Monday, November 17, 2014

SUAMIKU ENCIK SOTONG - SYIKIN ZAINAL (KARANGKRAF)

SUAMIKU ENCIK SOTONG
KARYA SYIKIN ZAINAL
buku setebal 611 mukasurat dibeli pada 14 November 2014

Atas wasiat nenda,  Erica dan Farish perlu menikah untuk membolehkan Erica mengambil alih Khaleeda Holdings. Jangkamasa pernikahan sekurang-kurangnya adalah untuk selama tiga tahun.  Setelah itu jika jodoh merka tidak panjang, mereka boleh membuat haluan sendiri dan Khaleeda Holdings tetap menjadi miliki oleh Erica.  Sekiranya wasiat tidak dipatuhi, Erica dan Faish hanya mendapat sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Ringgit sahaja setiap bulan  dan yang lain-lainnya akan diserahkan kepada Yayasan Khaleeda.

Wasiat juga meminta Farish melanjutkan pelajaran ke Kolej. Tanpa disangka Farish dan Erica belajar di Kolej yang sama.   Ini membuatkan Erica dan Farish begitu marah.  Farish telah pulang ke Melaka untuk bersemuka dengan Mama Lianya dan Erica pula meluahkan amarah kepada papanya.

Dalam masa yang sama, Tengku Atylia iaitu Mak Ngah kepada Erica dan Farish merasakan Rica tidak layak mendapat Khaleeda Holding.   Baginya Khaleeda Holdings adalah haknya.  Beliau berpakat dengan anaknya Izhan agar rapat dengan Rica dan mengambilnya sebagai isteri pabila Rica dan Rish telah bercerai selepas 3 tahun nanti.  Selepas mendapat Khaleeda Holding dia mengarahkan Iz menceraikan Rica kerana akan menjodohkan Iz dengan Qarina pula iaitu anak kepada Tan Sri Khalil.

Tanda disangka Iz dan Rica telah benar-benar saling menyintai. Rish pula yang sejak awal memasuki kolej berkawan dengan Dhia Addira, beransur-ansur berubah dari seorang lelaki lembut yang kerap dipanggil Si Sotong oleh Rica telah menjadi pemuda yang macho, tampan dan menawan dan boleh menggegarkan sesiapa yang melihatnya.  Ini adalah atas dorongan Dhia yang ingin melihat sahabatnya itu agar tidak dikeji dan dihina oleh sesiapa jua.


Rica dan Rish telah berbaik apabila masing-masing sudah mempunyai kekasih hati. Mereka telah menjadi kawan dan menyokong pasangan masing-masing kerana  pasti mereka akan mengakhirkan perkahwinan mereka dan  dapat hidup bersama pasangan masing-masing yang mereka cintai.  Namun, Rish dan Rica tetap merahsiakan identiti mereka dari kekasih Rish kerana tidak ingin hal-hal lain pula yang akan timbul.


Rica menyusuli Iz yang membawa staffnya ke Bali.  Walau ditegah oleh papanya namun akhirnya dipersetujui juga setelah Rica meyakinkan bahawa Iz tiada di sana  dan tujuan beliau ke sana hanyalah untuk merehatkan fikiran.  Walau telah berjanji dengan diri masing-masing agar tidak melakukan sesuatu yang dilarang sebelum mereka sah menjadi pasangan suami isteri, namun hasutan syaitan lebih kuat menggoda mereka.  

Rica akhirnya mengandungkan anak Iz.  Dia hilang punca dan tidak tahu bagaimana hendak melindungi masalah ini dari papanya. Beliau pasti papanya  begitu kecewa dan  kepercayaan yang diberikan kepadanya dan telah disalahgunakan.   Setelah beberapa hari tidak dapat menghubungi Iz yang begitu sibuk dengan tugasan seharian,  Rica telah ke rumah Mak Ngahnya bagi mencari Iz. Malang baginya bila beliau terdengar perbualan di antara Tengku Atylia dan Qarina.  Dari situ baru Erica sedar bahawa Iz hanya mempermainkannya sekadar untuk mendapatkan Khaleeda Holdings,  setelah itu Iz akan meninggalkan Rica.  

Erica merasa tertipu dan amat kecewa,  lebih-lebih lagi bila beliau terpandangkan cincin yang pernah diihat dan amat berkenan semasa di Bali.  Rupa-rupanya Iz membeli juga cincin berkenaan  dan kini cincin tersebut berada dijari Qarina.   Ini membuatkan Rica benar-benar mempercayai kata-kata Tengku Atylia.

Tengku Atylia terkejut bila Rica tiba-tiba muncul.   Apa yang dirancangkan telah diketahui oleh Rica. Walau  sememangnya beliau telah mengetahui bahawa Iz benar-benar menyintai Rica, namun beliau tetap ingin memisahkan mereka kerana tidak menginginkan Rica sebagai menantu untuk selamanya.   Beliau berkehendakkan Qarina pula menjadi menantunya.


Apabila tembelangnya pecah, beliau terus mengapi-apikan Rica dan menyatakan beliau tidak lagi berkehendakan Khaleeda Holdings. Baginya harta-harta Tan Sri Khalil jauh lebih banyak dari Khaleeda Holdings.   Rica begitu kecewa setelah mengetahui diri dipermainkan. Walau Iz tidak berniat sedemikian kerana setelah mengenali Rica, beliau telah meninggalkan tabiat lamanya dan hanya Rica sahajalah cinta hatinya.  

Rica yang begitu kecewa  tiada arah tujuan akhirnya tinggal di rumah Rish kerana tidak mahu papanya mengetahui masalahnya.  Papanya pula amat menyenanginya kerana menyangkakan Rica dan Rish semakin rapat dan ini adalah petanda baik dalam perkahwinan mereka.   


Rish merasa belas terhadap Rica lebih-lebih lagi apabila melihat sendiri Erica pengsan kerana menelan ubat tidur dengan banyak dan  ingin membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sendiri akibat dari tekanan perasaan.   Rich sedaya mampu membantu Rica atas rasa sayangnya terhadap adik sendiri.

Rish telah membawa Rica ke klinik bila Rica jatuh pengsan.   Doktor mengesahkan yang beliau benar-benar mengandung. Walau sebelum ini Rica hanya membuat pregnency test sendiri, namun kesahihan dari doktor membuatkan beliau hilang semangat.  Iz yang kebetulan berada di klinik berkenaan kerana tidak sihat begitu terkejut bila mendengar kata-kata doktor.  Beliau tahu anak yang dikandung Rica adalah anaknya.  Walau puas Rica menafikan, Iz tidak mau mengalah dan terus-terusan mengikuti Rica .  Puas Iz merayu kepada Rica walau dihalang keras oleh ibunya, namun Rica yang begitu kecewa tetap tidak menghiraukan 

Zahid iaitu ayah Rica begitu gembira apabila mengetahui Rica dan Rish tidak jadi bercerai.  Lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang Rica telah mengandung.  Namun naluri Mama Lia iaitu orang yang menjaga Rish sejak kecil, dapat membaca ada yang tidak kena di antara anak-anak saudaranya itu.   Akhirnya beliau  mendapat maklumat sebenar mengenai apa yang telah terjadi.  Walau puas dinasihat, namun beliau tahu, Rish mempunyai hati yang sangat mulia untuk menolong Rica.

Setelah genap tiga tahun, mereka perlu berkumpul semula di rumah agam.  Farish dan Rica datang bersama manakala Iz dan ibunya membawa Qarina.  Masing-masing menunjukkan ego mereka walau mereka mengetahui mereka saling menyintai.  Namun permainan Tengku Atylialah yang menyebabkan hubungan mereka berantakkan.

Rish bersetuju menangguhkan perceraian mereka selepas Rica melahirkan anaknya.  Dalam masa yang sama Rish juga bimbang jika Dhia mengetahui keadaan dirinya dan Rica.  Ini bermakna hubungan dia dengan Dhia pula yang akan berantakan.


Disebabkan Tengku Atylia yang berpura-pura sakit kerana ingin mengambil simpati dari anaknya Iz,  Iz tiada pilihan melainkan menurut kehendak ibunya untuk bertunang dengan Qarina.  Walau beliau begitu menyintai Rica,  namun bila dilihat Rica bahagia disamping Rish,  beliau merasakan yang dia telah tidak punya tempat dihati Rica.  


Tengku Atylia telah membawa bakal besannya dan Qarina ke Butik Khaleeda untuk menempah baju pertunangan.  Farish ditanya mengenai Rica oleh Mak Ngahnya dan Qarina.  Dhia dan 2 lagi pekerjanya begitu terkejut kerana mereka tidak pernah diberitahu bahawa Rish mempynyai keluarga di Kuala Lumpur.  Semasa Iz pula yang datang untuk mengukur baju,  nama Rica sekali lagi disebut di hadapan mereka.  Ini membuat Dhia merasa curiga yang Rish ada menyorokkan sesuatu dari mereka semua.

Semasa mengambil baju yang telah disiapkan oleh Rish, Qarina yang tercari-cari akan Rish telah diberitahu bahawa Rish agak lewat masuk pada hari itu.   Qarina membuat andaian bermungkinan Rish membawa isterinya yang hamil membuat check up di klinik.  Dhia,  Farah dan Laila begitu terkejut kerana tidak diketahui bahawa Rish telah berkahwin.   Mereka begitu marah kerana menyangka bahawa Rish juga kaki penipu.  Dalam masa yang sama Dhia juga tertanya-tanya bila masa pula yang Rish berkahwin kerana  sememangnya beliau  mengenai Rish sejak mereka sama-sama di kolej lagi.


Bagi mendapatkan kepastian,  mereka bercadang menerima pelawaan Qarina untuk hadir di Majlis Pertunangannya . Disebabkan mereka tidak berpeluang ke rumah Qarina di sebelah siang kerana menjaga butik,  mereka telah ke rumah Iz pada sebelah malamnya.  Dhia cukup pasti yang dia akan mengetahui kebenarannya pada malam itu kerana pasti  Rish akan hadir bersama isterinya pada masa tersebut.


Benar seperti dijangka,  bila Qarina memperkenalkan Rish dan Rica kepada Dhia.  Mereka begitu terkejut dengan kehadiran Dhia dan rakan-rakannya.  Maka terjadilah insiden yang amat menyakitkan hati.  Dhia meninggalkan majlis setelah meluahkan sakit hatinya terhadap Rish.  Rish yang kebuntuan meminta Rica membantunya memujuk Dhia.  Rica ingin berterus terang mengenai perhubungan mereka,  namun pada masa yang sama Iz telah berada dekat dengannya.  Rica tidak sanggup menyatakan kebenaran hubungannya dengan Rish kerana tidak mahu Iz mengetahui anak siapa yang dikandungnya itu.  Rish berasa begitu kecewa kerana pengorbanannya untuk keluarga Tengku Khaleeda termasuk Rica tidak dihargai.  Bila mana beliau menghadapi kemelut,  tiada siapa yang datang membantunya.

Rica tahu kesilapannya, namun beliau tiada jalan lain buat masa itu untuk mengelakkan Iz mengetahui hal yang sebenar.  Rish sampai di rumah agak lewat pada malam kejadian.    Rica yang telah berada di rumah setelah dihantar balik oleh Mama Lia begitu terkejut bila Rish pulang secara tergesa-gesa dan kemudian keluar semula dengan membawa beg pakaian.  Rish tidak sanggup lagi duduk bersama Rica di situ setelah apa yang dibuat terhadapnya.

Rica mengambil keputusan  ke Rumah  Nur iaitu Rumah Anak-Anak Yatim yang diselenggara oleh Nur Ain dan suaminya Kamarul.   Ini kerana Rish tidak ingin melihatnya berada di rumah apabila dia pulang nanti.  Untuk kembali ke rumah papanya Rica tidak sanggup.   Beliau mengenali Ain secara tidak sengaja dan perwatakan Ain yang amat disenanginya membuatkan Rica selesa berkawan dengannya.   Walau baru mengenali Ain dan anak-anak di Rumah Nur,  Rica merasa tenteram dan damai bila berada di sana.   Cara hidup mereka di Rumah Nur membuat Rica malu dengan dirinya sendiri yang selama ini jauh tersasar dari landasan agama.  Beliau yang kini bertudung hanyalah untuk melihatkan dirinya menjadi bertambah baik sedangkan beliau langsung tidak tahu sembahyang, mengaji dan juga hal-hal agama yang lain. Beliau juga berpuasa selama ini kerana malu dengan kawan-kawannya.   

Tanpa disangka Iz juga mengenali Kamarul suami Ain.  Mereka berkawan baik semasa muda dahulu dan sama-sama kaki joli dan kaki perempuan.  Namun Kamarul akhirnya  sedar lebih awal akan keterlanjurannya dan berkahwin dengan anak kepada orang yang pernah menangkapnya dan Iz dahulu semasa berdating dengan teman wanita mereka dahulu.  Kini hidup Kamarul lebih tenang berlandaskan pegangan agama yang baik.

Ain dan suami merasakan ada sesuatu yang berat yang sedang dihadapi oleh Rica.  Akhirnya Rica terpaksa bercerita tentang kemelut yang melandanya dirinya.  Mereka menasihatkan Rica memberitahu keluarganya apa yang sebenarnya terjadi termasuk juga kepada Iz. Namun Rica tetap berdegil namun berjanji akan memberitahu Iz sebelum bayi mereka dilahirkan,  Malangnya sehingga saat Rica telah hendak melahirkan,  beliau tetap tiada kekuatan untuk melakukannya.


Rica mengalami komplikasi semasa hendak melahirkan.  Kamarul yang tidak dapat menghubungi Iz dan keluarga Rica telah mengambil risiko membenarkan doktor melakukan pembedahan terhadap Rica.  Iz yang membawa diri ke Utara bergegas balik ke Melaka bila mengetahui Rica hilang.  Kesemua keluarga mereka pulang ke rumah Agam kerana menyangkakan Rica bersama Mama Lianya.  Kesemua menunding jari kepada Mama Lia kerana menyangka beliau mengetahui di mana Rica berada.  Pada malam tersebut juga maka terungkailah semua persoalan yang mana semuanya ini adalah disebabkan oleh angkara Tengku Atylia yang hendak memisahkan Iz dan Rica.

Beliau yang membuat cerita Iz tidak menyintai Rica agar Rica mempercayainya.  Beliau jugalah yang memberikan cincin yang dibeli oleh Iz di Bali untuk Rica dan diberikan kepada Qarina. Beliau juga berpura-pura sakit agar dapat meraih simpati dari semua orang.  Iz begitu kecewa dan marah kepada ibunya, namun beliau masih ibunya dan Iz tidak sanggup menderhaka.

Dalam masa yang sama,  Kamarul dan Ain dapat mencari handphone Rica dan menghubungi bapanya.   Zahid yang pada awalnya menyangkakan Kamarul menyembunyikan Rica, namun setelah mengetahui cerita sebenarnya, mereka semua telah ke Temerloh untuk berjumpa Rica dan anaknya.  Awalnya Rica tetap marahkan Iz,  namun apabila Mak Ngahnya sendiri meminta maaf dan mengaku semua kesilapannya, maka  semuanya telah terungkai.   Rica juga berasa lega kerana papanya dapat menerima dan memaafkan kesemua kesalahannya .  

Walau keluarga Qarina begitu marah dan ingin mengemukakan saman,  namun atas kehendak Qarina,  mereka membatalkan niatnya.  Qarina begitu menyintai Iz,  dan dengan itu beliau sanggup melepaskan Iz untuk bersama-sama orang-orang yang disayang.  Majlis perkahwinan mereka yang hanya tinggal tiga minggu lagi akan diteruskan kerana edaran kad telah dibuat, namun ianya akan bertukar kepada majlis kesyukuran sahaja.

Selepas habis berpantang, Rish telah bercerai dengan Rica untuk membolehkan Rica dan Iz berkahwin.  Rica dan Izhan pula telah ke rumah Dhia bagi menerangkan segala-galanya.  Walau pada awalnya Dhia begitu keras hati enggan mendengar penjelasan mereka,  namun ahkhirnya beliau menerima ketentuan yang telah berlaku dan kembali kepada Rish kerana sememangnya cintanya terhadap Rish begitu utuh.

Kesimpulan:

Cinta tak mengenal siapa
cinta tak mengenal usia
datang tanpa dipinta
cinta tidak terlafaz dek kata-kata
datangnya secara tiba-tiba
tanpa dapat dihalangnya

terkadang gudah gulana merantai di jiwa
perasaan unik yang datang darinya
anugerah untuk kita padanya
walau cinta tak semesti bersama
doa dihulur setiap masa
agar si dia sentiasa bahagia
bersama-sama yang menyayanginya
dan berhak atasnya

cinta datang tiba-tiba
membuat resah di jiwa
bila si dia diam seribu bahasa
bahagiamu sentiasa dipinta

walau hati berasa kecewa
namun tak pernah dipancarkan ketara
tak mahu diri ditertawa
biar diri sendiri merasa
membawa jiwa dan raga
menerimamu seadanya
kerana kau bukanku yang punya
hanya kasih dititip jua 

membaja sendiri diri nan luka
kerana sayang ku lepaskan jua
bahagiamu ku panjatkan kepada 
YANG MAHA ESA