Sunday, October 26, 2014

HATI KITA SATU - RANIA FIRDAUS

buku dibeli pada 10 Septembr 2014

Kuz Kusyairi menghabiskan pelajarannya di Korea Selatan. Semasa di sana beliau rapat dan bercinta dengan Misya namun hayat Misya tidak panjang bila beliau meninggal akibat dari kemalangan.  Hidup Kuz menjadi kosong dan tiada wanita lain yang berjaya mengisi kekosongan hatinya setelah Misya.

Sara mempunyai hati yang kering terhadap lelaki.  Ini disebabkan ayahnya meninggalkan ibunya semasa beliau dan kakaknya masih kecil, manakala kakaKnya pula diceraikan oleh suami dan hidup menderita sepanjang perkahwinannya.  Insiden tersebut membuatkan Sara tidak mempercayai lelaki.

Sara telah beberapa kali bertukar kerja dan terakhir beliau mendapat kerja di GJ Groups.  Pertemuan secara tak sengaja Sara dan Kuz adalah di hari pertama mereka masuk kerja.  Sara yang kelewatan bangun semasa hari pertama membuatkan beliau menjadi begitu kalut.  Akibat tergopoh gabah, tanpa disedari beliau menaiki lift yang juga dinaiki oleh Kuz.  Kuz telah menegur Sara sedangkan Sara nak tak nak saja melayan Kuz.  Kuz juga menyatakan bhawa hari tersebut adalah merupakan hari pertama beliau masuk kerja.  

Sara merasa semacam bila merasa Kuz memandangnya dari atas sampai bawah, akhirnya dengan teragak-agak Kuz menegur Sara bila dia merasakan yang Sara memakai baju terbalik.  Sara yang merasa malu telah meluru keluar bila lift sampai ke destinasi dan terus ke bilik air.  Memang benar apa yang dikatakan Kuz. Malunya Sara ketika itu tidak dapat dibendung.

Sara tinggal bersama Keisya dan Karmila.  Walau Mila sama pejabat dengan Sara namun Mila tidak pernah merasa senang dengan Sara.  Begitu juga dengan Keisya adiknya sendiri.  Namun Keisya tetap melayan Mila dengan baik walau Mila sentiasa berkasar dengan Keisya.

Sara dan Keisya telah ke Rumah Ammal Jannah iaitu rumah Agam kepunyaan keluarga Kuz.  Setelah sesi pembelajar bermula secara tidak diduga pada suatu hari Kuz telah balik ke rumah tersebut dan terkejut bila mana mendapati Sara lah yang menjadi tenaga pengajar di rumah berkenaan.

Semakin hari mereka semakin rapat walau Sara tetap enggan menerima lelaki dalam hidupnya kecuali atuk dan anak saudara leklakinya.  Manakala Kuz juga pintu hatinya masih tertutup setelah kematian Misya.   

Kuz telah mengambil cuti untuk menenangkan fikiran ke kampung. Tempat tujunya adalah di kampung Hadi iaitu kampung teman rapatnya.  Sementelah dari Kuz pun tidak pernah pergi ke mana-mana kampung sebelum ini.   Di sama beliau telah tinggal di homestay atas saranan Hadi.   Tanpa diduga rumah tersebut adalah rumah orang tua Sara.  Secara kebetulan Sara pulang ke kampung pada masa yang sama dan amat terkejut bila mendapati ada lelaki yang menempati biliknya.   

Pertelingkahan berlaku antara Sara dan kakaknya namun dapat diredakan oleh Tok Minya.  Sara pulang ke kampung bersama-sama Keisya kerana Keisya juga belum pernah ke kampung.  Namun disebabkan bapa Keisya yang tiba-tiba sakit maka Keisya telah kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa kereta kakak Sara yang sebelum ini dipinjamkan kepada Sara.  Sara bercadang menaiki bas sahaja namun disebabkan Kuz juga hendak pulang pada hari tersebut maka Kuz telah mepelawa Sara. Setelah didesak oleh keluarga akhirnya Sara bersetuju menumpang Kuz.

Luthfi telah lama menyukai Sara namun tidak pernah dilayan baik oleh Sara.  Luthfi tidak pernah mengambil hati akan kelalu Sara kerana sememangnya beliau amat maklum sebab musabab yang menyebabkan Sara berkeadaan demikian.  Luthfi sebenarnay sama pejabat dengan Sara namun Sara tidak pernah mengetahuinya. Begitu juga Kuz juga tidak mengetahui bahawa Hadi@Luthfi adalah sama sekampung dengan Sara.

Mila menyukai Kuz namun Kuz amat tidak menyukai Mila.  Beliau menganggap Mila perempuan murahan dna sememangnya Mila tidak tahu malu dan tanpa segan-segan menggoda Kuz.  Kehidupan Mila juga terlalu sosial berbeza dengan adiknya Keisya.

Setelah bekerja di Rumah Ammal jannah, batru Sara mengetahuii bahawa Kuz merupakan anak yang juga malang sepertinya.  Namun baginya beliu masih beruntung kerana masih mempunyai kakak dan Tokmi.  Sedangkan Kuz hanya tinggal sebatang kara.  Serba sedikit hal peribadi Kuz diketahui melalui anak-anak di Rumah Ammal Jannah berkenaan.

Puan Khairiah yang berkenan dengan diri Sara telah ingin menyatukan Sara dan Kuz.  Kuz menolak begitu juga Sara.  Masing-masing mempunyai sebab tersendiri tidak mahu rapat dengan yang berlainan jantina akibat dari luka-luka lama mereka.  

Sara telah didatangi maslah lain bila mana ayahnya telah kembali mencarinya dan kakaknya.  Sara begitu marah terhadapa ayahnya dan enggan memaafkan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya terhadap ibu mereka serta mereka adik beradik.   Puas Tokmi menasihati mereka namun kedua mereka tetap berkeras hati tidak mahu mengaku ayah mereka kembali.

Secara tidak sengaja suatu hari ayah Keisya telah datang ke rumahnya.  Beliau amat terkejut bila  mendapati yang menumpang menyewa di rumah beliau adalah Sara iaitu anaknya sendiri. Begitu juga dengan sara, maka terjadilah pertengkaran hebat antara mereka anak beranak.  Keisya yang binggung akhirnya  emmbawa diri ke Rumah Ammal Jannah dan setelah puas dipujuk beliau menceritakan kisahnya kepada bonda Khairiah.  Sarajuga telah berpidah keluar dari rumah Keisya  dan tidak ingin mengaku Keisya sebagai adiknya juga walau puas dipujuk.

Selagi Sara belum berkahwin ayahnya mempunyai hak mutlak ke atas Sara dan kakaknya.   Dengan demikian secara drastik Sara telah membuat keputusan untuk menerima peminangan dari keluarga Kuz memandangakn hanya jalan itu sajalah yang dia dapat untuk mengelakkan diri dari didekati oleh ayahnya kembali.  Kuz juga akhirnya terpaksa menuruti kehendak bonda Khairiah dan pakciknay kerana mereka tidak mahu Kuz terus dibayangi oleh kenangan bersama arwah Misya.

Mereka dinikahkan dan Sara mengambil keputusna berhenti kerana kerana tahu Mila juga bekerja di tempat yang sama.  Mila merupakan kakak tirinya iaitu anak kepada emak tiri beliau iaitu isteri ayahnya.  Mila yang tergila-gilakan Kuz setengah mati merasa terpukul bila mengetahu Kuz telah berkahwin, lebih-lebih lagi bila mengetahui Kuz berkahwin dengan Sara.  Api kemarahan- nya semakin meluap-luap dan beliau mengatur strategi untuk memerangkap Kuz.

Kuz yang mula berselisih paham dengan Sara setelah mengetahui sebab musabab mengapa Sara sanggup berkahwin dengannya.  Sara hanya ingin melepaskan diri dari bapanya.   Kuz mula mendapatkan kontek number Mila untuk melepaskan tension beliau di kelas menari rakan Mila.  Namun akhirnya Kuz mnerasakan bahawa beliau tidak lagi berminat untuk mneruskan aktiviti berkenaan.  Mila tetap tidak putus asa untuk menarik perhatian Kuz walau berbagai-bagai cara beliau lakukannya.

Suatu hari Mila telah mempelawa Kuz minum bersamanya dan tanpa Kuz sedari Mila telah memasukkan sesuatu agar Kuz tidak sedarklan diri.  Kuz telah dipapah ke kereta Mila.  Nasib menyebelahi Kuz kerana pakcik beserta pemandu beliau ternampak akan insiden yang mencurigakan itu.  Mereka mengikuti kereta yang membawa Kuz sehinggalah ke rumah kawan Mila.  

Dalam masa yang sama, Keisya yeng mendengar Mila membuat rancangan bersama temannya merasa  curiga  Mila  akan melakukan sesuartu terhadap Kuz.  Beliau dan bapanya telah menghubungi Mila memaklumkannya.   Walau dengan berat hati akhirnya Sara menuruti juga Keisya dan ayahnya ke rumah rakan Mila.  Setibanya di sana mereka terlihat keadaan  begitu riuh rendah.  Sebenarnay pakcik Kuz telah terebih dahulu menyeranah dan memarahi Mila atas apa yang telah dia lakukan terhadap Kuz sebelum Sara sampai.  Sekiranya mereka tidak nampak akan insiden berkenaan, sudah pasti Kuz telah masuk ke dalam jerat Mila pada malam tersebut.

Mila telah dipecat oleh Uncle Ghadaffi kerana perbuatannya dan Sara pula menyesal atas apa yang berlaku.  Sara dan Kuz akhirnya sedar akan kesilapan masing-masing dan merka berusaha menjadi pasangan yang saling memerlukan. 

Kakak Sara pulak mendapat jodoh dengan Zain yang juga baik hati. Selepas hati pernikahan beliau, ayah dan emak tiri mereka datang bersama Keisya.  Sara dan kakaknya tetap enggan menerima bapa nya kembali namun akhirnya setelah puas dipujuk serta diberikan kesedaran, mereka akhirnya akur dengan kehendak Illahi dan keluarga mereka kembali bersatu.  








SETELAH CINTA ITU PERGI - EAST DIANI


BUKU DIBELI 24 OKTOBER 2014

Marina dan Ikram telah 3 tahun melayari hidup berumahtangga. Kehidupan mereka diwarnai dengan kebahagiaan sehinggalah kedatangan Syirah yang menumpang tinggal di rumah mereka semasa beliau dalam pantang kerana  melahirkan anak sulungnya bersama Idlan (adik Ikram).

Kehidupannya Shira yang amat susah sementelah pula Idlan dipenjarakan akibat dadah telah dibawa pulang oleh Ikram ke rumahnya untuk sementara. Ikram telah membawa Syirah tinggal bersama tanpa berbincang dengan isterinya Marina terlebih dahulu.  Ini membuatkan Marina marah namun tidak berbuat apa-apa.

Syirah yang biasa hidup dalam kesempitan berasa amat teruja dengan kemewahan yang dimiliki oleh Ikram dan Marina.  Timbul niat jahat dihatinya untuk menjadi tuan di rumah berkenaan dan menginginkan Ikram sebagai suaminya kerana dilihat Ikram begitu mengambil berat akan diri Marina dan juga dirinya semasa tinggal bersama.  Syirah juga cemburukan kemesraan antara Marina dan Ikram.

Bermulalah rentetan yang melukan hati Marina bila mana Syirah mula membat onar dan mengadu domba akan kehidupan mereka suami isteri.  Syirah kerap mengadu kepada Ikram bahawa Marina memarahi dan memusuhinya dan memaksa Syirat membuat berbagai-bagai kerja rumah semasa beliau dalam pantang, walhal kesemua itu merupakan cerita karut semasa-mata yang ingin memancing belas kasihan dari Ikram.

Marina kerap dimarahi oleh Ikram dan peristiwa paling malang bila mana pada suatu hari ketika kereta Marina rosak, dan Muiz iaitu rakan sekerjanya telah menghantar Marina pulang.  Syirah yang mengendap dari dalam rumah telah menaikan api kemarahan Ikram dengam mengatakan bahawa Marina berlaku curang serta mempunyai jantan lain.  Puas Marina menerangkan  duduk perkara namun Ikram telah mengasari Marina sehinggalah berlaku pertengkaran hebat dan akhirnya Ikram melafazkan talak kepada Marina.

Syirah meneruskan niat jahatnya dengan menghubungi pegawai pencegah maksiat bahawa ada orang bersekedudukan di rumah Ikram.  Ikram dan Syirah telah ditangkap kahlwat dan apabila Syirah telah habis berpantang Ikram dan Syirah bernikah setelah Syirah membuat tuntutan fasah kepada Idlan.

Syirah banyak menghabiskan duit Ikram dan  boros.  Ikram mulai menyedari kesilapannya namun segalanya telah terlambat.  Ikram telah berpindah dari rumah asal kerana tidak lama lagi Idlan akan keluar dari penjara dan pasti mencari mereka.  Terjadi pergaduhan hebat antara Idlan dan Ikram.   Idlan enggan mendengar penjelasan Ikram kerana segala-galanya telah jelas diceritakan oleh ibu mereka.  

Syirah yang terkejut dan serba salah telah berbisik kepada Idlan bahawa beliau tidak menyintai Ikram namun hanya ingin merampas harta kekayaan Ikram sahaja.   Selepas mendapatkannya beliau akan meninggalkan Ikram dan ingin mengajak idram lari bersamanya.  Idlan hanya ketawa besar mendengarkan niat jahat Syirah  kerana beliau amat kenal siapa bekas isterinya itu.  Syirah seorang yang tamak dan busuk hati.  Ikram yang mendengar perbicaraan Syirah makin terbakar dibuatnya dan benar-benar menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Marina.

Ikram menceraikan Syirah dengan talak tiga.  Ini mengakibatkan Syirah semakin panas hati.  Beliau tidak akan melepaskan Ikram begitu sahaja.  Segala harta Ikram tetap ingin dimiliki.  Ugutan-demi ugutan dilakukan terhadap Ikram, namun Ikram tetap tidak gentar.  Harta sepencarian juga hendak dituntut walhal mereka hanya berkahwin hanya 4 bulan sahaja.  Bagi Ikram segala harta sepencarian adalah milik Marina kerana Marina lebih layak dan bersusah senang bersamanya membangunkan syarikatnya.  

Syirah tetap tidak putus asa sehinggkan sanggup hendak menjual anaknya sendiri sekiranya Ikram tidak menuruti kehendaknya.  Ikram yang tidak sanggup melihat anak saudaranya sendiri dijual oleh Syirah telah sanggup untuk membayar Syirah jumlah yang dikehendaki oleh Syirah.   Namun satu perjanjian telah ditandatangani yang mana Syirah tidak dibenarkan mengambil semula anaknya.  Syirah yang tamak tanpa melihat perjanjian tersebut terus menandatanagni surat perjanjian tersebut tanpa membacanya.  Akhirnya Syirah tewas dengan niat jahatnya dan akhirnya  terpaksa ditempatkan di wad pesakit jiwa kerana penyakit hatinya yang telah makin menjadi semakin kronik.

Ikram terus-terusan ingin menarik semula hati Marina namun Marina tetap bermain tarik tali.  Keluarga Marina melarang keras beliau kembali ke pangkuan Ikram setelah apa yang berlaku kepadanya.  Marina terpaksa berhenti  dari mengajar di pra sekolah bagi mencari kehidupan baru dan tidak mahu Ikram terus-terusan mencarinya.  

Marina mula bekerja di pejabat abangnya Farok apabila Farok terpaksa ditukarkan ke Utara.  Dengan kelulusan beliau, Marina layak mengantikan tugas tersebut.  Namun ketenangan tidak berpihak kepadanya bila mana Azhar iaitu anak saudara kepada pemilik syarikat berkenaan berniat jahat terhadap Marina.  Beliau yang semenangnya kaki perempuan sedaya upaya memikat Marina namun tidak dilayan oleh Marina.  Beliau mula menyebarkan fitnah terhadap Marina kepada Jihan agar Jihan memandang Marina sebagai wanita yang tidak baik.  


Secara tidak diduga Jihan yang pernah terserempak dengan Ikram dan  jatuh hati kepadanya merasa teruja pabila terlihat  Ikram di sekitar pejabatnya.  Menyangkakan Ikram datang untuk berjumpa dengannya dengan membawa sejambak bunga, Jihan berasa amat teruja dan terus merampas bunga tersebut.  Ikram ke pejabat Jihan  untuk berjumpa Marina.  Hasratnya adalah kerana ingin memohon maaf dan mengambil semula hati Marina.  Jihan tidak tahu bahawa Marina adalah bekas suami Marina.  


Jihan yang kegembiran menyatakan perasaannya kepada Azhar dan menerangakn bahawa Ikramlah jejaka yang pernah diceritakan kepada Azhar tempohari.  Adzhar yang  pernah ditumbuk oleh Ikram kerana  mengganggu Marina mengambil kad yang berada di jambangan dan menunjukkan kepadanya siapakah sebenarnya yang empunya jambangan bunga berkenaan. Jihan merasa malu dan bermulalah perang dingin antara Jihan dan Marina.  Dengan hasutan Adzhar, Jihan semakin memandang rendah kepada Marina kerana menggangap Marina seorang perempuan murahan.  Selebihnya beliau amat marah kerana mengetahui Ikram hendak memikat semula Marina.   

Setelah mengetahui dari mulut Marina bahawa mereka  telah bercerai,  hatinya berbunga kembali. Namun Marina akhirnya terpaksa menghantar notis kerja kerana tidak tahan akan sikap Jihan dan juga Adzhar kerana Azhar terus-terusan mengapi-apikan Jihan kerana Marina tidak melayannya.  Jihan juga terkejut pabila mengetahui Marina mengenali Muiz dan barulah dia mengetahui bahawa Muiz juga telah meninggal dunia.    Selepas dari mengetahui insiden berkenaan Jihan mula menyesali diri  dan ingin mencari anaknya.  

Dalam masa yang sama bapa Marina meninggal akibat kemalangan.  Marina tidak menghadirkan diri ke pejabat selama bebrapa hari.   Tanpa diduga Jihan telah ke rumahnya yang pada jangkaanya Jihan ingin  menyampaikan ucapan dukacitanya.   Namun jangkaan Marina adalah meleset kerana Jihan sebenarnya datang kerana menyesyaki Marina tahu di mana anaknya Danial.  Danial yang tiba-tiba muncul talah disapa dan dipeluk oleh Jihan.  Marina dan keluarga tertanya-tanya apa ikatan mereka yang akhirnya terjawab.  Jihan berkeras hendak mengambil Danial namun ditentang oleh Marina dan keluarga.  Namun Marina tidak mempunyai kuasa kerana Danial merupakan anak kandung Jihan.

Marina pernah rapat dengan Cikgu Muiz selepas bercerai dengan Ikram.  Cikgu Muiz berhasrat menjadikannya sebagai isteri namun jodoh tidak kesampaian bila mana Cikgu Muiz terlibat dalam kemalangan dan meningal dunia.  Muiz Danial iaitu anak Cikgu Muiz menjadi anak angkat Marina kerana sebelum meninggal Cikgu Muiz telah menitipkan anaknya kepada Marina sekiranya apa-apa berlaku kepadanya suatu hari nanti.  Ini kerana Muiz tiada mempunyai sesiapa kecuali Danial dan tahu tiada sesiapa yang akan menjaga Danial sekiranya beliau tiada.  Danial merupakan seorang anak yang cerdik dan pandai mengambil hati.  Marina dan keluarga amat senang dengannya.

Tanpa disangka Danial adalah anak Cikgu Muiz dan Jihan.  Jihan meninggalkan Cikgu Muiz bila beliau terpikat dengan orang lain.  Selama meninggalkan Muiz dan Danial tidak sekalipun Jihan menjenguk anaknya.  Danial enggan mengikuti ibunya namun dipaksa dan diangkat oleh Jihan yang akhirnya di bawa balik ke rumah Jihan.


Marina dan ibunya pindah ke kampung sebelah ayahnya dan terus menetap di sana.  Ikram yang ingin menambat hari Marina telah ke kampung Marina bagi tujuan tersebut.  Tanpa disangka beliau terserempak dengan Jihan di sana kerana Jihan juga telah memulakan bisness di situ dan antara tujuannya juga adalah untuk menjauhkan anaknya dari Marina.    Ikram yang telah mengetahui duduk perkara sebenarnya telah membuat perancangan bersama Danial.  Beliau telah sanggup menjaga Danial sepeninggalan Jihan untuk balik ke Kuala Lumpur.  Ikram ingin membawa Danial berjumpa Marina kerana dia tahu kedua-dua mereka saling merindui.  Jihan pula berasa berbesar hati kerana menyangka Ikram telah mula jatuh hati dengannya.   Selama Jihan di Kuala Lumpur, Danial begitu gembira kerana dapat bersama-sama Mama  Rina.  


Maria berkeras menolak Ikram membutkan Ikram mula putus asa.   Ikram ingin Marina terus bahagia dalam meneruskan kehidupannya dan sememangnya jodoh antara mereka telah tiada.  Ikram yang kecewa telah membawa Danial pulang ke Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama Jihan telah memberitahu keluaragnya bahawa Ikram adalah calon suaminya dan meminta Ikram berjumpa bapanya untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka.  Ikram terpaksa menyetujuinya kerana Jihan mengugut akan membunuh diri jika Ikram enggan berkahwin dengannya.  

Ayah Jihan tidak menyalahkan Ikram bila mengetahui duduk perkara sebenarnya.   Sememangnya beliau begitu arif dengan sikap Jihan yang suka memaksa sama seperti perkahwinannya dengan Muiz dahulu. Namun akhirnya Jihan  benar-benar sedar akan sikapnya dan mula berubah kerana anaknya Danial.  

Marina telah ditunangkan dengan Adam yang telah jatuh hati semasa terlihatkan Marina di kampung.  marian dengan berat hati terpaksa menerimanya kerana tidak mahu melukan hati ibunya.  Namun Adam akhirnya mengambil keputuan memutuskan talipertunangan mereka kerana tahu Marina terpaksa berbuiat demikian.  Ibunay begitu marah namun Adam dengan rnedah hati menyatakan itu adalah keputusan terbaik utnuk mereka.  

Bagi menaikkan kemarahan marina yang telah ingin berbaik-baik dengan Ikram, Jihan telah menunjukkan gambar Ikram memakai pakai dati butik pengantin dan Marina menyangka itu adalah pakaian perkahwinan mereka.  Marina berlari meninggalkan majlis yang dijemput oleh Ikram kerana merasa dirinya tertipu, namun akhirmya dapat dikejar oleh Ikram dan dimaklumkan duduk perkara.  Ikram yang sepetutnya melamar Marina semasa majlis terpaksa membatalkannya kerana salah anggap Marina.

Adam yang pada mulanya hanya menjadi penyelamat hubungan Marina dan Ikram akhirnya jatuh hati kepada Jihan dan mereka akhirnya bertemu jodoh.  Jodoh Ikram dan Marina masih ada dan mereka bernikah semula.  Danial begitu gembira bila mana Mama Rina dan Ikran kembali bersatu.  Beliau telah dapat menerima Jihan sebagai ibunya dan  bila cuti sekolah beliau akan tinggal bersama-sama Mama Rina ya pula.  Marina dan Ikram meneruskan kehidupan bahagia mereka bila mana Marina kemudiannya disahkan hamil dan melahirkan anak kembar.

Rumusan:
kadangkala manusia berhati hitam
sanggup menganiya walau keluarga sendiri
tidak merasa kesakitan insan lain
asalkan sendiri mengecapi apa saja kemahuan diri

Namun kesengsaraan yang dihadiahkan kepada insan-insan teranaiya
pasti suatu hari kan menerima padahnya
kerana TUHAN itu MAHA KAYA
mendengar rintihan umat nya
yang telah sekian lama
tersiksa dek insan-insan durjana

Musim panas pasti berlalu jua
Salju nyaman mengubat duka
setelah jauh perjalanan terpaksa dilalui jua
kebahagiaan akhirnya menyebelahi mereka

Hargailah insan yang menyayangimu sepenuh hati
kerana setelah cinta itu pergi
payah untuk kembali
walau ianya kembali
pasti tidak seperti dulu lagi

Setelah cinta itu pergi
baru akan kita rasai
betapa diri amat merindui
yang dulu tidak pernah kita hargai

Setelah cinta itu pergi
ianya tak akan kembali 
walau dirayu berbagai janji
hati yang pernah parah dilukai
pasti beringat apa yang terjadi
agar pisang tidak berbuah kedua kali

setelah cinta itu pergi
usah kau merayu lagi
telah ternokhtah di dalam diari
di kau bukan milik ku lagi