Monday, February 4, 2013

MEMORI RINDU - RAMLAH RASHID


Malisa, Fauzi, Razman dan Julia adalah merupakan sahabat yang rapat semasa di kolej.  Namun Malisa lebih rapat dengan Fauzi  berbanding dua orang sahabatnya yang lain.  

Ayah Malisa En. Ariffin juga mengenali  rakan-rakan anaknya dan di antara ketiga-tiga mereka En. Ariffin merasakan Fauzi begitu istimewa dan setiap kali memadang beliau seakan beliau mengingati seseorang, namun tidak diketahui siapa.  Kekosongan jiwa Ariffin serasa terisi bilamana anaknya memperkenalkan beliau dengan  Fauzi. Kenapa?  Namun tidak pernah ditemui jawapannya.

Malisa merupakan anak manja dan tidak serius dalam pelajarannya.  Minatnya adalah menjadi pereka fesyen dan beliau mengambil jurusan  yang dikutinya kini hanyalah kerana dipaksa oleh keluarganya.   Ini disebabkan keluarganya tidak mempunyai anak lain dan nantinya Malisalah yang akan mengambil alih perniagaan keluarga mereka dan perlu mempelajari selok belok perniagaan terlebih awal.  Dengan tanpa minat, Malisa terpaksa kerap diberi motivasi dan  Fauzilah yang menjadi tonggak untuk menasihati Malisa.

Jalaluddin iaitu bapa kepada ibu Fauzi sekembalinya dari luar negara telah memulakan tugas di pejabat Ariffin.  Jalal mempunyai misi yang tersendiri bekerja di syarikat Ariffin.  Semenjak kehadirannya di pejabat tersebut perbagai masalah yang timbul dan  hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya.

Ariffin merupakan seorang yang penyayang dan prihatin, namun tiada siapa yang tahu kegalauan dihatinya.   Beliau mempunyai sejarah silam yang sungguh menyakitkan.   Ugutan Salmi agar beliau merupakan terus Latipah iaitu gadis yang telah dijanji untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya begitu menyeksakan Ariffin.    Sehingga kini Arrifin tidak tau di mana akan dicari Latipan dan anaknya.

Namun kehadiran Fauzi seakan membawa sinar baru dalam hidupnya.  Walau tiada pertalian, namun beliau telah memberi sepenuh kepercayaan agar Fauzi dapat menerajui syarikatnya pabila beliau telah tiada kelak. Beliau merasakan menyerahkan syarikat kepada Fauzi seakan menyerahkan syarikat kepada warisnya sendiri.   Ini memandangkan beliau tidak mempunyai anak lelaki, dan Malisa pula tidak menujukkan minat terhadap bidang tugas yang telah dipelopori oleh bapanya sekian lama.  

Fauzi telah diambil menggantikan akauntan di syarikat Ariffin setelah akauntannya menghilang tanpa berita.   Walau keputusan ujian belum diketahui namun Arrifin telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Fauzi untuk mengendalikan kewangan di syarikat beliau.

Tanpa diduga,  Ariffin dan Salmi telah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal.  Malisa bagaikan burung kepatahan sayap namun Fauzi yang berasa bertanggungjawab terhadap Malisa telah memberi semangat dan kekuatan kepada Malisa untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya duduk di kerusi di Arifin Holding.  Malisa terpaksa menjejakkan kaki ke Ariffin Holding sebagai pengganti bapanya sebelum Ahli Lembaga Syarikat memutuskan siapakah yang layak untuk memegang jawatan tersebut.

Jalal begitu terkejut bila mengetahui Malisa ke pejabat.  Hatinya tambah panas bila mana melihat kemesraan Fauzi dan Malisa.  Walau setiap kali memandang Fauzi beliau seakan memandang seseorang, namun tetap tidak dapat dibayangkan siapakah bayangan yang dimaksudkan.

Sebenarnya Fauzi begitu bimbang bila mana pencarian Ariffin terhadap anak sulungnya belum tercapai.  Sebelum kemalangan Ariffin pernah menceritakan tentang keinginannya mencari anaknya yang hilang tanpa pengetahuan keluarganya yang lain.  Dan kini Fauzi merasakan bahawa tanggungjawab pencarian tersebut tergantung atas dirinya kerana Ariffin hanya menceritakan perkara ini kepada dirinya.   Fauzi juga bimbang dengan sikap Malisa yang tidak langsung berminat dalam perniagaannya.

Jalal yang sebenarnya merupakan seorang pesakit jiwa dan sedang  mendapatkan di hospital.  Beliau mengalami tekanan akibat dari kematian bapanya diikuti oleh ibunya dan seterusnya adiknya Latipah.  Jalal  telah menghidapi penyakit tersebut semasa berada di luar negara lagi dan  sedang  menjalani dalam rawatan pakar di sana.  Namun, beliau telah menghilangkan diri dan balik ke Malaysia.   

Jalal kembali pulang ke tanah air kerana menganggap masih ada hutang yang perlu diselesaikan oleh keluarag Ariffin.  Baginya bapanya mati kerana meminum racun akibat malu kerana anaknya bunting sebelum berkahwin, manakala ibunya pula bunuh diri dengan terjun dari jeram.


Kesunyian Malisa telah diambil kesempatan oleh Jalal.  Malisa yang menggangap Jalal begitu perihatin dan berasa selamat bila disayangi dan dimanjai oleh Jalal dan akhirnya mereka berkahwin.  Fauzi begitu kecewa kerana Malisa tidak berfikir panjang dan Malisa juga sanggup menyerahkan tunggak syarikat kepada Jalal bagi menjalankannya.   

yang