Wednesday, July 18, 2012

doktor cinta - dyadila

buku dipinjam dari library LPPKN

Pertemuan pertama Mazliana dan Tengku Iskandar bila mana secara tak sengaja kaki Tengku Iskandar terseliuh  akibat bermain bola sepak.  Azlin kakak Mazliana mempunyai klinik sendiri dan bilamana Mazliana enggan mengikuti Azlin keluar makan maka Mazliana ditinggalkan sebenatar duduk di bilik Azlin.   Sempat Maz beranggan2 menjadi doktor dengan memakai uniform doktor Azlin dan duduk di kerusi Azlin.  Secara tidak disangka2, Tengku Iskandar dan Zikri merempuh masuk tanpa menegtahui Mazliana bukanlah doktor yang sebenarnya.  Mereka ke sana kerana kaki Tengku Iskandar terseliuh kerana sememangnya Is tidak pernah  bermain bola sepak.

Sekali lagi mereka terserempak ialah semasa Maz ke pejabat Syamin dengan menyamar sebagai orang tua (ibu Syamin) dengan tujuan untuk mengenakan Syamin.  Tengku Iskandar dan Zikri yang kebetulan melalui tempat perjumpaan mereka tidak mengenali Maz, namun Maz yang perasan akan mereka terus gelabah bila mengetahui 2 orang yang dikelentongnya tempohari berada di depannya.

Syamin iaitu  rakan baik Maz sebenarnya adalah merupakan setiausaha kepada Tengku Iskandar.  Semua staff tau perangai Tengu Iskandar yang keras kepala dan tidak mesra dengan staffnya.    Is menjadi begitu akibat dari kecewa cinta dengan Julia Hana iaitu seorang modal popular.

Tengku Iskandar  seterusnya juga merasa tertekan bilamana diminta oleh bondanya untuk memperkenalkan teman wanitanya.  Jika  tidak beliau akan dijodohkan dengan Tasha.  Setelah berbincnagn dengan Zikri, mereka telah memilih Mazlina untk berlakun sebagai teman wanita Is.  Ini kerana telah 2 kali mereka terserempak dengan Maz yang sedang berlakun.  Walau pada mulanya Tengku Iskandar membantah, namun akhirnya bersetuju kerana tiada jalan lain.

Mazlina walau agak kasar dan selalu bercakap ikut sedap mulut sahaja namun bila berhadapan dengan keluarga Tengku Iskandar, beliau pandai membawa diri.  Beliau amat disenangi oleh keluarga Tengku Iskandar berbanding dengan Tasha yang manja dan terlalu sosial.  Tengku Iskandar sememangnya tidak mau mendekati perempaun setelah kecewa akibat perkahwinan tak jadinya dengan Julia Hana yang lebih mementingkan glamor.

Maz memusuhi Johan (tunangan kakaknya Azlin) sejak dari zaman kuliah lagi yang mana Johan adalah pensyarahnya.  Lebih2 lagi bilamana Maz terserempak dengan Johan yang sedang mesra bersama seorang perempuan menyebabkan Maz bertambah2 benci dan menggangap Johan tidak jujur dengan kakaknya.

Maz terpaksa bertunang dengan Iskandar bagi mengaburi mata keluarga berkenaan lakonan mereka. Sebenarnya telah dibuat surat perjanjian bahawa peruhubungan mereka ini ada tempoh masanya.   Dari sehari ke sehari keluarga Tengku Iskandar tambah menyenangi Maz.  Lebih2 lagi pabila keluarga Tengku Iskandar melihat beliau telah boleh tersenyum dan tidak muram seperti selalu akibat kecewa cinta.   Semasa keluarag Maz menunaikan fardhu haji Maz telah diajak duduk bersama mereka.   Walau berasa berat hati namun Maz tiada alasan untuk membantah bila mana kedua2 keluarga mereka telah bersetuju.

Tengku Iskandar juga sebenarnya suka dengan cara Maz yang bersahaja dan suka bertikam lidahnya..ada saja yang hendak digaduhkan bila mereka bersama..namun sikap mereka akan berubah bila dihadapan kelurga Tengku Iskandar.  

Tasha yang mulanya memusuhi Maz akhirnya menjadi sahabat Maz bila mana Maz telah menyelamatkan dirinya dari diperkosa  dan seterusnya sedikit sebanyak memberi nasihat kepada Tasha.   Julia Hana pula yang dikecewakan oleh kekasihnya telah kembali mencari Tengku Iskandar.  Tengku Iskandar merasa teruja tanpa mengetahui agenda sebenar di sebalik kepulangan Julia Hana kepangkuannya.  Terjadilah perebutan antara Hana dan Tasha terhadap Is.   Maz sebagai tunangannya walau sedikit geram namun tetap berpegang pada perjanjian mereka dan pergaduhan antara Hana dan Tasha cuba dileraikan.  Is memandang Maz menyelesaikan masalah kedua wanita tersebut dan Is tetap menyebelahi Hana kerana dibutakan oleh cinta.  Tasha akhirnya mengalah kerana merasakan Maz sebagai tunangan Is lebih berhak terhadap diri Is dan cuba menyingkirkan Hana dari hidup Is.

Ibu Tasha tetapi ingin membalas dendam dnegan Maz kerana menggangap Maz punca anaknya tidak dapat bersama Tengku Iskandar.  Beliau bersekongkol bersama Liyana iaitu adik Johan yang berdendam dengan Maz dengan cerita lama kerana menyangka Maz ada affair dengan kekasihnya sedangkan Maz hanya berkawan rapat sahaja dengan kekasih Liyana.  Akhirnya Maz tertangkap basah dengan.   Rentetan dari  peristiwa itu keluarga Maz amat  kecewa dan tanpa diduga ibubapanya  pula meninggal akibat kemalangan.

Mazlina begitu tertekan dan selepas keluarga Tengku iskandar mengetahui kisah mereka yang sebenarnya maka Maz telah menamatkan lakonan mereka.  Maz telah membawa diri keluar negara utk tinggal bersama kakaknya Mazlinda.   Beberapa tahun beliau di sana dan Tengku Iskandar akhirnya mengaku bahawa beliau juga menyukai/merindui Maz lebih2 lagi bila mengetahui Hana hanya mempermainknya.  Is mengetahui kesilapannya yang banyak terhadap Maz, dan Maz yang berasa sakit hari masih belum sembuh sepenuhnya kelukaan dihatinya.  Di luar negara Maz tinggal di rumah sewa Hadi iaitu  seornag pelukis yang amat dikenali.  Pertama kali Maz berjumpa Hadi adalah di galeri di KL dan tidak menyangka kakaknya menjadi jiran Hadi di luar negara dan duduk pula di rumah sewa Hadi di sana.  Hadi menceriakan sedikit diri Maz, dan kepulangan Maz  ke Malaysia memyebabkan Mak Long dan Pak Long serta keluarga mendesak  Maz mengahwini Hadi kerana sememangnya Hadi juga menyintai Maz.  

Maz kerapa menerima jambangan bunga bersama nota2 cinta dari doktor cinta, namun tidak mengetahui siapa empunya diri.  Dari luar negara sampai balik ke Malaysia beliau terus menerima bunga tersebut.  Tarikh perkahwinan Maz dan Hadi kian hampir, namun tidak nampak Maz gembira dengan majlis tersebut.  Hadi sedar akan hal tersebut.  Walau puas dikorek Maz tetap menyatakan kegembiraannya walau semua orang tahun situasi sebenarnya.   Akhirnya kasih Maz dan Tengku Iskandar bersatu semula bila Hadi sanggup berkorban untuk insan yang dicintainyaa.  Manakala Hadi pula memilih Syamin untuk menjadi teman hidupnya.  Syamin betul2 gembira kerana beliau adalah peminat setia Hadi nombor 1.  Dan Maz juga tau bahawa doktor cinta yang kerap menghantar jambangan bunga dan nota2 cinta itu adalah dari Tengku Iskandar sendiri.

Monday, July 9, 2012

HATI BILA CINTA - LYNN ALLYNA

Buku dipinjam dari library LPPKN

Fazreen atau Fenn kematian suami selepas beberapa jam mereka bernikah.   Kesetiaan Fenn membuatkan beliau sukar mencari ganti lebih2 lagi akibat cintanya yang kuat kepada arwah.   Keluarga arwah tetap baik dan menyayanginya walau arwah telah tiada.

Ikram atau DZ pula anti wanita bilamana beliau pernah dilukai oleh Sarah, walau puas dipujuk oleh ibunya utnuk berkahwin, namun DZ masih tetap belum mencari pengganti kerana hatinay tidak terbuka.

Suatu hari ditakdirkan ibu DZ bertemu Fenn di rumah ibu mertuanya.   Beliau amat berkenan deegan Fenn lebih2 lagi bila mengetahui sejarah diri Fenn.  Beliau berhasrat menjadikan Fenn menantunya namun ditolak oleh DZ.  Tanpa disangka pada suatu hari ibu DZ telah meminang Fenn dan apabila Fenn menolaknya serta merta ibu DZ terkejt dan dimasukkan ke hiospital

Fenn yang merasa bersalah telah mengagahkan diri melawat ibu DZ di hospital, namun DZ yang begitu marah bila mengetahui ibunya pengsan kerana Fenn telah memarahi Fenn.   Fenn yang merasa kurang selesa di waktu telah memohon untuk pulang.   Ibu DZ telah menerangkan perkara sebenarnay yang mana sebenarnay beliu melamar Fenn tanpa pengertahuan Fenn dan bukan salah Fenn sebenarnya pabila menolak lamaran tersebut.   DZ merasa bersalah pada Fenn dan ibunya memaksa DZ berjumpa sendiri dengan Fenn dan memohon maaf.

DZ dan Fenn walau dengan berat hati namun mereka terpaksa juga berjumpa.   Mereka ini ibata anjing dnegan kucing, akan sentiasa bercakaran bila berjumpa..namun lama kelamaan walau layanan di antara mereka agak kasar, namun mereka akan merasa kehilangan bila satu hari tidka berhubungan.

Secara diam2 DZ dan Fenn mengakui yang mereka menyenangi satu sama lain.   Pada suatu hari secara tidak sengaja Fenn telah terlanggar kereta DZ.  DZ telah mengambil kesempatan untuk Fenn menjadi kekasihnya selama 90 hari.  Jika Fenn enggarn maka Fenn terpaksa membayar gantirugi kerosakan keretanya dan DZ akan membuat report kepada polis.

Akhirnya Fenn bersetuju dengan perjanjian tersebut dan bermulalah era Fenn perlu keluar lunch setiap hari bersama DZ dan DZ melayannya dengan baik.  Walau ianya hanya merupakan perjanjian di dalam kontrak yang dibuat secara verbal, namun dari sehari ke sehari DZ maupun Fenn semakin menyenangi satu sama lain walau tujuan utama DZ adalah hanya untuk ibunay emrasa yang dia telah meminta maaf dari Fenn akibat perbuatannya emnuduh Fenn yang menyebabkan ibunya sakit.

Dalam waktu yang sama, angah iaitu abang kepadan arwah suami Fenn telah ditugaskan mengajar di Universiti yang sama dengan Fenn.  Awalnya mereka berkawan biasa dan ibu Fenn amat terkejut bila mana Fenn membawa angah pulang ke kampung dan mengetahui angah adalah abang kepada arwah suaminya yang tidak pernah mereka temui kerana beliau menuntut di luar negara dan tidak ada semasa majlis perkahwinan Fenn.  Wajah mereka hampir serupa  serta sikap ambil berat angah kepadanya membuatkan Fenn menyenanginya, namun Fenn hanya menganggap perhubungan mereka adalah sebagai adik dan abang sahaja.  Namun angah yang dah mula menyukai Fenn telah meluahkan hasratnya kepada ibunya namun ibunya menolak hasratnya kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.  Walau beliau menyayangi Fenn namun sebaik2nay beliau mahu angah mencari pasangan lain kerana setiap kali dia melihat Fenn dia akan mengingati arwah suami Fenn.

Pada hari perkahwinan Fenn, Sarah turut hadir sama.   Beliau adalah merupakan teman baru Fenn.   Fenn mengenali Sarah bila mana Fenn pergi bercuti dan bersendirian melamunkan nasib diri.   Sarah datang kepadanya dan memberikan nasihat yang amat berguna kepada Fenn agar tidak melakukan kesilapan sepertinya.  Sarah hadir pada majlis mereka sebenarnya adalah bekas teman wanita DZ.  Namun DZ cuba merahsiakannya dan sememangnya beliau terkejut dari mana Fenn mengenali Sarah.  Fenn yang mendapat tahu keadaan sebenarnya merasa marah dan ingin mendapatkan kepastian.   Namun akhirnya beliau tahu bahawa DZ memang telah tidak menyimpan hati pada Sarah dan Sarah juga yang pernah menyakiti DZ begitu menyesalinya, dan sememangnya beliau tidak ingin menganggu kehidupan DZ dan Fenn.  Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah keluar negara apabila kes perceraiannya dengan suaminya selesai.



Sunday, July 1, 2012

MURNI KASIH - NORHAHATI BERAHIM


GETARAN RINDU - NORZAILINA NORDIN


MENITI KASIH - NORZAILINA NORDIN


ARJUNA HATI - NORZAILINA NORDIN


CUMA DIA - NORZAILINA NORDIN


TERLANJUR CINTA - SITI ROZILAH/UMAIRA DZUL WIDAD


SEJUJUR HATIMU - UMI AZRINI

pinjam from library LPPKN

Fahrin mempunyai kekasih hati, namun kekasihnya lebih mementingkan kerjayanya dari hubungan mereka.  Fahrin begitu kecewa dan bertekad mencari kebahagiaannya sendiri.

Reen merupakan sepupu Fahrin dan keluarga mereka ingin menyatukan mereka.  Namun mereka sememangnya tidak pernah sefahaman.


Iqbal kekasih Reen.  Ibu, ayah serta keluarga Iqbal  juga menyenangi Reen.   Reen pernah ke rumah keluarga Iqbal kerana membantu rakannya membuat design di rumah mereka.  Namun jodoh mereka tidak kesampaian bila mana Fahrin melamar Reen.  Perkaahwinan tersebut adalah sebagai membuka  mata Maya iaitu kekasih Fahrin bahawa dia juga boleh mencari kehidupanya sendiri...

Kamal yang bekerja dengan Iqbal telah dibuang kerja kerana tidak amanah.  Kamal yang merupakan teman baik Fahrin telah merancang sesuau utnuk membalas dendam.  Idea Kamal juga memprovok Fahrin agar mengahwini Reen untuk menyakiti Iqbal sebenarnya.  Walau Maya kekasih Fahrin itu adalah adiknyaaa, beliau tetap tidak mengindahkannya walau melukakan hati adiknya, janji dendamnya pada Iqbal terlaksana.


Reen terpaksa dalam paksa berkahwin dengan Fahrin.   Selepas nikah baru ayahnya tahu bahawa Reen telah ada pilihan hati, namun segalanya telah berlambat.

Namun hari ke sehari mereka saling sayang menyayangi dan menyintai, Fahrin ingin melupakan bahawa seawalnya beliau berkahwin dengan Reen kerana dicabar oleh kamal dan juga nak membuktikan kepada Maya bahawa dia boleh bahagia.  


Suatu hari Maya telah membawa Reen di mana beliau akan berjumpa dengan Maya dan berlakukan detik2 yang amat melukakan hati Reen.   Walau pada awalnya Reen begitu bahagia kerana Fahrin benar2 mempertahannyaa serta menyayanginya dan telah tiada hati dengan Maya, namun pabila diprovoke oleh maya maka terkeluarkan perkataan dari Fahrin memang dia berkahwin dengan maya kerana dicabar.   Maya begitu terluka hatinya dan terus meninggalkan fahrin.   Fahrin begitu terkejut kerana tidak menyangka bahawa Reen berada di tempat tersebut namun Reen tetap dengan keras hatinya enggan memaafkan fahrin.


Namun Maya akhirnya mengaku kesilapannya, begitu juga dengan Kamal.  Kesedaran Kamal bilamana mengetahui Iqbal adalah abang kepada kekasihnya Hanna.  Hanna telah menceritakan kecewanya Iqbal dengan perkahwinan Reen, namun beliau tidak mahu Reen menjadi anak yang durhaka kepada ibubapanya.   Setelah mengenali Iqbal lebih dekat dari Hanna, Kamal mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Reen untuk menjernihkan hubungan mereka.  Reen yang tinggal di Brunai bersama anaknya yang awalnya enggan kembali kepada Fahrin, namun akhirnya mengalah kerana masih sayang kepada Fahrin.