Sunday, June 13, 2010

HATI YANG LUKA - NORHAYATI IBRAHIM


















Widad memutuskan pertunangannya dgn Raof kerana Raof sering menghina beliau dan sering menggangap beliau tidak setaraf  disebabkan Widad hanya merupakan anak bekas pemandu ayah Raof.  Hubungan Widad dengan Datuk Abdullah iaitu ayah Raof dan Datin Mala ibu Raof amat baik.  Begitu juga dengan ibubapa Widad begitu rapat dgn ibubapa Raof.  Mereka hormat antara satu sama lain dan ibu Raof sememangnya ingin Widad menjadi menantunya.

Widad mengikuti abangnya ke luar negara bagi melanjutkan  pelajaran dan setelah mendapat Master beliau kembali semula ke Malaysia.  Beliau akhirnya bekerja sebagai PA kepada Datuk Abdullah.

Raof berkawan rapat dgn Mimi yang tinggal selang beberapa rumah dari rumah Raof.  Ibu Raof kurang menyenangi Mini dan ibunya yang sering memperlekehkan orang lain dan garang.  Mimi merupakan model sambilan dan Raof kerap dijadikan orang suruhannya  untukmembawanya ke sana ke mari.

Raof akhirnya  tidak tahan dengan sikap Mimi  & mengambil keputusan untuk berpisah namun Mini & ibunya telah menyaman raof kerana mendakwa raof telah mengasari & mencederakannya.  Bagi menyelamatkan Raof, Widad bersetuju untuk bernikah dgn Raof dengan beberapa syarat.   Widad bersetuju kerana memikirkan banyak dia & keluaraga terhutang budi dgn keluarag Raof.

Raof kerap bercakap kasar dgn Widad walau telah lama berkahwin.  Ini disebabkan dari kecil  Raof telah menggangap Widad adalah anak orang gajinya dan pemandunya dan sedari kecil Widad telah dibuli oleh Raof dgn menyuruh beliau membuat kerja2 sekolah beliau dan lain2.  Keadaan ini terbawa2 hingga beliau dewasa dan berkahwin. 

Sehinggakan Widad mengandung pun Raof menjadi marah dan menggangap Widad sengaja menjerat Raof dgn adanya anak tersebut. Widad juga terpaksa memandu sendirian ke hospital setelah beliau jatuh dan keguguran.   3 jam setelah lepas beliau sedar dari pengsan & menelefon Raof namun Raof menyuruh Widad pergi sendirian ke hospital.  Namun sebagai seorang isteri yang baik Widad tidak pernah menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapapun hal ini.

Setelah kes Raof & Mimi selesai,  maka terurailah ikatan mereka sebagai suami isteri seperti yang termaktub dalam perjanjian di antara mereka.   Widad memohon bercuti dari Dato' Abdullah bagi menenangkan fikiran.  Raof mula menyesali apa yang berlaku dan pertama kali keluarag mereka melihat Raof seperti oang hilag akal meratapi kehilangan Widad.   Hakikatnay Raof amat menyayangi Widad namun ego seorang lelaki membuatkan beliau tidak mahu menunjukan kelemahan dirinya.

 Akhirnya Widad dan Raof  dapat hidup dgn aman damai kerana sememangnya mereka memang menyayangi satu sama lain dan Raof telah beransur2 berubah sikap  dan tidak lagi terlalu ego dan sombong dgn kedudukannya.