Wednesday, April 14, 2010

JOM MENGETOP - DR HM TUAH ISKANDAR

BUKAN MAIN LAGI - DR HM TUAH ISKANDAR

REVOLUSI - SHAHNON AHMAD

ACUAN MINDA - PROF DR SIDEK BABA

MEMBINA CINTA SUCI - DR HM TUAH ISKANDAR

KALUNG - ZAHIDA ZAKARSI

Buku ini dibeli pada 4/4/2008.

Buku ini mengisahkan Nia & adiknya Irfan diminta oleh kedua orang tua beliau ke Kampung Jerai tua iaitu kampung Pak Longnya  oleh ibu mereka yang akan menyusul mereka dikemudiann hari katanya.

Nia terpaksa memekakkan telinga kerana tiada tempat lain untuk beliau dan adiknya pergi dan beliau juga terpaksa bekerja keras untuk mencari perbelanjaan bagi persekolahan adiknya dan juga kelaurga Pak Longnya. 

Kehadiran mereka amat tidak disenangi oleh isteri Pak Longnya kerana kehidupan mereka yang susah dan kehadiran mereka sudah tentu menambahkan bebanan kepada mereka.

Di atas bukit di tempat tinggal orang2 kampung terdapat sebuah rumah dan org kampung sering mengatakan ada pembunuh yang tinggal di atas sana. Namun  Aries yang dilabelkan sebagai pembunuh adalah sebaliknya pada pandangan Nia.  Nia akhirnya rapat dgn Aries dan Aries kerap membantunya sekiranya Nia mempunyai apa2 masalah.  Namun Nia kerap diingatkan siapa Aries yang sebenarnya namun Nia tidak mengambil peduli kerana Aries tidak pernah mengganggu beliau dan adiknya.

Tok Ketua Manaf yang telah beristeri telah berkenankan Nia dan Mak Long memaksa Nia mengahwini Tok Ketua Manaf kerana beliau mendapat ganjaran daripada perkahwinan itu.  Nia tidak dapat berbuat apa2 kerana terhutang budi dgn keluarga Pak Longnya.   Nenek Nia tidak membenarkan Nia mengahwini Tok Ketua namun Nia tidak dapat berbuat apa2.

Malang tidak berbau bila mana Tok Ketua Manaf mendapat kemalangan dan hilang ingatan dannjuga hioang dari kampung sehari sebelum perhawinannya.  Orang kampung mengsyaki  Aries punya agkara namun Nia tetap tidak mempercayainya.  Namun akhirnya Nia terpaksa akur bahawa setiap apa yang berlaku di kampung tersebut adalah sememangnya angkara Aries yang ingin membalas denam di atas kematian keluaganya.