Wednesday, August 19, 2015

SETULUS JANJI - AINA EMIR

BUKU SETEBAL 457 MUKA SURAT
DIPINJAM DARI LIBARY LPPKN
 
Insyirah merupakan anak angkat kepada keluarga Ilham dan Aiman yang juga mempunyai 2 orang adik beradik perempuan yang lain.   Walau masih mempunyai keluarga sendiri namun kerana adik beradiknya yang ramai maka Insyirah  telah dibela oleh keluarga angkatnya.  Insyirah tetap kerap berjumpa keluarga kandungnya dan  ikatan kedua-dua keluarga mereka amat rapat.
 
Insyirah meneruskan pelajaran ke Manchester.  Bila bercuti ke Malaysia, Insyirah mula kurang mesra dengan Ilham.  Sikap Ilham yang agak serius dan kurang bercakap membuatkan Insyirah lebih merasa kurang selesa mendekatinya apatah lagi Ilham  telah bekerja sebagai seorang doctor pakar.
 
Insyirah bercinta dengan Aiman.  Namun bercinta dengan Aiman risikonya amat tinggi kerana beliau adalah mat romeo dan kerap  bertukar pasangan.Keluarga tidak mahu Insyirah kecewa namun perhubungan mereka tetap berjalan.  Apabila Insyirah telah pulang ke tanahair, pelbagai dugaan menimpanya.  Aiman tidak datang menjemputnya di airport setelah berjam-jam Insyirah menunggu walau pada mulanya Aimanlah yang beria-ia berjanji.
 
Jarak antara Insyirah dan Ilham makin jauh bila beliau mengetahui Ilham telah bertunang dengan Juwita dan akan berkahwin.   Insyirah tidak tahu menahu mengenai putusnya pertunangan antara  Ilham dan pasangannya.
 
Insyirah ingin ke pekan mencari baju baru untuk dipakai pada kenduri  lusa. Keluarga menyarankan Insyirah pergi esok namun beliau  berkeras untuk pergi malam itu juga.  Mama mencari jalan dan akhirnya menyuruh Ilham menemani Insyirah.  Walau pada asalnya Insyirah keberatan namun akhirnya beliau bersetuju.
 
Pagi sebelum kenduri Insyirah ingin berjumpa keluarga kandungnya.  Ilham diminta sekali lagi menghantar Insyirah.  Aiman begitu marah kerana Insyirah akan meninggalkannya yang ketika itu baru sampai.  Aiman ingin menghantar Insyirah namun Ilham berkeras dan tidak bersetuju Aiman ingit mengikutnya sekali.  Insyirah yang masih sakit hati dengan Aiman meneruskan juga pulang ke kampong bersama Ilham.
 
Selepas itu Aiman terus menyepi hinggakan Insyirah seakan semakin jauh dengannya.  kerap berjanji namun kerap memungkiri.  Ilham kerap diminta oleh mama menemani Insyirah kiranya Insyirah memerlukan bantuan.   Walaupun berasa kurang selesa dengan sikap Ilham yang agak pendiam dan serius namun sebenarnya Insyirah amat senang sekali dengan Ilham. 
 
Insyirah mendapat kerja di Kuala Lumpur dan akhirnya semakin rapat dengan Ilham dan bertunang.  Aiman yang sememangnya dingin dengan Ilham makin  tidak bertegur sapa dan ada saja yang tidak kena di antara mereka.  Semasa perkahwinan Insyirah dan Ilham Aiman telah membawa seorang wanita bersamanya.  Insyirah menyangkakan  itu adalah teman wanita baru Aiman.  Setelah dimaklumkan barulah Insyirah tau bahawa itu adalah bekas tunang Ilham.
 
Konflik mula datang bertimpa-timpa ke atas Insyirah dan Ilham.  Ilham menganggap Insyirah masih menyintai Aiman manakala Insyirah pula merasakan yang Ilham juga masih menyintai Juwita.  Akhirnya perselisisihan yang tidak berkesudahan terjadi di antara mereka.   Hubungan mereka semakin panas apabila beberapa kali Insyirah dan Ihlam dilihat bersama pasangan terdahulu.   Masing-masing membuat andaian sendiri tanpa mau duduk berbincang merungkaikan keadaan.  Sementelah Aiman dan Juwita pula mencucuk Insyiran dan Ilham bahawa pasangan mereka masih  menyintai pasangan lama mereka.  Hubungan Insyirah dan Ilham makin bertambah panas hinggakan keluarga juga memakluminya.

Insyirah membawa diri meneruskan pelajaran ke Manchaster bersama anaknya Adilla apabila Ilham berkahwin dengan Juwita.  Insyirah begitu kecewa kerana Ilham seolah-olah tidak menghargai dirinya dan anaknya.  Puas keluarga dan Ilham menujuk namun Insyirah tetap berkeras kerana hatinya begitu terluka.  Ilham beberapa kali ke Manchaster bagi menjenguk Insyirah dan Adilla.   Walau marah dan berkecil hati dengan Ilham, namun Insyirah tidak menafikan beliau amat merindui suaminya dan merasakan kegetiran duduk berjauhan sambil belajar dan menjaga anak sendirian.  Insyirah beruntung kerana rakan lamanya iaitu Imanina yang berwarganegara Negara Afrika menjadi teman serumahnya. 

Bersama Imanina Insyirah dapat berkongsi apa juga bersama-sama.   Insyirah dan Ilham akhirnya bercerai kerana Ilham menganggap Insyirah masih menyintai Aiman walau Aiman telah tiada.  Sementelah lagi dengan kehadiran Rizuan yang pernah dijumpainya di Malaysia dan kini ada bersama-sama Insyirah di Menchaster.  Mereka terjumpa semasa ingin mengambil Adilla dari nursery.  sememangnya Ilham tau Rizuan amat menyukai Insyirah sejak dari Malaysia lagi.    

Insyirah mendapat peluang meneruskan pelajarannya di Malaysia selama 1 setengah tahun namun perlu pulang semula ke Menchaster beberapa bulan bagi menyelesaikan pengajiannya.  Ilham telah mencarikan penempatan yang berdekatan dengan UPM bagi kemudahan Insyirah berulang alik.   Mereka akhirnya bersatu kembali demi anak mereka.  Yang pastinya mereka masih amat menyintai antara satu sama lain.  

Insyirah agak musykil dengan cara kehidupan Ilham yang kadangkala balik dan tidak.  Mungkin beliau sibuk melayan seorang lagi isterinya namun  Insyirah tetap dengan cara menyimpan apa yang dirasakan.   Namun apabila Ilham akhirnya Ilham lebih kerap bersamanya, Insyirah mula ingin mengetahui apa yang terjadi.  Akhirnya Ilham menceritakan  sbahawa beliau telah dijerat oleh Juwita untuk berkahwin.   Menguggut anak yang dikandungnya adalah anak Aiman dan akan memalukan keluarga Ilham serta menjatuhkan reputasi Ilham sebagai pakar di hospital sekiranya Ilham enggan berkahwin dengannya. mama dan papa yang kerap sakit membebankan fikiran Ilham jika beliau tidak menurutkan kehendak Juwita.   Setelah Juwita melahirkan,  Ilham  telah membuat ujian  kerana masih menyimpan DNA Aiman.   Didapati anak itu bukanlah anak Aiman dan  Ilham telah menceraikannya.   Insyirah merasa amat bersalah terhadap Ilham kerana salah sangkanya selama ini. 

Ikatan mereka bertambah erat bilamana Ilham  terjumpa surat yang ditulis oleh Insyirah sendiri di dalam handbeg yang dibuat main oleh Adilla.  Dari situ Ilham mengetahui  sebenarnya Insyirah juga amat menyukai dan menyintainya sejak lama dulu.  Sejak itu layanan Ilham amat berbeza dari sebelumnya.  Insyirah juga baru mengetahui bahawa Ilham amat menyukai dan menyintainya sejak beliau kecil lagi.  Mereka tidak ingin lagi melalui masa-masa yang terbuang dengan sia-sia akibat dari salah faham.  Kehidupan mereka bertambah rapat dan erat lebih-lebih lagi keluarga mereka akan tertambah tidak lama lagi.  Keluarga juga amat bersyukur dengan perkembangan baru keluarga mereka.