Thursday, October 8, 2015

SUAMI TERHANGAT - RAFINA ABDULLAH

Novel dibeli pada 12 Februari 2015

Sheila telah enam tahun berkahwin dengan Idzmir.  Dimatanya Idzmir seorang lelaki yang cukup sempurna dianugerahkan pakej yang lengkap seperti rupa paras yang kacak, bertanggungjawab dan sangat prihatin kepada keluarga.

Tanpa diketahui Sheila, Idzmir bermain cinta dengan setiausahanya sendiri iaitu Aiza.  Kerapkali Aiza mendesak Idzmir menemukannya dengan Sheila seolah-olah menggangap Sheila akan senang-senang dapat menerimanya sebagai madu.  Idzmir pula belum bersedia memperkenalkan mereka dan beliau juga tidak mahu melukakan hati Sheila.

Aiza sengaja menanggalkan scafnya semasa beliau menaiki kereta Idzmir.  Dengan cara ini saja beliau berharap yang isteri Idzmir akan terperasaan akan scaf tersebut dan dzmir akan berterus terang tentang perhubungan mereka.  Sheila yang diminta oleh Idzmir untuk ke keretanya bagi mengambil fail begitu terkejut dan terjadilah perbalahan antara mereka.   Idzmir akhirnya terpaksa mengaku yang beliau mempunyai hubungan dengan Aiza dan berhasrat mengahwininya. Sheila begitu kecewa dan mengambil keputusan meninggalkan rumah dan pulang ke rumah keluarganya. Idzmir datang memujuk dan Sheila yang sememangnya lembut hati akhirnya kembali kepada Idzmir setelah Idzmir berjanji akan meninggalkan Aiza.


Aiza begitu marah bila Idzmir ingin memutuskan hubungan mereka.  Beliau merangkap Idzmir semasa Idzmir datang ke rumahnya untuk kali terakhir.  Beliau meletakkan ubat tidur ke dalam minuman Idzmir dan bila Idzmir tidak sedarkan diri beliau telah menanggalkan pakaian kedua-dua mereka.  Setelah sedar Idzmir telah dimakumkan bahawa  Idzmir telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap Aida.  Akibat dari rasa bersalah dan tanggungjawab Idzmir akhirnya bernikah dengan Aiza setelah Aiza mendakwa beliau mengandung.


Aiza kerap kali menolak bila Idzmir ingin membawa beliau untuk membuat pemeriksaan doktor akan kendungannya.  Beliau takut tembelangnya pecah kerana beliau sememangnya beliau tidak mengandung.  Namun akhirnya tembelang beliau pecah jua apabila Idzmir terdengar pengakuan Aiza tentang pembohongannya semasa beliau bercakap di dalam talifon dan akhirnya beliau diceraikan oleh Idzmir.  


Idzmir  kerap tidak menepati janji beliau dengan anak dan isterinya kerana melayani karenah Aiza.  Beliau kesal kerana kerap menghampakan mereka apatah lagi bila terlihatkan anaknya sampai tertidur dengan pakaian cantik kerana janjinya hendak membawa berjalan-jalan tetapi beiau pulang lewat dan terlupa akan janjinya akibat dari melayan kehendak Aiza.   Hubungan Idzmir menjadi bertambah runcing bila Sheila terjumpa sijil nikah Idzmir dan Aiza. Sheila begitu kecewa kerana sekali lagi beliau ditipu oleh Idzmir. Puas Idzmir cuba menerangkan keadaan  sebenarnya namun Sheila enggan mendengar.


Idzmir mendapat setiausaha baru bagi menggantikan tempat Aiza iaitu Tengku Hanim. Di awal-awal tempoh bertugas lagi Tengku Hanim telah dibelasah oleh Aiza kerana menganggap beliau  adalah perempuan simpanan Idzmir dan ingin merampas Idzmir darinya. Tengku Hanim yang tidak menegtahui duduk perkara akhirnya faham situasi bosnya setelah diterangkan oleh Saiful.


Tengku Hanim juga terpikat dengan Idzmir pada pandangan pertama.  Setelah Idzmir bercerai denga Aiza dan merasakan Idzmir inginkan lagi zurtait maka Sheila telah menawarkan Tengku Hanim menjadi isteri Idzmir.  Idzmir menolak kerana beliau amat cintakan Sheilda dan tidak mahu lagi menyakitinya.  Dalam pada itu beliau juga tidak pernah ada hati dengan Tengku Hanim.


Serina iaitu teman wanita Idzmir semasa di kolej telah datang kembali dan mahu Idzmir menjadi suaminya.  Tanpa diketahui Idzmir, Serina mempunyai seorang anak lelaki hasil dari hubungan terlarang mereka.  Perkara ini tidak dihebahkan kerana keluarga Serina hanya ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarga Idzmir dalam bisiness mereka sahaja. Sekiranya perkara ini terbongkar mereka takut akan hilang kepercayaan oleh keluarga Idzmir terhadap mereka. Namun semua perkara ini akhirnya terbongkar dan Idzmir bercadang mengambil anaknya untuk dijaga. Serina  mendesak Idzmir mengahwinnya sekiranya beliau menginginkan anaknya.   Keenganan Idzmir membuatkan Serina berdendam dan menculik Uyi.  Terjadi perbalahan dan Sheila tertembak semasa ingin menyelamatkan anak dan suaminya daripada menjadi mangsa tembakan Sherina.  


Idzmir menjadi seorang yang berputus asa.  Akhirnya beliau pindah tinggal bersama keluarga Sheila di Terengganu bagi menenangkan hatinya.  Bekerja di kolah ikan bersama abang Sheila dan menutup hatinya untuk mana-mana perempuan.   Beliau akhirnya terpikat dengan cikgu Ayumi iaitu guru tempat Uyi belajar. Keperabadian Ayumi yang keanak-anakan dan amat comel pada pandangan mata Idzmir membuat baliau tertarik apatah lagi Uyi juga menyenangi Cikgu Ayu.  Terdapat juga fitnah yang dilemparkankan kepada mereka yang tidak menyenangi perhubungan mereka.  Ramai yang berkehendakan Idzmir sebagai suami mereka kerana ketampanan serta kekayaannya.


Beberapa bulan sebelum diijabkabulkan, Idzmir kembali bertugas di Syarikat ayahnya kerana bapanya ingin bersara.  Tengku Hanim yang sememangnya ada hati dengan Idzmir merayu agar Idzmir menerimanya.  Idzmir begitu terkejut dengan penampilan baru Tengku Hanim yang jauh berbeza dari awal-awal beliau bekerja.  Tengku Hanim yang sopan dan bertudung bertukar 360 darjah menjadi seorang yang seksi dan daring.  Tengku Hanim tidak percaya dan begitu terkejut bila Idzmir menyatakan bahawa beliau akan bernikah seminggu lagi. Niat jahat menular dihatinya untuk memutuskan hubungan Idzmir dan Ayu. Beliau mengambil kesempatan bila Ayumi ke pejabat untuk membuat kejurtan kepada Idzmir.  Tengku Hanim telah memfitnah Idzmir yang membuatkan Ayu  memutuskan pertunangan mereka dan enggan berkahwin.


Namun akhirnya mereka bernikahdan akhirnya kebenaran terungkai  jua bila Tengku Hanim datang melawat semasa Ayu bersalin.  Tengku Hanim mengaku bahawa beliau telah memfitnah Idzmir dan menyesal.