Thursday, November 27, 2014

BILA HATI BERBICARA - ANTASYA BALKIS @ KARANGKRAF


Buku setebal 485 mukasurat
dibeli pada 22 November 2014

Tania Katsura anak campuran Jepun dan Melayu tinggal di kawasan setinggan bersama Wannya apabila kedua ibubapa serta adik beradiknya yang lain meninggal dalam kemalangan.

Tanah di kawasan setinggan yang mereka duduki adalah merupakan tanah milik kerajaan dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Mereka diarahkan berpindah apabila ada syarikat yang ingin membangunkan kawasan tersebut.  Tania dan kesemua warga setinggan berasa marah kerana mereka telah lama menetap di situ dan tiada tempat lain untuk diduduki.

Walau tanah berkenaan bukan milik mereka,  namun telah berpuluh tahun mereka menetap di situ.  Sekurang-kurang mereka diberikan pampasan atau disediakan tempat tinggal yang lain memandangkan kesemua mereka yang tinggal di situ adalah golongan miskin. Tania dan kesemua warga setinggan beramai-ramai membantah perpindahan mereka sekiranya mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.   Emir merasa tercabar dengan warga setinggan berkenaan,  lebih-lebih lagi terhadap Tania.  Secara tidak langsung membuatkan beliau lebih ingin mengenali Tania

Walaupun Tania mempunyai segulung ijazah, namun beliau hanya bekerja di sebuah pasaraya yang berdekatan  rumahnya memandangkan agak sukar mendapatkan pekerjaan pada masa sekarang.   Dalam masa yang sama, beliau perlu menjaga Wannya yang telah uzur.  Dengan itu beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain bekerja di situ.  Tania diberhentikan kerja bila kerap mengambil cuti kerana menjaga Wannya yang sakit. 

Semasa kelam kabut ingin segera sampai segera ke rumah apabila mendapat berita Wannya jatuh, Tania telah dilanggar  oleh  kereta yang dipandu oleh Emir Qasya. Tania enggan dibawa ke klinik walaupun beliau hampir pengsan. Emir dan Badri Fathul menghantar Nia pulang ke rumahnya.  Oleh kerana keadaannya yang masih tidak stabil,  Tania akhirnya pengsan di rumahnya.

Emir dan Badri telah meminta kebenaran dari orang yang berada di situ untuk membawanya ke hospital.  Wannya dibawa bersama untuk dirawat setelah beliau jatuh dari bilik air pada pagi itu.  Nia ditempatkan di Wad VVIP dan mendapat layanan yang baik. Wannya dibenarkan balik kerana tiada masalah yang serius.

Badri datang melawat Nia dan memohon maaf kerana tidak sengaja terlanggar akan Nia.   Walau pada awalnya Badri menyatakan beliaulah yang melanggar Nia,  namun Nia tahu bahawa Badri hanyalah pekerja Emir Qasya, dan Emirlah yang sebenarnya yang telah melanggar Nia secara tidak sengaja.  Emirlah telah terlanggar Nia semasa mereka bergegas untuk ke tapak projek di kawasan setinggan tempat tinggal Nia.

Nia seorang gadis yang mempunyai pendirian.  Pantang dicabar dan akan mempertahankan maruahnya dan juga kampungnya walau dengan apa cara sekalipun.  Walau secara luaran Emir seakan tidak suka kepada Nia, namun dalam hatinya beliau tertarik dengan keperibadian  Nia.  Tanpa Badri tahu,  Emir telah jatuh cinta terhadap Nia sejak pertama kali beliau terlihat Nia.   Namun kerana egonya,  beliau tetap menafikannya.

Wan akhirnya meninggal setelah terjatuh semasa melihat orang ramai yang sedang kecoh-kecoh pasal perpindahan setinggan yang hendak dirobohkan.  Nia begitu marah terhadap Emir dan Badri kerana menganggap Wannya meninggal disebabkan masalah setinggan mereka.  

Nia kemudiannya bekerja di kilang di bandar bersama-sama Pura dan Laila. Tanpa diduga, kilang berkenaan juga adalah kepunyaan Emir.  Nia turut tinggal di rumah pekerja bersama rakan-rakannya itu memandangakn rumahnya akan dirobohkan tidak lama lagi dan Wannya juga telah tiada.  Badri  sengaja mengajak Emir membuat lawatan ke kilang tempat Nia bekerja.  Walau Emir boleh dikatakan tidak pernah ke sana namun Badri tahu selepas ini Emir akan selalu ke sana.  

Nia kerap diganggu oleh supervisor di tempat kerjanya.  Nia kurang selesa dan akan melawan bila beliau diganggu.  Pabila melihatkan Nia kenal agak rapat dengan Badri dan Emir, supervisor beliau mula berasa bimbang  Nia mengadu akan sikapnya, namun Nia bukanlah seorang yang busuk hati.  Amaran sahaja diberikan, namun beliau tidak sesekali akan menyusahkan orang lain.

Bila mengetahui Nia mempunyai Ijazah,  Emir menyuruhnya membawa resume kepadanya untuk diteliti.  Nia akhirnya diterima bekerja di Syarikat Emir.  Beliau ditempatkan di bawah Taufik yang sememangnya pantang melihat orang baru dan cantik, akan digodanya.  Taufik juga seorang pendesak yang kerap memaksa Nia melakukan sesuatu yang tidak disukainya.   Sikap Nia yang tegas membuatkan Taufik merasa tercabar dan marah terutamanya kerana beliau tidak dapat menggoda Nia. 

Badri juga amat menyukai Nia sejak pertemuan pertama mereka. Beliau juga tahu bahawa Emir mempunyai perasaan yang sama. Sikap cemburu mencemburui sesama mereka tetap ada namun cuba dilindungi.  Mereka sama-sama mengambil berat akan keadaan Nia lebih-lebih lagi mereka tahu bahawa Nia tidak mempunyai sesiapa lagi setelahnya Wannya meningal dunia.

Nia kerap diperlekeh oleh Emir dan layanan Emir kepadanya tidak sama sebagaimana Emir melayan wanita-wanita lain.  Emir merupakan seorang yang berjaya dalam kerjayanya.  Beliau terkenal di kalangan orang-orang ternama dan menjadi rebutan gadis-gadis termasuk artis-artis, golongan anaka-anak Dato' dan Tan Sri serta Kerabat DiRaja.  Kesemua mereka hanyalah sebagai teman biasa sahaja kerana Emir belum menjumpai seseorang yang benar-benar ikhlas menyayanginya kerana dirinya dan bukan kerana kedudukan serta hartannya.   Setelah menemui Nia, perasaannya lain.  Namun untuk mengakuinya dihadapan Bad dan Nia adalah sesuatu yang tidak mungkin.  

Nia mencabar Emir mengahwininya semasa terjadi pertengkaran antara mereka di dalam kereta.  Nia beranggapan Emir akan menolak cabarannya, namun anggapan Nia meleset.  Nia gelabah, kerana tidak menyangka  Emir menyahut cabarannya.  Begitu juga dengan Badri.   Beliau juga menyukai Nia dan berharap agar Emir hanya main-main sahaja.  Namun Emir yang sememangnya menyintai Nia dalam diam merasakan inilah peluang terbaik baginya.  Ibunya juga berkenaan dengan keperibadian Nia setelah terserempak dengan Nia di pejabatnya dan Emir pernah membawa beliau dan Bad semasa bersarapan di coffehouse di pejabatnya.

Mereka akhirnya berkahwin.  Walau pada dasarnya seakan tiada cinta di antara mereka, namun masing-masing dengan ego mereka.  Persetujuan dibuat agar mereka sama-sama membina cinta dan bertarung siapa dulu yang melafazkan cinta mereka.   Selepas bernikah Emir mengambil cuti selama 3 bulan untuk honeymoon. Walau pada asalnya Nia membantah kerana tiada dalam perancangan,  namun melihatkan Emir jatuh sakit semsa hari pernikahan mereka,  Nia akhirnya beralah.  Sementelah lagi pabila mengetahui Emir tidak pernah mengambil cuti sejak kerja.

Mereka ke London disamping berbulan malu, juga melawat mamanya di sana. Nia begitu teruja bila melihat salji.  Mereka belajar mengenali sesama sendiri walau terlalu banyak perbezaan antara mereka.  Emiar berjanji dengan mamanya untuk makan malam bersama namun Emir tiba-tiba jatuh sakit.  Emir tidak pernah memberitahu sesiapa akan penyakitnya, namun dengan Nia beliau tidak pernah membohonginya.  Hanya Nia seorang yang tahu akan sakitnya.  Emir kerap mengalami gastrik kerana kerap tidak makan kerana kesibukannya.  

Tania dibawa melawat Venice, Sungai Thames, Oxford Street dan banyak lagi.  Emir tetap dengan sikapnya yang suka menyakat Nia.  Emir juga mengakalkan Nia tentang lagenda Sungai Thames iaitu sempena  nama nelayan.  Beliau menceritakan nelayan yang berjumpa naga di situ berlawan kerana naga tersebut ingin mencuri ikan yang ditangkapnya.  Nia pula membayangkan nelayan tersebut adalah seornag yang gagaah perkasa kerana sanggup berlawan dengan naga.  Nia terangguk-angguk percaya membuatkan Emir tergelak besar membuatkan Nia mula syak bahawa Emir mempermainkannya.  Emir tahu Nia begitu naif dan mudah percaya apa juga yang akan  diperkatakan orang.   Itu yang membuatkan Emir kerap mentertawakannya.

Emir seorang lelaki yang kurang menyenangkan dan kerap menyakiti hati Nia dan kerap memandang Nia dengan ekor matanya sebelum ini.  Nia juga terperangkap bila mana Emir mengetahui bahawa sebelum ini Nia juga kerap mencuri pandang terhadap Emir namun sebenarnya Nia memandangnya dan kemudian mengutuknya dalam hatinya.   Namun setelah menjadi suaminya sedikit demi sedikit Nia belajar mengenali Emir.

Mereka tidak lupa memotretkan kenangan di Tower bridge dan juga di pohon-pohon yang gondol tidak berdaun.  Pastinya pabila musim bunga suasananya semakin meriah dan Emir berjanji akan membawa semula Nia pabila datangnya musim tersebut.  Keindahan kota Venice yang popular merupakan tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh Nia.  Walau telah dua minggu berbulan madu namun hati masih belum puas kerana masih banyak tempat lagi  untuk mereka ukirkan kenangan.

Emir sebagai ketua syarikat dan Emir sebagai suami Nia mempunyai keperibadian yang berbeza yang membuatkan Nia kadangkala keliru.  Nia lebih selesa Emir dalam keadaan yang biasa yang membuatkan Nia makin menyenangi dan menyintainya.   Sepanjang berbulan madu dan semasa di dalam kapal terbang balik ke Malaysia Emir masih lagi seorang yang romantis, pandai bergurau dan mengambil hati dan membutakan Nia bahagia.   Namun jejaknya ke KLIA Emir kembali seperti Emir yang Nia kenal sebelum ini.  Nia menjadi bingung dengan sikap Emir dan kerap membuatkan Nia berkecil hati dan tidka tahu apa yang dikehendaki oleh suaminya.

Emir cemburu dan merasa kurang selamat dan ragu-ragu akan cinta Nia kepadanya.  Nia menjangkakan Emir seornag lelaki hebat yang tidak gusar jika hidup tanpa cinta.  Sebaliknya Emir bagaikan anak kecil yang tidak eprnah mendapat kasih sayang dan memerlukan keyakinan dari Nia yang Nia benar-benar menyintainya.

Badri merupakan rakan baik Emir, namun Emir kerap curiga akan hubumngan Bad dan Nia.   Sememntelah lagi ayng Emir sememangnya tahu Bad memang menyintai Nia dn Nia amat senang dengan Bad.   Setelah berkahwin,  Bad menganggap Nia sebagai adknya dan hanya inginkan yang terbaik sahaja terhadap hidup Nia namun Emir kerap menyalah anggap.

Taufik yang sememangnya mempunyai dendam kesumat dengan Nia kerana tidak membalas cintanya kerap menyindir Nia.  Menyindir bahawa Nia pasti gembira berbulan madu dengan pakej mewah.   Gambar Nia dan Badyang sedang minum di coffeehouse juag diambil olehnya dan diserahkan kepada wartawan untuk menjadikannya sebagai gosip hangat dan menyemarakkan lagi kemarahan Emir.  Emir begitu marah walau telah diterangkan bahawa Nia berjumpa Bad kerana hendak menyerahkan souvernier yang dibeli semasa mereka berbulan madu.