Sunday, February 15, 2015

BUKAN SEKADAR RESEPI - ROZA ROSLAN

Buku dibeli pada 28 Januari 2015
Program Maulidur Rasul di pejabat di mana penceramah jemputan ialah Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim (suami kepada Puan Roza Roslan).

Buku memuatkan kisah-kisah perjalanan kehidupan penulis dari kecil termasuk resepi-resepi biasa yang beliau tengok dan cuba buat.  Resepi-resepi ringkas yang dimuatkan ini juga kerap dibuat oleh orang-orang tua kita di zaman dahulu dan menjadi makanan tradisi kita.  


Selain itu, beliau juga memuatkan resepi-resepi yang didapati dari rakan-rakan secara langsung atau  tidak langsung semasa berhijrah dari satu negara ke negara lain dan juga dari satu negeri ke negeri yang lain.

Terdapat kisah dan cerita disebalik sesuatu resepi yang dipaparkan dan menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya adalah:


1.  Pulut Kuning

Ianya merupakan makanan yang agak istimewa dan agak mahal pada masa dahulu.  Hanya dibuat pada masa-masa tertentu seperti sambutan hari lahir atau majlis kesyukuran. Ianya bukan sahaja dibuat oleh keluarga penulis, tetapi juga oleh keluargaku sendiri dan juga keluarga-keluarga lain. Biasanya pulut akan dibuat bersama rendang ayam dan akan diletak di dalam pinggan yang beralas daun pisang untuk dibahagi-bahagikan kepada saudara mara serta jiran terdekat.

2.  Pancake

Makanan yang namanya baru pertama kali penulis dengar semasa beliau duduk di Holland.  Sebelum ini beliau hanya mendengar namanya sahaja dan tidak pernah melihat apatah lagi merasainya.  Pancake berkenaan dihidang bersama madu dan mentega semasa di sana.  manakala di sini kita memanggilnya sebagai lempeng.

Di sini biasanya kita menyajikan lempeng pisang atau lempeng kelapa.  Boleh juga dimakan bersama kari daging/ayam ataupun dimakan begitu sahaja.  Saya juga biasa memakan lempeng kelapa bersama sambal tumis dan juga ikan masin.  sekiranya bancuhannya dicairkan lebih sedikit dan dibakar didalam cetak bahulu, kami menamakan nya sebagai kuih 'gandos'.  Di luar negara, ianya disajikan secara berbeza walaupun ianya tidak banyak beza.


3.  Jemput-Jemput

Satu lagi makanan yang kerap dimakan oleh penulis semasa kecil. Bahkan hingga kini jemput-jemput juga menjadi makanan kegemaran ramai termasuk saya sendiri.  Cara pembuatannya amat mudah dan tidak jemu dimakan walau setiap hari. Juga dijadikan sebagai hidangan kepada tetamu apabila bertandang lebih-lebih apabila bertandang secara mendadak maka, jemput-jemputlah yang paling ringkas dan cepat dibuat.  Selain dari jemput-jemput ikan bilis, jemput-jemput kelapa, jemput-jemput pisang juga menjadi menu utama kami yang paling enak pada zaman dahulu hingga kini.

Selain dari resepi-resepi, terselit juga kisah-kisah manis yang agak menyentuh hati pembaca.  Antaranya bila mana penulis ingin mengadiri majlis perkahwinan sahabat beliau yang sama-sama menuntut di UITM Dungun.  Tanpa menyangka ketiadaan tikit, bas yang dinaiki hanya sampai di Temerloh sahaja dan beliau terpaksa mencari bas lain untuk ke Jerantut.  

Malangnya bas yang dinaiki mengalami kerosakan di petengahan jalan dan terpaksa menunggu begitu lama bas ganti yang lain. Dalam ketakutan yang teramat, terlebih-lebih lagi  apabila beliau pergi tanpa memberitahu keluarga dan tunangnya, membuatkan penulis menggigil ketakutan, menyesal dan menanggis di dalam hati.  Namun kuasa Tuhan, rupa-rupanya rakan beliau telah lama menunggunya di stesen Temerloh walaupun pada awalnya mereka hampir-hampir meninggalkan tempat tersebut kerana menjangkakan beliau tidak jadi datang.   Beliau menanggis terisak-isak sambil memeluk rakan-rakannya kerana berasa amat lega.

Mereka kemudiannya dibawa oleh bapa saudara pengantin ke Jerantut yang mana perjalannya agak jauh.  Mereka tinggal  di rumah bapa saudara pengantin yang ber sebelahan dengan rumah pengantin. Sesampainya di sana beliau terus diserbu oleh rakan-rakan sekampus dan serta merta hilang keduakaan yang dialaminya sebentar tadi.  

Mereka berborak hingga larut malam dan pabila kompang dipalu keesokan harinya, mereka masih di dalam bilik dan belum mandi lagi.  Nampak gayanya mereka datang ke sana bukannya untuk memakan nesi minyak, tetapi untuk memakan kek coklat yang hebat yang disediakan oleh makcik pengantin.  

Antara lain kisah si penulis adalah,  semasa beliau di Tingkatan Satu, terdapat seorang pelajar berbadan kecil yang sering mendekatinya.  Setiap kali ada perjumpaan pengawas, pelajar berkenaan akan berusaha duduk disebelahnya, begitu juga semasa makan di kantin.  Beliau seorang yang peramah namun kebanyakan pelajar kurang menyenanginya  dan mengelarkannya sebagai "peramah tak bertempat".  


Suatu hari,  sekolah mereka bercadang membuat lawatan ke Kuala Lumpur.   Rakan-rakan mencari partner masing-masing untuk duduk di dalam bas.  Penulis ditanya oleh pelajar berkenaan dan beliau berhasrat duduk di sebelah penulis sekiranya beliau tidak mempunyai pasangan. Sebelum bertolak,  Lily meminta izin untuk tidur di rumah penulis bagi memudahkan mereka bertolak keesokan harinya.  Tidak disangka pelajar berkenaan juga turut menyatakan hasrat yang sama dan penulis tidak sanggup menolak.  Sebelum berakhirnya waktu persekolahan sebelum mereka bertolak ke Kuala Lumpur, bapa pelajar berkenaan telah memberikan sebungkus barang kepada beliau dan barangan tersebut diberikan kepada emak penulis apabila mereka sampai di rumah.  Barangan tersebut adalah merupakan daun salam atau juga dikenali sebagai daun selasih.


Perhubungan pelajar berkenaan tidak hanya terhenti disitu. Bila mana ada aktiviti petang atau hujung minggu, pelajar berkenaan akan menumpang tidur di rumah penulis dan setiap kali datang, daun selasihlah yang dibawa sebagai buah tanggan.  


Pabila penulis telah ke univesiti pula, rupa-rupanya pelajar berkenaan masih kerap ke rumah penulis dan merupakan pengganti anak-anak apabila kesemua adik beradik penulis tiada.  Beliau pernah bersunggut namun ibu beliau menayatkan bahawa mungkin hanya itu sahaja yang ada di rumahnya untuk dijadikan sebagai buah tanggan.


Beliau tidak meneruskan pembelajaran kerana sebab-sebab tertentu.  Kini beliau bekerja di sebuah syarikat menjual barangan eletrik.  Pada tahun akhir penulis di universiti, ketika balik bercuti ke kampungnya, emak beliau menyampaikan  berita bahawa rakan tersebut  telah meninggal dunia setelah menghidap demam selama seminggu.  Emak dan abah membawanya ke rumah rakan tersebut walau pun sebelum ini beliau kerap menolak ajakan rakannya itu.  


Rumahnya benar-benar jauh di pendalaman.   Beliau terpaksa berjalan berbatu-batu sekiranya tiada kenderaan. Rumah papannya yang terlalu kecil serta tiada perabot dan di sekeliling rumahnya dipenuhi pohon-pohon selasih yang diibaratkan sebagai taman bunga.  Sehingga kini penulis sentiasa terkenang-kenang akan keharuman selasih berkenaan.  Alfatihah untuk rakan beliau itu.n beliau itu.