Thursday, January 28, 2016

RAHSIA MENJEMPUT RAHMAT -HARLIS KURNIAWAN

DIBELI PADA 12 FEBRUARI 2015
MEDAN MARA

Nikmat Allah kepada manusia sangat banyak. Satu daripadanya adalah menanam rasa belas kasih (rahmat) ke dalam hati mereka. Namun rasa belas kasih dalam hati manusia tidak sentiasa ada, kerana perasaan itu berkait rapat dengan iman yang adakalanya turun naik. Malanglah orang yang dicabut rasa belas kasih dari hatinya.

Walaupun demikian, selagi tubuh masih bernafas, kita tetap berpeluang meraih rahmat daripada Allah. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah kerana rahmat Allah itu meliputi setiap makhluk-Nya. Buku ini memandu kita bagaimana untuk menjemput rahmat agar kita sentiasa tergolong dalam insan yang sentiasa bernaung dalam rahmat dan hidayah-Nya.

Kita tahu betapa pentingnya rahmat Allah kepada kita.  Dengan rahmat inilah kita mampu berkasih sayang dan dengan rahmatNya lah kita akan beroleh keselamatan pada hari kiamat.   Malah masuk atau tidak kita ke dalam Syurga sangat bergantung kepada rahmat Allah.

Terdapat 8 cara untuk menjemput rahmat Allah:

1.           Taat kepada Allah dan Rasulullah
Kenapa :  Kerana Allah adalah pemilik rahmat dan RasulNya diutus ke muka bumi sebagai rahmat bagi seluruh alam.
FirmanNya : tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat dari sekalian alam (Ai-Anbiya’ 21:07)

2.           Bertakwa kepada Allah
Orang yang bertakwa takut kepada Allah dan hanya memohon kepadaNya. Bila rasa takwa memenuhi hati maka anggota  akan melakukan kebaikan dan mereka akan mendapat rahmat Allah

FirmanNya : Inilah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah turunkan, yang diberkati.  Oleh itu, hendaklah kamu menurutinya; dan bertakwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.
(Al-An’am 6:155)

3.           Mengasihi orang lain
Mengasihi saudara, suka menolong orang miskin dan menyayangi kanak-kanak berhak mendapat kasih saying Allah.

Daripada Abdullah Ibn Amru, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memiliki rasa belas kasih, dia akan dikasihi Allah.  Kasihilah orang yang ada di bumi, maka kamu semua akan dikasihi oleh yang ada di langit (Riwayat Tirmizi).

Walau bagaimanapun kaum muslimin tidak boleh membela musuh Allah sehingga mengorbankan saudara semuslim dengan alasan mengasisi sesama makhluk.  Kaum muslimin disarankan  bersikap tegas kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama Muslim.

Firman Allah (Nabi Muhamamd itu Rrasulullah; dan orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang kafir, dan sebaliknya berkasih sayang sesama sendiri.

4.           Membaca dan mendengar Al-Quran
Al-Quran adalah rahmat bagi seluruh alam.  Orang yang mendengar bacaan Al-Quran dan mentadabur isinya akan mendapat rahmat Allah.

Allah berfirman:  Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat (Al-A’raf 7:204)

5.           Selalu beristighfar
Tiada orang yang bersih daripada dosa melainkan rasul-rasul yang maksum. 

Rasulullah SAW bersabda:
Demi Zat yang jiwaku berada dalam gengamanNya.  Jika kamu semua tidak berdosa, tentulah Allah akan menghilangkan kamu semua dan mendatangkan suatu kaum yang berdosa.  Lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka (Riwayat Muslim)

Dengan demikian, setiap ornag disarankan beristigfar atas dosa yang dilakukannya.  Allah memberitahu, istighfar adalah jalan menuju keampunan dan jalan mendapatkan  rahmat Allah.

Firman Allah : Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat *An-Naml 27:46)

6.           Berbuat baik kepada orang lain
Islam mendorong umatnya berbuat baik sesama manusia.  Hanya orang yang dalam hatinya mempunyai rasa belas kasihan yang mampu melakukannya.  Maka orang ini berhak mendapat rahmat Allah atas segala kebikannya.

Allah berfirman;  Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya (Al-A’raf &:56)

7.           Berpegang kepada Allah dan agamaNya
Setiap Muslim wajib berpegang kepad agama Islam.

Firman Allah : maka berpegang teguhlah engkauy kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu.  Sesunggunya engkauy berada di atas jalan yang kurus (As-Zukhruf 43:43)

Berpegang teguh kepada agama menjadi penyebab untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.  Kesannya dapat dilihat pada individu dan masyarakat dalam segenap lapangan kehidupan.  Ini ekrana ornag yang berpegang teguh pada agama akan emndapat rahmat Allah.

Firman Allah : oleh itu, ornag yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepasda (ajartan Al0Qiran) ini, maka Allah akan memesukkan mereka ke dalam rahmatNya (iaitu syurga) dan limpah kurniaNya  (yang tidak terbatas) , dan Allah akan embimbing mereka ke jalan yang lurus (agama Islam) yang menuju kepadaNya (An-Nisa’ 4:175)

8.           Berzikir kepada Allah
Berzikir bermakna, mengaggung, memuji dan menyanjung Allah dengan namaNya yang mulai dan sifat-sifatNya yang suci.  Membaca Al-Quran termasuk salah satu bentuk berzikir kepada Allah selain berdoa dan bertasbih.

Daripada Abu Huirairah Nabi SAW bersabda:
Tidaklah satu kaum berkumpul dalam sebuah rumah daripada rumah Allah.  Mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat menyelimuti mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut mereka di kalangan para malaikat yang ada disisiNya (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah)


Adalah sukar bagi kita menjemput rahmat Allah jika hati  kita belum dipenuhi oleh rasa kasih terhadap makhluk Allah yang lain.  Dengan itu perlu bagi kita mengusahakan rasa kasih terhadap makhluk Allah yang lain ke dalam diri kita terlebih dahulu.

Wednesday, January 27, 2016

STREET VENDATA - MAZNI AZNITA


Anabella atau Bella mula  mengenali   Kojie  semasa   Kojie ditugaskan menarik kereta Bella oleh pihak bank.  Diri Kojie yang selekeh membuatkan Bella menyangka Kojie adalah penyangak dan ingin menganggunya.


Bella seorang yang licik dan beberapa kali Kojie kehilangan jejaknya kerana beliau lari  agar keretanya tidak dapat ditarik. Insiden yang merapatkan mereka adalah bila mana suatu hari Bella hendak ke Cherating  kerana beliau tahu Iqbal berada di sana bersama Mira.


Iqbal adalah teman sekolahnya suatu ketika dahulu dan hubungan mereka putus setelah Iqbal melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Bella sememangnya ada hati dengan Iqbal dan berusaha agar Iqbal tidak jadi bertunang dengan Mira. Beliau ingin memenangi hati Iqbal kerana beliau benar-benar cintakan Iqbal.  Sebelum mereka sah bertunang, Bella seboleh mungkin ingin memenangi hati Iqbal.


Bella memandu ke Cherating tanpa mengetahui Kojie tertidur di dalam keretanya.  Ini kerana semasa menunggu Bella, hari hampir hujan dan kebetulan kereta Bella tidak berkunci menyebabkan Kojie terus masuk ke dalam kereta beliau. Beliau hanya menyedari Kojie berada di dalam kereta bila mana secara tidak sengaja Bella membuat emergency break dan Kojie tersedar dari lenanya.


Mereka berhenti di R& untuk ke tandas.   Bella akhirnya meninggalkan Kojie sekali lagi bila mana beliau pada awalnya mengadu sakit perut dan Kojie bergegas membelikan ubat untuk Bella.  Namun akhirnya Kojie diakali sekali oleh Bella dengan meninggalkannya di sana.   

Nasib Bella kurang baik bila tayar kereta beliau pancit.   Kojie menaiki teksi dan menjejaki Bella dan akhirnya beliau berhenti bila ternampak kereta Bella di tepi jalan. Setelah membantu membetulkan tayar kereta Bella, Kojie tidak membenartkan Bella memandu kerana dikhuatiri insiden beliau ditingggalkan akan berulang lagi dan beliau akan kehilangan pekerjaan kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik. 


Bella merayu agar Kojie menghantarnya ke Cherating terlebih dahulu bagi menyelesaikan misinya sebelum keretanya beliau ditarik.  Kojie akhirnya bersetuju namun dalam perjalanan,  Kojie yang baik hati telah menumpangkan sorang nenek tua yang ketinggalan bas ketika itu,  

Nenek Telangkai mempunyai raut wajah yang agak menyeramkan.  Bella takut  dan membaca ayat-ayat Al-Quran  bagi menghalau nenek berkenaan yang dianggapnya hantu.  Nenek  Telangkai pula bising menyuruh Kojie memberitahu Bella agar menghentikan bacaannya kerana sakit telinga beliau mendengar bacaan Bella yang banyak salah. 

Sampai di Cherating tempat mereka akan menginap, Bella dan Kojie amat terkejut bila mana pemilik resort berkenaan mempunyai rupa paras yang sama dengan nenek yang menumpang kereta mereka tadi. Memandangkan resort penuh,  Kojie telah ditumpangkan bersama pekerja di resort berkenaan.


Setelah berjumpa Iqbal di sana, barulah Bella mengetahui cerita sebenar bahawa sebelum ke luar negara Iqbal ada menitipkan surat menyatakan perasaannya terhadap Bella melalui Mira.  Namun surat berkenaan tidak pernah sampai ke tangan Bella. Ini kerana Mira juga mempunyai hati terhadap Iqbal dan hendak Iqbal menjadi kekasihnya.  Ini membuatkan Bella begitu marah terhadap Mira dan berusaha untuk merebut Iqbal kembali. Pertunangan di antara Iqbal dan Mira juga dibatalkan kerana Iqbal masih menyintai Bella dan amat marah kerana Mira berbohong terhadapnya.

Bella meninggalkan Kojie dan mengikut Iqbal balik ke Kuala Lumpur.   Kunci keretanya juga ditinggalkan kepada Makcik Kamariah untuk diserahkan kepada Kojie. Kojie kecewa kerana Bella meninggalkannya begitu sahaja dan dalam masa yang sama beliau telah jatuh hati terhadap Bella.  Setelah itu mereka tidak pernah berjumpa lagi.


Enam bulan kemudian, Bella menjadi mangsa pencopet dan dalam masa yang sama Fakruzi mendapat balik dompet Bella dan memulangkan kepadanya.  Yang mencopet adalah Furkan iaitu adik Fakruzi sendiri.  Beliau mencopet bukan kerana hendakkan wang tetapi kerana hendakkan perhatian dari keluarganya. 

Bella yang menyangka Fakruzi adalah Kojie terkejut dengan penampilan baru Kojie yang kemas dan berbeza dari dahulu, namun Fakruzi menafi yang beliau kenal Bella.   Beberapa kali Bella cuba meyakinkan Fakruzi adalah Kojie dan mereka pernah bertemu tetapi fakruzi seakan-akan blur dan tidak mengingati apa-apa.

Bella ditukarken ke cawangan Ibu Pejabat di mana Fakruzi juga bekerja di tempat yang sama.   Bella baik dengan Yani iaitu setiausaha Fakruzi dan dari Yani Bella mengetahui serba sedikit mengendai diri Fakruzi.   Suatu hari Bella telah dibawa oleh Fakruzi ke rumah anak-anak yatim yang dibiayai oleh company ayah Fakruzi.  Dari situ barulah Bella mengetahui bahawa Fakruzi mempunyai adik kembar yang namanya Kojie dan dari situ juga Bella tahu bahawa Kojie telah meninggal dunia. 



Bapa Kojie menukarkan identiti Kojie kepada Fakruzi kerana tidak mahu kehilangan anaknya setelah kembar Kojie meninggal dalam kemalangan. Kojie yang hilang ingatan terus menganggap dirinya Fakruzi sehinggalah terjadi beberapa insiden yang membuatkan beliau terfikir yang beliau sebenarnya bukanlah Fakruzi.    ingatan Kojie akhirnya pulih dan ayahnya telah memohon maaf atas apa yang telah beliau lakukan. Ini adalah kerana Kojie sebelum ini enggan menerima ayahnya berkahwin lain dan beliau tinggal bersama Mak Wan iaitu pembantu rumah keluarga mereka dahulu. Kojie memaafkan ayahnya dan mereka berbaik-baik kembali dan lagi kesemua adik-adik Kojie bersama emak baharunya amat menyayanginya.   


Bella yang terpaksa diberhentikan kerana ayah Kojie tidak mahu dengan adanya Bella yang mengenali Kojie akak membuatkan Kojie ingat akan kisah-kisah silamnya. Namun akhirnya mereka kembali bersatu apabila kesemua permasalahan dapat diselesaikan.  walau pada awalnya sukar Bella hendak mempercayai bahawa Kojie masih hidup. Begitu juga Kojie yang menyangka Bella teah meninggal dalam kemalangan seperti yang dinyatakan oleh adik Bella semasa beliau menelefon Bella dan dijawab oleh adiknya.

Mereka akahirnya memang berjodoh seperti kata-kata Nenek Telangkai dahulu.

Tuesday, January 26, 2016

SHA DAN SHAH - SHA IBRAHIM



Sha dan Shah berkawan sejak berumur 5 tahun lagi.   Persahabatan mereka masuk tahun ke 22 semasa mereka berkahwin.


Ibu Shah memaksa beliau berkahwin dengan Sha. Sekiranya beliau menolak, beliau akan dikahwinkan dengan anak sahabat baiknya yang sedang belajar di Mesir. Manakala di pihak Sha pula tiada syarat diberikan oleh keluarganya sekiranya Sha enggan berkahwin dengan Shah.


Ibu Shah berbuat demikian kerana Shah sentiasa berganti teman wanita dan kerap gossip-gossip liar terpampang di dada-dada akhbar dan majalah-majalah. Shah terkenal kerana beliau adalah seorang anak muda yang berjaya dan amat dikagumi.  Sha dan Shah juga telah  lali dengan perangai masing-masing dan mudah bagi mereka menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.   



Shah mengajak Sha berkahwin kerana tidak bersetuju berkahwin dengan gadis yang  tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya.   Jalan yang paling selamat ialah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri. 

Awalnya Sha menentang kemahuan Shah dan menganggap keputusan Shah tidak masuk akal. Namun atas rasa simpati terhadap sahabat baiknya, Sha akhirnya bersetuju.   Dalam masa yang sama Shah juga tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Lama-kelamaan mereka menjadi semakin menyayangi antara satu sama lain.  Sha pandai memujuk Shah dan tau apa yang Shah suka dan tidak.  Masing-masing akan berasa kosong sekiranya mereka tidak dapat bersama.  Walau kerap terjadi pertelingkahan, namun masing-masing pandai memujuk antara satu sama lain.

Sha bekerja dengan company ayah Cik Atilia.  Atilia sedaya mungkin ingin menggoda Shah kerana tau Shah adalah seorang yang berjaya dan lagi beliau tau Shah banyak harta. Sha yang awalnya buat tidak kisah namun lama kelamaan setelah perasaan sayang dan cinta ada dalam dirinya, Sha mula rasa cemburu.

Begitu juga dengan Shah, bila mana sahabat Atilia iaitu Iskandar mula ingin rapat dan ingin mendapatkan Sha kerana padanya Sha adalah seorang wanita yang sangat istimewa yang payah nak dicari pada masa ini.  Awalnya Iskandar ingin mendapatkan Sha kerana Shah adalah seterunya sejak dari zaman kolej lagi.  Iskandar kerap kalah di tangan Shah bila mana kesemua teman wanitanya akan lebih memilih Shah daripadanya.


Sha akhirnya berhenti dari Syarikat ayah Atilia dan bekerja dengan Sha bila mana beliau telah tahu bahawa company ayah Atilia banyak bermain kotor dna berusaha ingin mendapatka kerjasama dengan syarikat Shah walaupun beliau tahu syarikat ayah Atiolia bermasalah dan hampir bengkrap.  

Atilia semakin berdendam dengan Sha dan terus-terusan menggoda Shah.  Shah sedaya upaya menjauhkan dirinya dari Atilia kerana Atilia terlalu obses terhadap dirinya dan akan berusaha untuk mendapatkan Shah walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa membunuh.

Iskandar yang mula sedar bahawa beliau tidak akan berjaya mendapatkan Sha dan tahu bahawa cinta mereka terlalu dalam untuk dipisahkan.  Beliau mengambil langkah memberitahu Sha dan Shah akan rancangan Atilia namun kedua-dua mereka seakan tidak mempercayainya.  Namun akhirnya Shah mengambil juga pengawal peribadi untuk menjaga Sha kerana beliau bimbang akan keselamatannya.

Perselisihan  faham makin kerap terjadi di antara Sha dan Shah yang akhirnya membuatkan Sha terlalu berkecil hati dengan Shah.  Shah yang memberikan sebahagian dari sahamnya kepada Sha kemudiannya mengungkit bahawa Sha ingin melawannya kerana saham Sha lebih banyak daripadanya di dalam syarikat mereka membuatkan Sha semakin tawar hati untuk bekerja dengan Shah.  Sha akhirnya mengambil kepurtusan berhenti kerja dan memulangkan saham berkenaan kepada Shah semula.


Shah mula mengelabah bila mana Sha enggan melayannya dan menarik muka hapir dua minggu.  beluan tahu kesemuanya adalah kesilapan dari dirinya yang tidak tahu mengawal perasaan.  beliau mencampur adukkan kerja dan juga hal rumahtangga dan mengabaikan Shah.  

Atilia kerap menggugut Sha dengan memberikannya bunga tulips dan juga membuat panggilan ugutan.  Akhirnya dstu hari Atilia dapat lepas masuk ke dalam rumah Sha dan mengacukan pisau kepadanya.  Sha cuba bertenang dan melayan Atilia sebaik mungkin kerana beliau tau bila-bila masa sahaja pisau yang ada ditangan Atilia akan tertusuk kepadanya jika beliau salah membuat perhitungan. Ini kerana Atilia ingin Sha dan anaknya mati kerana beliau sangka Shah akan memilihnya sekiraya Sha mati.  Shah yang sedang demam teruk ketika tu itu terdengar suara bising-bising di ruang tamu rumahnya dan terkejut bila mengetahu Alitia mengancam nyawa isteri dan anaknya. Shah  membuat reverse psikologi bagi menarik perhatian Atilia namun akhirnya Shah tertikam juga oleh Atilia. 

Semasa Sha ingin melahirkan, Shah yang masih belum benar-benar pulih tetap ingin bersama-sama Sha semasa proses kelahiran kerana beliau telah berjanji dengan Sha. Sha akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan selepas itu Shah terus pengsan kerana masih belum benar-benar pulih.

Atilia dimasukkan ke pusat rawatan pesakit jiwa dan Shah dan Sha akhirnya happy bersama anak mereka dan kini bakal menimang cahaya mata kedua.


Mariatie pula iaitu sahabat baik Sha berkahwin dengan Syed Adif iaitu sahabat baik Shah yang sama-sama belajar di luar negara dahulu.  Walau pada awalnya Shah menentang perhubungan mereka, namun akhirnya setelah mengenali hati budi Atie, Shah bersyukur kerana mereka sememangnya pasangan yang benar-benar ideal dan mereka juga kini telah mempunyai seramai 3 orang cahayamata.

Monday, January 25, 2016

KOPI O TANPA GULA - ABD JALIL ALI



 SEPAHIT-PAHIT KOPI, 
KALAU DICAMPUR PATI TONGKAT ALI 
ADA JUGA NIKMATNYA

Buku nukilan Dato' Abd Jalil Ali yang memaparkan pelbagai rencah kehidupan seharian. Setiap hari akan ada saja pelbagai cerita kehidupan.  Pahit, manis, masam, kelat dan sebagainya.  Dato’ Abd Jalil Ali merupakan seorang wartawan. Banyak hasil tulisannya adalah melalui fakta.  Kesemuanya adalah realiti dan bukannya fantasi.   Diperolehi dari sidang media, temuramah dan penyelidikan, kesemunya menjadi bahan tulisan yang amat menarik untuk dibaca. 


Juga memaparkan kisah kehidupannya sendiri serta rakan-rakan. Banyak kisah-kisah lucu dan kadang kala sepele kata orang jawa iaitu yang remeh temeh boleh menjadi punca pergaduhan besar bagi pasangan.   

Antara yang dipaparkan seperti masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah kerja dan sebagainya yang boleh kita jadikan contoh tauladan.   Kisah sehari-hari perjalanan kehidupan kita di pentas dunia yang boleh dijadikan iktibar dan panduan serta pedoman. Kekuatan diri sendiri membolehkan kita mengatasi segala permasalahan diri.  

Kadangkala pada kita ianya dianggap remah namun tidak pada individu lain. Justru kita tidka boleh memandang enteng sesuatu perkara itu walaupun pada kita ianya adalah sekadar perkara kecil.Tradisi serta adat juga perlu diambil kira. Walau kadangkala ianya kadangkala seakan tidak perlu kita ikuti, namun ada kalanya menurut itu adalah lebih baik kejadiannya asal kan tidak melanggar hukum agama.

Banyak kisah-kisah yang boleh buatkan kita tersenyum dan tertawa bila membacanya, dan sememangnya layak tajuk buku ini dengan isi kandungannya. Begitu menarik minat siapa sahaja yang membaca hasil nukilan Dato' Abdul Jalil Ali ini dan sememangnya tidak rugi jika membeli dan menghayatinya.



Monday, January 18, 2016

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA - NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA


BUKU DIBELI PADA 29 OKTOBER 2014 
semasa forum di pejabat saya sempena
 program Forum 10 Saat Pelukan Keluarga @ LPPKN

Indahnya hidup tanpa derita mengumpulkan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarakat hari ini. Namun watak-watak di dalam buku ini telah diubah suai bagi menjaga maruah dan kebajikan bersama.

Ia juga memaparkan kisah-kisah kehidupan berumahtangga yang mengalami berbagai-bagai badai seperti tabah bersuamikan kaki pukul isteri, suami si penagih dadah, isteri lari dari rumah dan ego suami. Melayari kehidupan berumah tangga adalah ibarat satu penerokaan kawasan baru tanpa peta yang jelas bagi mereka yang jahil mengenai ilmu rumah tangga. Justeru, tidak hairanlah ramai pasangan baru dan juga pasangan lama menghadapi konflik rumah tangga. Pergeseran dalam rumah tangga yang membawa kepada suasana keluarga yang tidak kondusif untuk mencari  keredhaan Allah SWT, akan merugikan banyak pihak . Kebahagiaan rumah tangga adalah asas penting dalam mencari mardhatillah.

Setiap masalah yang kita hadapi dalam rumah tangga atau situasi yang lain, adalah berpunca daripada tiga faktor: iaitu hati yang tidak murni, pemikiran yang negatif dan tindakan yang silap. Justeru, setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kitalah yang perlu menyelesaikannya.

Falsafah buku ini lebih kepada pendekatan “responsive” berbanding pendekatan “reaktif” Setiap individu yang bermasalah diajak untuk bertindak sebaik mungkin dalam konteks kekangan yang ada dan tidak menuding jari untuk mencari kesalahan orang lain. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, malah mengeruhkan keadaan. Petua, nasihat dan perbincangan yang diutarakan dalam buku ini mendorong kita untuk mencuci hati, memurnikan pola pemikiran dan mencantikkan amalan berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Pembaca buku ini akan dapat mengambil iktibar daripada isu yang dipaparkan untuk menghisab diri dan mencuplik nasihat untuk pembaikan diri yang berterusan. Bagi yang berdepan dengan pelbagai masalah perlulah bersabar.  Kesabaran anda meningkat setiap kali anda dihina dan dikeji. Kekuatan dan ketabahan hati anda semakin teguh. Setiap masa anda dapat pahala percuma daripada Allah selagi anda bersabar dan mencuba membaiki keadaan.

Tidak ramai yang menyedari bahawa stres sebenarnya adalah momentum ke arah kejayaan yang lebih besar jika berjaya ditangani dengan bijak. Kadang-kadang disebabkan oleh stres kita akan menjadi lebih teliti dengan tugasan, semakin cepat bertindak dan bertungkus-lumus menyiapkan tugasan serta semakin sempurna dalam pengurusan diri dan tanggungjawab tertentu. Dengan stres itu  kita dapat belajar menguasai masalah dan berjuang untuk menjadilebih baik dari sehari ke sehari.  Setiap  tekanan yang duhadapi  adalah ’teguran halus’  dan ’ sedekah’ daripada Allah untuk menambahkan pahala. Itu juga petanda Allah amat sayangkan kita

Semoga sedikit sebanyak nasihat di dalam buku ini memberi kekuatan kepada pembaca untuk bangkit daripada segala putus harap, lemah semangat, mati jiwa, buta mata dan cetek fikiran. Sesungguhnya apa yang kita tempuh di muka bumi adalah pembersih dosa untuk membuatkan kita lebih sabar, redha dan tambah bersyukur. Juga untuk mengajar kita bertindak lebih bijak dari sehari ke sehari.

Yakinlah, Allah ingin memberi kita syurga, kerana itu Dia menguji iman kita


Mungkin ramai dari kita, sama seperti saya, yang mentafsirkan dugaan sebagai satu bebanan yang turun pada jiwa, sesuatu yang membuatkan kita sedih dan rasa berat memikul suatu perasaan. Namun kita sebenarnya lupa, dugaan yang sebesar-besarnya adalah apabila kita diuji dengan tidak dapat melaksanakan ketaatan padanya.


Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh setiap mereka yang ingin berumah tangga, ibu bapa dan mentua, guru-guru, pendakwah, perunding motivasi, kaunselor dan mereka yang ingin menambah ilmu atau mencari perspektif segar dalam menangani isu rumah tangga.


Buku ini turut dilengkapi dengan pakej nasihat dan tip-tip keagamaan dan psikologi untuk dijadikan rujukan dan panduan kehidupan. Banyak perkara menarik dikongsikan di dalam buku ini kerana kisah yang dipaparkan kadang-kadang merupakan kisah ekstrem yang tidak terjangkau dengan akal fikiran.


Semoga kita sama-sama menjadi kekasih Allah serta meningkatkan ilmu untuk memperbaiki amal kita setiap hari. Jika kita bercinta dengan Allah, tidak mungkin hidup kita sengsara bahkan kitalah yang paling bahagia di dunia dan di akhirat. Maka teruslah bercinta dengan Allah. Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap.


Penulis juga ingin mengajak  dan mengingatkan kita sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya sehinggalah roh sampai di kerongkong.

Tuesday, January 12, 2016

TUAN ANAS MIKAEL - SYAMNURIEZMIL


BUKU DIBELI PADA 26 OKT 2015

Cik Ayu Maisara (CAM) bekerja di rumah Tuan Anas Mikael (TAM) apabila pada satu hari Ayu berkeras tidak membenarkan ibunya pergi bekerja kerana tidak sihat.  Akibat kecuaian sendiri, yang menyebabkan TAM jatuh tergelincir,  CAM telah dipaksa oleh TAM bekerja dengannya.  

CAM seorang graduan akaun dari UiTM terpaksa  menerima tawaran TAM menjadi tukang cuci selepas diugut akan memberhentikan Cik Su iaitu ibunya sekiranya beliau enggan menuruti kehendaknya.   Kisahnya  bermula bila CAM menggantikan tempat Cik Su (ibu CAM), melakukan tugasan mengemas di rumah TAM. Ibunya telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan namun keadaan rumah yang begitu besar menyebabkan CAM tersilap percaturan dan tersalah mop tangga sehingga menyebabkan TAM tergelincir jatuh.

Tugasan CAM bermula dari jam 4.00 pagi sehingga beliau dperlukan.  Tugasnya bukan setakat mengemas, beliau juga perlu belajar memasak, memandu, dipaksa beriadah, bersolek, menghias diri, dibawa ke pejabat dan menghadiri mesyuarat dengan alasan mahu menjadikan beliau seorang yang sempurna di mata TAM.  

CAM dipaksa belajar masak dengan Chef terkenal untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengahai, minum petang dan malam untuk TAM mengikut jadual pemakanan yang disediakan oleh TAM.  CAM yang sentiasa yakin diri dapat menuruti kehendak TAM belajar segalanya dalam masa yang singkat.  Mereka juga mempunyai password iaitu jikalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok

Semasa mesyuarat yang CAM dipaksa hadir sama oleh TAM, cadangan CAM telah diterima.  Kini CAM memegang jawatan  sebagai Projek Manager untuk projek di Krabi. Baru kini CAM faham kenapa TAM mengerahkan beliau mempelajari segalanya dalam masa yang singkat.  Kekuatan mental dan pengetahuan yang dipelajari bertujuan untuk membolehkan beliau mengurus hotel yang mempunyai 300 staff serta tahan akan tekanan tugas serta tahu segala masakan dan apa juga keperluan yang perlu ada di hotel.

Tuan Akhiruddin dan bondanya tidak bersetuju TAM melantik CAM mengendalikan projek di Krabi yang sepatutnya disandang oleh Safra Ariana cucu Tun Akhiruddin yang juga mrupakan bisnes partner Tuan Anas. Namun TAM tetap tegas dan menyatakan idea dari projek itu adalah dari CAM dan bukan Safra.  Sikap Safra juga tidak menunjukkan yang beliau berminat untuk bekerja membuatkan TAM memilih Ayu sebagai Projek Manager. TAM juga tahu projek pertamanya akan lingkup sekiranya Safra yang mengendalikannya.


Setelah dijaga dengan baik akhirnya TAM jatuh cinta pada CAM.  Hampir setiap masa TAM menghubundi CAM di Krabi.  Ibu CAM pernah berpesan agar beliau tidak jatuh cinta pada TAM kerana tidak mahu peristiwa lama berulang seperti mana ayah dan ibunya. CAM bersetuju berlakon menjadi girlfriend TAM bagi mengelak TAM dari berkahwin dengan Safra. Namun bila tiba masa memperkenalkan CAM sebagai girlfriend, lain pula jadinya bila TAM memperkenalkan Raisya Putri (Peguam Syarikat ) sebagai girlfriend beliau. 

Ayu Maisarah Ayman (CAM), adalah anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang keluarga dan menyebabkan mereka terpaksa berkahwin lari.  Bapa CAM terpaksa meninggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Pertemuan CAM dan TAM membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula adalah cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra adalah anak kepada Dato Azhar, iaitu anak angkat Tun Akhiruddin yang juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman iaitu ayah CAM.

Mengikut akhbar, ayah CAM meninggal dibunuh perompak. Namun hakikatnya, Dato Azharlah yang membunuhnya kerana rasa cemburu yang melampau.  Pada pandangan Dato Azhar, beliau hanya dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudahpun mempunyai pilihan lain. 

CAM cuba menggagalkan perkahwinan TAM dengan Safra.  Beliau telah merancang sesuatu namuni dihalang oleh TAM.   Setelah mengetahui siapa CAM yang sebenarnya iaitu cucu tunggal  kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin,  nyawa CAM kini adalah dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman..

Kedegilan CAM menonjolkan diri di depan Tun Amina telah merosakkan plan TAM. Dato Azhar terkejut bila CAM berani menonjolkan diri dan memaksa agar CAM menyerahkan Yayasan Ayman kepada beliau.  CAM hanya akan menyerahkan Yayasan tersebut kepada Dato Azhar dengan bersyarat iaitu meminta Dato' Azhar membatalkan perkahwinan di antara TAM dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dan dalam masa yang sama  telah merancang agar CAM dicolek dan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.   Dengan Bantuan TAM, CAM, Cik Su dan Tun Amina selamat 
manakala Dato Azhar telah ditembak mati. 

Sejak CAM menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina,  tanpa disedar TAM selalu mengikut pergerakan CAM kerana risaukan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar, hidup CAM dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah tetapi kini mereka tinggal di rumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. 


Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh TAM. TAM kemudian menghilangkan diri tanpa berita sehinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu agar mereka diketemukan kembali. 


Sebenarnya mummy TAM tak kisah siapa bakal menantunya kerana yang penting baginya adalah kebahagiaan TAM. Mummy TAM memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. CAM gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.