Monday, May 14, 2012

SUNGGUH AKU MENGERTI - AMISHA DANIA


BUKU DARI KARYASENI DIBELI SEMASA PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC - 27 APRIL 2012

Lili Julia, Zaira dan Atilia sama-sama seuniversiti.  Semasa cuti semester Julia ke asrama untuk berjumpa dengan Zaira kerana Zaira sememangnya jarang pulang ke kampung semasa cuti semester.  

Julia singgah di sana selepas beliau menghantar ibunya membuat rawatan susulan di PPAM.   Julia bergegas semula untuk kembali ke hospital pabila mendapat panggilan dari ibunya dan berjanji dengan Zaira akan mengambil Zaira  kemudian nantu untuk ke rumah Atilia kerana kelyarga Atilia akan mengadakan kenduri.   

Sesampainya di hospital, sana Julia tergesa2 berlari kerana hendak ke tandas..namun malang baginya bila beliau telah  tersalah memasuki tandas lelaki.  Tengku Effendi yang kebelutan berada di dalam tandas berkenaan telah menegurnya  dan membuatkan Julia benar-benar terkejut dan malu...dan terus berlari keluar tanpa melaksanakan hajatnya.

Sementara Atilia pula, mempunyai seorang abang iaitu Tengku Effendi yang baru pulang dari luar negara.  Ibunya membuat majlis kenduri bagi menyambut kepulangan abang kandungnya itu...

Sesampainya Julia di rumah Atilia pada petang tersebut, beliau telah benar-benar terkejut kerana abang Atilia adalah merupakan jejaka yang terserempak dengannya di tandas lelaki di PPAM petang tadi.  Tengku Effendi tanpa malu terus mentertawakan Julia dan menceritakan kisah pertemuannya dengan Julia petang tadi.. Julia begitu geram dan malu kepada semua namun Tengku Effendi tetap dengan selambanya.