Thursday, March 18, 2010

EPISOD CINTA BELUM BERAKHIR - HABIBAH RAHMAT

Zacky dan Intan bertemu secara tidak sengaja dan akhirnya mereka bercinta.  Keluarga Zacry iaitu ibu Zacky iaitu Datin Ramlah yang mementingkan kedudukan dan darjat tidak merestui perhubungan beliau kerana Intan adalah anak yatim piatu dan hanya orang biasa.

Walau bagaimanapun beliau terpaksa mengalah dengan kehendak Zacky untuk bertunang dengan Intan dengan syarat anaknya menurut kehendaknya belajar di luar negara.  Zacky terpaksa menurut kerana ibunya telah menurut kehendaknya memilih Intan...

Setiap dua minggu sekali warkah dari acky pasti sampai ke tangan Intan yang mana Zacky melampirkan surat tersebut bersama2 surat kepada ibunya dan Intan perlu mengambil surat tersebut di rumah Ibu Zacky..  Ibu Zakcy melayan Intan dengan baik dan mengaburi mata Intan dan menyangkakan hubungan mereka memang direstui.

Setalah hampir satu setenagn tahun tiba2 satu hari Ibu Zacky berkunjung ke rumah Intan  dengan membawa warkah terakhir dari Zacky dan meminta Intan bersabar di mata di dalamnya menaytakan bahawa Zacky telah beralih arah dan beliau memohon maaf di atas perbuatan anaknya.  Kekecewaan Intan menyebabkan beliau begitu mreana dan hampir2 membunuh diri. 

Hari Zacky kembali ke tanah air dia mengharapkan Intan menjemputnya bersama keluarga beliau tetapi hampa.  Zacky dapat bertemu Intan akhirnya namun Intan begitu kecewa dengan apa yang telah terjadi... setelah beberapa ketika dan akhirnya persoalan akhirnya terjawab bahawa yang mereka cerita Zacky telah mempunyai kekasih lain adalah ibu Zacky sendiri dan sepupu beliau Roshatika yang mana sememangnya ibu Zacky ingin menjodohkan mereka berdua.

Kekecewaan juga melanda Zakcy hingga dia kerap mabuk2 dan koma akibat kemalangan.  Melihatkan keadaan anaknya yang sebegitu Datin Ramlah insaf dan akhirnya sanggup menerima Intan daripada dia terus kehilangan Zacky di dunia ini.

PRIMADONA - ABD TALIB HASSAN

Mengisahkan Salman seorang ahli korporat yang berjaya.   Kerap pergi berburu bersama teman2 namun pada suatu hari Salman bersendirian.  

Telah diperingatkan bahawa beliau tidak boleh meniup bangsi untuk memanggil kijang kerana yang datang nanti bukannya kijang yang sebenarnya.. namun setelah beberapa lama dan hilang kesabaran Salman maka bangsi ditiup dan datanglah kijang.. Akhirnya tumbanglah seekor kijang di tangan Salman.