Tuesday, January 12, 2016

TUAN ANAS MIKAEL - SYAMNURIEZMIL


BUKU DIBELI PADA 26 OKT 2015

Cik Ayu Maisara (CAM) bekerja di rumah Tuan Anas Mikael (TAM) apabila pada satu hari Ayu berkeras tidak membenarkan ibunya pergi bekerja kerana tidak sihat.  Akibat kecuaian sendiri, yang menyebabkan TAM jatuh tergelincir,  CAM telah dipaksa oleh TAM bekerja dengannya.  

CAM seorang graduan akaun dari UiTM terpaksa  menerima tawaran TAM menjadi tukang cuci selepas diugut akan memberhentikan Cik Su iaitu ibunya sekiranya beliau enggan menuruti kehendaknya.   Kisahnya  bermula bila CAM menggantikan tempat Cik Su (ibu CAM), melakukan tugasan mengemas di rumah TAM. Ibunya telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan namun keadaan rumah yang begitu besar menyebabkan CAM tersilap percaturan dan tersalah mop tangga sehingga menyebabkan TAM tergelincir jatuh.

Tugasan CAM bermula dari jam 4.00 pagi sehingga beliau dperlukan.  Tugasnya bukan setakat mengemas, beliau juga perlu belajar memasak, memandu, dipaksa beriadah, bersolek, menghias diri, dibawa ke pejabat dan menghadiri mesyuarat dengan alasan mahu menjadikan beliau seorang yang sempurna di mata TAM.  

CAM dipaksa belajar masak dengan Chef terkenal untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengahai, minum petang dan malam untuk TAM mengikut jadual pemakanan yang disediakan oleh TAM.  CAM yang sentiasa yakin diri dapat menuruti kehendak TAM belajar segalanya dalam masa yang singkat.  Mereka juga mempunyai password iaitu jikalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok

Semasa mesyuarat yang CAM dipaksa hadir sama oleh TAM, cadangan CAM telah diterima.  Kini CAM memegang jawatan  sebagai Projek Manager untuk projek di Krabi. Baru kini CAM faham kenapa TAM mengerahkan beliau mempelajari segalanya dalam masa yang singkat.  Kekuatan mental dan pengetahuan yang dipelajari bertujuan untuk membolehkan beliau mengurus hotel yang mempunyai 300 staff serta tahan akan tekanan tugas serta tahu segala masakan dan apa juga keperluan yang perlu ada di hotel.

Tuan Akhiruddin dan bondanya tidak bersetuju TAM melantik CAM mengendalikan projek di Krabi yang sepatutnya disandang oleh Safra Ariana cucu Tun Akhiruddin yang juga mrupakan bisnes partner Tuan Anas. Namun TAM tetap tegas dan menyatakan idea dari projek itu adalah dari CAM dan bukan Safra.  Sikap Safra juga tidak menunjukkan yang beliau berminat untuk bekerja membuatkan TAM memilih Ayu sebagai Projek Manager. TAM juga tahu projek pertamanya akan lingkup sekiranya Safra yang mengendalikannya.


Setelah dijaga dengan baik akhirnya TAM jatuh cinta pada CAM.  Hampir setiap masa TAM menghubundi CAM di Krabi.  Ibu CAM pernah berpesan agar beliau tidak jatuh cinta pada TAM kerana tidak mahu peristiwa lama berulang seperti mana ayah dan ibunya. CAM bersetuju berlakon menjadi girlfriend TAM bagi mengelak TAM dari berkahwin dengan Safra. Namun bila tiba masa memperkenalkan CAM sebagai girlfriend, lain pula jadinya bila TAM memperkenalkan Raisya Putri (Peguam Syarikat ) sebagai girlfriend beliau. 

Ayu Maisarah Ayman (CAM), adalah anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang keluarga dan menyebabkan mereka terpaksa berkahwin lari.  Bapa CAM terpaksa meninggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Pertemuan CAM dan TAM membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula adalah cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra adalah anak kepada Dato Azhar, iaitu anak angkat Tun Akhiruddin yang juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman iaitu ayah CAM.

Mengikut akhbar, ayah CAM meninggal dibunuh perompak. Namun hakikatnya, Dato Azharlah yang membunuhnya kerana rasa cemburu yang melampau.  Pada pandangan Dato Azhar, beliau hanya dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudahpun mempunyai pilihan lain. 

CAM cuba menggagalkan perkahwinan TAM dengan Safra.  Beliau telah merancang sesuatu namuni dihalang oleh TAM.   Setelah mengetahui siapa CAM yang sebenarnya iaitu cucu tunggal  kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin,  nyawa CAM kini adalah dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman..

Kedegilan CAM menonjolkan diri di depan Tun Amina telah merosakkan plan TAM. Dato Azhar terkejut bila CAM berani menonjolkan diri dan memaksa agar CAM menyerahkan Yayasan Ayman kepada beliau.  CAM hanya akan menyerahkan Yayasan tersebut kepada Dato Azhar dengan bersyarat iaitu meminta Dato' Azhar membatalkan perkahwinan di antara TAM dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dan dalam masa yang sama  telah merancang agar CAM dicolek dan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.   Dengan Bantuan TAM, CAM, Cik Su dan Tun Amina selamat 
manakala Dato Azhar telah ditembak mati. 

Sejak CAM menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina,  tanpa disedar TAM selalu mengikut pergerakan CAM kerana risaukan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar, hidup CAM dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah tetapi kini mereka tinggal di rumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. 


Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh TAM. TAM kemudian menghilangkan diri tanpa berita sehinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu agar mereka diketemukan kembali. 


Sebenarnya mummy TAM tak kisah siapa bakal menantunya kerana yang penting baginya adalah kebahagiaan TAM. Mummy TAM memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. CAM gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.