Saturday, November 1, 2014

MEMBINA HATI BAHAGIA - DR HM TUAH ISKANDAR AL HAJ (ALAF 21)


BUKU DIBELI PADA 17 SEPTEMBER 2003
ANTARA KOLEKSI BACAAN SANTAI YANG SENANG DIBACA

Nota ringkas hasil pembacaan:

Gaya santainya memudahkan pemahaman serta tidak jemu membaca.  Memberi motivasi kepada insan-insan yang mudah merasa kecewa dan putus asa tanpa ingin bangkit meneruskan kegagalan lampau. 

Banyak mengisahkan rahsia hati atau disebut dari sudut rohani sebagai penyakit hati atau penyakit rohani.  Seterus- nya hati yang sering merasa sakit, kecewa, putus asa akan mengheret kita jauh dari merasai ketenangan yang mana kemuncak ketenangan adalah bahagia.  

Bahagia adalah perasaan senang, tenteram atau lepas dari segala yang menyusahkan.  Sedikit sebanyak diri dapat belajar menjadi lebih tolerate sesama sesiapa juga kerana kebanyakan ego menguasai diri menyebabkan kita sukar mengaku kalah walhal sebenarnya diri sendiri yang mempunyai banyak kekurangan.

Benar seperti dikata, dengan adanya unsur:
i)  sakinah (rasa damai dan tentera), 
ii) mawaddah (rasa cinta kasih dan cinta berahi) dan 
iii) rahmah (kasih sayang yang dapat dirasakan oleh seluruh keluarga) 
akan membuatkan kita berasa lebih tenang dan bahagia melayari kehidupan sehari-hari.

Terlalu banyak coretan-coretan sebagai panduan untuk dikongsi antaranya:
 
RINGKASAN BUKU BELIAU:
Emosi yang terganggu bakal membuahkan tindakan-tindakan bodoh lagi merugikan.   Sekali sahaja motivasi tercabut daripadanya, keseluruhan kesediaannya untuk bertindak dengan rasional,  bijak, adil, munasabah, pintar dan tepat boleh tersasar.   Motivasi adalah tradisi keilmuan semulajadi sejak turun temurun. Dan keikhlasan juga adalah amat penting dalam menyebarkan ilmu untuk dikongsi bersama orang lain.

Apakah Motivasi? 
ianya ialah satu rasa yang dimiliki oleh semua orang tetapi tiada siapa menyedarinya sehinggalah berlaku satu peristiwa yang memaksanya terkeluar.  Motivasi juga merupakan catalyst luar biasa yang dimiliki oleh orang-orang yang telah membuka atau menggunakannya.  Kiranya catalyst ini sentiasa terbuka, seseorang itu akan mendapat motivasi berpanjangan, membantu mendapat motivasi diri yang terbaik, sempurna dan munasabah mengikut kepercayaan masing-masing.

Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya.  Yang menyenangkan hati adalah keyakinan dan mencukupkan yang sedikit.  Hitunglah apa yang anda miliki,  jangan menghitung hal-hal yang anda tidak punyai.

Marah menyebabkan separuh keintelektuan  hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,  bodoh dan tidak rasional.  Biasakanlah bersikap jujur dan benar,  walaupun di hadapan anda, anda melihat bahaya.   Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tetapi bahagia.  Jauhilah sikap dan sifat pendusta,  walaupun anda lihat di hadapan anda bahagia,  sebab itu bukan bahagia tetapi celaka.

Carilah kesepakatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita yang entah bila akan berakhirnya.   Yakinlah daripada setiap  kejelekan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar.

Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.  Ianya hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.  Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami.  Jika cinta sudah tiada di hati anda,  tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda.  Sedang cinta adalah salah satu nikmat teragong ALLAH terhadap hamba-hambanya.

Kebahagiaan adalah satu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan.  Nawaitu yang ikhlas dari mula akan mencorakkan kebahagiaan yang berterusan kerana hidup kita memang singkat untuk kita sia-siakan hal-hal yang cukup remeh dan jauh dari tiket-tiket kecemerlangan.