Thursday, June 28, 2012

BUATMU KEKASIH - AISYA SOFEA

pinjam from library LPPKN


Ika dan Fitri begitu bahagia dengan keluarganya dengan kahadiran putra dan putrinya.  Namun kebahagian mereka tercalar dengan kehadiran Suraya.   Fitri kerap keluar rumah walau hari2 cuti dan tidak berenggang dengan handphonenya.


Semasa ibu Ika datang kerumahnya pun Fikri tiada di rumah.  Ika ingin menyorokkan keadaan rumahtangganya namun anaknya Amira  bercerita tentang kemesraan papanya dengan Suraya yang mana Fitri kerap meminta beliau memanggilnya auntie suraya dan menyatakan papanya kerap berpeluk2 dan bercium dengan suraya dihadapannya.   Kepetahan Amira membuatkan tanpa sengaja Ika telah menyepak anaknya.   Ibunya memarahi Ika kerana anaknya sebenarnay tidak bersalah.


Ika memberanikan diri menelefon Suraya dan amat menyakitkan hari Ika bila Suraya menyatakan bahawa beliau telah mendapat segala2nya dari Fitri dan dia hanya memerlukan Fitri untuk menyayangi dan menyintainya.  Sunggguh tiada perasaan wanita itu bagi Ika.


Fiza sahabat lama Ika telah menawarkan pekerjaan di tempat lama beliau.  Ika akhirnya bersetuju bila memikirkan masa depannya dengan keadaan suami yang telah curang.  Ika meminta bantuan Fikri menjaga anak2 semas beliau ingin memulakan pekerjaan kerana pada masa yang sama Fikri telah dibuang kerja.  Fikri kepanasan bila mana tidak dapat keluar dan berjumpa Suraya dan mengakibatkan anak2nya kelaparan kerana beliau asik bergayut di telefon dengan Suraya.   


Namun mata Fikri mula terbuka bila mana Ika bekerja semula,   Beliau telah mengetahui sikap Suraya dan berusaha menjauhinya.  Fikri pula kerap diugut oekh Suraya yang akan membunuh diri kiranya Fikti enggan berjumpa dengannya.  Ika begitu kecewa seolah2 Fikri mempermain2kannya setelah mengakui bahawa beliau telah tiada hubungan lagi dengan Suraya,  namun akhirnya Fikri tetap pulang kepangkuannya dan harapan Ika agar tiada lagi badai dalan rumahtangganya.

Wednesday, June 27, 2012

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - ZURA ASYFAR

Buku dibeli semasa Pesta Buku PWTC 27 April 2012

Qira, Farish dan rakan2 telah dijemput oleh Reimy ke parti harijadi adiknya (Riana).   Oleh kerana Farish ada hal yang tidak dapat dielakkan maka Qira disuruh pergi dahulu.   Firash pula ke majlis tersebut kerana dijemput oleh Riana iaitu adik Reimy, kerana menyambut hari jadinya.


Namun hari tersebut adalah merupakan hari malang buat Qira dan Firash yang mana Qira yang tidak sihat ketika itu telah disuruh oleh Reimy menggunakan tandas di bilik tetamu di tingkat atas, yang mana tanpa Qira sedar akibat dari dirinya yang tidak sihat dia telah terlena di katil di bilik tersebut, manakala Firash pula akibat pening kepala kerana diletak dengan ubat tidur oleh Riana juga telah disuruh oleh Riana untuk berehat dibilik tersebut. Akibatnya tanda sedar Firash telah meniduri Qira yang juga merupakan teman wanita abangnya Farish.


Firash yang mencari Qira dibilik berkenaan pabila disuruh oleh Reimy bergitu terkejut bilamana mendapati adik bersama teman wanitanya berada dalam keadaan yang sungguh memalukan.   Akibat dari kejadian tersebut ibu mereka telah memaksa Firash untuk menikahi Qira walau ditolak pada awalnya.


Farish amat kecewa dengan pernikahan mereka dan telah meluru keluar rumah selepas majlis pernikahan berakhir.  Akibat dari kemalangan yang teruk, Farish telah meninggal dunia.  


Firash yang tinggal bersama rakan2 kuliahnya merahsiakan pernikahannya dengan Qira, begitu juga dengan Qira.  Walau beebrapa kali rakan2 mereka terserempak dengan mereka dan mulai mensyaki perhubungan mereka namun mereka menafikannya.   Firash juga merasa malu dan marah dengan Qira kerana beliau terpaksa mengahwini Qira yang lebih tua darinya.  Qira telah bekerja manakala Firash masih belum habis kuliah.


Namun lama kelamaan walau mereka pantang berjumpaa..akan ada saja percanggahan pendapat antara mereka, namun dalam hati mereka ada juga perasaan mengambil berat.


Firash terpaksa membuat praktikal di Terengganu dan begitu kecewa kerana 2 temannya yang lain dapat melakukannya di KL.  Dalam masa yang sama Qira pula ditukarkan ke Terengganu kerana prestasi kerjanya yang bagus.  Walau pada awalnya Firash berat hati membenarkannya pergi namun akhirnya bersetuju.  Dalam masa yang sama Firash terpaksa ke sana selepas seminggu Qira mendahuluinya.  Akibat dari ketiadaan tempat tinggal maka beliau terpaksa menumpang di rumah Qira.  


Hari pertama memulakan tugas di sana Firash keluar secara tergesa2 tanpa dapat Qira menanya di mana beliau akan bertugas.  Firash begitu terkejut bilamana beliau rupa2nya bekerja di syarikat yang sama dengan Qira dan Qira adalah bos atasannya. Hakimi  pula iaitu rakan persekolahan Qira dan juga merupakan saudara Firash sendiri menjadi bos besar di sana.  Firash yang sememangnya begitu jeles dengan Hakimi kerana padanya Hakimi ada hati dengan Qira begitu marah bila mana Qira kerap terpaksa melakukan kerja bersama-sama dengan Qimi.  Namun mereka terpaksa menyembunyikan status hubungan mereka dan di mana mereka tinggal dari semua rakan sekerja mereka.


Tinggal berasingan dengan keluarga membuatkan mereka semakin rapat walau secara zahirnya mereka nampak kerap bertengkar, namun sebenarnya mereka prihatin antara satu sama lain dan mereka sebenarnya memang menyukai antara satu sama lain namun amsing2 ego bagi menyatakan kenyataannya.