Tuesday, January 26, 2016

SHA DAN SHAH - SHA IBRAHIM



Sha dan Shah berkawan sejak berumur 5 tahun lagi.   Persahabatan mereka masuk tahun ke 22 semasa mereka berkahwin.


Ibu Shah memaksa beliau berkahwin dengan Sha. Sekiranya beliau menolak, beliau akan dikahwinkan dengan anak sahabat baiknya yang sedang belajar di Mesir. Manakala di pihak Sha pula tiada syarat diberikan oleh keluarganya sekiranya Sha enggan berkahwin dengan Shah.


Ibu Shah berbuat demikian kerana Shah sentiasa berganti teman wanita dan kerap gossip-gossip liar terpampang di dada-dada akhbar dan majalah-majalah. Shah terkenal kerana beliau adalah seorang anak muda yang berjaya dan amat dikagumi.  Sha dan Shah juga telah  lali dengan perangai masing-masing dan mudah bagi mereka menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.   



Shah mengajak Sha berkahwin kerana tidak bersetuju berkahwin dengan gadis yang  tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya.   Jalan yang paling selamat ialah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri. 

Awalnya Sha menentang kemahuan Shah dan menganggap keputusan Shah tidak masuk akal. Namun atas rasa simpati terhadap sahabat baiknya, Sha akhirnya bersetuju.   Dalam masa yang sama Shah juga tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Lama-kelamaan mereka menjadi semakin menyayangi antara satu sama lain.  Sha pandai memujuk Shah dan tau apa yang Shah suka dan tidak.  Masing-masing akan berasa kosong sekiranya mereka tidak dapat bersama.  Walau kerap terjadi pertelingkahan, namun masing-masing pandai memujuk antara satu sama lain.

Sha bekerja dengan company ayah Cik Atilia.  Atilia sedaya mungkin ingin menggoda Shah kerana tau Shah adalah seorang yang berjaya dan lagi beliau tau Shah banyak harta. Sha yang awalnya buat tidak kisah namun lama kelamaan setelah perasaan sayang dan cinta ada dalam dirinya, Sha mula rasa cemburu.

Begitu juga dengan Shah, bila mana sahabat Atilia iaitu Iskandar mula ingin rapat dan ingin mendapatkan Sha kerana padanya Sha adalah seorang wanita yang sangat istimewa yang payah nak dicari pada masa ini.  Awalnya Iskandar ingin mendapatkan Sha kerana Shah adalah seterunya sejak dari zaman kolej lagi.  Iskandar kerap kalah di tangan Shah bila mana kesemua teman wanitanya akan lebih memilih Shah daripadanya.


Sha akhirnya berhenti dari Syarikat ayah Atilia dan bekerja dengan Sha bila mana beliau telah tahu bahawa company ayah Atilia banyak bermain kotor dna berusaha ingin mendapatka kerjasama dengan syarikat Shah walaupun beliau tahu syarikat ayah Atiolia bermasalah dan hampir bengkrap.  

Atilia semakin berdendam dengan Sha dan terus-terusan menggoda Shah.  Shah sedaya upaya menjauhkan dirinya dari Atilia kerana Atilia terlalu obses terhadap dirinya dan akan berusaha untuk mendapatkan Shah walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa membunuh.

Iskandar yang mula sedar bahawa beliau tidak akan berjaya mendapatkan Sha dan tahu bahawa cinta mereka terlalu dalam untuk dipisahkan.  Beliau mengambil langkah memberitahu Sha dan Shah akan rancangan Atilia namun kedua-dua mereka seakan tidak mempercayainya.  Namun akhirnya Shah mengambil juga pengawal peribadi untuk menjaga Sha kerana beliau bimbang akan keselamatannya.

Perselisihan  faham makin kerap terjadi di antara Sha dan Shah yang akhirnya membuatkan Sha terlalu berkecil hati dengan Shah.  Shah yang memberikan sebahagian dari sahamnya kepada Sha kemudiannya mengungkit bahawa Sha ingin melawannya kerana saham Sha lebih banyak daripadanya di dalam syarikat mereka membuatkan Sha semakin tawar hati untuk bekerja dengan Shah.  Sha akhirnya mengambil kepurtusan berhenti kerja dan memulangkan saham berkenaan kepada Shah semula.


Shah mula mengelabah bila mana Sha enggan melayannya dan menarik muka hapir dua minggu.  beluan tahu kesemuanya adalah kesilapan dari dirinya yang tidak tahu mengawal perasaan.  beliau mencampur adukkan kerja dan juga hal rumahtangga dan mengabaikan Shah.  

Atilia kerap menggugut Sha dengan memberikannya bunga tulips dan juga membuat panggilan ugutan.  Akhirnya dstu hari Atilia dapat lepas masuk ke dalam rumah Sha dan mengacukan pisau kepadanya.  Sha cuba bertenang dan melayan Atilia sebaik mungkin kerana beliau tau bila-bila masa sahaja pisau yang ada ditangan Atilia akan tertusuk kepadanya jika beliau salah membuat perhitungan. Ini kerana Atilia ingin Sha dan anaknya mati kerana beliau sangka Shah akan memilihnya sekiraya Sha mati.  Shah yang sedang demam teruk ketika tu itu terdengar suara bising-bising di ruang tamu rumahnya dan terkejut bila mengetahu Alitia mengancam nyawa isteri dan anaknya. Shah  membuat reverse psikologi bagi menarik perhatian Atilia namun akhirnya Shah tertikam juga oleh Atilia. 

Semasa Sha ingin melahirkan, Shah yang masih belum benar-benar pulih tetap ingin bersama-sama Sha semasa proses kelahiran kerana beliau telah berjanji dengan Sha. Sha akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan selepas itu Shah terus pengsan kerana masih belum benar-benar pulih.

Atilia dimasukkan ke pusat rawatan pesakit jiwa dan Shah dan Sha akhirnya happy bersama anak mereka dan kini bakal menimang cahaya mata kedua.


Mariatie pula iaitu sahabat baik Sha berkahwin dengan Syed Adif iaitu sahabat baik Shah yang sama-sama belajar di luar negara dahulu.  Walau pada awalnya Shah menentang perhubungan mereka, namun akhirnya setelah mengenali hati budi Atie, Shah bersyukur kerana mereka sememangnya pasangan yang benar-benar ideal dan mereka juga kini telah mempunyai seramai 3 orang cahayamata.

Monday, January 25, 2016

KOPI O TANPA GULA - ABD JALIL ALI



 SEPAHIT-PAHIT KOPI, 
KALAU DICAMPUR PATI TONGKAT ALI 
ADA JUGA NIKMATNYA

Buku nukilan Dato' Abd Jalil Ali yang memaparkan pelbagai rencah kehidupan seharian. Setiap hari akan ada saja pelbagai cerita kehidupan.  Pahit, manis, masam, kelat dan sebagainya.  Dato’ Abd Jalil Ali merupakan seorang wartawan. Banyak hasil tulisannya adalah melalui fakta.  Kesemuanya adalah realiti dan bukannya fantasi.   Diperolehi dari sidang media, temuramah dan penyelidikan, kesemunya menjadi bahan tulisan yang amat menarik untuk dibaca. 


Juga memaparkan kisah kehidupannya sendiri serta rakan-rakan. Banyak kisah-kisah lucu dan kadang kala sepele kata orang jawa iaitu yang remeh temeh boleh menjadi punca pergaduhan besar bagi pasangan.   

Antara yang dipaparkan seperti masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah kerja dan sebagainya yang boleh kita jadikan contoh tauladan.   Kisah sehari-hari perjalanan kehidupan kita di pentas dunia yang boleh dijadikan iktibar dan panduan serta pedoman. Kekuatan diri sendiri membolehkan kita mengatasi segala permasalahan diri.  

Kadangkala pada kita ianya dianggap remah namun tidak pada individu lain. Justru kita tidka boleh memandang enteng sesuatu perkara itu walaupun pada kita ianya adalah sekadar perkara kecil.Tradisi serta adat juga perlu diambil kira. Walau kadangkala ianya kadangkala seakan tidak perlu kita ikuti, namun ada kalanya menurut itu adalah lebih baik kejadiannya asal kan tidak melanggar hukum agama.

Banyak kisah-kisah yang boleh buatkan kita tersenyum dan tertawa bila membacanya, dan sememangnya layak tajuk buku ini dengan isi kandungannya. Begitu menarik minat siapa sahaja yang membaca hasil nukilan Dato' Abdul Jalil Ali ini dan sememangnya tidak rugi jika membeli dan menghayatinya.



Monday, January 18, 2016

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA - NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA


BUKU DIBELI PADA 29 OKTOBER 2014 
semasa forum di pejabat saya sempena
 program Forum 10 Saat Pelukan Keluarga @ LPPKN

Indahnya hidup tanpa derita mengumpulkan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarakat hari ini. Namun watak-watak di dalam buku ini telah diubah suai bagi menjaga maruah dan kebajikan bersama.

Ia juga memaparkan kisah-kisah kehidupan berumahtangga yang mengalami berbagai-bagai badai seperti tabah bersuamikan kaki pukul isteri, suami si penagih dadah, isteri lari dari rumah dan ego suami. Melayari kehidupan berumah tangga adalah ibarat satu penerokaan kawasan baru tanpa peta yang jelas bagi mereka yang jahil mengenai ilmu rumah tangga. Justeru, tidak hairanlah ramai pasangan baru dan juga pasangan lama menghadapi konflik rumah tangga. Pergeseran dalam rumah tangga yang membawa kepada suasana keluarga yang tidak kondusif untuk mencari  keredhaan Allah SWT, akan merugikan banyak pihak . Kebahagiaan rumah tangga adalah asas penting dalam mencari mardhatillah.

Setiap masalah yang kita hadapi dalam rumah tangga atau situasi yang lain, adalah berpunca daripada tiga faktor: iaitu hati yang tidak murni, pemikiran yang negatif dan tindakan yang silap. Justeru, setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kitalah yang perlu menyelesaikannya.

Falsafah buku ini lebih kepada pendekatan “responsive” berbanding pendekatan “reaktif” Setiap individu yang bermasalah diajak untuk bertindak sebaik mungkin dalam konteks kekangan yang ada dan tidak menuding jari untuk mencari kesalahan orang lain. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, malah mengeruhkan keadaan. Petua, nasihat dan perbincangan yang diutarakan dalam buku ini mendorong kita untuk mencuci hati, memurnikan pola pemikiran dan mencantikkan amalan berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Pembaca buku ini akan dapat mengambil iktibar daripada isu yang dipaparkan untuk menghisab diri dan mencuplik nasihat untuk pembaikan diri yang berterusan. Bagi yang berdepan dengan pelbagai masalah perlulah bersabar.  Kesabaran anda meningkat setiap kali anda dihina dan dikeji. Kekuatan dan ketabahan hati anda semakin teguh. Setiap masa anda dapat pahala percuma daripada Allah selagi anda bersabar dan mencuba membaiki keadaan.

Tidak ramai yang menyedari bahawa stres sebenarnya adalah momentum ke arah kejayaan yang lebih besar jika berjaya ditangani dengan bijak. Kadang-kadang disebabkan oleh stres kita akan menjadi lebih teliti dengan tugasan, semakin cepat bertindak dan bertungkus-lumus menyiapkan tugasan serta semakin sempurna dalam pengurusan diri dan tanggungjawab tertentu. Dengan stres itu  kita dapat belajar menguasai masalah dan berjuang untuk menjadilebih baik dari sehari ke sehari.  Setiap  tekanan yang duhadapi  adalah ’teguran halus’  dan ’ sedekah’ daripada Allah untuk menambahkan pahala. Itu juga petanda Allah amat sayangkan kita

Semoga sedikit sebanyak nasihat di dalam buku ini memberi kekuatan kepada pembaca untuk bangkit daripada segala putus harap, lemah semangat, mati jiwa, buta mata dan cetek fikiran. Sesungguhnya apa yang kita tempuh di muka bumi adalah pembersih dosa untuk membuatkan kita lebih sabar, redha dan tambah bersyukur. Juga untuk mengajar kita bertindak lebih bijak dari sehari ke sehari.

Yakinlah, Allah ingin memberi kita syurga, kerana itu Dia menguji iman kita


Mungkin ramai dari kita, sama seperti saya, yang mentafsirkan dugaan sebagai satu bebanan yang turun pada jiwa, sesuatu yang membuatkan kita sedih dan rasa berat memikul suatu perasaan. Namun kita sebenarnya lupa, dugaan yang sebesar-besarnya adalah apabila kita diuji dengan tidak dapat melaksanakan ketaatan padanya.


Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh setiap mereka yang ingin berumah tangga, ibu bapa dan mentua, guru-guru, pendakwah, perunding motivasi, kaunselor dan mereka yang ingin menambah ilmu atau mencari perspektif segar dalam menangani isu rumah tangga.


Buku ini turut dilengkapi dengan pakej nasihat dan tip-tip keagamaan dan psikologi untuk dijadikan rujukan dan panduan kehidupan. Banyak perkara menarik dikongsikan di dalam buku ini kerana kisah yang dipaparkan kadang-kadang merupakan kisah ekstrem yang tidak terjangkau dengan akal fikiran.


Semoga kita sama-sama menjadi kekasih Allah serta meningkatkan ilmu untuk memperbaiki amal kita setiap hari. Jika kita bercinta dengan Allah, tidak mungkin hidup kita sengsara bahkan kitalah yang paling bahagia di dunia dan di akhirat. Maka teruslah bercinta dengan Allah. Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap.


Penulis juga ingin mengajak  dan mengingatkan kita sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya sehinggalah roh sampai di kerongkong.

Tuesday, January 12, 2016

TUAN ANAS MIKAEL - SYAMNURIEZMIL


BUKU DIBELI PADA 26 OKT 2015

Cik Ayu Maisara (CAM) bekerja di rumah Tuan Anas Mikael (TAM) apabila pada satu hari Ayu berkeras tidak membenarkan ibunya pergi bekerja kerana tidak sihat.  Akibat kecuaian sendiri, yang menyebabkan TAM jatuh tergelincir,  CAM telah dipaksa oleh TAM bekerja dengannya.  

CAM seorang graduan akaun dari UiTM terpaksa  menerima tawaran TAM menjadi tukang cuci selepas diugut akan memberhentikan Cik Su iaitu ibunya sekiranya beliau enggan menuruti kehendaknya.   Kisahnya  bermula bila CAM menggantikan tempat Cik Su (ibu CAM), melakukan tugasan mengemas di rumah TAM. Ibunya telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan namun keadaan rumah yang begitu besar menyebabkan CAM tersilap percaturan dan tersalah mop tangga sehingga menyebabkan TAM tergelincir jatuh.

Tugasan CAM bermula dari jam 4.00 pagi sehingga beliau dperlukan.  Tugasnya bukan setakat mengemas, beliau juga perlu belajar memasak, memandu, dipaksa beriadah, bersolek, menghias diri, dibawa ke pejabat dan menghadiri mesyuarat dengan alasan mahu menjadikan beliau seorang yang sempurna di mata TAM.  

CAM dipaksa belajar masak dengan Chef terkenal untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengahai, minum petang dan malam untuk TAM mengikut jadual pemakanan yang disediakan oleh TAM.  CAM yang sentiasa yakin diri dapat menuruti kehendak TAM belajar segalanya dalam masa yang singkat.  Mereka juga mempunyai password iaitu jikalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok

Semasa mesyuarat yang CAM dipaksa hadir sama oleh TAM, cadangan CAM telah diterima.  Kini CAM memegang jawatan  sebagai Projek Manager untuk projek di Krabi. Baru kini CAM faham kenapa TAM mengerahkan beliau mempelajari segalanya dalam masa yang singkat.  Kekuatan mental dan pengetahuan yang dipelajari bertujuan untuk membolehkan beliau mengurus hotel yang mempunyai 300 staff serta tahan akan tekanan tugas serta tahu segala masakan dan apa juga keperluan yang perlu ada di hotel.

Tuan Akhiruddin dan bondanya tidak bersetuju TAM melantik CAM mengendalikan projek di Krabi yang sepatutnya disandang oleh Safra Ariana cucu Tun Akhiruddin yang juga mrupakan bisnes partner Tuan Anas. Namun TAM tetap tegas dan menyatakan idea dari projek itu adalah dari CAM dan bukan Safra.  Sikap Safra juga tidak menunjukkan yang beliau berminat untuk bekerja membuatkan TAM memilih Ayu sebagai Projek Manager. TAM juga tahu projek pertamanya akan lingkup sekiranya Safra yang mengendalikannya.


Setelah dijaga dengan baik akhirnya TAM jatuh cinta pada CAM.  Hampir setiap masa TAM menghubundi CAM di Krabi.  Ibu CAM pernah berpesan agar beliau tidak jatuh cinta pada TAM kerana tidak mahu peristiwa lama berulang seperti mana ayah dan ibunya. CAM bersetuju berlakon menjadi girlfriend TAM bagi mengelak TAM dari berkahwin dengan Safra. Namun bila tiba masa memperkenalkan CAM sebagai girlfriend, lain pula jadinya bila TAM memperkenalkan Raisya Putri (Peguam Syarikat ) sebagai girlfriend beliau. 

Ayu Maisarah Ayman (CAM), adalah anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang keluarga dan menyebabkan mereka terpaksa berkahwin lari.  Bapa CAM terpaksa meninggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Pertemuan CAM dan TAM membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula adalah cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra adalah anak kepada Dato Azhar, iaitu anak angkat Tun Akhiruddin yang juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman iaitu ayah CAM.

Mengikut akhbar, ayah CAM meninggal dibunuh perompak. Namun hakikatnya, Dato Azharlah yang membunuhnya kerana rasa cemburu yang melampau.  Pada pandangan Dato Azhar, beliau hanya dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudahpun mempunyai pilihan lain. 

CAM cuba menggagalkan perkahwinan TAM dengan Safra.  Beliau telah merancang sesuatu namuni dihalang oleh TAM.   Setelah mengetahui siapa CAM yang sebenarnya iaitu cucu tunggal  kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin,  nyawa CAM kini adalah dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman..

Kedegilan CAM menonjolkan diri di depan Tun Amina telah merosakkan plan TAM. Dato Azhar terkejut bila CAM berani menonjolkan diri dan memaksa agar CAM menyerahkan Yayasan Ayman kepada beliau.  CAM hanya akan menyerahkan Yayasan tersebut kepada Dato Azhar dengan bersyarat iaitu meminta Dato' Azhar membatalkan perkahwinan di antara TAM dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dan dalam masa yang sama  telah merancang agar CAM dicolek dan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.   Dengan Bantuan TAM, CAM, Cik Su dan Tun Amina selamat 
manakala Dato Azhar telah ditembak mati. 

Sejak CAM menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina,  tanpa disedar TAM selalu mengikut pergerakan CAM kerana risaukan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar, hidup CAM dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah tetapi kini mereka tinggal di rumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. 


Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh TAM. TAM kemudian menghilangkan diri tanpa berita sehinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu agar mereka diketemukan kembali. 


Sebenarnya mummy TAM tak kisah siapa bakal menantunya kerana yang penting baginya adalah kebahagiaan TAM. Mummy TAM memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. CAM gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang. 

Tuesday, November 3, 2015

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA - ACIK LANA

DIBELI PADA 24 OKT 2014
SETEBAL 947 MUKASURAT

Melina seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa.  Merupakan anak orang berada dan suka berpoya-poya serta sering ponteng kuliah. Sikapnya telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya lebih-lebih lagi Melina telah pandai curi-curi keluar malam. 

Ayahnya Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman  membantu beliau mengawasi Melina. Lukman merupakan anak kepada kawan baik ayah Melina.  Buat masa ini Lukman membantu ayahnya menguasahakan ladang di kampung sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik agar beliau dapat membantu keluarganya.  


Awalnya Lukman amat terkejut bila Datuk Zakri menawarkan jawatan hanya sebagai pemandu dan pengawal peribadi kepada  Melina sedangkan beliau berkelulusan dari luar negara.  Namun setelah dijelaskan tujuan sebenar akhirnya Lukman bersetuju.  Setiap hari akan berlaku pertengkaran  di antara Melina dan Lukman dan cara hidup dan latar belakang mereka boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. 


Lukman yang sememangnya mempunyai paras yang boleh membuatkan gadis2 cair pada awalnya diingatkan teman lelaki baru Melina oleh rakan-rakannya.  Mereka sibuk menyuruh Melina memperkenalkan Lukman kepada mereka,

Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafasterakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman agar anak-anak mereka disatukan.   Atas dasar wasiat juga mereka akhirnya disatukan dalam satu ikatan yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. 


Hari ke hari, perasaan benci yang selama ini menguasai hati masing-masing bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah bahagia dikecapi, tanpa diduga badai mendatang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang mereka. 

SARA KIRANA - RAMLAH RASHID

buku dibeli pada 21/11/2012

Maisara merupakan anak angkat keluarga Zulfakar dan Zahrin. Ibu mereka mengambil Sara kerana kematian adik perempuan mereka bilamana Sara dijual oleh ibu tirinya dan ibu mereka membelinya memandangkan Sara seakan menyerupai anak gadisnya, maka ibu mereka telah mengambinya sebagai anak angkat.

Secara diam-daim Zahrin dan Sara sebenarnya saling menyukai antara satu sama lain. Memandangkan Zahrin masih belajar, maka ibu mereka telah menjodohkan Zulfakar dengan Sara.

Nak habiskan sebuah buku, baru nak tengok saya?” Zulfakar akhirnya merentap keasyikan Maisarah.

Maisarah tersentak, serta merta bangun lalu meletak novel yang dibacanya di atas meja kecil di sisi kerusi. Berkali-kali dia mengesat air mata yang masih berbaki di lopak matanya.

“Bila abang balik?”

“Mana nak sedar, kalau asyik sangat dengan buku cerita?” Zulfakar berdengus kasar, bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur.


“Maaflah, Sarah tak sengaja. Pagi tadi, abang kata, abang tak balik makan.” Maisarah menurut dari belakang, gayanya seperti benar-benar ketakuan.

“Habis? Tak masaklah? Awak nak saya makan buku cerita? Ingat saya lipas?” suara tidak menengking tetapi cukup menakutkan Maisarah.

“Dah, Sara dah masak. Cuma belum berhidang. Abang duduk dulu, Sara panaskan lauk.” Dia sudah menarik sebuah kerusi makan untuk Zulfakar duduk menunggu.

Zulfakar mengerling, Maisarah tergesa-gesa menghidupkan api dapur untuk memanaskan lauk-pauk. Nasi di dalam periuk nasi elektrik masih suam, hanya disendukkan ke dalam mangkuk dan diletakkannya di atas meja. Ikan yang sudah sedia digaram kunyitkan sejak pagi tadi, dicelup ke dalam kuali berminyak yang sudah dipanaskan. Zulfakar masih merakamkan pemandangan itu. Sesekali dia senyum sendiri apabila membandingkan isterinya dengan pelakun Osyin, sebuah drama Jepun yang ditayangkan di televisyen Malaysia satu masa dahulu.

Sama macam perempuan dari negara Jepun, kalut, setia melulu. Desis hati kecilnya selalu. Jeritan Maisarah yang terkena percikan minyak panas yang merembes keluar dari kuali menggoreng ikan, merentap lamunan Zulfakar.

Dia bingkas dari duduk lalu berkejar menghampiri Maisarah yang sedang membersihkan mukanya di sinki.“Kenapa?” suaranya tidak kasar, lebih kepada bimbang.


Maisarah diam, masih sibuk membasuh muka dengan air paip.Zulfakar berang apabila pertanyaannya tidak diperdulikan. Dia menarik bahu Maisarah untuk ditegakkan, kasar. Dia mahu melihat apa yang dialami isterinya.

“Kenapa?” suara meninggi, marah.“Kena percik minyak.” Rungut Maisarah perlahan, manja, namun ketakutan. Matanya masih belum boleh dibuka kerana tempat percikan begitu hampir dengan mata kirinya.

“Kena kat mana?” Zulfakar sibuk menggosok-gosok muka Maisarah untuk memastikan tempat percikan. Kelopak mata ditarik dengan dua jari untuk mengesan sama ada percikan itu mengena dalam mata.

“Kat sini.” Maisarah menunjuk di bawah matanya yang sudah memberi kesan berwarna merah dan sedikit membengkak.

“Hah! Hangus!” Maisarah kecuh apabila tiba-tiba teringat pada ikan yang digorengnya. Zulfakar ditolak kasar ke belakang, dia tergesa-gesa mengecilkan api dan membalikkan ikan dengan sudip bertangkai pendek. Air dari tangannya, menitis ke dalam minyak di dalam kuali. Minyak panas itu sekali lagi memercik, Zulfakar yang masih berdiri di belakangnya pantas menarik Maisarah, menjauh dari dapur. Dia memeluk Maisarah dalam beberapa saat sebelum dilepaskan apabila mendapati minyak panas sudah berhenti memercik.

“Inilah akibatnya bila kerja kelam kabut!” tegas Zulfakar meninggalkan dapur. Dia sudah benar-benar marah.

CINTAKU HANYA KAMU - JULIA JAZMINE



Chairil Aizad jatuh cinta dengan Ann pada pandangan pertama.  Asalnya Ann tidak melayan dan memberi peluang, namun usaha tanpa jemu Chairil membuatkan Ann juga akhirnya menyenangi Chairil.  Namun Ann yang masih belajar menolak untuk berkahwin awal begitu juga ajakan Chairil membawanya ke London menemui keluarganya juga ditolak oleh Ann.

Intan Suria memulakan tugas sebagai eksekutif di Syarikat Chairil Aizad selepas menjalani temuduga.  Ditanya pandangannya mengenai syarikat berkenaan,  Intan menyatakan kekagumannya dengan kemajuan syarikat anak muda tersebut.   Idea dan sumbangan Intan di syarikat  amat memberangsangkan.  Dengan adanya Intan syarikat semakin bertambah maju.  Sharina Hazlifa yang menjadi setiausaha setiausaha Chairil pula adalah merupakan rakan baik Intan.


Nasrun, Chairil dan Fahmi merupakan sabahat baik.  Fahmi telah berkahwin dengan Khaleeda manakala Nasrun pula adalah merupakan seorang yang kaki perempuan. Intan mempunyai seorang adik tiri iaitu Sheila.  Sheila tidak menyukai Intan dan kerap menyakiti hatinya, namun Intan tetap buat tidak endah akan sikap Sheila.  Sheila juga merupakan kenalan kepada Nasrun dan Chairil.   Sheila menggangap Nasrun kekasihnya walaupun Nasrun  hanya mengangapnya sebagai kawan biasa sebaliknya Nasrun menyukai Intan.


Ann kekasih Chairil telah mendapat kemalangan dan koma . Fikirannya runsing memikirkan hubungannya dengan Chairil. Keluarganya tidak pernah menyalahkan Chairil atas takdir yang menimpa anaknya.  Chairil akhirnya telah dipaksa kahwin dengan Intan bila mana keluarganya menyenangi Intan. Namun cinta Chairil yang menebal terhadap Ann membuatkan dia seakan memusuhi Intan.  Intan begitu tersiksa, namun dek kerana cintanya terhadap Chairl dia terpaksa memendamkan sahaja segala kedinginan Chairil dan berharap agar satu hari nanti Chairil akan berubah.


Bekas kekasih Intan iaitu Shahrizan kerap juga mengganggu Intan, namun tidak dilayannya. Shahrizan akhirnya mengambil keputusan dengan mengahwini gadis lain bila merasakan tiada lagi harapannya terhadap Intan.   Shahrizan dan isteri telah menjemput Intan dan suami makan malam bersama sebagai meraikan persahabatan mereka.  Namun sikap Chairil yang dingin adalah tidak memungkinkan Intan membawanya bersama.  Malang bagi Intan bila mana pada pertemuan berkenaan, isteri Shahrizan juga tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat.  



Chairil yang ternampak akan Intan bersama bekas kekasihnya telah naik berang dan menampar Intan setelah beliau sampai ke rumah dan memperkosa Intan kerana terlalu marah. Intan begitu kecewa dan akhirnya kesabarannya pupus.  Intan mengambil keputusan untuk berpisah dan berhenti kerja.


Intan ke Scotland mengunjungi Sheila yang melanjutkan pelajaran di sana. Chairil setelah mengetahui cerita sebenar berasa menyesal dan mencari Intan.   Nasrun mengetahui di mana Intan namun dek janjinya dengan Sheila dia hanya mendiamkan sahaja.  Lebih-lebih lagi bilamana mengetahui Intan telah mengandung  serasa Nasrun ingin menyampaikan berita tersebut kepada Chairil.


Ann akhirnya pulih dan keluarganya melarang beliau untuk rapat kembali dengan Chairil kerana beliau telah berkahwin. Pada awalnya Ann tidak dapat menerima hakikat, namun akhirnya beliau pasrah.  Akhirnya Ann berkahwin dengan Sulaiman iaitu abang kepada sahabatnya juga.