Thursday, August 5, 2010

PELANGI MEMBEKU - H.M. TUAH ISKANDAR

PELANGI MEMBEKU - H.M. TUAH ISKANDAR


Buku ini aku beli pada 24 April 2009 yang lalu. Memang setiap kali aku membeli buku akan aku chop nama dan juga tarikh aku membelinya. Agak beratus juga koleksi buku2 aku, cuma tidak berkesampatan memasukkan ke dalam blog ini. Sekiranya ada masa terluang akan aku selitkan kisah2 di novel2 yang telah aku baca secara ringkas. Kadang kala ada banyak manfaat, petua2 serta amalan2 yang berguna dari kandungan buku2 yang kita baca.


Ringkasan:


Mengisahkan Marfuzah seorang gadis kampung yang sangat jelita. Telah dipaksa berkahwin dengan Deramin oleh bapanya dengan pemuda yang agak berumur dan tidak hensem langsung serta tiada kerja tetap.

Setelah bernikah Marfuzah lari dari rumah kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki yang amat dibencinya. Namun suaminya yang agak bodoh2 alang mengikut Marfuzah. Oleh kerana Marfuzah juga tidak menyukai keluaragnya sendiri dan tiada teman di luar sana, maka akhirnya termakan pujukan suami untuk pergi ke kampung Genuang kerana bapa Deramin mepunyai kenalan di sana.

Kehidupan terus menghimpit Marfuizah kerana suaminya seorang pemalas dan Marfuzah pulak sering diganggu oleh pemuda kampung kerana wajahnya yang jelita dan bersuamikan seorang yang lebih tua dan pada satu kemalangan terjadi kerana Marfuzah cuba menyelamatkan maruah diri semasadiganggu di ladang getah tempah beliau mengambil upah menoreh.....dan suaminya yang rasa bersalah telah sanggup mengaku dia yang membunuh pemuda tersebut bagi mengelakkan Marfuzah dipenjarakan kerna beliau menyayangi Marfuzah dan lagi Marfuzah sedang mengandung ketika itu....

Antara petua2 yang terdapat dalam buku ini:


1. Cekur manis - boleh besarkan buah dada, banyakkan susu dan kecutkan rahim.  Kalau direbus buat sayur bagus utk hilangkan demam panas,pening kepala dan pitam.


2. Rebusan kulit pokok ciku - turunkan panas badan


3. Buah betik - ubat lawas, kalau ada usus2 yg terluka boleh baik dan boleh kebahkan demam.

4. Daun betik - ubat malaria, sakit perut & selera makan (campurkan 1 - 2 genggam daun betik & sedikit garam dgn setengah cwn air panas dikisar & perah. minum sehari sekali - 3 hari)


5. Biji betik - hilangkan cacing dlm perut (jemur sampai kering, tumbuk halus. Didihkan air dan campurkan serbuk biji betik tadi& minum).


6. Getah betik - sembuhkan gigitan ular berbisa.

7. Ulam daun kaduk - boleh mengelakkan tekanan otak.

JEJAK-JEJAK SONGSANG - ABDUL RAHIM AWANG

Hisyam merupakan anak tunggal Datuk Adnan & Datin Salmah.  Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya manakala ibunya merupakan ketua pergerakan wanita yang membela nasib wanita.  Namun hakikatnya kepincangan dalam keluarga mereka amatlah nyata akibat dari kesibukan mereka hinggakan tiada masa memperlihatkan keadaan anak tunggal mereka.  Hisyam hanya ditemani oleh bibik dan kerap merasa bosan.

Akibat dari itu Hisyam mula berkawan dengan rakan2 yang mengenalkan beliau dgn perempuan & heroin sehinggakan beliau pandai ke kasino dan berjudi.   Duit simpanan beliau habis digunakan terutamanya untuk membeli heroin sehinggakan terjadinya satu tragedi di mana berlakunya tembak menembak semasa pusat judi yang didatangi oleh Hisyam diserbu oleh pihak polis.  Hisyam telah tertembak dan dimasukkan ke hospital.

Ayahnya yang berada di luar negara ketika itu bergeas pulang ke Malaysia bila mana mendapat berita tersebut.  Beliau ke sana atas urusan bercuti bersama Liza iaitu kekasih beliau yang juga sebenarnya masih isteri orang.  Liza tidak mahu berkahwin dgn Datuk Adnan kerana menggangap perhubungan mereka lebih selesa tanpa ikatan perkahwinan walaupun hubungan mereka sebenarnya adalah lebih dari hubungan suami isteri.  Namun Datuk Adnan berada selesa bersama Liza kerana beliau pandai mengambil hatinya dan tidak garang serta cengil seperti isterinya. 

Akibat daripada penangkapan tersebut.  Farid yang bertindak sebagai ketua dalam operasi itu telah digantung kerja akibat dari penggunaan kuasa oleh Datuk Adnan.  Ini adalah kerana orang2 atasan Farid telah disogok oleh Datuk Adnan dan juga kerana nama besar beliau dipersada media yang mengakibatkan oranga2 atasan kerajaan hanya menurut sahaja walaupun sebenarnya mereka tau yang Farid adalah tidak bersalah.

Farid tambah tertekan bila mana jiran2 dan orang2 keliling memulaukannya akibat dari isu pelajar (Hisyam) yang terkena tembakan dari pihak polis semasa serangan ke kasino.  Anaknya juga bergaduh di sekolah kerana kerap diejek oleh rakan2nya sedangkan gurunya juga mengiakan apa yang dilakukan oleh rakan2 anaknya mengakibatkan anaknya bertambah terkenan. 

Akibat dari itu Farid mengarahkan isteri dan anaknya bercuti dan pulang ke kampung bagi menenangkan fikiran sedangkan beliau sendiri berada dalam keadaan yang sungguh tertekan pabila berseorangan di rumah dgn ketiadaan anak dan isteri beserta dgn permaslahan beliau.

Chua Poh Soon yang merupakan org atasan Farid merasa terpanggil untuk membantu Farid membersihkan nama beliau kerana beliau tahu yang Farid tidak bersalah.  Namun masalahnya ialah Tuan Omar yang sering memperlekehkan usaha anak2 buahnya sendiri & kerap mematahkan semangat anak buahnya.  Chua Poh Soon akhirnya mengambil keputusan utk berjumpa dgn Katua Pengarah bagi meneylesaikan permasalahan ini yang mana akhirnya sisatan lanjut telah dijalankan oleh Chua Poh Soon sendiri bersama Inspektor Kamaruzaman iaitu adaik ipar Farid.

Hisyam akhairnay mengaku bersalah di atas kesemua kesalahannya yang memberikan tamparan hebat kepada Datuk Adnan dan juga Datin Salmah kerna menyangkakan anak mereka selama ini adalah bersih.  Kesilapan mereka mengabaikan keluarga juga menjadikan mereka bertambah malu, namun akhirnya mereka sedar akan kesilapan mereka dan akhirnya Farid diterima bekerja semla dan berakhirlah eposod duka dalam hidup Farid.

MERPATI MENARI DI PADANG EMBUN - ZANAZANZALY


Merupakan himpunan cerpen2 hasil karya Zanazanzaly:

HIJAU LUMUT HIJAU RUMPUT
Tanah peninggalan arwah atuk yang sepatutnya menjadi milik ayah telah jadi milik Pak Long.  Pak Long pula mendengar kata2 anaknya yang akhirnya tanah pusaka tersebut tergadai.

Ayahku pula bila aku memberikan pendapat mula menempelak aku dengan mengatakan aku ni masih mentah.  Namun nasib masih meyebelahi pihak kami  bila mana sabahatku sendiri mengikhtiarkan aku aku dapat mengambil kembali tanah tersebut dan akhirnya aku menjadikan tanah tersebut sdebagai ladang ternakan ikan.

walaupun tanah tersebut telah menjadi milik kami (keluarga aku dan bukan lagi milik keluarga Pak Lomg - walhal pada hakikatnya tanah tersebut adalah milik ayahku), namun ibarat pepatah yang rebung akan pasti berubah iaitu akan tua juga akhirnya (berubah dari segi ).



KONTRAKTOR
Kontraktor karya juga kerap kali menerima nasib yang malang bila hasil2 karya mereka diciplak.  Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu karya cerpenis muda pada masa depan dgn meniupkan semangat kepada mereka agar dapat berusaha memantapkan diri mereka namun mereka yang kerap menciplak.

Kontraktor karya juga dituduh cenderung menciplak pengkarya bilis kelas F dgn hanya mentouch-upnya dan menjadikan sebagai karya mereka.   Namun bagi mereke beraksi tanpa suara lebih afdal kerana hanya Tuhan dan dia sahaja yang tahu siapa yang menjadi antagionis di sebalik siri kemusnahannya.

Pernah juga terjadi cerpenis seniornya berhijrah ke company seteru kerana diberi habuan yang lumayan dan si senior ini juga kerap karya orang lain dan bila ada yang menghebahkan dalam akhbar mereka dengan senang memohon maaf dgn mengatakan bahawa pencabulan terjadi di luar sedar.

Air muka kontraktor Karya sedih sewaktu membayangkan betapa sedih dan dayusnya serta tidak bermaruah mereka yang memerah hasil dari usaha orang lain.



KUTTA DI SAMPUGITA
Tuk Kalam terkejut bila mana seekor anak anjing berada di bawah kaki meja yang sedang mereka duduki.  Habis tertumpah air kopinya akibat dari terkejut.  Qudus yang kasihan akan anak anjing yang terluka kakinya telah membawa pulang haiwan tersebut & mengubatinya.  Kemudian Qudus kembali semula ke Kedai Kopi Tuk Penghulu Kalam untuk mengingatkan Tun Kalam dan Jabar agar menyamak kaki masing2.

Qalam juga berasa sedih bila mana azan berkumandang bukannya ramai yang ke surau tapi mereka berduyun2  ke kedai kopi Tok Kalam untuk bermain dam & daun terup.

Orang yang tidak arif hukum takut tersentuh badan engkau (anjing), takut kena samak dengan air tanah, enam kali air mutlak, tetapi kita sebenarnay sama sahaja.  Qudus juga teringat nasib dia yang sering dipanggil sebagai anak anjing kerana kehidupan keluarga mereka yang miskin dan minumannya pernah diludah oleh makciknya. 

Mengapa aku diperlakukan begitu, tidaklah aku tahu,  namun pabila sekolah akau berjaya dalam pelajaran dan anak2 makcikku kesemuanya gagal,  membuatkan aku terfikir, mungkin ibu mereka terlupa meludah di dalam air minuman mereka dan sepupuku yang kerap menggelar aku anak anjing kini sedang mengandungkan anak haram.   Pernah terlintas untuk aku bertanya mana yang lebih haram sama ada statusku sebagai anak anjing yang kerap mereka gelarkan aku dahulu atau dia yang kini sedang mengandungkan anak luar nikah.

Suatu hari Qudus terandangkan iklan tentang kehilangan anak anjing dan kemudian memulangkannya kepada keluarga tersebut.  Keluarga India tersebut merasa terkejut kerana setahu mereka ornag Islam haram memegang anjing.  Keikhlasan Qudus membuatkan  keluarga tersebut mempelawa dia bermalam  di banglo mereka yang diberi nama SAMOPUGITA (Nyanyian bunga teratai) dan akhirnya Rani anak perempuan keluarga tersebut melilit rakhi yang bermakdsud Qudus telah menjadi abang kandung Rani untuk selamanya. Mereka juga bersoal jawab tentang agama  dengan Qudus di malam dia bermalam di situ dan Qudus bersyukur kerana kailnya tidaklah hanya sejengkal.


TARANUM BUSUR TITANIUM
Pak Long kerap memperlekahkan abangku kerana tidak bekerja & ketidakbekerjaan bangku itu juga yang menyebabkan ayah kerap tidak sependapat dengan Pak Long yang panas baran..Mungkin juga sebab kerana abang menolak untuk menjadi menantu Pak Long yang membuatkan Pak Long lebih panas hati dengan abang dan kerap menyatakan abang kandas dalam pelajaran walaupun telah ditegaskan oleh ayah bahawa abang adalah lulusan Kejuruteraan Aeroangkasa dari UPM. 

"kalau betul lulus kenapa tak kerja, kata Pak Long, & kalau tak kerja tak payah sekolah tinggi2." kata Pak Long.

Kenyataan abang untuk menyertai kejohanan sukan layang2 di Amerika telah diperlekehkan oleh Pak Long.  Wau yang abang buat adalah wau bulan teraju 3 berkerangka logam termahal & paling ringan drp gentian kaca yg ditekad pd kain nilon menghiasai kepaknya iaitu wau bulan teraju 3 gabungan tradisi & moden yg bukan semata2 alat permainan tetapi kombinasi budaya & teknologi yg berjaya disatukan. Itulah kehebatan abang sejajar dengan kelulusan abang.

PERCAYALAH OLEH RUBY HAZRI

NOVEL - PERCAYALAH OLEH RUBY HAZRI


Ringkasan:
Atikah seorang anak gadis yang telah bekerja, mendapat tawaran belajar ke luar negara. Pada awalnya Atikah sering disindir kerana lambat bertemun jodoh dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang anak warga campuran German & Malaysia semasa menuntut di sana. Setelah diperkenalkan dengan bapa kepada Daniel....bapa Daniel membantah mereka menikah namun disalah ertikan oleh Danial yang menyangka bapanya tidak manyukai Atikah. Akhirnya mereka menyedari bapanya membantah kerana Atikah perlu mendapat restu dari keluarganya di Malaysia telebuh dahulu kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku di mana ibu daniel telah dibuang keluarga kerana berkahwin tanpa restu keluarga.....cerita selanjtnya silalah baca novel tersebut ..