seorang wanita yang baik dan memang sesuai untuk Mika.


Dengan usaha Mya dan Lisa akirnya Mika dan papanya dapat berbaik-baik semula. Papanya begitu teruja untuk menyambut cucu sulung mereka. Sehingga tak henti-henti membeli kepeluan baby dan tinggal sama di rumah Mika sementara menunggu kelahiran baby mereka.


Mereka dikurniakan anak kembar iaitu baby lelaki dan perempuan. Mimi iaitu adik bungsu Mika begitu teruja ingin melihat anak buahnya dan secara berat hati Datin Adina terpaksa menurut. Namun dengan kehadiran baby berkenaan membuatkan hati tuanya menjadi terpujuk dan dapat menerima Mya. Akhirnya cita-cita Mya dan Lisa untuk menyatukan kesemua keluarga suami mereka akhirnya Bbrjaya. Kak Longnya juga yang merajuk bertahun-tahun akhirnya balik juga ke tanah air kerana teruja ingin melihat anak saudaranya


Thursday, December 26, 2013

LUV U MR. ARROGANT


Zarra terpaksa bertunang dengan Irham kerana beliau tidak mampu membayar hutang yang dijanjikannya dan dua minggu selepas bertunang mereka bernikah.

Irham lebih rela bertunang dengan Zarra daripada bersama Sherry yang menjadi pilihan mamanya.  Beliau tidak menyenangi Sherry namun terpaksa melayannya kerana keluarga beliau banyak bergantung kepada keluarga Sherry atas urusan business.

Mama Irham serta kakaknya amat tidak menyukai Zarra kerana menganggap Zarra kolot dan juga kampung serta tidak setaraf dengan mereka. Zarra kerap berendam airmata atas sikap ibu mertua dan kakak iparnya namun  tidak pernah mau mengadu dan berkata benar denga Irham apa yang telah mereka lakukan terhadapnya di belakang Irham dan juga bapak mertuanya.

Di pejabat Zarra digilai oleh  seorang programmer yang benar2 menyintainya.   Zarra hanya melayan beliau hanya sebagai teman sepejabat sahaja.  Beliau juga berdendam dengan Zarra bila mana melihat Zarra mesra dengan Hardy iaitu sepupu Irham yang sepejabat dengan Zarra kerana menyangkakan Zarra curang dibelakang suaminya dan senggup melayani lelaki lain.

Suatu hari beliau telah menunggu Zarra di tangga kecemasan dan menggugut  sehinggakan Zarra terjatuh dari tangga.  Beliau kemudian terus menghilangkan diri dan terus tidak datang bekerja kerana ketakutan menggangap beliau telah membunuh Zarra. 

Irham menyelidiki sendiri punca Zarra terjatuh dari tangga dan beliau ke rumah ............ bagi memberi amaran tidak lagi mengganggu Zarra lagi.

Nasib Zarra bertambah malang bila mana ibu mertuanya tidak memberinya makan semasa beliau sakit.  Akhirnya Irham yang bersimpati dengan Zarra membawa beliau pulang ke kampung untuk berurut agar kakinya cepat sembuh.   Sementara Zarra di kampung, Sherry mengambil peluang menggoda Irham namun tetap tidak dilayan.  

Atas rasa tanggungjawab agar Irham tidak menjadi anak derhaka, Zarra mengizinkan Irham berkahwin dengan Sherry agar ibu mertuanya tidak membencinya.. 

Namun malang bagi Zarra bila Sherry menolak beliau jatuh ke dalam kolam semasa majlis pertunangan antara Sherry dan Irham.

Semasa akan diadakan majlis pernikahan, bapa Irham telah mendapat khabar dari doktor peribadi keluarga mereka bahawa sebenarnya bahawa isteri beliau hanya berpura-pura sakit dan mahu Irham mengikut cakapnya agar berkahwin dengan Sherry.  

Bapa Irham telah mencadangkan agar Irham lari bersama Zarra.   Akibat dari kejadian tersebut Sherry begitu marah dan telah menolak ibu Irham hingga terjatuh dan mengakibatkan ibu Irham mendapat strok.

Zarra dengan rendah hati telah bersetuju menjaga ibu Irham namun ibu Irham tetap dengan sikap bencinya terhadap Zarra.  Zarra akhirnya terpaksa berjanji sekiranya ibu Irham boleh berjalan semula beliau akan keluar dari trumah tersebut dan meninggalkan Irham dan mengizinkan Irham berkahwin dengan Sherry.

Namun akhirnya ibu Irham mendapat tahu sikap Sherry yang sebenarnya dan akhirmya beliau menyesal.  Zarra dipanggil semula pulang ke rumah bila mana  ibu mertuanya sakit kerana rindukan Zarra.  Zarra dan Irham akhirnya dapat hidup bersama dan bahagia manakala Sherry dipenjara kerana dituduh menjadi pengedar dadah Ini disebabkan kekasihnya yang amat berdendam dengan beliau  yang bersikap sombong dan bongkak .  Beliau menerangkap Sherry dengan meletakkan stok dadah di dalam butik Sherry yang akhirnya mengakibatkan Sherry meringkuk dalam penjara.