Sunday, September 1, 2013

ACT LIKE A LADY - THINK LIKE A MAN - STEVE HARVEY



IKAN TOMAN ATAU IKAN KELISA 
(Ikan Mainan atau Ikan Belaan) 

Dalam hubungan antara lelaki dan perempuan dapat kita ketahui secara jelas sama ada wanita itu adalah Ikan Mainan atau Ikan Belaan. 

Jika mereka dengan bangganya memperkenalkan kamu sebagai teman wanita atau yang selayaknya bermakna mereka komited dengan sesuatu hubungan dan anda amat bermakna bila berada dalam kehidupan mereka. Namun sekiranya anda hanya diperkenakan ini kawan saya atau ini Minah binti Mamat bermakna anda hanyalah sebagai kawan mereka sahaja. 

Pemikiran lelaki amat ringkas berbanding wanita...perkara2 yang nampak kecil sebegini sebenarnya mempunyai impak yang besar berserta pengeritannya namun jika anda kurang peka maka wanita boleh tersalah tafsiran. 

Bagi hubungan yang lebih serius untuk dijadikan teman hidup....anda dapat menilai sama ada diri anda adalah sebagai Ikan Mainan atau Ikan Belaan. Kiranya mereka dengan bangga dan tanpa ragu memperkenalkan anda dengan kesemua ahi keluarga serta rakan taulan maka ketahuilah bahawa wanita ini adalah Ikan Belaan mereka.. Namun sekiranya banyak yang dirahsiakan dan kerap berdolak dalik untuk menyatakan kebenarannya maka perlu anda ketahui bahawa wanita ini hanyalah Ikan Mainan. 

Seseorang yang peka akan dapat menilai sendiri perhubungan mereka agar tidak berterusan menjadi mainan kaum lelaki.  Namun tidak kurang juga yang kerap tesilap andaian bila mana mereka dilayan dengan baik. Sememangnya kebanyakan kaum lelaki sentiasa memperlihatkan sikap gentelman yang kerap disalah anggap oleh kaum wanita dengan menganggap mereka itu istimewa. Dalam jangkamasa 90 hari selepas perkenalan sekiranya anda tidak diperkenalkan dengan ahli keluarga atau majlis yang melibatkan keluarga mereka..... tetapi pernah menemaninya di majlis sosial, maka ketahuilah bahawa anda tidak mempunyai tempat untuk rancangan jangka panjangnya.. 

Namun jika anda diberi pangkat di hadapan keluarga serta yang terdekat dengannya maka ketahuilah bahawa mereka sedang membuat kenyataan kepada orang yang sepatutnya mengetahui kedudukan anda.