Tuesday, August 7, 2012

BIARKAN INDAH BERLALU - RAMLAH RASHID


buku dibeli majlis semarak membawa di KPWKM 26/6/12

Indah tinggal dengan makciknya di bandar.  Namun malang nasibnya kerana telah diperkosa oleh sepupunya sendiri iaitu Azril anak kepada makciknya.  Setelah perbincangan dibuat keluarga makciknya tidak membenarkan Indah membuat report polis dan mereka akan mendiamkan perkara tersebut bagi mengelakkan malu.

Namun Indah yang berasa trauma telah tidak betah lagi tinggal di rumah makciknya dan akhirnya makcik dan pakciknya telah sepakat untuk menghantar Indah duduk di asrama.  Namun malang baginya bila Indah didapati mengandung dan keluarganya amat menyesali kerana membenarkan Indah tinggal di bandar.  Lebih2 lagi bila mana keluarga makciknya menyatakan bahawa Indah  sendiri yang ingan tinggal di asrama.  Indah telah  dirotan sebanyak 100 kali oleh bapanya walau telah dimaklumkan bahawa beliau dirogol.   Keluarga makciknya pula tidak membela Indah dan hanya mendiamkan diri sahaja.  Indah akhirnya dihalau keluar rumah.

Indah melahirkan puteri di kawasan semak.  Beliau diselamatkan oleh Nyang dan Tok Nyang.  Warga tua tersebut yang mengetahui keadaan Indah telah membela Indah sehingga sihat dan bila mana Indah ingin bekerja Puteri ditinggalkan bersama-sama mereka.  Mereka menjaga Puteri bagai minyak yang penuh dan semua penduduk di kampung tersebut amat menyenangi Puteri yang comel dan keletah.

Selepas meninggalkan Puteri, hampir empat tahun Indah tidak datang mengunjungi Puteri kerana mengganggap Puteri adalah anak yang tidak diingini.  Namun akhirnya Indah menerima hakikat bahawa Puteri adalah darah dagingnya.   Indah pulang ke kampung Nyang dan Puteri begitu gembira bila mana dikenalkan Indah adalah ibunya.  Beliau begitu teruja kerana selama ini rakan-rakan kerap memanggil mama namun beliau hanya ada Nyang dan Tok Nyang.  Indah berjanji selepas ini akan selalu melawat Puteri.

Danial bos Indah di pejabat memang meminati Indah, namun tidak dilayannya.  Suatu hari semasa Indah balik ke kampung meziarahi Puteri dan Nyang, Danial bertandang ke rumah Nyang.  Danial begitu terkejut bilamana mendapati Indah di sana, pabila mengetahui Puteri adalah anak Indah, maka bertambah sayang Danial kepada mereka kerana sememang Puteri begitu manja dengan Danial dan memanggilnya papa sedari awal sebelum Indah mengenali Danial.

Indah yang juga menyenangi Danial berasa kurang selesa dan menjauhkan diri dari Danial kerana merasa rendah diri bilamana Danial mengetahui Siapa Indah dan Puteri.  Namun Danial menegaskan bahawa beliau tidak pernah memandang rendah pada Indah dan masih berharap agar Indah dapat menerimanya apatah lagi Puteri yang sememangnya menyenanginya.  

Akibat dari rasa bersalah Azril berusaha untuk memperisteri- kan Indah namun ditolak...Indah yang telah merancang berkahwin dengan Danial merasa tertekan lebih-lebih lagi keluarganya mendesak agar beliau menerima Azril memandangkan Puteri adalah anak mereka.  Keluarga Azril juga sedaya mungkin ingin merebut Puteri kerana keadaan Azril selepas kemalangan yang tidak memungkinkan beliau berzuriat sekiranya berkahwin dengan mana-mana wanita.  Walau pada mulanya tidak dapat menerima Puteri kerana lahirnya sebagai anak luar nikah, namun ianya berubah selepas mengetahui keadaan Azril.   Puteri juga dipujuk agar tinggal dengan mereka namun anak bijak berkenaan enggan kerana menurutnya Nyang dan Tok Nyang akan sunyi sekiranya beliau tiada.  

Malang tidak berbau bila mana rumah Nyang dan Tok Nyang musnah dihempap pokok dan meyebabkan kedua-duanya meninggal.   Walau pada awalnyaa Kak Biah iaitu bidan kampung yang juga ibu angkat Puteri berkeras mengambilnya kerana Puteri telah didaftarkan atas namanya sebagai keluarga kerana pada masa tersebut Indah tidak bersuami... Namun persengketaan mereka tidak lama pabila akhirnya Kak Biah bersedia menyerahkan Puteri kepada Indah.  Namun masalah lain pula mendatang pabila keluarga Indah tetap berkeras dan memaksa Indah menerima Azril.  

Dengan berat hati akhirnya Indah terpaksa menurut kehendak keluarganya walau dalam terpaksa.  Danial pula terpaksa mengalah walau beliau tetap menyayangi Indah dan Puteri.   Semasa majlis pernikahan Indah, tanpa disangka Danial muncul kerana hari tersebut juga adalah merupakan hari lahir Puteri yang ke 3.  Danial telah berjanji menghadiahkan kek  yang mempunyai gambar princess kepadanya sebelumyaa...Danial begitu terkejut kerana tidak menyangka kedatangannya adalah bersamaan dengan majlis Indah, namun pabila ayah Indah berkeras menyuruhnya naik maka beliau dengan berat hati terpaksa menurut.  Puteri kegirangan dan tanpa berlengah terus meluru kepada Danial.   

Danial yang juga seorang yang begitu prihatian tidak mau membebankan situasi Indah telah melepaskan beliau menuruti kehendak keluarganya.  Beliau mau agar Indah tidak tertekan dengan pilihan yang terpaksa dibuat. Walaupun hatinya meronta-ronta meminta agar majlis tersebut dibatalkan.  Azril begitu terkejut dengan kahadiran Danial dan mengambil kesempatan menanyai Danial adakah kehadirannya atas makluman dari Indah.  Danial tetap menyatakan kehadirannya adalah secara kebetulann sahaja dan berharap agar setelah Azril dan Indah berkahwin beliau memohon agar hubungannya dengan Puteri tidak dipisahkan kerana beliau sememangnya menyangi Puteri sebelum megenali Indah lagi.

Azril sebenarnay telah membuat solat istikharah namun hanya melihat Puteri dan Nazirah.  Keinginnnya memperisterikan Indha adalah kerana simpati dan tanggungjawabnya.  Walau kedua ibubapanya begitu marah dan menggangap Danial adalah pemusnah majlis mereka pada malam itu namun Azril telah mempertahankan Danial dan menyatakan hanya dapat menggangap Indah sebagai adiknya kerana cintanya adalah apda Nazirah.  

Akhirnya cinta Indah dan Danial dapat bersatu dan Puteri begitu gembira kerana padanya papanya tidak akan bekerja jauh lagi kerana itulah alasan yang diberi Indah bila mana Puteri kerap menanya mengapa Danial telah lama tidak menjenguknya.