Tuesday, November 4, 2014

BUKAN CINTA SECONDHAND - EZZA MYSARA (GEDE BOOK)




BUKU DIBELI PADA 24 OKTOBER 2014.
buku tebal sebanyak 958 ms kejap saja abis nya kerana jalan cerita yang begitu menarik.

Naira belajar di kolej yang sama dengan Amril.  Walau kerap dilayan secara kasar serta dimaki hamun oleh Amril namun Naira menyintainya seakan tiada mempunyai perasaan malu mengejarnya kerana ketaksuban cinta beliau.

Akhirnya Naira mendapat tahu bahawa hati Amril telah terpaut kepada Dewi iaitu rakan sekampungnya yang dikenali sejak kecil.   Cintanya kepada Dewi menyebabkan dia tidak memandang orang lain.  Apa kelebihan Dewi menyebabkan Naira berazam mencarinya dan ingin meminta Dewi menyerahkan hati Amril kepadanya.


Bermula episod Naira mencari Dewi di kampungnya.   Beliau memujuk Firdaus iaitu rakan serumah Amril untuk memberikan alamat Dewi di Mersing.  Semasa ingin bertanyakan rumah Dewi di kampung berkenaan, secara tidak semena-mena Naira terdengar pertengkaran yang sedang berlaku di belakang kedai. 

Naira terpandangkan seorang gadis yang  terjatuh ke tanah bersama seorang makcik yang begitu marah dan bercekak pinggang memarahi gadis berkenaan.  Naira membantu gadis itu dan alangkah terkejutnya bila beliau mendapati gadis berkenaan adalah Dewi Alleya, iaitu gadis yang semamangnya dicari-cari.

Naira menawarkan diri membelikan barangan yang hendak dibeli oleh Dewi di kedai berkenaan namun dijerkah oleh makcik Norita iaitu makcik yang bertengkar dengar Dewi sebentar tadi.  Beliau menyatakan kedai berkenaan tidak ingin menjualkan apa-apa barangan pun kepada Dewi.   Bermulalah episod peperangan mulut di antara Naira dan makcik Norita.  Naira bermurah hati ingin menghantar Dewi ke klinik namun ditolaknya dan akhirnya Naira menghantarnya pulang ke rumah sahaja.

Melangkahnya Naira ke dalam rumah Dewi,  timbul perasaan simpati terhadap kehidupan Dewi yang daif.   Memandangkan tiada tempat untuk dituju Naira bersetuju menerima pelawaan Dewi agar bermalam dirumahnya.   Walau dalam keadaan tidak selesa, Naira merasakan inilah peluang beliau mengcungkil lebih dekat perihal Dewi di mata Amirul.


Dewi hanya mampu menghidangkan ubi rebus bersama kelapa sahaja akibat tidak dapat membeli apa-apa  barangan di kedai tadi kerana adanya makcik Norita.  Naira tiada pilihan dan tetap berasa amat terharu dan besar hati dengan layanan Dewi.   Walau beliau dalam kepayahan, namun masih sanggup menerimanya di situ. Dewi tinggal bersama uminya iaitu Mak Timah yang menghidapi penyakit stroke. Dengan keadaan Dewi yang sarat mengandung dan kudrat yang amat terbatas, Dewi tidak pernah mengeluh.   Beliau dengan setulus hati membela uminya yang sakit membuatkan Naira begitu kagum dengan semangat Dewi.

Banyak yang ingin Naira cungkil tentang diri Dewi terutamanya bila mengetahui Dewi kini megandung dan belum berkahwin. Peristiwa trajis yang menimpa Dewi diceritakan juga kpada Naira bilamana Dewi kerap mengigau di tengah-tengah malam akibat ketakutan.  Naira amat bersimpati mendengar cerita Dewi yang dirogol oleh rakan abangnya  sendiri semasa mereka sama-sama khayal akibat dadah di bilik abangnya.

Dewi redha dengan nasib yang menimpanya dan tidak pernah sesekali menyesali nasib dan menyalahkan abangnya. Semangatnya begitu kuat.  Amril yang menyintai Dewi sejak dari awal lagi dan tahu Dewi teranaiya, tetap mahukan Dewi menjadi surinya walau dilarang keras oleh ibunya.

Amril sengaja pulang ke kampung bila mana mengetahui ibunya akan ke Kuala Lumpur. Hanya inilah masanya beliau boleh berjumpa Dewi.  Sekiranya  ibu beliau ada di kampung, sudah pasti beliau akan dikurung dan tidak dibenarkan keluar berjumpa Dewi. Amril amat terkejut bila mendapati Naira berada di rumah Dewi. Pertegangan terjadi antara mereka.  Dewi yang merasa pelik kerana setahunya Amril seorang yang bersikap lembut tetapi kini bertukar kepada kasar dan suka menyindir.   Beliau tidak tahu mengapa Amril bersikap sedemikian tanpa mengetahui bahawa Amril sememangnya mengenali Naira.

Amril pula beraasa hairan dengan perubahan sikap Naira.   Naira yang dikenalinya  adalah seorang yang tidak pernah memberi ruang kepada lawannya dan akan membidas apa jua persoalan yang dilemparkan kepadanya tanpa boleh bertoleransi.   Kini  belau menjadi seorang yang mempunyai keperibadian yang amat berbeza. 

Amril berbohong kepada ibunyadengan  menyatakan bahawa beliau bekerja "part time" semasa cuti semestar agar mengelakkan ibunya terus-terusan menyuruhnya pulang ke kampung.   Agak lama rahsia ini tersimpan namun akhirnya terbongkar juga apabila  secara tak langsung ibunya menelafon jiran mereka bagi bertanyakan keadaan rumah beliau di kampung di sepanjang peninggalannya.   Makcik Norita begitu meradang terhadap Amril dan menyalahkan Dewi dalam hal ini, namun Amruil tetap tidak menghiraukan leretan ibunya.

Pada suatu dinihari,  sewaktu Dewi yang ingin ke bilik air sendirian,  beliau telah terpijak akan sesuatu yang lembut dan sejuk.  Dewi telah terpijak ular tedung yang akhirmnya mematuk beliau.  Dewi dikejarkan ke hospital oleh Naira.  Dewi selamat menjalani pembedahan dan bayinya perlu segera diselamatkan agar racun yang berada di badan beliau tidak terkena bayinya.   Dewi tidak dapat diselamatkan namun nasib amat baik baginya bila bayinya berjaya diselamatkan.

Sebelum  kematian Dewi, beliau dan Naira sempat berbicara mengenai nama anak yang akan diberi terhadap anaknya yang bakal lahir.   Persetujuan dibuat untuk menamakannya sebagai Dewi Ilyani.  Selepas kematian Dewi, Dewi kecil dibawa ke Kuala Lumpur oleh Naira setelah diwasiatkan oleh Dewi agar Naira menjadi ibu dan Amril menjadi bapa kepada anaknya sekiranya nyawanya tidak panjang.

Amril terpaksa bekerja selepas waktu kuliah untuk menampung perbelanjaan Dewi Illyani.  Beliau mahu membesarkan Dewi Illyani dengan hasil titik peluhnya sendiri dan tidak mahu menggunakan duit yang diberikan oleh orang tuanya kerana menganggap Dewi Illyani adalah tanggungjawabnya.  Walau Naira berkeras menyatakan beliau sendiri boleh menanggung anak kecil tersebut namun Amril merasakan dia juga bertanggungjawab ke atas Dewi Illyani.  


Dewi kecil dijaga oleh Naira dan dihantar ke rumah pengasuh apabila beliau menghadiri kuliah.   Sekali sekala Amril pula mengambil Dewi untuk dijaga.  Namun apabila Amril mula bekerja secara part time, hanya di masa terluang saja beliau dapat mengunjungi Dewi.

Amril merahsiakan perkara ini dari Naira kerana tahu Naira tidak akan pernah bersetuju beliau berbuat demikian.  Setiap bulan duit gajinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak tersebut yang telah dibuka khas.  Amril meminta Naira menggunakan semua duit yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut untuk keperluan Dewi Illyani.  Amril merasa berang dan pertengkaran besar terjadi di antara mereka  bila mana Amril mendapati Naira tidak pernah mengusik langsung duit yang dimasukkan ke dalam akaun Dewi Illyani. Amril merasakan tanggungajwab yang dibuat ke atas anak itu tidak langsung dihargai oleh Naira.  Amril melarikan Dewi Illani dan membawanya pulang ke kampung kerana marah dengan sikap Naira. Dalam, masa yang sama Naira merasa terpukul atas kehilangan Dewi Illyani dan akhirnya mengetahui Amril telah melarikannya ke kampung.

Naira yang telah berbaik semula dengan keluarganya telah memasang lawyar untuk mendapatkan hak menjaga Dewi. Amril menjadi tidak terurus bila Naira mengambil semula Dewi Illyani dan tidak membenarkan beliau melawat anak itu.  Firdaus yang bersimpati dengan Amril terpaksa memaksa Naira melihat sendiri keadaan Amril setelah apa yang dilakukan oleh Naira terhadapnya. Naira begitu kesal atas tindakannya bila mengetahui Amril sanggup bersusah payah bekerja selepas waktu kuliah semata-mata untuk membesarkan Dewi Illyani.  Naira akhirnya memutuskan untuk menemukan semula Dewi kecil dengan Amril.   Akhirnya dengan pertolongan Firdaus mereka dapat berbaik-baik semula.  Naira tahu Amril merasa bersalah kerana membawa lari Dewi dahulu dan berasa bimbang untuk bersua kembali dnegan Naira.

Setelah semuanya dapat diselesaikan dengan baik atas kerjasama Q dan Firdaus, akhirnya Dewi Illyani mendapat semula mummy dan daddynya.  Mereka bersama-sama membesarkan Dewi kecil.  Q telah mula menjalankan kerja di bengkel keluarga Naira bila Naira meminta keluarganya membeli bengkel di mana tempat Q  bekerja bila bosnya ingin menjual bengkel tersebut.  Naira juga membantu memberi semangat kepada Q  untuk melanjutkan pelajarannya ke U dalam jurusan Automatif.   Amril juga telah bekerja di sebuah syarikat terkenal dengan menjawat jawatan tinggi.   Mereka tetap seperti dulu kerap bertelingkah bila bertemu terutama bila ianya berkaitan dengan Dewi.  Masing-masing ingin menjadi yang terbaik terhadap Dewi.

Naira akhirnya bertunang dengan Q yang sanggup menunggunya begitu lama dan begitu memahaminya dan rajin melayan kerenahnya.  

Lagi beberapa hari Naira akan berkahwin dengan Q, namun Amril telah membuat kerja gila dengan menemui Q dan meminta Naira daripadanya.  Amril takut jika Naira berkahwin dengan Q, maka Dewi juga akan hilang darinya.  Naira begitu marah bila Q memutuskan pertunangan mereka.  Q begitu tenang menyatakan bahawa mereka tidak berjodoh.  Naira menganggap Amril hanya mementingkan diri sendiri namun akhirnya mereka berkahwin juga. Dewi begitu gembira bila mana mummy dan daddynya akhirnya bersatu.

Shira iaitu anak kepada majikan Amril begitu marah bilamana mengetahui Amrul akan berkahwin dengan Naira.  Dia menggugut Amril namun tidak dieadahkannya.  Shira berdendam dengan Amril dan tetap mahu emndapkan Amril dari Naira.  Berbagai tohmahan dilemparkan  mengenai Amruil agar Naira membenci Amril, namun ianya adalah kerja sia-sia  kerana Naira lebih mengenali Amril dan amat mengetahui perangai Amril.  

Suatu hari semasa Amril berperang hebat dengan Naira dan Dewi dimasukkan ke hospital,  Shira telah menculik Dewi yang sakit di hospital.  Imbalannya beliau inginkan Amril menjadi suaminya jika mahukan Dewi dipulangkan dengan selamat.  Amril terpaksa berbohong menuruti apa juga kehendak Shira agar anaknya dapat diselamatkan.  Semasa pertengkaran dan pergelutan terjadi, Amril telah tertikam.  Shira yang tergamam dan menyangkakan Amril telah mati,  mengambil tindakan drastik mengelar urat nadinya dan akhirnya beliau meninggal dunia.

Amril dan Naira akhirnya berbaik semula selepas puas dinasihatkan oleh bapanya agar membuang ego amsing-masing  kerana tidak mahu apa yang berlaku kepada bapanya akan terjadi juga kepada kelaurga anaknya.  

Naira akhirnya  selamat melahirkan anak lelaki selepas beberapa bulan kejadian yang mengerikan terjadi dalam keluarga mereka. Dewi begitu gembira mendapat adik walau pada mulanya agak ragu mummy dan daddynya tidak akan menyayanginya apabila telah mendapat baby baru.  Akhirnya bahagia juga yang datang kepada mereka selepas berbagai-bagai halangan hidup dalam perjalanan kehidupan mereka. 

Bukan mudah untuk menjadi yang kedua, namun ubat kepada sakit cinta pertama ialah cinta kedua.  Cinta kedua buakn cinta secondhand, tetapi cinta itu ada kelas tersendiri.

Kesimpulannya:
Walau diri menyintai setengah mati
walau diri dibenci dan dicaci
cinta tetap unik
tetap dikejar walau ianya tidak pasti

cinta datang dan pergi
bia adikejar ianya lari
bila menjauh ianya kau dekali
jika sayang telah berakar umbi  dalam diri
akhirnya cinta akan sama-sama bersemadi
dalam mengukir kasih nan abadi
sehidup dan semati

walau halangan tak pernah surut
pahit getir mampu diharungi jua
pasti bahagia juga kan menjelma
akhirnya.