Thursday, March 18, 2010

EPISOD CINTA BELUM BERAKHIR - HABIBAH RAHMAT

Zacky dan Intan bertemu secara tidak sengaja dan akhirnya mereka bercinta.  Keluarga Zacry iaitu ibu Zacky iaitu Datin Ramlah yang mementingkan kedudukan dan darjat tidak merestui perhubungan beliau kerana Intan adalah anak yatim piatu dan hanya orang biasa.

Walau bagaimanapun beliau terpaksa mengalah dengan kehendak Zacky untuk bertunang dengan Intan dengan syarat anaknya menurut kehendaknya belajar di luar negara.  Zacky terpaksa menurut kerana ibunya telah menurut kehendaknya memilih Intan...

Setiap dua minggu sekali warkah dari acky pasti sampai ke tangan Intan yang mana Zacky melampirkan surat tersebut bersama2 surat kepada ibunya dan Intan perlu mengambil surat tersebut di rumah Ibu Zacky..  Ibu Zakcy melayan Intan dengan baik dan mengaburi mata Intan dan menyangkakan hubungan mereka memang direstui.

Setalah hampir satu setenagn tahun tiba2 satu hari Ibu Zacky berkunjung ke rumah Intan  dengan membawa warkah terakhir dari Zacky dan meminta Intan bersabar di mata di dalamnya menaytakan bahawa Zacky telah beralih arah dan beliau memohon maaf di atas perbuatan anaknya.  Kekecewaan Intan menyebabkan beliau begitu mreana dan hampir2 membunuh diri. 

Hari Zacky kembali ke tanah air dia mengharapkan Intan menjemputnya bersama keluarga beliau tetapi hampa.  Zacky dapat bertemu Intan akhirnya namun Intan begitu kecewa dengan apa yang telah terjadi... setelah beberapa ketika dan akhirnya persoalan akhirnya terjawab bahawa yang mereka cerita Zacky telah mempunyai kekasih lain adalah ibu Zacky sendiri dan sepupu beliau Roshatika yang mana sememangnya ibu Zacky ingin menjodohkan mereka berdua.

Kekecewaan juga melanda Zakcy hingga dia kerap mabuk2 dan koma akibat kemalangan.  Melihatkan keadaan anaknya yang sebegitu Datin Ramlah insaf dan akhirnya sanggup menerima Intan daripada dia terus kehilangan Zacky di dunia ini.

PRIMADONA - ABD TALIB HASSAN

Mengisahkan Salman seorang ahli korporat yang berjaya.   Kerap pergi berburu bersama teman2 namun pada suatu hari Salman bersendirian.  

Telah diperingatkan bahawa beliau tidak boleh meniup bangsi untuk memanggil kijang kerana yang datang nanti bukannya kijang yang sebenarnya.. namun setelah beberapa lama dan hilang kesabaran Salman maka bangsi ditiup dan datanglah kijang.. Akhirnya tumbanglah seekor kijang di tangan Salman.

Monday, December 14, 2009

TERLANJUR CINTA



Novel ini juga dibeli pada 8 Nov 2009
mempunyai 2 buah cerita dalam 1 novel

Cerita 1 karya Siti Rozilah

Cerita 2 karya Umaira Dzul Widad

Wednesday, December 9, 2009

DENGAN NAMA CINTA & NUR KASIH

DENGAN NAMA CINTA & NUR KASIH
2 buah cerita dalam 1 novel
Penulis - Bikash Nur Idris
Terbitan - Fajar Pakeer


Novel Cinta
Aku tak pernah membaca novel dari penulis ini...namun jalan ceritanya amat menarik.
ada 2 cerita dalam buku ini


Ringkasan:
Dengan Nama Cinta
1.   Hampair 10 tahun Sirna setia pada Ridzwan. Anak Katua Kampung Dang Setia.  Akhirnya Ridzwan meninggalkan beliau kerana menyatakan Sirna telah tua dan tak layak untuknya sedangkan seawalnya Rodzwan yang terkejar2 kan Sirna semasa di bangku persekolahan.  Ridzwan berkahwin dengan kawan seuniversitinya.


Semasa majlis perkahwinan Suria adik Sirna, Ridzwan datang bersama isterinya... sangkaan Sirna dia telah kuat untuk berdepan dengan Ridzwan.. tetapi rupa2nya dia terpaksa lari membawa diri ke kebun di belakang rumahnya kerana merasakan terlalu sakit hati kerana dipermainkan oleh Ridzwan.


Semasa di belakang rumah tanpa Sirna sedari Hasif iaitu abang kepada suami Suria berada di sana..veliau melihat apa yang terjadi pada Sirna... beliau mendekati Sirna.. walau belum pernah bersua.. namun cerita2 siapa Hasif begitu juga sebaliknya siapa Sirna telah diketahui oleh Hasif.  Walau baru pertama kali bersua.. namun telah ada persesuaian di antara mereka..


kisah selanjutnya...sila dapatkan buku ini.


Ringkasan
NUR KASIH
Aryanie ternoda dengan Shamrin yang berlagak baik di dapan keluarganya yang mengakibatkan Aryanie yang telah mempunyai kekasih iaitu Fairul terpaksa malarikan diri.. Adik Aryani iaitu Arin ingin membalas dendam di atas musibah yang berlaku terhadap kakaknya, namun akhirnya beliau sendiri terjebak dengan lakonan yang dia sendiri lakonkan.  Kesudahannya mereka keliru kerana tidakmengetahui bahawa Fairul dan Nizar adalah kembar..
cerita selanjutnya, sila baca buku ini