Thursday, June 28, 2012

BUATMU KEKASIH - AISYA SOFEA

pinjam from library LPPKN


Ika dan Fitri begitu bahagia dengan keluarganya dengan kahadiran putra dan putrinya.  Namun kebahagian mereka tercalar dengan kehadiran Suraya.   Fitri kerap keluar rumah walau hari2 cuti dan tidak berenggang dengan handphonenya.


Semasa ibu Ika datang kerumahnya pun Fikri tiada di rumah.  Ika ingin menyorokkan keadaan rumahtangganya namun anaknya Amira  bercerita tentang kemesraan papanya dengan Suraya yang mana Fitri kerap meminta beliau memanggilnya auntie suraya dan menyatakan papanya kerap berpeluk2 dan bercium dengan suraya dihadapannya.   Kepetahan Amira membuatkan tanpa sengaja Ika telah menyepak anaknya.   Ibunya memarahi Ika kerana anaknya sebenarnay tidak bersalah.


Ika memberanikan diri menelefon Suraya dan amat menyakitkan hari Ika bila Suraya menyatakan bahawa beliau telah mendapat segala2nya dari Fitri dan dia hanya memerlukan Fitri untuk menyayangi dan menyintainya.  Sunggguh tiada perasaan wanita itu bagi Ika.


Fiza sahabat lama Ika telah menawarkan pekerjaan di tempat lama beliau.  Ika akhirnya bersetuju bila memikirkan masa depannya dengan keadaan suami yang telah curang.  Ika meminta bantuan Fikri menjaga anak2 semas beliau ingin memulakan pekerjaan kerana pada masa yang sama Fikri telah dibuang kerja.  Fikri kepanasan bila mana tidak dapat keluar dan berjumpa Suraya dan mengakibatkan anak2nya kelaparan kerana beliau asik bergayut di telefon dengan Suraya.   


Namun mata Fikri mula terbuka bila mana Ika bekerja semula,   Beliau telah mengetahui sikap Suraya dan berusaha menjauhinya.  Fikri pula kerap diugut oekh Suraya yang akan membunuh diri kiranya Fikti enggan berjumpa dengannya.  Ika begitu kecewa seolah2 Fikri mempermain2kannya setelah mengakui bahawa beliau telah tiada hubungan lagi dengan Suraya,  namun akhirnya Fikri tetap pulang kepangkuannya dan harapan Ika agar tiada lagi badai dalan rumahtangganya.