Wednesday, August 4, 2010

Kekasih Awal Akhir.- Siti Deesha Lee

dibeli pada February 19, 2008


KEKASIH AWAL AKHIR



Sebuah novel yang dikarang oleh Siti Deesha Lee.  Buku ini aku beli pada 19 Feb 2008, dan aku mengulang membacanya.
Penceritaan mengenai cinta antara Jebat dan Farah. Pertemuan yang tidak dijangka semasa Farah dan Ai Lin terpaksa menyorong basikal kerana rantai basikal farah putus. Jebat yang kebetulan lalu di laluan tersebut telah bermurah hati untuk meminjamkan basikalnya kepada farah dan menyorong basikal farah pulang ke rumah untuk dibetulkan. Walaupun rumah Jebat jauh dengan tempat kejadian, namun kerna hatinya telah terpaut dengan Farah pada pandangan pertama, maka Jebat sanggup berkorban agar adanya pertemuan kali kedua dengan Farah untuk memulangkan basikalnya.




Jebat seorang anak yang bertanggungjawab sanggup mengambil tugas ayah yang telah meningggal dunia bagi menguruskan ladang udang. Tawaran ke menara gading terpaksa dilupakan demi tanggungjawab kepada adik dan ibu tersyang. Adiknya Tuah yang menuntut di Universiti telah berjumpa Farah semasa aktiviti antara Universiti-Universiti lalu jatuh cinta dan berkahwin. Jebat jatuh cinta kali kedua dengan Liza dan merancang perkahwinan namun dihalang oleh keluarag Liza anak seorang Dato dan kaya raya yang tentunya mlau bermenantukan seorang penternak udang.





Sementara itu ladang udang Jebat diancam dan pekerja serta adik Jebat (Tuah) mati dibunuh. Jebat membalas dendam dan rupanya musuhnya Dato' Rashid adalah ayah kandung Jebat dan Liza adalah kakak kandungnya. Kekecewaan Jebat semakin bertambah. Akhirnya Liza ke luar negara bagi menenangkan kekusutan fikiran beliau dengan memberi hak-hak/harta kepada Jebat sebagai anak Dato' Rashid.



Akhirnya Jebat berkahwin juga dengan Farah kerana kasihnya masih ada dan dari tahun ke tahun akhirnya Jebat berjaya menjadi usahawan berjaya dan mendapat gelaran Tan Sri.