Wednesday, April 7, 2010

CEMBURU SEORANG PEREMPUAN- SITI HAZNEZA ABDUL HAMID

Zikrillah & Dhiya berkawan rapat sejak mereka di darjah 4 lagi.  Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikrillah tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada.  Keluarag Zikrillah berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan keakrapan mereka.

Zikrillah berkahwin dengan Emilia kerana saling menyintai.  Dari hari pertama perkahwinan,  Emilia telah menunjukan tidak suka akan keakrapan suaminya bersama Dhiya.  Kerana keakrapan ini juga yang sering menjadi perbalahan di antara mereka.

Emilia telah disahkan mengandung,  namun atas sesuatu sebab kandungannya tidak dapat diselamatkan.  Seterusnya Emilai juga disahkan tidak lagi boleh mengandung.   Bagi membuktikan persahabatan mereka yang ikhlas Emi telah meminta Dhiya mengandungkan anak dari benih mereka.   Zikri dan Dhia menikah setelah mendapat persetujuan diperolehi Emi,  bagi emmbolehkan Dhia mengandungkan anak mereka.  Dhiya akhirnya mengandungkan apabila telah disuntik sperma Zikri dan Emi utnuk disenyawakan ke dalam rahimnya.  Atas naluri ingin menolong & juga kerana sayangkan Zikri,   Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak2 mereka.   4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya.  Walau Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak eprnah sekalipin mengadakan hubungan suami isteri.

Keikhlasan Dhiya & Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emi dan suami.  Cemburu Emi yang terlampau hingga sanggup memusnahkan hidup Dhiya yang akhirnya beliau lumpuh di kedua belah kakinya.   Tangannya juga kudung dan mukanya cacat.   Kerana insiden itu juga menyebabkan Emi meninggal kerana beliau turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhia dari hidup Zikri.   

Atas kepakaran masakini, tangan Dhiya dapat disambung semula.   Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda.  Anak2  Zikri bersama Emi kesemuanya sayang akan Dhiya kerana pandai mengambil hati mereka.  

Dhiya akhirnya melahirkan 2 org anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emi.   Walaupun beliau cacat,  namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri memang tidak dapat dibalas  sampai bila-bila.  Biarlah org lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.




1 comment:

  1. salam sis.. ada lg x novel cemburu seorang perempuan ni.. sis nk jual x 🙈🙈 klau xnk jual nk pnjm pun tkpee.. terigin sngt nk baca 🙈🙈

    ReplyDelete