Wednesday, January 27, 2016

STREET VENDATA - MAZNI AZNITA


Anabella atau Bella mula  mengenali   Kojie  semasa   Kojie ditugaskan menarik kereta Bella oleh pihak bank.  Diri Kojie yang selekeh membuatkan Bella menyangka Kojie adalah penyangak dan ingin menganggunya.


Bella seorang yang licik dan beberapa kali Kojie kehilangan jejaknya kerana beliau lari  agar keretanya tidak dapat ditarik. Insiden yang merapatkan mereka adalah bila mana suatu hari Bella hendak ke Cherating  kerana beliau tahu Iqbal berada di sana bersama Mira.


Iqbal adalah teman sekolahnya suatu ketika dahulu dan hubungan mereka putus setelah Iqbal melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Bella sememangnya ada hati dengan Iqbal dan berusaha agar Iqbal tidak jadi bertunang dengan Mira. Beliau ingin memenangi hati Iqbal kerana beliau benar-benar cintakan Iqbal.  Sebelum mereka sah bertunang, Bella seboleh mungkin ingin memenangi hati Iqbal.


Bella memandu ke Cherating tanpa mengetahui Kojie tertidur di dalam keretanya.  Ini kerana semasa menunggu Bella, hari hampir hujan dan kebetulan kereta Bella tidak berkunci menyebabkan Kojie terus masuk ke dalam kereta beliau. Beliau hanya menyedari Kojie berada di dalam kereta bila mana secara tidak sengaja Bella membuat emergency break dan Kojie tersedar dari lenanya.


Mereka berhenti di R& untuk ke tandas.   Bella akhirnya meninggalkan Kojie sekali lagi bila mana beliau pada awalnya mengadu sakit perut dan Kojie bergegas membelikan ubat untuk Bella.  Namun akhirnya Kojie diakali sekali oleh Bella dengan meninggalkannya di sana.   

Nasib Bella kurang baik bila tayar kereta beliau pancit.   Kojie menaiki teksi dan menjejaki Bella dan akhirnya beliau berhenti bila ternampak kereta Bella di tepi jalan. Setelah membantu membetulkan tayar kereta Bella, Kojie tidak membenartkan Bella memandu kerana dikhuatiri insiden beliau ditingggalkan akan berulang lagi dan beliau akan kehilangan pekerjaan kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik. 


Bella merayu agar Kojie menghantarnya ke Cherating terlebih dahulu bagi menyelesaikan misinya sebelum keretanya beliau ditarik.  Kojie akhirnya bersetuju namun dalam perjalanan,  Kojie yang baik hati telah menumpangkan sorang nenek tua yang ketinggalan bas ketika itu,  

Nenek Telangkai mempunyai raut wajah yang agak menyeramkan.  Bella takut  dan membaca ayat-ayat Al-Quran  bagi menghalau nenek berkenaan yang dianggapnya hantu.  Nenek  Telangkai pula bising menyuruh Kojie memberitahu Bella agar menghentikan bacaannya kerana sakit telinga beliau mendengar bacaan Bella yang banyak salah. 

Sampai di Cherating tempat mereka akan menginap, Bella dan Kojie amat terkejut bila mana pemilik resort berkenaan mempunyai rupa paras yang sama dengan nenek yang menumpang kereta mereka tadi. Memandangkan resort penuh,  Kojie telah ditumpangkan bersama pekerja di resort berkenaan.


Setelah berjumpa Iqbal di sana, barulah Bella mengetahui cerita sebenar bahawa sebelum ke luar negara Iqbal ada menitipkan surat menyatakan perasaannya terhadap Bella melalui Mira.  Namun surat berkenaan tidak pernah sampai ke tangan Bella. Ini kerana Mira juga mempunyai hati terhadap Iqbal dan hendak Iqbal menjadi kekasihnya.  Ini membuatkan Bella begitu marah terhadap Mira dan berusaha untuk merebut Iqbal kembali. Pertunangan di antara Iqbal dan Mira juga dibatalkan kerana Iqbal masih menyintai Bella dan amat marah kerana Mira berbohong terhadapnya.

Bella meninggalkan Kojie dan mengikut Iqbal balik ke Kuala Lumpur.   Kunci keretanya juga ditinggalkan kepada Makcik Kamariah untuk diserahkan kepada Kojie. Kojie kecewa kerana Bella meninggalkannya begitu sahaja dan dalam masa yang sama beliau telah jatuh hati terhadap Bella.  Setelah itu mereka tidak pernah berjumpa lagi.


Enam bulan kemudian, Bella menjadi mangsa pencopet dan dalam masa yang sama Fakruzi mendapat balik dompet Bella dan memulangkan kepadanya.  Yang mencopet adalah Furkan iaitu adik Fakruzi sendiri.  Beliau mencopet bukan kerana hendakkan wang tetapi kerana hendakkan perhatian dari keluarganya. 

Bella yang menyangka Fakruzi adalah Kojie terkejut dengan penampilan baru Kojie yang kemas dan berbeza dari dahulu, namun Fakruzi menafi yang beliau kenal Bella.   Beberapa kali Bella cuba meyakinkan Fakruzi adalah Kojie dan mereka pernah bertemu tetapi fakruzi seakan-akan blur dan tidak mengingati apa-apa.

Bella ditukarken ke cawangan Ibu Pejabat di mana Fakruzi juga bekerja di tempat yang sama.   Bella baik dengan Yani iaitu setiausaha Fakruzi dan dari Yani Bella mengetahui serba sedikit mengendai diri Fakruzi.   Suatu hari Bella telah dibawa oleh Fakruzi ke rumah anak-anak yatim yang dibiayai oleh company ayah Fakruzi.  Dari situ barulah Bella mengetahui bahawa Fakruzi mempunyai adik kembar yang namanya Kojie dan dari situ juga Bella tahu bahawa Kojie telah meninggal dunia. 



Bapa Kojie menukarkan identiti Kojie kepada Fakruzi kerana tidak mahu kehilangan anaknya setelah kembar Kojie meninggal dalam kemalangan. Kojie yang hilang ingatan terus menganggap dirinya Fakruzi sehinggalah terjadi beberapa insiden yang membuatkan beliau terfikir yang beliau sebenarnya bukanlah Fakruzi.    ingatan Kojie akhirnya pulih dan ayahnya telah memohon maaf atas apa yang telah beliau lakukan. Ini adalah kerana Kojie sebelum ini enggan menerima ayahnya berkahwin lain dan beliau tinggal bersama Mak Wan iaitu pembantu rumah keluarga mereka dahulu. Kojie memaafkan ayahnya dan mereka berbaik-baik kembali dan lagi kesemua adik-adik Kojie bersama emak baharunya amat menyayanginya.   


Bella yang terpaksa diberhentikan kerana ayah Kojie tidak mahu dengan adanya Bella yang mengenali Kojie akak membuatkan Kojie ingat akan kisah-kisah silamnya. Namun akhirnya mereka kembali bersatu apabila kesemua permasalahan dapat diselesaikan.  walau pada awalnya sukar Bella hendak mempercayai bahawa Kojie masih hidup. Begitu juga Kojie yang menyangka Bella teah meninggal dalam kemalangan seperti yang dinyatakan oleh adik Bella semasa beliau menelefon Bella dan dijawab oleh adiknya.

Mereka akahirnya memang berjodoh seperti kata-kata Nenek Telangkai dahulu.