Wednesday, June 25, 2014


“Nasihat Segar Agar Kita Sedar”
MAAF CAKAP
KITA TIDAK SIBUK TETAPI MENYIBUK
Karya En. Norden Mohamed
Buku dibeli semasa Pesta Buku di Medan MARA pada 16 Mei 2014

Karya mengisahkan isu-isu semasa yang kerap terjadi dipersekitaran kita.  Membahaskan perihal yang menyatakan orang yang sentiasa komplin tak cukup masa selalunya bukannya sibuk,  tetapi menyibuk”.

RUMUSANNYA:
1.    Orang yang suka bercakap lebih dari yang sepatutnya melambangkan seseorang yang gemar  menyukarkan perkara-perkara yang mudah. Ibarat hendak menyuap nasi dengan mengangkat tanan kanan ke belakang tengkuk untuk menyuap ke mulut kiri sedangkan,  amatlah  mudah jika kita terus menyuap nasi dari pinggan terus ke mulut.

2.         Ianya juga sebagai contoh satu pembaziran masa, tenaga dan mungkin juga dari segi kewangan jika ianya berkaitan. Sikap suka menyukarkan yang mudah itulah yang mengheret kita dalam memperlahankan tindakan.   Akibatnya yang mudah jadi bersimpul, yang jernih menjadi keruh.

3.           Kadanga kala kita mahu orang lain berfikiran seperti kita dan merasa marah bila ianya tidak berlaku kerana orang lain tidak boleh menjadi diri kita.  Kebiasaannya perselisihan faham sebegini kerap terjadi     di antara suami isteri, ibubapa serta sesama di tempat kerja.

4.          Double standard merupakan perangai yang tidak kita sedari.  Berasa diri sempurna, baik dan bagus manakala orang lain dianggap sebaliknya.  Kelemahan  persepsi  juga berpunca  dari  kita yang tidak pandai melihat lebih dari satu sudut (“To be in someone else’s shoes”. 

5.           Hanya  melihat dari sudut yang bertentangan kebiasaannya akan menimbulkan salah tanggapan.  Secara peribadi, sikap ini tidaklah memberi masalah besar, namun jika ianya melibatkan kumpulan, mungkin menjadi sebaliknya.   Ditambah pula dengan adanya kepentingan kumpulan, ianya  mungkin akan mengakibatkan berlakunya perdebatan, mengata, mengutuk yang tidak akan berkesudahan.

6.           ANtara gejala yang biasa berlaku di persekitaran kita adalah “Gangguan Psikologi Sindrom Penafian”.  Sindrom penafian yang ekstrem menjadikan seseorang itu kerap berbohong untuk melepaskan diri.

a)    Menafikan kebenaran walaupun ianya benar
b)   Menafikan kebenaran walaupun dia tau apa yang dikataka adalah tidak benar
c)   Mempunyai persepsi tersendiri yang sesuai dengan dirinya dan       menafikan kebenaran.

7.        Kebiasaannya  orang sebegini mempamerkan personaliti yang elok. Namun dalam masa yang sama meletakkan kesemua kesalahan kepada orang lain.  Sekira ianya sebati dalam diri maka, mereka telah terjerumus di dalam dunia pembohongan tegar dan akan hidup di dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar.

8.      Orang sebegini berasakan dia boleh hidup dengan bebohong dan menyangka orang lain sentiasa mempercayainya.  Ini adalah tidak mungkin kerana “You can fool all the people some of the time, and  some  of  the  people  all  the  time,  but you cannot  fool all the people all the time” kata Abraham Lincoln.                                 ,
Beberapa prasa boleh kita lihat..
Antaranya…!!!!
Sila lihat anda di kategori mana….!!!    …J
i)            “small minds talk about people”
ii)           “average minds talk about issues”
iii)         “Big minds talk about ideas”              
Merupakan kata-kata dari Eleanor Roosevelt iaitu isteri kepada Presiden Amerika ke 32 Franklin D.Roosevelt.

9.          Amat malang bagi manusia yang Berminda Kecil ini kerana tipikal mereka hanya melalui rutin yang sama.  Hidup ibarat dalam penjara dan kepompong minda yang boleh dikatakan beku.  Boleh dikenali dengan cara pertuturan yang penuh basa basi yang sudah basi serta mempunyai banyak masa menceritakan hal orang lain. 

10.       Berminda Sederhana  merupakan golongan yang suka bercakap mengenai isu-isu semasa seperti isu nasional, serantau atau antarabangsa.   Merasa keprihatinan mereka jauh  lebih hebat dari mereka yang terlibat.  Mereka simpati dan juga empati namun malangnya kesemua yang mereka saksikan hanyalah melalui TV atau bacaan sambil menggoyang kaki.

11.       Golongan Berminda Besar sukar ditemui kerana tidak ramai yang tampil bercakap mengenai idea.  Hakikatnya golongan sebegini amatlah ramai kerana kitalah orang itu namun, kita tidak sedar kerana fikiran kita telah dikaburi oleh “herd mentality” (mentaliti ikut-ikutan).  Kita menjadi silent majoriti  yang sepatutnya menjadi noisy majority.  Sekiranya kita berani bersuara dan tidak malu bertempat, tentu banyak idea-idea yang boleh kita lahirkan untuk mensejahterakan masyarakat dunia.

12.       Ada ketikanya kita pun dua kali lima seperti orang lain kerana kita tidak sedar akan kelemahan sendiri.   Asyik mencari kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri.  Kerap memandang ke luar tetapi tidak kepada diri sendiri.

13.       Berwacana atau “intellectual discourse” diinspirasikan daripada amalan cendekiawan Islam.  Ianya bukan perdebatan tetapi lebih kepada mencari arah untuk mempertemukan minda.  Dimulai dengan hujah dan beberapa usul dan mencari kebaikan dari hujah-hujah yang dibentangkan.   Perlu ada “ethics of disagreement” iaitu perlu tertib untuk menghormati pendapat yang bertentangan. 

14.   Berwacana perlukan kejujuran serta kesabaran untuk mendengar hujah orang lain.  Perlu bertoleransi dan ada belas kasihan  dalam penyampaian agar tiada yang berasa terhina.  Berhujah untuk membetulkan pandangan dalam bentuk nasihat.  Tiada konsep siapa menang siapa salah dan tiada komunikasi satu arah.   Berwacanalah dan bukan asik bertekak kerana kita akan menjadi sakit jiwa kerana berburuk sangka merupakan sejenis penyakit hati.

Sekian perkongsian saya pada kali ini.
Semoga ianya dapat memberi sedikit pencerahan minda kepada semua rakan taulan.