Wednesday, February 22, 2012

SAYAP-SAYAP CINTA - AHADIAT AKASHAH

BUKU DIBELI PADA 20/1/2012

Melati dan Ridzuan saling menyintai dan mereka telah dikurniakan dgn cahayamata kembar yang comel2.   Namun kebahagiaan yang mereka kecapi tiba2 musah bina mana Shazwan tiba2 muncul.

Melati merupakan teman baik Hazirah.  Suatu malam Melati menemani Hazirah menghadiri parti dan kemudiannya mereka dihantar pulang oleh Shazwan.  Sebelum pulang Shazwan singgah di rumahnya dan mengajak Hazirah & Melati sama.   Sementara Shazwan menukar pakaian, Hazirah mengupas buah jambu dan disirami dengan asam boi.  Mereka berdua yang sememangnya menyukai buah berkenaan telah memakannya dan tanpa mereka sedari Shazwan telahpun meletakkan ubat tidur di asamboi berkenaan yang menyebabkan mereka tidak sedarkan diri.

Shazwan telah memperkosa Hazirah dan kemudiannya mengambil gambar Melati dengan berbagai gaya yang menghairahkan, namun Melati bernasib baik kerana Shazwan belum memperkosa beliau.  Akibat dari kejadian tersebut Shazwan telah dipenjara selama 10 tahun dengan sebatan sebanyak 6 kali kerana memperkosa gadis di bawah umur. 

Suatu hari tanpa diduga Syazwan telah ke rumah Melati kerana dipanggil utnuk membetulkan aircon yang rosak.  Melati tidak mengecam Syazwan, namun Syazwan telah mengatur perancangan untuk membalas dendam terhadap Melati yang telah menyebabkan beliau di penjara.  

Pada malam yang malang tersebut Syazwan telah datang ke rumah Melati untuk berjumpa dengan Duan dengan menunjukajn gambar2 bogel Melati dan menyatakan bahawa mereka telah berzina..  Duan begitu marah dan akhirnya mereka bercerai kerana menggangap Melati tidak jujur dengannya.

Melati begitu kecewa dan dengan sikap Duan dan selepas bercerai Shazwan mengahwini Melati.   Melati yang merasakan dirinya tidak berguna lagi terus menerima lamaran Shazwan, walau hanya jasadnya yang Shazwan dapat namun Melati akur dengan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Hazwan.

Allah maha berkuasa,  kejahatan Shazwan dibalas dengan penyakit yang amat berata untuk Shazwan hadapi.   Beliau mengalami kesekitan perut yang amat sangat dan akan terjerit2 sekuat hati pabila ingin membuang air besar.   Melati juga kehabisan wang kkerana tidka bekerja dan terpaksa menanggung Hazwan, namun ibubapa Melati merupakan ibubapa yang amat penyayang dan mereka telah memberikan belanja setiap bulan kepada Melati agar dapat meringatkans sedikit bebanan Melati.   Walau jumpa tersebut memang jauh dari mencukupi namun Melati tidak pernah meminta lebih dari apa yang keluarganya hulurkan kepadanya.

Shazwan akhirnya meninggal kerana penyakit yang telah tidak tertanggungnya olehnyaa.   Selepas kematian Shazwan, Melati bertemu kembali dengan Hazirah yang mana pada masa itu telah pun berkahwin...Suami Hazirah begitu terkejut pabila mendengar kisah Melati dan beliau merasa bertanggungjawab ke atas diri Melati kerana beliaulah yang telah membenarkan Hazwan memggunakan studionya untuk Shazwan mencuci gambar2 bogel Melati. 

Suami Hazirah telah berjumpa Duan dan mencerita kisah sebenarnya dan sebenarnya Shazwan tidak sempat memperkosan Melati kerana beliau telah tertangkap terlebih dahulu oleh polis pada masa tersebut.  Gambar2 bogel yang ditunjukkan kepada Duan adalah sebagai kunci untuk beliau meruntuhkan rumahtangga Melati dan Duan.   Duan begitu menyesali perbuatannya yang tanpa berpikir panjang, namun disebabkan kasih antara mereka masih utuh, maka akhirnya Melati dan Duan berbalik semula sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.

BIARKAN AKU MENANGIS - NORHAYATI BERAHIM

BUKU DIBELI PADA 22/2/2012

YANG TERINDAH - ANIS AYUNI

BUKU DIBELI PADA 22/2/2012

BUKAN CINTA BIASA - IZZUL IZZATI

DIBELI PADA 20/1/2012

CINTA TAK BERALIAH - HEZZY AZRA

DIBELI PADA 20/1/2012

Monday, January 9, 2012

SETIAP JUMAAT - NORHAYATI BERAHIM

Buku ini aku beli pada tanggal 26/9/2011

Mengisahkan Ku Pian yang telah 3 kali gagal dan percintaan kerana beliau merasakan ayahnya yang memusnahkan perhubungannya.  Hakikatnya ayahnya ingin jodoh yang terbaik untuk anaknya...

Jasmin merupakan seorang anak yang baik..Ibunya bekerja sebagai pencuci kain di rumah orang dan ayahnya bertugas sebagai pembaca meter dan malamnya bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Jasmin berazam untuk memperbaiki kehidupan keluarga mereka dan selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Jasmin telah menyambung pelajarannya ke Jepun..  Semasa di sana ayahnay meninggal dan setahun selepas itu ibunya berkahwin lain.

Jasmin amat marah dengan ibunya dan berkecil hati dan kerap menuduh ibunya dengan berbagai tuduhan dan enggan pulang ke tanah air...selepas tamat belajar Jasmin hanya balik sekejap sahaja dan kemudian bekerja sebagai pemandu pelancong di Jepun akibat dari merajuk hati kerana mengangapp ibunya tidak lagi menyayangki bapanya dan tidak sabar2 untuk berkahwin lain dan Jasmin lebih marah bila ibunay berkahwin denganorang bujang yang 5 tahun lebih muda darinyaa...

CINTA SYAZA - ROSNANI SHAHADAM

Syaza berperawakan tomboy dan berkawan baik dengan Daniel dan Najwan. Daniel merupakan rakan setugasnya manakala Najwan ada peguam di syarikat Syaza bekerja.  Nmaun dalam diam Daniel menaruh harapan pada Syaza walau tidak diluahkan, manakala Najwan yg sememangnya kaki perempuan tidak memandang Syaza sebagai istimewa.

Arif anak kepada pemilik syarikat Sayza bekerja.  Pertama kali melihat Syaza Arif telah jatuh hati, namun Syaza tidak melayannya walau Ariff tetap cuba sedaya mungkin.

Kejadian malang pabila ibu Syaza berkeras hendak menjodohkan Syaza dan sekiranya Syaza mempunyai calon sendiri ibunya meminta membawa calon yang Syaza pilih kepada keluarganya.

Setelah sepakatan dibuat makan Syazwan bersetuju menjadi kekasih olok2 bagi Syaza, dan malang mengundang bila mana mereka tertangkap basah dan benar2 terpaksa menikah.  Dari sahabat baik Syaza dan Syazwan menjadi musuh ketat pabila mereka dipaksa menikah.  Keluarga Syazwan juga tidak menyukai Syaza yang berperwatakan seperti tomboy dan menghina Syaza dan keluarganya.

Masa berlalu dan Syaza meletakkan jawatan akibat dari kejadian tersebut. Beberapa bulan Syaza duduk di kampung dan kemudiannya beliau bangkit semula dengan imej dan juga tugasan baru sebagai Pegawai Perhubungan Awam, di Hotel Impiana KL.

Setelah 4 bulan bertugas di sana Syaza telah melangkahkan kaki ke pejabat lamanya bagi mengunjungi teman2 lamanya.  Syaza juga mengambil kesempatan berjumpa dengan Puan Maznah.  Daniel juga telah berhenti kerja selepas 6 bulan Syaza berhenti akibata dari kekecewaan kerana dalam diam Daniel sebenarnay menyintai Syaza walau mereka berlainan agama. Ariff pula melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menyebabkan Pn Maznah terpaksa mengambil alih tugas2 beliau semula. 

Puan Maznah begitu terkejut tatkala berjumpa Syaza dan sememangnya beliau tidak mengenalinya jika Syaza tidak mengenalkan dirinya... Najwan yang kebetulan berada di dalam bilik Puan Maznah juga terkejut besar bila mana mengetahui yang berada di hadapannya masa itu adalah isterinya yang tidak ingin diambil tahu keadaanyaaa.. Namun perubahan Syaza yang cantik dan ayu dan tiada lagi kemeja, slack, cermin mata dan rambut dipotong pendek telah menyebabkan Syaza menjadi seorang yang begitu feminin dan begitu mempesonakan Najwan.  

Semasa ingin pulang Syaza terpaksa menyerahkan kad namanya kepada Puan Maznah dan secara tak langsung beliau terpaksa juga menyerahkan satu kad kepada Najwan. 

Satu hari Najwan ke hotel tempat Syaza bekerja.  Syaza yang terlihatkan Najwan buat2 tak pandang Najwan dan membuatkan hati Najwan sakit..  lebih2 lagi bila melihat Syaza begitu mesra dengan lelaki yang diajak berbual di lobby hotel yang tanpa Najwan sedari bahawa lelaki tersebut adalah merupakan abang tiri Syaza. Pertengkaran berlaku di antara mereka dan akhirnya Najwan menyedari kesilapan dirinya yang mana Syaza tetap berpegang kepada wasiat yang Najwan dan Najwan juga telah menggantungnya tak bertali selama ini.

Suatu hari Ibu Najwan mempunyai aktiviti di hotel Syaza dan tanpa menduga bahawa wanita yang sedang dalam eksajkitan itu adalah ibu mertuanya maka Syaza telah membantu beliau.  Setelah mengetahui itu adalah ibu mertuanya Syaza tetap memberikan pertolongan dengan menghantar wanita itu balik ke rumah.  Ibu mertuanya tidak mengenali Syaza yang telah berubah kini..

Setibanya di rumah Najwan, Najwan terkejut bilamana nampak Syaza yang menghantar ibunya dan terus memegang Syaza dan kejadian ini menyebabkan ibunya tambah terkejut.  Lebih terkejut lagi bila mengetahui wanita angun itu adalah Syaza iaitu menantu yang tidak diingininya suatu masa dahulu.

Syaza yang menyintai Najwa akhirnya kembali semua dan majlis persandingan mereka ingin diadakan namun jodoh tidak menyebelahi mereka bila mana Najwan mengalami kemalangan dan meninggal.   Semasa Syaza berjalan2 di tepi pantai beliau bertemu semula dnegan danial yang kini telah memeluk agama Islam, dan akhirnay daniel dapat mengahwini Syawa wanita yang paling dicintai.