Thursday, August 5, 2010

JEJAK-JEJAK SONGSANG - ABDUL RAHIM AWANG

Hisyam merupakan anak tunggal Datuk Adnan & Datin Salmah.  Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya manakala ibunya merupakan ketua pergerakan wanita yang membela nasib wanita.  Namun hakikatnya kepincangan dalam keluarga mereka amatlah nyata akibat dari kesibukan mereka hinggakan tiada masa memperlihatkan keadaan anak tunggal mereka.  Hisyam hanya ditemani oleh bibik dan kerap merasa bosan.

Akibat dari itu Hisyam mula berkawan dengan rakan2 yang mengenalkan beliau dgn perempuan & heroin sehinggakan beliau pandai ke kasino dan berjudi.   Duit simpanan beliau habis digunakan terutamanya untuk membeli heroin sehinggakan terjadinya satu tragedi di mana berlakunya tembak menembak semasa pusat judi yang didatangi oleh Hisyam diserbu oleh pihak polis.  Hisyam telah tertembak dan dimasukkan ke hospital.

Ayahnya yang berada di luar negara ketika itu bergeas pulang ke Malaysia bila mana mendapat berita tersebut.  Beliau ke sana atas urusan bercuti bersama Liza iaitu kekasih beliau yang juga sebenarnya masih isteri orang.  Liza tidak mahu berkahwin dgn Datuk Adnan kerana menggangap perhubungan mereka lebih selesa tanpa ikatan perkahwinan walaupun hubungan mereka sebenarnya adalah lebih dari hubungan suami isteri.  Namun Datuk Adnan berada selesa bersama Liza kerana beliau pandai mengambil hatinya dan tidak garang serta cengil seperti isterinya. 

Akibat daripada penangkapan tersebut.  Farid yang bertindak sebagai ketua dalam operasi itu telah digantung kerja akibat dari penggunaan kuasa oleh Datuk Adnan.  Ini adalah kerana orang2 atasan Farid telah disogok oleh Datuk Adnan dan juga kerana nama besar beliau dipersada media yang mengakibatkan oranga2 atasan kerajaan hanya menurut sahaja walaupun sebenarnya mereka tau yang Farid adalah tidak bersalah.

Farid tambah tertekan bila mana jiran2 dan orang2 keliling memulaukannya akibat dari isu pelajar (Hisyam) yang terkena tembakan dari pihak polis semasa serangan ke kasino.  Anaknya juga bergaduh di sekolah kerana kerap diejek oleh rakan2nya sedangkan gurunya juga mengiakan apa yang dilakukan oleh rakan2 anaknya mengakibatkan anaknya bertambah terkenan. 

Akibat dari itu Farid mengarahkan isteri dan anaknya bercuti dan pulang ke kampung bagi menenangkan fikiran sedangkan beliau sendiri berada dalam keadaan yang sungguh tertekan pabila berseorangan di rumah dgn ketiadaan anak dan isteri beserta dgn permaslahan beliau.

Chua Poh Soon yang merupakan org atasan Farid merasa terpanggil untuk membantu Farid membersihkan nama beliau kerana beliau tahu yang Farid tidak bersalah.  Namun masalahnya ialah Tuan Omar yang sering memperlekehkan usaha anak2 buahnya sendiri & kerap mematahkan semangat anak buahnya.  Chua Poh Soon akhirnya mengambil keputusan utk berjumpa dgn Katua Pengarah bagi meneylesaikan permasalahan ini yang mana akhirnya sisatan lanjut telah dijalankan oleh Chua Poh Soon sendiri bersama Inspektor Kamaruzaman iaitu adaik ipar Farid.

Hisyam akhairnay mengaku bersalah di atas kesemua kesalahannya yang memberikan tamparan hebat kepada Datuk Adnan dan juga Datin Salmah kerna menyangkakan anak mereka selama ini adalah bersih.  Kesilapan mereka mengabaikan keluarga juga menjadikan mereka bertambah malu, namun akhirnya mereka sedar akan kesilapan mereka dan akhirnya Farid diterima bekerja semla dan berakhirlah eposod duka dalam hidup Farid.

No comments:

Post a Comment