Monday, January 25, 2016

KOPI O TANPA GULA - ABD JALIL ALI



 SEPAHIT-PAHIT KOPI, 
KALAU DICAMPUR PATI TONGKAT ALI 
ADA JUGA NIKMATNYA

Buku nukilan Dato' Abd Jalil Ali yang memaparkan pelbagai rencah kehidupan seharian. Setiap hari akan ada saja pelbagai cerita kehidupan.  Pahit, manis, masam, kelat dan sebagainya.  Dato’ Abd Jalil Ali merupakan seorang wartawan. Banyak hasil tulisannya adalah melalui fakta.  Kesemuanya adalah realiti dan bukannya fantasi.   Diperolehi dari sidang media, temuramah dan penyelidikan, kesemunya menjadi bahan tulisan yang amat menarik untuk dibaca. 


Juga memaparkan kisah kehidupannya sendiri serta rakan-rakan. Banyak kisah-kisah lucu dan kadang kala sepele kata orang jawa iaitu yang remeh temeh boleh menjadi punca pergaduhan besar bagi pasangan.   

Antara yang dipaparkan seperti masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah kerja dan sebagainya yang boleh kita jadikan contoh tauladan.   Kisah sehari-hari perjalanan kehidupan kita di pentas dunia yang boleh dijadikan iktibar dan panduan serta pedoman. Kekuatan diri sendiri membolehkan kita mengatasi segala permasalahan diri.  

Kadangkala pada kita ianya dianggap remah namun tidak pada individu lain. Justru kita tidka boleh memandang enteng sesuatu perkara itu walaupun pada kita ianya adalah sekadar perkara kecil.Tradisi serta adat juga perlu diambil kira. Walau kadangkala ianya kadangkala seakan tidak perlu kita ikuti, namun ada kalanya menurut itu adalah lebih baik kejadiannya asal kan tidak melanggar hukum agama.

Banyak kisah-kisah yang boleh buatkan kita tersenyum dan tertawa bila membacanya, dan sememangnya layak tajuk buku ini dengan isi kandungannya. Begitu menarik minat siapa sahaja yang membaca hasil nukilan Dato' Abdul Jalil Ali ini dan sememangnya tidak rugi jika membeli dan menghayatinya.