Tuesday, November 27, 2012

SISIPAN CINTA MENGHARUM - AIMA ARMIA

BUKU DARI LIBRARY LPPKN

Aliya kerap memerhati kereta Kia Sportage hitam yang lalu di hadapan rumahnya.   Ibunya yang terlihatkan perbuatan Aliya telah menegur bahawa menyatakan usahlah beliau berangankan pemuda mat salleh yang mengemudi kenderaan berkenaan kerana beranggapan orang tersebut tidak akan perasan akan diri Aliya.

Perkenalan antara Aliya dan Sam yang secara tidak sengaja telah merapatkan hubungan mereka.  Mereka akhirnya saling jatuh cinta namun banyak halangan-halangan yang terpaksa dilalui bagi merealisasikan hubungan mereka agar dapat hidup bersama.

Nurul yang juga sepupu Aliya sebenar telah juga jatuh hati pada Sam. Walhal dalam masa yang sama dia berpacaran dengan Kabeer pemuda Pakistan yang bapanya mempunyai perniagaan karpet di sini.   Setelah Kabeer gagal dikesan kerana pulang ke Pakistan tanpa memberitahunya dan   Nurul yang berasa terancam kerana mengandung telah manabur fitnah bahawa beliau mengandungkan anak Sam.  Ini memandangkan Sam juga telah balik mengejut ke negaranya ke negaranya kerana ibunya sakit.   Sam telah memaklumkan kepada Aliya keadaan namun Nurul yang telah terdesak telah mengambil kesempatan di atas ketiadaan Sam dengan membuat fitnah bahawa Samlah yang merosakannya.

Bapa Nurul naik berang dan ingin menurut Sam di London ...Aliya begitu kecewa namun tidak dapat berbuat apa-apa.  Akhirnya Nurul berkahwin juga dengan Sam di sana kerana diugut oleg bapa Nurul. Bapa Nurul kemudiannya  kembali ke tanah air namun Nurul terus tinggal di sana kerana tidak dibenarkan oleh ayahnya.  Aliya begitu kecewa namun pasrah dengan  apa yang telah terjadi.  Sam tetap menyatakan bahawa dirinya teranaiya dan ingin kembali kepada Aliya.  

Sam telah kembali ke Malaysia bagi menemui Aliya.  Pada masa tersebut Aliya ke JB kerana menjalani kursus.  Angah iaitu kakak Aliya yang berkahwin dengan bangsa asing telah merancang pernikahan Aliya dan Sam kerana beliau tahu yang Sam benar-benar menyintai Aliya dan tahu yang Sam sebenarnya telah teranaiya.  

Angah juga berkahwin tanpa restu keluarga telah tidak pulang-pulang ke kampungnya semenjak beliau berkahwin lari.  Suaminya iaitu Farid Chong merupakan seorang yang berjaya dalam kerjayanya begitu juga Angah.  Bapa mertua Angah  mempunyai harta yang banyak dan kebanyakannya telah dinamakan atas nama Angah kerana beliau berasa bersalah kerana Angah terpaksa berpisah dengan keluarganya kerana disebabkan perkahwinan mereka yang tidak direstui.

Tanpa Aliya menduga kakaknya yang  terlalu ingin melihat kebahagiaannya telah sanggup membuang perasaan takut terhadap ayah beliau.  Beliau meminta Pak  Deris datang ke JB bagi mewalikan  pernikahan Aliyah.  Selama ini semenjak beliau keluar dari rumah,  tidak pernah sekalipun beliau menghubungi keluarganya kerana tahu keluarganya amat marah dengannya. Namun demi Aliyah, beliau sanggup berkorban demi kepentingan adiknya.

Pak Deris akhirnya  bersetuju dengan perancangan Angah namun meminta Angah merahsiakannya dari ibu mereka kerana ibu mereka amat fobia dengan orang dari bangsa asing.  

Setelah selamat bernikah Sam telah kembali semula ke London bagi menyelesaikan urusannya dengan Nurul dan dalam masa yang sama juga ibunya sedang sakit tenat. Bapanya memahami situasi Sam dan Nurul dan bersetuju agar beliau bercerai.  Namun Nurul tidak mahu pulang ke Malaysia kerana malu. Nurul pula begitu marah kerana menjangkaka Sam akan berubah hati dan sayang kepadanya dan mula mencari akal untuk Sam agar terus tinggal di sana.

Dengan berat hati Aliyah terpaksa sekali lagi melepaskan  Sam bila Sam berjanji akan segera kembali ke Malaysia setelah semua urusannya selesai.  Namun malang terus menimpa Aliya bila mana Sam tidak kunjung-kunjung pulang.   Aliyah yang telah mengandung ketika itu begitu resah memikirkan permasalahannya. Akhirnya ayahnya telah mengambil keputusan untuk ke London bagi menjejaki menantunya.  Dengan isterinya beliau telah berbohong menyatakan bahawa beliau perlu ke sana atas urusan tugas.  

Setelah seminggu tanpa khabar dan masuk ke hari hari seterusnya, Aliyah merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap bapanya. liyah menerima sampul putih dari luar negara namun yang ada hanyalah kasert.  Selepas mendengarinya Aliyah terus menghubungi Abang Lokman dan seterusnya mereka ke balai polis kerana tahu ada sesuatu yang berlaku di sana.  Aliyah juga memperdengarkan  isi kaset tersebut kepada Pak Longnya yang mana akhirnya baru  Pak Long baru mengetahui bahawa kesemua angkara yang berlaku adalah disebabkan oleh perbuatan anaknya sediri iaitu Nurul.  

Manakala  Farid Chong pula menghubungi iparnya yang menuntut di sana bagi membantu mencari ayah mertuanya.  manakala Abang Lokman menghubungi New Strats Times dan Kedutaan kita di London bagi membantunya.  Akhirnya mereka mendapati Pak Deris berada di hospital kerana kemalangan manakala Sam masih tidak dapat ditemui.

Farid Chong dengan bermurah hati telah ke London bagi membawa ayah mertuanya pulang.  Ibu Aliyah yang telah mengetahui duduk perkara sebenarnya begitu terharu di atas pengorbanan Farid dan kemudiannya beliau dapat menerima kehadiran Faid Chong di dalam keluarganya.   Begitu banyak jasa-jasa Farid terhadap kelaurganyaa.