Tuesday, October 6, 2015

KERANA DIA BIDADARI SYURGAKU - NANA RUMAYSA


Novel dibeli pada 3 Februari 2015

Nur Nadimah bekerja di syarikat Puan Sri Zainun sebagai tukang cuci manakala pada sebelah malamnya bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan.  Nur tidak habis bersekolah kerana ingin membantu keluarganya menyara adik-adik untuk bersekolah. Keperibadian Nur amat disenangi oleh sesiapa juga termasuk keluarganya sendiri.

Walau tidak dikurniaka wajah yang cantik namun kepribadian, ketaataannya kepada agama dan kerajinannya membuatkan beliau amat disenangi.  Cuma Zikri Darius sahaja yang begitu menyampah melihat Nur kerana dirinya yang dianggap terlalu hodoh.

Zikri mengenali Syarifa yang sama belajar di kolejnya. Sebulan berkenalan, Zikri tidak sabar-sabar meminta bondanya meminang Syafina kerana tidak mahu Syafina jatuh ke tangan orang lain.   Bondanya terpaksa menuruti kehendak anaknya walaupun beliau tidak bersetuju.   Semasa keluar mencari barangan pertunangan anaknya, beliau terlihat Syafina bersama lelaki lain dengan keadaan yang begitu mesra.   

Syafina sebenarnya tidak ikhlas menyintai Zikri.  Beliau hanya mengambil kesempatan ke atas diri Zikri yang kaya dan naif. Walau telah beberapa kali disakiti oleh Syafina, namun kerana cintanya yang amat mendalam membuatkan beliau buta mata dan tidak menghiraukan nasihat-nasihat dari bonda serta sahabat baiknya.  Bondanya telah melakukan siasatan bagi mengetahui siapakah Syafina yang sebenarnya, namun Zikri tetap tidak mempercayainya.   Akhirnya setelah hampir tamat perjanjian tempoh pertunangan mereka selama 4 tahun, Zikri sekali lagi dikeceweakan  bila mana Syafina  tidak mahu berkahwin dengan Zikri.


Bonda Zikri merupakan orang yang bertanggungjawab memisahkan Zikri dan Syafina kerana tidak mahu Zikri dipermainkan oleh perempuan yang tidak setia.  Beliau telah memberikan sejumlah wang kepada Syafina agar menjauhkan diri dari anaknya.  Syafina yang sememengnya mata duitan, bersetuju dengan cadangannya.


Setelah dikecewakan oleh Syafina dan tidak jadi berkahwin, Zikri menjadi seperti mayat hidup. Tidak mahu bekerja, diri sendiri juga tidak terurus, berkurung berbulan-bulan tidak mahu keluar bilik dan amat sukar bila disuruh makan. Bondanya mengambil keputusan mengahwinkannya dan Zikri akhirnya bersetuju dengan cadangan dan menyuruh bondanya yang mencarikan calon.

Zikri begitu terkejut bila pilihan bonda adalah Nur Nademah iaitu orang yang paling dibencinya.  Melihat Nur pun dia tidak sudi..apatah lagi menjadi isterinya.  Zikri begitu marah terhadap bondanya dan Nur sering menjadi mangsa kemarahan Zikri.   Menyedari hakikat  diri tidak sempurna, Nur Nadimah pun tidak pernah terpikir untuk menjadi isteri Zikri kerana Nur menyenangi Ruslan iaitu despetch boy di pejabatnya.  Namun beliau kecewa apabila Ruslan tiba-tiba hilang tanpa khabar berita dan tidak lagi bekerja. 

Syafina datang kembali mendekati Zikri apabila wangnya habis dijoli.  Zikri yang masih terlalu menyintai Syafina terus cair bila Syafina merayu dan mengakui kesilapannya dan memohon maaf.   Puas bonda berusaha menyedarkannya bahawa Syafina hanya inginkan Zikri kerana duit namun Zikri tetap tidak mempercayainya.   Sekali lagi bondanya terpaksa mengambil jalan yang sama memutuskan perhubungan mereka dengan memberi lagi sejumlah wang kepada Syafina untuk menjauhkan diri dari Zikri.   Syafina berjanji tidak akan menganggu Zikri lagi dan pada kali ini khidmat Nur diperlukan bagi meyakinkan Syafina bahawa Zikri benar-benar bahagia hidup bersama Nur.  Nur yang tidak pernah berbohong terpaksa bersetuju cadangan ibu mertuanya bagi menyelamatkan rumahtangganya.


Zikri  membenci Nur Nadimah kerana beliau dianggap cuba memisahkannya dengan wanita pujaannya, Syafina. Nur juga memiliki kekurangan yang paling tidak disukainya. Bagi Zikri, wanita itu terlalu buruk berbanding dengan wanita yang pernah dilihatnya di atas muka bumi.  Namun begitu, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Dek kecewa ditinggalkan Syafina, Zikri Darius akur untuk berkahwin. Tanpa diduga, wanita yang menjadi isterinya itu adalah wanita yang terlalu dibencinya selama ini.  


Nur tetap menjalankan tugasnya sebagai isteri walau dibenci oleh Zikri.  Nur tidak pernah melawan dan hanya pasrah apa jua yang dilakukan Zikri terhadapnya.  Tidak pernah sekalipun Nur memburukkna nama suaminya di hadapan keluarga mereka.  Nur sentiasa menjaga nama baik Zikri walau Zikri tidak pernah melayannya dengan baik.  


Syafina meracuni Zikri dan memberitahu bahawa bondanyalah yang menjadi penyebab perpisahan mereka dan untuk kali yang kedua,  Nur juga terlibat sama.  Zikri termakan hasutan Syafina dan mengambil keputusan menceraikan Nur dan menganggap Nur bukan sahaja buruk dari paras rupa tetapi juga  kelakuannya.  Dalam perjalanan ke pejabat kadi mereka mendapat kemalangan dan dimasukkan ke hospital.  Bondanya terpaksa menggunakan diplomasi bagi mengetahui cerita sebenar dan akhirnya mengatahui bahawa Syafina telah muncul kembali kepada Zikri.

Zikri akhirnya menyedari bahawa Syafina hanya mengembil kesempatan ke atas dirinya setelah puas disedarkan oleh bondanya dengan bukti-bukti.  Beliau menyesal namun Nur telah pergi menghilangkan diri dari.  Nur pernah pulang ke kampung sebelum ini dengan memakai purdah bagi mengelakkan dirinya dikesan kerana terdapat luka-luka dan lebam-lebam akibat dikasari oleh Zikri.  Ternyata, bukan mudah untuk hidup bersama orang yang tidak dicintai. Namun, kesabaran dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nur Nadimah membuahkan hasil. Sehinggalah pada satu hari, berlaku satu peristiwa hitam yang membabitkan Zikri Darius dan Syafina hingga membuatkan Nur Nadimah berlalu pergi.


Nur terpaksa menceritakan segalanya kepada keluarga setelah beliau pengsan semasa di kampung.   Doktor yang merawatnya  memaklumkan bahawa Nur telah didera dan dikasari serta beberapa kali mengalami keguguran dan tidak boleh mengandung lagi. Ibubapa Nur begitu marah kerana  menyangkakan bahawa selama ini anak mereka hidup bahagia.  Zikri yang telah menyesal puas meencari Nur namun tidak berjumpa.   Ayah mertuanya yang bersimpati dengan beliau telah meminta Zikri datang pada tarikh yang diberikan dan menyatakan bahawa beliau akan dapat berjumpa Nur pada masa terseut.   


Zikri hadir pada tarikh yang ditetapkan hampir 8 bulan kemudianya namun Zikri kecewa apabila melihat pengantin yang bersanding masa itu.  Beliau menyangkakan Nur yang berkahwin kerana selma ini dia tidak pernah mahu mengambil tahu akan perihal keluarga serta adik beradiknya.  Menyangkakan Nur yang berkahwin Zikri terus berlalu membawa diri dan begitu kecewa.  


Zikri benar-benar telah berubah.   Puas dirayu oleh Syafina, hatinya tetap pada Nur yang telah banyak berkorban untuknya.  Baru beliau nampak kebaikan serta keikhlasan Nur semasa menajdi isterinya walaupun beliau telah mensia-siakannya.  Keperibadian Nur dan segala layanan Nur terbayang-bayang dalam fikirannya dan beliau tau beluiau tidak akan dapat semuanya sekiranya berkahwin dengan Syafina.  


Zikri ke tanah suci menunaikan umrah.  Suatu hari sehabis berdoa, beliau dicuit oleh seorang wanita dari belakang.  Rupa-rupanya Tuhan masih sayangkan mereka dan menemukan mereka di sana.  Zikri baru mengetahui bahawa yang berkahwin tempohari adalah adik kembar kepada Nur.  Nur yang benar-benar kecewa telah membawa diri dan menerima tawaran kerja di sana.   Di sana juga Zikri bertemu kembali sahabat baik beliau iaitu Ruslan yang berhenti kerja kerana kecewa dengan sikap dan cara Zikri.  Ruslan juga bekerja di sana setelah meletakkan jawatan di Syarikat Zikri.  Mereka akhirnya bersama kembali dam berasa bersyujur kerana Zikri benat-bear telah berubah.