Monday, February 28, 2011

STEFA ISLE - H.M. TUAH ISKANDAR

Buku dibeli pada 13/02/2004.
Aku mengulang membacanya untuk dimuatkan ringkasan di dalam blog ini sebab dah lupa kisah penyudahnya.

Lia merupakan anak bongsu keluarga En.Dilah.  Kerana kurang bijak seperti adik-beradiknya yang lain maka Lia kerap disindir dan dimarahi oleh ibubapanya.  Situasi ini membuatkan Lia merajuk dan membawa hati ke London.  Namun nasib tidak menyebelahi beliau bila mana dugaan demi dugaan datang menimpa.

Dengan kelulusan yang tidak seberapa dan pengetahun yang cetek tentang pembelajaran di London, Lia ingin mendaftar di Kolej namun beliau telah tertipu.  Beliau juga telah menyerahkan kesemua wang yang dibawanya dan pihak kolej berkenaan telah menelefon bapa Lia  agar memasukkan lebih dari RM33K sebagai permulaan Lia untuk belajar.

Pertemuaan tidak dijangka ketika Lia hendak dirompak dan akhirnya pengsan di sekitar kolej tersebut telah mempertemukan Lia dengan Darlina dan juga rakan2 dari Malaysia yang lain.  Setelah mengetahui Lia berdaftar di kolej tersebut, mereka telah menyiasat dan mendapati kolej tersebut adalah  kolej hantu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.  Mereka sedaya upaya berusaha untuk membantu Lia namun Lia tetap berkeras untuk meneruskan pembelajarannya.  Namun malang terus menimpa bila mana kolej tersebut benar2 disita oleh kerajaan.

Usaha keras Darlina bagi menempatkan Lia di kolej yang diiktiraf amatlah dihargai.   Roylizam teman sepersekolahan Lia pula menurut Lia ke London bila diberitahu oleh ayahnya bahawa Lia membawa diri ke sana.. Roy dapat mencari kolej di mana Lia belajar namun tanpa diduga beliau telah dipukul oleh orang2 Branson yang memikirkan Roy juga merupakan kuncu2 yang menyelamatkan Lia tempohari, namun kecekapan rakan2 Darlina menyebabkan Roy terselamat dan akhirnya dapat berjumpa Lia.

Lia akhirnya kembali ke Malaysia kedua ibubapanya telah tidak lagi memarahi beliau dan merasa kesal di atas apa yang terjadi.  Perubahan pada diri Lia yang bertudung juga membuatkan keluarganya merasa terkejut..namun Lia mengakui kesilapannya.  Keluarga Lia ingin mengadakan solat hajat dan tahlil bagi menyambut kepulangan Lia dengan minta majlis tersebut diketuai oleh ayah Roy.