Monday, July 9, 2012

HATI BILA CINTA - LYNN ALLYNA

Buku dipinjam dari library LPPKN

Fazreen atau Fenn kematian suami selepas beberapa jam mereka bernikah.   Kesetiaan Fenn membuatkan beliau sukar mencari ganti lebih2 lagi akibat cintanya yang kuat kepada arwah.   Keluarga arwah tetap baik dan menyayanginya walau arwah telah tiada.

Ikram atau DZ pula anti wanita bilamana beliau pernah dilukai oleh Sarah, walau puas dipujuk oleh ibunya utnuk berkahwin, namun DZ masih tetap belum mencari pengganti kerana hatinay tidak terbuka.

Suatu hari ditakdirkan ibu DZ bertemu Fenn di rumah ibu mertuanya.   Beliau amat berkenan deegan Fenn lebih2 lagi bila mengetahui sejarah diri Fenn.  Beliau berhasrat menjadikan Fenn menantunya namun ditolak oleh DZ.  Tanpa disangka pada suatu hari ibu DZ telah meminang Fenn dan apabila Fenn menolaknya serta merta ibu DZ terkejt dan dimasukkan ke hiospital

Fenn yang merasa bersalah telah mengagahkan diri melawat ibu DZ di hospital, namun DZ yang begitu marah bila mengetahui ibunya pengsan kerana Fenn telah memarahi Fenn.   Fenn yang merasa kurang selesa di waktu telah memohon untuk pulang.   Ibu DZ telah menerangkan perkara sebenarnay yang mana sebenarnay beliu melamar Fenn tanpa pengertahuan Fenn dan bukan salah Fenn sebenarnya pabila menolak lamaran tersebut.   DZ merasa bersalah pada Fenn dan ibunya memaksa DZ berjumpa sendiri dengan Fenn dan memohon maaf.

DZ dan Fenn walau dengan berat hati namun mereka terpaksa juga berjumpa.   Mereka ini ibata anjing dnegan kucing, akan sentiasa bercakaran bila berjumpa..namun lama kelamaan walau layanan di antara mereka agak kasar, namun mereka akan merasa kehilangan bila satu hari tidka berhubungan.

Secara diam2 DZ dan Fenn mengakui yang mereka menyenangi satu sama lain.   Pada suatu hari secara tidak sengaja Fenn telah terlanggar kereta DZ.  DZ telah mengambil kesempatan untuk Fenn menjadi kekasihnya selama 90 hari.  Jika Fenn enggarn maka Fenn terpaksa membayar gantirugi kerosakan keretanya dan DZ akan membuat report kepada polis.

Akhirnya Fenn bersetuju dengan perjanjian tersebut dan bermulalah era Fenn perlu keluar lunch setiap hari bersama DZ dan DZ melayannya dengan baik.  Walau ianya hanya merupakan perjanjian di dalam kontrak yang dibuat secara verbal, namun dari sehari ke sehari DZ maupun Fenn semakin menyenangi satu sama lain walau tujuan utama DZ adalah hanya untuk ibunay emrasa yang dia telah meminta maaf dari Fenn akibat perbuatannya emnuduh Fenn yang menyebabkan ibunya sakit.

Dalam waktu yang sama, angah iaitu abang kepadan arwah suami Fenn telah ditugaskan mengajar di Universiti yang sama dengan Fenn.  Awalnya mereka berkawan biasa dan ibu Fenn amat terkejut bila mana Fenn membawa angah pulang ke kampung dan mengetahui angah adalah abang kepada arwah suaminya yang tidak pernah mereka temui kerana beliau menuntut di luar negara dan tidak ada semasa majlis perkahwinan Fenn.  Wajah mereka hampir serupa  serta sikap ambil berat angah kepadanya membuatkan Fenn menyenanginya, namun Fenn hanya menganggap perhubungan mereka adalah sebagai adik dan abang sahaja.  Namun angah yang dah mula menyukai Fenn telah meluahkan hasratnya kepada ibunya namun ibunya menolak hasratnya kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.  Walau beliau menyayangi Fenn namun sebaik2nay beliau mahu angah mencari pasangan lain kerana setiap kali dia melihat Fenn dia akan mengingati arwah suami Fenn.

Pada hari perkahwinan Fenn, Sarah turut hadir sama.   Beliau adalah merupakan teman baru Fenn.   Fenn mengenali Sarah bila mana Fenn pergi bercuti dan bersendirian melamunkan nasib diri.   Sarah datang kepadanya dan memberikan nasihat yang amat berguna kepada Fenn agar tidak melakukan kesilapan sepertinya.  Sarah hadir pada majlis mereka sebenarnya adalah bekas teman wanita DZ.  Namun DZ cuba merahsiakannya dan sememangnya beliau terkejut dari mana Fenn mengenali Sarah.  Fenn yang mendapat tahu keadaan sebenarnya merasa marah dan ingin mendapatkan kepastian.   Namun akhirnya beliau tahu bahawa DZ memang telah tidak menyimpan hati pada Sarah dan Sarah juga yang pernah menyakiti DZ begitu menyesalinya, dan sememangnya beliau tidak ingin menganggu kehidupan DZ dan Fenn.  Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah keluar negara apabila kes perceraiannya dengan suaminya selesai.