Thursday, August 5, 2010

MERPATI MENARI DI PADANG EMBUN - ZANAZANZALY


Merupakan himpunan cerpen2 hasil karya Zanazanzaly:

HIJAU LUMUT HIJAU RUMPUT
Tanah peninggalan arwah atuk yang sepatutnya menjadi milik ayah telah jadi milik Pak Long.  Pak Long pula mendengar kata2 anaknya yang akhirnya tanah pusaka tersebut tergadai.

Ayahku pula bila aku memberikan pendapat mula menempelak aku dengan mengatakan aku ni masih mentah.  Namun nasib masih meyebelahi pihak kami  bila mana sabahatku sendiri mengikhtiarkan aku aku dapat mengambil kembali tanah tersebut dan akhirnya aku menjadikan tanah tersebut sdebagai ladang ternakan ikan.

walaupun tanah tersebut telah menjadi milik kami (keluarga aku dan bukan lagi milik keluarga Pak Lomg - walhal pada hakikatnya tanah tersebut adalah milik ayahku), namun ibarat pepatah yang rebung akan pasti berubah iaitu akan tua juga akhirnya (berubah dari segi ).



KONTRAKTOR
Kontraktor karya juga kerap kali menerima nasib yang malang bila hasil2 karya mereka diciplak.  Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu karya cerpenis muda pada masa depan dgn meniupkan semangat kepada mereka agar dapat berusaha memantapkan diri mereka namun mereka yang kerap menciplak.

Kontraktor karya juga dituduh cenderung menciplak pengkarya bilis kelas F dgn hanya mentouch-upnya dan menjadikan sebagai karya mereka.   Namun bagi mereke beraksi tanpa suara lebih afdal kerana hanya Tuhan dan dia sahaja yang tahu siapa yang menjadi antagionis di sebalik siri kemusnahannya.

Pernah juga terjadi cerpenis seniornya berhijrah ke company seteru kerana diberi habuan yang lumayan dan si senior ini juga kerap karya orang lain dan bila ada yang menghebahkan dalam akhbar mereka dengan senang memohon maaf dgn mengatakan bahawa pencabulan terjadi di luar sedar.

Air muka kontraktor Karya sedih sewaktu membayangkan betapa sedih dan dayusnya serta tidak bermaruah mereka yang memerah hasil dari usaha orang lain.



KUTTA DI SAMPUGITA
Tuk Kalam terkejut bila mana seekor anak anjing berada di bawah kaki meja yang sedang mereka duduki.  Habis tertumpah air kopinya akibat dari terkejut.  Qudus yang kasihan akan anak anjing yang terluka kakinya telah membawa pulang haiwan tersebut & mengubatinya.  Kemudian Qudus kembali semula ke Kedai Kopi Tuk Penghulu Kalam untuk mengingatkan Tun Kalam dan Jabar agar menyamak kaki masing2.

Qalam juga berasa sedih bila mana azan berkumandang bukannya ramai yang ke surau tapi mereka berduyun2  ke kedai kopi Tok Kalam untuk bermain dam & daun terup.

Orang yang tidak arif hukum takut tersentuh badan engkau (anjing), takut kena samak dengan air tanah, enam kali air mutlak, tetapi kita sebenarnay sama sahaja.  Qudus juga teringat nasib dia yang sering dipanggil sebagai anak anjing kerana kehidupan keluarga mereka yang miskin dan minumannya pernah diludah oleh makciknya. 

Mengapa aku diperlakukan begitu, tidaklah aku tahu,  namun pabila sekolah akau berjaya dalam pelajaran dan anak2 makcikku kesemuanya gagal,  membuatkan aku terfikir, mungkin ibu mereka terlupa meludah di dalam air minuman mereka dan sepupuku yang kerap menggelar aku anak anjing kini sedang mengandungkan anak haram.   Pernah terlintas untuk aku bertanya mana yang lebih haram sama ada statusku sebagai anak anjing yang kerap mereka gelarkan aku dahulu atau dia yang kini sedang mengandungkan anak luar nikah.

Suatu hari Qudus terandangkan iklan tentang kehilangan anak anjing dan kemudian memulangkannya kepada keluarga tersebut.  Keluarga India tersebut merasa terkejut kerana setahu mereka ornag Islam haram memegang anjing.  Keikhlasan Qudus membuatkan  keluarga tersebut mempelawa dia bermalam  di banglo mereka yang diberi nama SAMOPUGITA (Nyanyian bunga teratai) dan akhirnya Rani anak perempuan keluarga tersebut melilit rakhi yang bermakdsud Qudus telah menjadi abang kandung Rani untuk selamanya. Mereka juga bersoal jawab tentang agama  dengan Qudus di malam dia bermalam di situ dan Qudus bersyukur kerana kailnya tidaklah hanya sejengkal.


TARANUM BUSUR TITANIUM
Pak Long kerap memperlekahkan abangku kerana tidak bekerja & ketidakbekerjaan bangku itu juga yang menyebabkan ayah kerap tidak sependapat dengan Pak Long yang panas baran..Mungkin juga sebab kerana abang menolak untuk menjadi menantu Pak Long yang membuatkan Pak Long lebih panas hati dengan abang dan kerap menyatakan abang kandas dalam pelajaran walaupun telah ditegaskan oleh ayah bahawa abang adalah lulusan Kejuruteraan Aeroangkasa dari UPM. 

"kalau betul lulus kenapa tak kerja, kata Pak Long, & kalau tak kerja tak payah sekolah tinggi2." kata Pak Long.

Kenyataan abang untuk menyertai kejohanan sukan layang2 di Amerika telah diperlekehkan oleh Pak Long.  Wau yang abang buat adalah wau bulan teraju 3 berkerangka logam termahal & paling ringan drp gentian kaca yg ditekad pd kain nilon menghiasai kepaknya iaitu wau bulan teraju 3 gabungan tradisi & moden yg bukan semata2 alat permainan tetapi kombinasi budaya & teknologi yg berjaya disatukan. Itulah kehebatan abang sejajar dengan kelulusan abang.

1 comment: